Anda di halaman 1dari 55

1

PENGAKUAN



Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.




Tarikh: 27 September 2014 Tanda tangan :
Nama : MAZWIN BINTI HASHIM
No. Angka Giliran: 2012201360148




























2


MAKLUMAT DIRI












NAMA : MAZWIN BINTI HASHIM
NO. KAD PENGENALAN :
NO. ANGKA GILIRAN :
NO TELEFON :
ALAMAT :
TARIKH LAHIR :
TEMPAT LAHIR :
KUMPULAN :





























3

SENARAI KANDUNGAN


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


Pengakuan 1

Maklumat Diri 2

Senarai kandungan 3

1.0 PENGENALAN 4

1.1 PENDEKATAN PENGAJARAN 4

1.1.1 Pendekatan Induktif 5-6
1.1.2 Pendekatan Deduktif 6-7
1.1.3 Pendekatan Eklektik 8
1.1.4 Pendekatan Integratif 9-10
1.1.5 Pendekatan Tematik 10-11

2.1 STRATEGI PENGAJARAN 12

2.1.1 Strategi Berpusatkan Guru 12
2.1.2 Strategi Berpusatkan Murid/Pelajar 13-14
2.1.3 Strategi Berpusatkan Bahan 14-15
2.1.4 Strategi Berpusatkan Tugasan/Aktiviti 15-16

3.1 KAEDAH PENGAJARAN 16

3.1.1 Kaedah Natural 17
3.1.2 Kaedah Nahu Tradisional 17
3.1.3 Kaedah Terus 17
3.1.4 Kaedah Ajuk Hafaz 17

4.1 TEKNIK PENGAJARAN 17

4.1.1 Teknik Latih tubi 18
4.1.2 Teknik Simulasi 19
4.1.3 Teknik Main Peranan 19
4.1.4 Teknik Sumbangsaran 20
4.1.5 Teknik Permainan Bahasa 20
4.1.6 Teknik Bercerita 20-21
4.1.7 Teknik Drama 22
4.1.8 Perbincangan 22-28
4.1.9 Demonstrasi 28-29
4.1.10 Penyelesaian Masalah 29-30
4.1.11 Bermain 30-31
4.1.12 Lawatan 31-35

5.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KAEDAH DAN
TEKNIK PENGAJARAN 35-37

Rujukan 38-39

Laporan terhadap pengaplikasian kemahiran bernilai tambah
dalam pengajaran dan pembelajaran 40-50

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 3 51-55
4

TAJUK KURSUS : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
KOD KURSUS : BMM 3173

Pada akhir tugasan, pelajar dapat:
1. Membezakan konsep : strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan
tepat.

1.0 Pengenalan

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai
guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran
amat sukar dibezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah
tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus
diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk
membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru.
Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang
pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama
lain. Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan
kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai
kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan
pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam
situasi pengajaran.









Pendekatan,
Strategi, Kaedah dan
Teknik pengajaran

Pendekatan
Pengajaran

Strategi Pengajaran

Kaedah dan Teknik
Pengajaran
Pemusatan
Guru
Pemusatan
Murid

Pemusatan
Bahan

Pemusatan
tugasan/
aktiviti
Induktif
Tematik

Deduktif
Integratif

Eklektik
Bermain
Bercerita
Lawatan
Demonstrasi
Perbincangan
Penyelesaian
Masalah
5

1.1 PENDEKATAN PENGAJARAN

Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah
yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks
pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif
pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran, maka pendekatan adalah
merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran yang diajarkan untuk mencapai
objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang akan dibincangkan iaitu pendekatan
induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.

1.1.1 Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan
dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek
dan Gibson, 1960). Hal ini bermaksud seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai
konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh.

Prinsip-prinsip pengajaran secara induktif:

Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus
kepada suatu generalisasi atau kesimpulan umum.

Bahan bantu mengajar harus disediakan untuk membantu pelajar membuat
kesimpulan.

Contoh khusus yang releven dan sesuai harus dipelbagaikan untuk
menerangkan sesuatu supaya generalisasi dapat dicapai dengan mudah.

Guru membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan dengan memberi peluang
kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi
dapat dibuat.

Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan induktif
menekankan pengajaran secara urutan yang tepat, iaitu contoh-contoh spesifik
kepada umum


6




Rajah 1.1 : Proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah induktif

Secara amnya, pendekatan induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran
yang diinginkan. Jika guru inginkan pelajar memahami proses bagaimana sesuatu konsep
atau generalisasi diperoleh, contohnya dalam pengajaran sains mengenai topik magnet,
seorang guru akan memulakan aktiviti pelajar diberikan satu kelompok bahan (klip kertas,
pemadam, butang plastik, paku, duit, pensel, paku tekan, pembaris plastik dan pembaris
logam). Kemudian pelajar diberikan sebatang magnet untuk melihat bahan manakah yang
akan melekat pada magnet. Akhirnya, pelajar dikehendaki untuk merumuskan dalam satu
ayat tentang eksperimen mereka. Pelajar dengan bimbingan guru akan membuat rumusan
bahawa magnet akan menarik bahan-bahan yang diperbuat daripada logam. Guru boleh
mengakhiri pelajaran dengan menggambarkan generalisasi dalam bentuk pengurusan grafik
atau gambar visual.

Sekiranya pelajar masih belum menguasai apa yang diajar, guru seharusnya
meminta pelajar menyatakan peraturan konsep atau perkaitan-perkaitan yang mereka dapati
sepanjang tempoh pengajaran sehingga mereka berjaya menguasainya.


1.1.2 Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif adalah jenis pengajaran yang bermula daripada umum
kepada spesifik dan pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran, di mana pelajar
bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu (Brian Seaton,
1982).







Rajah 1.2 : Proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan deduktif

Contoh-contoh
khusus
Memerhati dan
mengkaji
Mentafsir dan
membuat
generalisasi

Rumus, prinsip
atau peraturan
yang telah
diketahui
Kaedah
deduktif
Aplikasi rumus, prinsip, teorem
atau peraturan
peraturan
Mendapatkan rumus, prinsip,
teorem atau hukum yang baru
7

Prinsip-prinsip pengajaran secara deduktif:
Pada peringkat permulaan, sesuatu masalah atau hipotesis diperkenalkan dan
ditakrifkan. Guru dan pelajar mengemukakan cara penyelesaian masalah.
Dalam konteks ini, generalisasi yang dikemukakan harus dinyatakan secara
eksplisit.
Penggunaan pendekatan deduktif harus mengikut langkah demi langkah.
Beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau peraturan.
Berdasarkan contoh yang digunakan, pelajar meniru atau menghafal contoh dan
membentuk contoh lain.
Pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi
pelajaran yang disampaikan. Latihan menulis untuk mengesan kebolehan
pelajar menguasai kemahiran turut diberikan.
Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada setelah memahami konsep serta
contoh yang diberikan.
Pemahaman generalisasi atau peraturan dinilai dengan menggunakannya
dalam situasi-situasi baru yang mempunyai masalah hampir serupa.

Secara ringkas, pendekatan deduktif digunakan jika keutamaan pelajaran tertumpu
kepada pemahaman konsep sahaja, bukannya proses memperoleh konsep. Dengan
menggunakan contoh magnet seperti dalam pendekatan induktif, terlebih dahulu guru akan
memberitahu bahawa Magnet akan menarik objek-objek tertentu, iaitu logam. Guru akan
menerangkan konsep penarikan dan mengemukakan soalan Adakah magnet akan
menarik pensel?.

Perbincangan dilaksanakan dengan melakukan eksperimen di mana guru memberi
pelajar sebatang magnet dan meminta mereka menggunakan magnet tersebut untuk
menguji sama ada objek di dalam bilik darjah melekat padanya atau tidak. Pada akhir
perbincangan, guru bersama pelajar merumuskan bahawa magnet menarik objek logam
sahaja berdasarkan eksperimen dan contoh-contoh lain di dalam bilik darjah.







8

1.1.3 Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang
menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya
dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik boleh dihasilkan
dengan menggunakan kedah induktif dan deduktif. Contohnya, guru boleh mula dengan
memberikan contoh, diikuti dengan generalisasai, ataupun guru akan mengakhirinya
dengan memberikan contoh untuk mengukuhkan peraturan atau generalisasi.

Hal ini lebih mirip kepada pendekatan induktif. Selain itu, guru boleh memulakan
pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan
diakhiri dengan penerangan tentang peraturan sekali lagi. Hal ini lebih mirip kepada
pendekatan deduktif. Perhatikan contoh pengajaran pada Rajah 3.3.











Rajah 1.3 : Contoh pengajaran konsep sains dengan menggunakan pendekatan
eklektik











Pendekatan Induktif Pendekatan deduktif
Ikan
Katak
Kucing
Haiwan
bertulang
belakang
Vertebrata
Itik

Ayam

Kambing

Burung
Cicak
9

1.1.4 Pendekatan Integratif

Pendekatan yang menggabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah,
strategi dan teknik agar murid lebih mudah memahami apa yang sedang disampaikan. Guru
sentiasa berusaha mengintegrasikan idea-idea baru dalam unit-unit pengajaran sedia ada
supaya pembelajaran murid lebih berkesan dan mereka berupaya mengaplikasikan apa
yang dipelajari dalam kehidupan seharian.


Prinsip pendekatan integratif adalah:
Tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan murid
Penggunaan pembelajaran aktif, di mana teknik koperatif diintergrasikan untuk
memberikan pelajar-pelajar peluang mengaplikasi maklumat yang g dipelajari
secara teori kepada situasi dalam kehidupan seharian dan lebih menekankan
perkembangan kemahiran berbanding dengan penyampaian maklumat semata-
mata.
Peranan guru sebagai fasilitator
Keutamaan diberikan kepada kemahiran asas
Peluang untuk kerja berpasukan
Tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan pelajar

Pendekatan ini membolehkan guru memberikan fokus kepada kandungan dan
kemahiran berfikir. Langkah pengajaran dan pembelajaran integratif adalah berdasarkan
langkah Hilda Taba (1962) seperti berikut:

Fasa 1: Menghuraikan
Pelajar digalakkan untuk menghuraikan tentang ciri sesuatu aspek yang dikaji. Contohnya,
guru meminta pelajar menghuraikan warna katak, jenis makanan dan habitatnya.
Kemudian, pelajar diminta untuk menghuraikan ciri-ciri kodok pula.

Fasa 2: Membandingkan
Apabila kedua-dua aspek diperhati dan dihuraikan, pelajar diminta untuk membuat
perbandingan antara kedua-dua haiwan tersebut. Pelajar akan mengenal pasti persamaan
dan perbezaan antara katak dan kodok menggunakan pengurusan grafik banding beza



10

Fasa 3: Menerangkan
Setelah pelajar mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara katak dengan kodok,
mereka diminta untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang ciri-ciri katak dan kodok.
Penerangan melalui pemerhatian merupakan bahagian penting dalam fasa ini.

Fasa 4: Hipotesis
Pelajar diminta untuk membentuk hipotesis serta memikirkan secara abstrak dari segi
penaaakulan sesuatu.

Fasa 5: Membuat generalisasi
Pelajar diminta untuk membuat rumusan tentang maklumat yang dikumpulkan dan
membentuk satu atau lebih generalisasi, bergantung kepada keluasan skop satu-satu
pelajaran.


1.1.5 Pendekatan Tematik

Pendekatan Tematik ialah pengajaran menggunakan tema merupakan
pengajaran yang disampaikan melalui konsep atau idea yang besar. Pendekatan secara
tema akan membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi
pengetahuan. Secara keseluruhannya, pendekatan ini akan memberikan peluang kepada
pelajar mengalami pelbagai pengalaman dalam situasi yang berlainan.

Selain daripada berasaskan idea-idea utama berhubung dengan kandungan sesuatu
mata pelajaran, unit-unit tematik merentasi disiplin, iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran terbit
daripada tema (Guillanme, 2000). Konsep daripada pelbagai bahagian dalam mata
pelajaran wujud dikaitkan dengan penggunaan tema. Unit-unit tematik selalu mengandungi
pilihan-pilihan untuk pelajar-pelajar. Dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memilih
beberapa perbincangan individu dan kumpulan kecil akan mewujudkan rasa kepunyaan dan
kemasyarakatan apabila pelajar dapat belajar bersama-sama dan berkongsi dapatan
mereka. Langkah-langkah berikut dicadangkan bagi merancang unit-unit tematik:

(1) Pilih satu tema:
Tema hendaklah cukup luas untuk memuatkan maklumat daripada banyak bidang
sesuatu mata pelajaran tetapi ia hendaklah tidak terlalu luas sehinggakan perkaitan
yang bermakna hilang. Anda perlu fikirkan tentang matlamat yang lebih besar dan
minat pelajar.
11

(2) Membina jaringan perancangan:
Membuat sumbangsaran untuk membina carta atau peta semantik yang meneroka
pelbagai contoh bagaimana timbulnya tema tersebut.


Perhatikan bahawa jaringan di atas tidak menerangkan tentang bidang-bidang mata
pelajaran tradisional seperti matematik atau kajian sosial dan ia seharusnya tidak
terkongkong dengan pemikiran tertumpu secara tradisional. Membuat jaringan bersama
rakan akan menghasilkan pemikiran yang divergen.

(3) Pilih bahan :
Perancangan bertujuan untuk menyediakan bahan-bahan yang banyak. Ini termasuk
bahan-bahan untuk seni, sastera, sumber-sumber yang lain, bahan-bahan teknologi
dan bahan-bahan untuk masyarakat.

(4) Rancang aktiviti:
Pilih dan rekabentuk aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tema, gunakan bahan-bahan
yang banyak dan galakkan peningkatan prestasi pelajar-pelajar ke arah pencapaian
matlamat pembelajaran. Jangan lupa untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
memilih pembelajaran mereka.

Rajah 1.4 : Contoh Perancangan Web (Ubahsuai daripada Guillaume, 2000: 30)

Masyarakat
Manusia
tinggal
bersama
Sepanjang
sejarah
Bagaimana
mereka
berubah
Masyarakat
Biologikal
Masa
silam
Mengkaji
contoh-contoh
dari hasilan
sejarah yang
diminati
Haiwan yang
tinggal bersama
Sistem sokongan
adalahberbeza
Teknologi
maklumat
membawa
kesan
kpdmasyara
kat.

Masa kini:
Masyarakat

Keluarga
berbeza
12

2.1 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran adalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah
dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Strategi-strategi pengajaran
yang dibincangkan dalam bahagian ini adalah terdiri daripada pemusatan guru, pemusatan
murid, pemusatan bahan dan berasaskan tugasan/aktiviti.

2.1.1 Strategi Berpusatkan Guru

Dalam pendekatan ini, guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah.
Strategi yang berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran langsung. Pengajaran
langsung bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan. Ia
juga bergantung kepada penekanan kandungan yang berstruktur. Antara contoh-contoh
termasuklah pertimbangan semula, latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan pelajar.

Strategi berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit. Ia terdiri
daripada bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan sistematik. Terdapat juga
hentian sejenak untuk menyemak pemahaman pelajar. Pendekatan ini berguna untuk
menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu. Sebagai contoh, pengajaran
fakta-fakta sains atau kajian sosial, kemahiran pemetaan, aturan tatabahasa dan konsep,
perbendaharaan kata, pengiraan matematik dan membezakan fakta daripada pendapat
adalah beberapa contoh di mana pendekatan pengajaran eksplisit adalah berguna.

Strategi berpusatkan guru mengandungi pengajaran dalam langkah-langkah kecil
yang menekankan amalan pelajar selepas setiap langkah. Peranan guru adalah
mengemukakan bahan pengajaran, membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan dan
memberi semua pelajar latihan amali berperingkat tinggi yang lebih kerap.

Seorang guru yang masuk bilik darjah menggunakan pendekatan berpusatkan guru
akan memperlihatkan ciri-ciri berikut:
guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran;
pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas;
buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas;
setiap episod dalam pengajaran ditentukan oleh guru;
meja dan kerusi diatur dalam barisan , menghadap papan kapur;
pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah
13

2.1.2 Strategi Berpusatkan Murid/Pelajar

Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit
tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit
kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk
mereka (Martin et al, 1994).

Ia sebenarnya berpisah daripada tradisi di mana bilik darjah didominasikan guru
dan strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggung jawab dan
melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar. Ia boleh dilakukan
dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang baik di mana pelajar dapat berinteraksi dengan
guru dan pelajar lain. Strategi ini lebih sesuai digunakan apabila maklumat tidak
disampaikan secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru dan apabila matlamatnya
adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis. Pengajaran di
dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar selalunya kurang berstruktur.

Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang berstruktur, guru tidak membiarkan
pelajar membuat sesuka hati mereka. Guru masih berkuasa dan memberi sedikit
tanggungjawab kepada pelajar. Peranan sebagai orang yang berkuasa tidak diperlihatkan
oleh guru. Akan tetapi, guru bertindak autoritatif. Guru memilih untuk mengagihkan sedikit
kuasanya kepada pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya.

Kajian menunjukkan bahawa ia mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan
kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep dan memperkembangkan sikap yang
positif,mewujudkan motivasi,memperkembangkan sahsiah peribadi dalam menggalakkan
kemahiran sosial kumpulan. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan
perkembangan yang lebih dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi.

Antara contoh strategi berpusatkan pelajar ialah penerokaan, inkuiri penemuan dan
beberapa bentuk perbincangan. Contoh-contoh lain pengajaran yang kurang eksplisit
termasuklah menganalisis trend dalam sejarah, kesusasteraan, dokumen atau masalah
praktikal, perbincangan dan spekulasi penyelesaian bagi isu-isu sosial, mengajar karangan
dan menulis tesis.



14

Guru-guru mestilah mahir dalam mata pelajaran yang diajar. Setiap guru perlu
mengetahui struktur, mengenal pasti konsep-konsep penting dan memilih atau
mengembangkan pengalaman-pengalaman yang bermakna kepada pelajar dan memberi
peluang kepada mereka untuk meneroka dan menemui apa yang guru hendak mereka
pelajari.

Unsur-unsur utama yang dapat kita perlihatkan dalam bilik darjah yang
menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar ialah:

Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan
tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.
Pelbagai bahan pengajaran disediakan untuk pelajar menggunakan secara
individu atau dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Bentuk tujuhala pengajaran ditentukan oleh pelajar ketika berinteraksi dengan
guru.
Cara menyusun perabot dalam bilik darjah memudahkan pelajar bekerja
secara individu atau di dalam kumpulan
Pelajar dapat bergerak dengan bebas sekiranya perlu membuat tugasan
Selain guru, pelajar juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat.
(http://www.arts.nie.edu.sg/ell/PeterT/Personal/Teachercentred%20learning.html)


2.1.3 Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan

Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan
seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber,
pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan
bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar
secara individu dapat belajar.

Pelbagai bentuk bahan resos yang digunakan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah penggunaan buku yang digunakan semenjak dahulu sebagai
satu bentuk pengajaran berpusatkan bahan yang utama. Kebelakangan ini, terdapat
peningkatan dalam penggunaan media dalam pembelajaran berpusatkan bahan. Ia
termasuklah peningkatan dalam bahan pembelajaran, panduan pelajaran, panduan buku
teks, buku kerja, video dan pakej pembelajaran. Bahan yang lebih canggih ialah pakej
15

pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer, CD-Rom, multimedia, kumpulan
perbincangan komputer, video interaktif, bahan dalam laman web, telekonferens, konferens
video dan telematiks.

Pembelajaran berpusatkan bahan juga adalah penting bagi membantu guru
memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Ia dapat menyediakan cara untuk pelajar belajar
mengikut kadar sendiri, pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka.
Selain itu, ia juga dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kelas pada hari
pengajaran diadakan.

Dalam pembelajaran berpusatkan bahan, peranan guru termasuklah :
membimbing pelajar dimana untuk mendapat maklumat;
membantu mereka mencari/membentuk soalan yang sesuai untuk dikemukakan;
mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam kesusahan;
memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan; dan
membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan.


2.1.4 Strategi Berasaskan Tugasan/Aktiviti

Strategi berasaskan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan pelajar
dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau
mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari (dan dalam proses memberikan bimbingan,
strategi-strategi mempermudahkan tugasan atau bantuan/scaffolding yang membolehkan
mereka menyempurnakan aktiviti dengan jayanya).

Kriteria-kriteria yang diambil kira dalam pemilihan atau membentuk aktiviti adalah:
Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin
diajar di mana guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh
menuju pencapaian matlamat tersebut iaitu pemahaman kandungan pelajar dan
kebolehan untuk mengaplikasikannya dalam situasi lain.
Berdasarkan matlamat pengajaran, boleh diambil kira kepelbagaian aktiviti.
Contohnya, aktiviti boleh merupakan aktiviti permainan atau main peranan;
aktiviti tersebut releven dan berguna untuk menyampaikan isi kandungan
pelajaran. Walau bagaimanapun, semasa memilih aktiviti yang tidak memenuhi
kriteria utama, guru boleh mengambil kira kriteria sekunder.
16

Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi,
bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu .
Selain aktiviti dipilih dengan baik, aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau
serta disusuli jika meninginkan impak yang spenuhnya. Ini bermakna pelajar
perlu bersedia lebih awal sebelum aktiviti. Guru perlu memberikan bimbingan
dan maklum balas semasa aktiviti serta menstruktur refleksi selepas aktiviti.

Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar pelajar
akan melibatkan diri dalam aktiviti serta mereka jelas tentang matlamat yang ingin dicapai.
Guru boleh membimbing pelajar dengan membekalkan maklumat yang diperlukan atau
bantuan tentng cara menyempurnakan kehendak tugasan. Apabila pelajar mula
melaksanakan tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika
perlu. Kesemua tugasan perlu disusuli refleksi atau perbincangan pada akhir tugasan
Guru akan membuat semakan dengan pelajar, memberikan maklum balas umum tentang
prestasi dan mengukuhkan idea-idea utama apabila berhubung dengan matlamat
keseluruhan.


3.1 KAEDAH PENGAJARAN

Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan
menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif
pengajaran.

Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan
yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang
dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.

Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang
tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai
sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).






17

Antara kaedah-kaedah pengajaran dalam Bahasa Melayu ialah:

3.1.1 Kaedah Natural
Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti
yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang menekankan
rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa
tertentu.

3.1.2 Kaedah Nahu Tradisional
Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami
nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul.
Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang
dapat digunakan dalam penulisan.

3.1.3 Kaedah Terus
Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara
tahun 1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah
digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah
terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak.

3.1.4 Kaedah Ajuk Hafaz
Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih
tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara
menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi dalam ungkapan biasa
dalam bahasa ibunda.


4.1 TEKNIK PENGAJ ARAN

Teknik pengajaran adalah satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian
bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran.
Secara khususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti
supaya dapat mempercepatkan penanggapan pelajar.

18

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi
atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada
waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih
haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang
dianuti.

Teknik-teknik pengajaran terdiri daripada teknik main peranan, teknik permainan
bahasa, teknik latih tubi, teknik bercerita, teknik simulasi dan teknik drama. Teknik bertujuan
untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, dan membangkitkan rasa ingin tahu
seorang murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.


4.1.1 Teknik Latih Tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Boleh digunakan
untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau
mengingat fakta-fakta penting.

Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-
perkataan itu. Ia berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang
biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.






19

4.1.2 Teknik Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula.

Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat
isi-isi penting. Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Ia memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan
masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Selain itu, ia dapat mewujudkan
pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan
proses pengajaran dan pembelajaran.

4.1.3 Teknik Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak
yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid
lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan
secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini
dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui
filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.




20

4.1.4 Teknik Sumbangsaran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.

Teknik ini boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat
sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan
kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Ia
menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran
secara analitis.

4.1.5 Teknik Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa
pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam
sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.

4.1.6 Teknik Bercerita

Ia merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan
perhatian pelajar. Dengan teknik ini, latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata
dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, ia dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara,
gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di
kawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.


21

Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara atau,
peristiwa-peristiwa, sama ada imaginasi, tradisi atau kisah benar. Strategi ini boleh
meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan. Ia dapat
memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman,
mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk membaca.

Antara langkah-langkah melaksanakan sesi bercerita dengan berkesan ialah:

1. Sebelum sesi bercerita
i. Suasana yang selesa diperlukan. Sebaik-baiknya pelajar duduk dalam satu
bulatan bersama orang yang bercerita.
ii. Sekiranya guru merupakan orang yang bercerita, beliau perlu mengambil kira
perkara-perkara berikut:
Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar
Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya bahagian muka
dan tangannya
Bercakap dengan kuat dan jelas berserta intonasi yang sesuai
Sekiranya guru tidak mahu diganggu, ingatkan pelajar untuk bertanya atau
membuat ulasan hanya selepas selesai bercerita
Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum guru mula bercerita
iii. Jika pelajar diberi peluang sebagai orang yang bercerita, mereka perlu:
Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan isi cerita
diberi peluang untuk berkongsi cerita pendek atau peristiwa menarik dalam
situasi yang tidak formal. Ini dijadikan pengalaman awal untuk pengalaman
bercerita yang lengkap.

2. Semasa sesi bercerita:
Pelajar diberi peluang membuat catatan untuk perbincangan kemudiannya
Pastikan pelajar menumpukan perhatian
Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat kontak mata dengan
pelajar seolah-seolah bercerita secara langsung dengan mereka

3. Selepas sesi bercerita:
Beri peluang kepada pelajar merumuskan cerita
Minta mereka berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari

22

4.1.7 Teknik Drama

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama teknik ini
adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada
dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan).
Penggunaan teknik drama dapat mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid juga bebas
meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan
pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.


4.1.8 Perbincangan
Perbincangan merupakan prosesaktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam
persekitaran pembelajaran (Gauthier, 2001). Situasi wujud di mana guru membentuk suatu
pandangan dan harus berkebolehan memudah cara pelbagai pertukaran idea dalam
kalangan pelajar. Perbincangan bukan sahaja merangsang interaksi antara pelajar secara
bermakna, juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan,
kemahiran, sikap dan proses-proses pembelajaran.

Orlich et al. (2007) berpandangan bahawa perbincangan merupakan teknik yang boleh
meningkatkan kemahiran pemikiran dan pertuturan pelajar serta dapat merangsang
pemikiran analitik. Perbincangan digunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif
pengajaran, iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar membina kefahaman
kandungan; merangsang penglibatan; serta membantu pelajar menguasai kemahiran
komunikasi dan proses pemikiran (Arends, 2001).

Elemen-elemen penting dalam teknik perbincangan:

Matlamat dan objektif
Perbincangan secara kumpulan kecil untuk menghasilkan pembelajaran
berbentuk proses dan bukan pencapaian hasil akhir. Maka pelajar perlu
melibatkan diri secara aktif.
23

Saiz kumpulan yang ideal
Saiz kumpulan yang sesuai dan praktikal adalah antara 6-8 orang.

Susun atur bilik
Pastikan pelajar menghadap satu sama lain dan tidak diganggu dengan aktiviti
lain dalam bilik darjah. Susun atur berbentuk bulatan, separa bulatan atau
berbentuk U amat sesuai kerana memberikan kuasa/autoriti kepada guru atau
ketua yang akan mempunyai kebebasan bergerak. Guru mempunyai laluan
untuk ke papan tulis serta boleh bergerak ke dalam bentuk U agar dapat
mendekati pelajar. Selain dari itu susunan berbentuk rantai atau Y.

Pemilihan topik
Topik boleh terdiri daripada tugasan atau pengajaran secara berterusan di
dalam bilik darjah, seperti tentang mana-mana topik, subjek, pelbagai tahap
perkembangan dan umur pelajar. Yang penting topik yang dipilih releven dan
dapat merangsang minat pelajar. Kebiasaannya, isu-isu berkontroversi dan
dilema moral merupakan topik yang amat baik untuk perbincangan.

Pelaksanaan Sesi Perbincangan

Empat perkara harus diteliti, iaitu proses dan interaksi, peranan dan tanggungjawab,
kepimpinan dan kejeleketan (Orlich et al.,2007). Inti pati proses dalam perbincangan
kumpulan merupakan interaksi verbal.

a) Proses dan interaksi
Proses komunikasi amat penting untuk menjayakan perbincangan. Pelajar perlu
dibimbing untuk menguasai kemahiran mendengar apabila rakan berbincang
serta dapat memberikan respons yang sesuai.

b) Peranan dan tanggungjawab
Guru berperanansebagai fasilitator, di mana akan membimbing pelajar dengan
kemahiran, memberikan bahan dan peluang kepada pelajar untuk menentukan
pengalaman pembelajaran. Selain itu, guru harus bergerak dari satu kumpulan
ke satu kumpulan yang lain, mendengar, memerhati dan menggalakkan setiap
pelajar untuk melibatkan diri. Dalam setiap kumpulan terdapat seoarang ketua
24

kumpulan dan seorang pencatat, di mana peranan ketua dan encatat boleh
digilirkan antara ahli kumpulan.

c) Kepimpinan
Kepimpinan amat penting dalam perbincangan kumpulan.Peranan sebagai ketua
kumpulan merupakan seorang yang mempunyai autoriti dan mewakili kumpulan
sebagai jurucakap.Sebelum memilih ketua, guru perlu menjadi model kepada
pelajar. Guru juga perlu berkemahiran memulakan perbincangan, meminta
pandangan daripada pelajar, memperjelas pernyataan dan meminta pandangan
setiap pelajar. Maka, dengan memodelkan tingkah laku yang berwibawa, guru
akan menjadi teladan (Bandura,1961 dalam Woolfolk, 2004) kepada pelajar
yang dipilih sebagai ketua nanti.

Apabila melaksanakan perbincangan kumpulan, guru boleh memilih ketua
berdasarkan atribut dan kualiti kepemimpinan yang diperhatikan dalam kalangan pelajar.
Antara atribut seorang ketua merangkumi populariti, tahap pencapaian akademik, kemahiran
sosial serta kebolehan berfikir dan bertutur. Justeru, guru boleh melatih pelajar untuk
menguasai kemahiran untuk mengemukakan soalan, melapor rumusan, melibatkan pelajar
yang pasif dan tahu bagaimana mengawal pelajar yang dominan.

Secara ringkasnya, seorang ketua perlu tahu memulakan perbincangan,mengawal
kadar perbincangan,memberi maklum balas maklumat baharu, memberikan sokongan
kepada idea-idea yang dikemukakan,selain membuat penilaian terhadap pencapaian
matlamat perbincangan kumpulan.

d) Kejeleketan
Elemen keempat, iaitu kejeleketan atau seperti Orlich et. al.(2007) menggunakan
frasa The We attitude. Dalam satu-satu perbincangan kumpulan, perlu ada
kecenderungan untuk ahli kumpulan bersatu dan saling menyokong antara satu
sama lain. Ahli kumpulan mempunyai rasa bangga terhadap kumpulannya.







25

Jenis-jenis Perbincangan

(a) Sumbangsaran
Sumbangsaran merupakan satu bentuk perbincangan yang mewujudkan sesuatu
kumpulan berfikiran secara secara berkelompok. Setiap peserta digalakkan member idea
dan setiap idea itu diterima untuk dikaji dengan lebih teliti. Pada akhirnya, idea yang paling
sesuai sahaja yang dipilih sebagai rumusan. Rumusan tersebut menjadi hasil daripada sesi
sumbangsaran.

Osborn (1963) menyatakan terdapat dua tujuan sumbangsaran. Pertama,
merupakan tujuan jangka panjang, iaitu untuk menyelesaikan suatu masalah penting.
Kedua, merupakan tujuan jangka pendek, iaitu untuk mendapatkan seberapa banyak idea
penyelesaian yang mungkin tentang suatu masalah.

Langkah-langkah Pengajaran Melalui Sumbangsaran

















(b) Forum

Forum digunakan sekiranya kumpulan adalah besar dan bilangan ahli juga ramai.
Suatu panel yang terdiri daripada empat hingga lapan orang pakar akan menyampaikan
idea-idea mereka. Panel ini terdiri daripada seorang pengerusi, dan ahli-ahli panel yang
Permulaan
Topik perbincangan dikemukakan.
Tujuan dibincangkan.
Murid-murid dibaagikan kepada kumpulan-kumpulan.
Ketua kumpulan dan pelapor dilantik.
Perbincangan
Ketua kumpulan menggalakkan setiap ahli member idea.
Ahli-ahli tidak dibenarkan mengkritik.
Pelapor mencatat pendapat ahli-ahli
Ahli-ahli menapis idea.

Penutup
Pelapor setiap kumpulan mengemukakan idea-idea
kumpulan.
Idea-idea ditapis.
Rumusan dibuat setelah persetujuan dicapai.
26

akan menyampaikan hujah-hujah akan duduk di hadapan peserta-peserta. Pengerusi panel
akan memulakan forum dengan memberikan sedikit penerangan tentang tajuk dalam
suasana yang tenang. Setiap ahli panel mungkin diberi masa 4-5 minit untuk
mengemukakan pendapat mereka. Kira-kira setengah jam diperuntukkan untuk menggulung
perbincangan serta melayani soalan-soalan dari para hadirin.

Ahli-ahli panel perlu membuat persediaan yang rapi supaya pengulangan hujah-
hujah tidak berlaku. Adalah lebih baik sekiranya diadakan perbincangan di kalangan ahli-
ahli panel tentang bidang masing-masing. Peranan pengerusi pula adalah untuk membuka
dan menggerakkan perbincangan serta menggulung perbincangan pada masa yang
ditentukan . Dia juga perlu menjaga keselesaan suasana perbincangan. Sekiranya berlaku
ketegangan, pengerusi sepatutnya menyelesaikan dengan memasukkan unsur-unsur lucu
yang releven.

Di antara faedah-faedah perbincngan melalui forum adalah seperti berikut:
1. Berfikir secara analitis,kritis dan jelas.
2 . Berlatih untuk bertutur dengan terang serta lantang.
3. Membina keyakinan untuk mengemukakan pendapat.
4. Belajar bertukar-tukar pendapat dan dengan itu menggalakkan
perkembangan intelek.

(c) Seminar

Seminar merupakan suatu pertemuan pembentang dengan sekumpulan
pelajar/peserta untuk mendengar serta berbincang tentang satu topik. Penyampaian perlu
disediakan dengan baik. Pelajar-pelajar yang lain seharusnya telah pun membuat
persediaan yang lengkap untuk mengambil bahagian dalam perbincangan.
Seminar lebih sesuai bagi pelajar/peserta yang dewasa serta mempunyai
kematangan intelek. Kaedah ini memberi latihan kepada pelajar/peserta untuk
merancang,mengelola serta mengumpul data-data untuk membuat satu-satu rumusan.







27

Langkah-langkah pelaksanaan seminar adalah seperti berikut:












(d) Sesi Buzz

Kumpulan buzz merupakan kumpulan yang kecil iaitu terdiri daripada 4-6 orang ahli.
Seorang ketua dan seorang pelapor atau setiausaha akan dipilih. Selepas guru membuat
sesuatu penyampaian, kumpulan-kumpulan buzzakan memulakan perbincangan. Ketua
akan mewajibkan setiap peserta mengemukakan ideanya, manakala pelapor akan
mencatatkan idea-idea dan seterusnya membuat suatu rumusan tentang perbincangan
kumpulan kecilnya. Pada peringkat akhir, kumpulan-kumpulan kecil itu akan berkumpul
semula untuk perbincangan am. Selepas itu, idea-idea yang dipersetujui akan disampaikan
kepada guru yang akan merumuskan isi-isi penting dan dipaparkan dihadapan kelas.

(e) Perbahasan

Perbahasan adalah perbincangan yang formal dan ahliahli perbahasan telah
membuat persediaan untuk menentang atau menyebelahi sesuatu isu. Ahliahli akan
bercakap secara bergilirgilir di antara pasukan dan masa yang diberikan bagi pembahas,
kedua dan ketiga mungkin berbeza.

Biasanya dua kumpulan kecil akan mengambil bahagian dalam perbahasan. Setiap
kumpulan kecil akan mengambil bahagian dalam perbahasan. Setiap kumpulan lazimnya
terdiri daripada empat orang ahli. Kumpulan yang dikenali sebagai pencadang akan
menyokong topik perbahasan manakala kumpulan lagi satu dikenali sebagai manakala satu
kumpulan lagi dikenali sebagai pembangkang akan menentang topik perbahasan.

Langkah 1
Perancangan - Kertas kerja disediakan .
Langkah 2
Pembentangan - Kertas kerja dibentangkan.
Langkah 3
Perbincangan - Para hadirin mengemukan soalan.
- Pembentangan menjawab soalan

Langkah 4
Rumusan - Ulasan diberi oleh pembentang dan rumusan dibuat.
28

Seorang pengerusi dipilih untuk mengelolakan aktiviti perbahasan, manakala
seorang penjaga masa akan membunyikan loceng apabila masa bagi setiap ahli dalam
kumpulan telah tamat. Penghakiman akan dijalankan oleh tiga orang yang biasa terdiri
daripada guru-guru sekolah.

Perkara-perkara berikut perlu diingatkan semasa mengadakan perbahasan.
i. Perbahasan sepatutnya difokuskan kepada tajuk dan bukan kepada
pasukan pembangkang.
ii. Isi- isi yang dikemukakan untuk menentang hujah-hujah pembangkang
sepatutnya mempunyai bukti yang baik, relevan serta menunjukkan
hujah-hujah pembangkang itu kurang bernas.
iii. Hujah-hujah yang diberikan perlu membantu pendirian pembahas-
pembahas lain di dalam kumpulannya.

4.1.9 Demonstrasi

Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan
melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Dalam proses demonstrasi, terdapat
komunikasi lisan yang langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada pelajar. Ia
juga melibatkan pendekatan visual untuk memerhatikan proses, maklumat atau idea.
Biasanya ia adalah interaktif kerana guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam persekitaran
pembelajaran kolaboratif.

Demonstrasi membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan melihat bagaimana
ia berfungsi. Terdapat jenis tunjuk cara semata-matanya, demonstrasi dengan komentar
atau demonstrasi yang melibatkan pelajar. Dalam kebanyakan kes, guru menunjuk cara
sesuatu perlakuan atau aktiviti sebelum meminta pelajar melakukan aktiviti tersebut secara
individu. Bagi aktiviti yang melibatkan ramai pelajar, demonstrasi menyediakan model atau
contoh-contoh perlakuan dan membina jangkaan-jangkaan dilakukan. Misalnya untuk
pengajaran tarian, lukisan, gimnastik dan menjalankan uji kaji.

Demonstrasi boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara
berkesan, menimbulkan minat dalam sesuatu topik, menyediakan model untuk kemahiran
mengajar, dan mengubah kadar pembelajaran pelajar. Untuk menjalankan demonstrasi
dengan berkesan, guru seharusnya merancang demonstrasi tersebut dengan teliti, termasuk
membuat percubaan atau latihan bagi memastikan kelicinan pelaksanaan demonstrasi.

29

Semasa menunjuk cara, guru memastikan semua pelajar dapat menumpukan
perhatian dan mengajukan soalan-soalan kepada pelajar. Selain, pelajar diberikan peluang
untuk mempraktikkan apa-apa yang telah dipelajari. Selepas sesi praktis, sesi perbincangan
tentang perkara-perkara demonstrasi yang penting dilakukan. Kemudian guru membantu
pelajar membuat rumusan tentang demonstrasi yang dijalankan. Guru menyediakan aktiviti
susulan untuk memperkukuhkan pemahaman pelajar.

4.1.10 Penyelesaian Masalah

Dalam kehidupan sehari-hari, anda menghadapi pelbagai masalah.
Misalnya, ketika anda datang ke IPG, kereta anda boleh rosak dalam perjalanan. Anda
sekarang berhadapan dengan satu masalah. Seterusnya, anda berusaha mencari punca
penyebab kerosakan enjin kereta itu, Kemudian, anda membuat hipotesis yang bateri
kereta lemah. Anda pun bertindak untuk menguji hipotesis itu, iaitu dengan menggantikan
bateri kereta yang baharu. Selepas itu, kereta anda pun bergerak semula. Dengan itu,
anda boleh membuat rumusan bahawa bateri kereta yang lemah boleh menjejaskan
kelicinan pergerakan enjin.

Justeru itu, strategi penyelesaian masalah sebenarnya merupakan cara pengajaran
yang berdasarkan penyiasatan yang saintifik. Berikut adalah langkah-langkah strategi
penyelesaian masalah:








Rajah 3.5: Penyelesaian masalah

Theory of Constraint (TOC) adalah satu daripada strategi penyelesaian masalah
yang boleh digunakan secara berasingan atau digandingkan dengan kaedah lain untuk
membentuk sistem penyelesaian masalah dan pengurusan perubahan yang sesuai. Tujuan
generik ialah untuk menterjemahkan gerak hati kepada format yang boleh dibincangkan
secara rasional, menyoal dengan bebas dan mengubahsuai kepada kefahaman situasi
tersebut. Ia digunakan untuk penyelesaian masalah, di samping memudahkan komunikasi,
Mengenal pasti
masalah
Mencari
maklumat
Membuat
hipotesis
Menguji
hipotesis
Menilai dan
Membuat
rumusan
30

kerjasama dan persetujuan di kalangan mereka yang terlibat dalam penyelesaian masalah
tersebut.

TOC mesti menyokong salah satu daripada tiga objektif generik proses penyelesaian
masalah yang perlu dilaksanakan oleh kumpulan:

Apa yang akan diubah:
Penilaian situasi, huraian tentang kenyataan semasa, dan diagnosis
menentukan teras masalah atau konflik dan andaian-andaian yang
mengekalkannya.

Apa yang hendak diubah:
Menyatakan visi atau penyelesaian dan huraian strategi untuk mendapatkan apa
yang diingini preskripsi, membuat keputusan dan perkembangan
penyelesaian.

Bagaimana membuat perubahan:
Pembinaan pelan yang terperinci dan taktik yang boleh menjelaskan apa yang
perlu berlaku dan menyelaraskan usaha kumpulan untuk melaksanakan strategi
merancang, pembinaan pasukan.


4.1.11 Bermain

Main merupakan satu konsep yang kelihatan mudah tetapi sebenarnya sukar
untuk didefinisikan. Menurut Fromberg (1987), secara umumnya main adalah simbolik,
bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk
episodik.

Bermain dapat dikategorikan mengikut fungsinya, iaitu bermain sebagai satu
kemajuan, bermain sebagai kuasa, bermain sebagai fantasi dan bermain sebagai main
(Brian Sutton-Smith dalam Pellegrini, 1995).

a) Bermain sebagai kemajuan
Bermain sebagai satu proses belajar, iaitu proses untuk menambah baik dan
memenuhi keperluan psikologi dan keperluan sosial.
31

b) Bermain sebagai kuasa
Merujuk kepada pertandingan yang melibatkan pasukan lawan, menang dan
kalah.

c) Bermain sebagai fantasi
Berkait secara langsung dengan bermain sebagai kemajuan. Kedua-duanya
melibatkan kanak-kanak, di mana bermain sebagai fantasi juga melibatkan
peranan main dalam mencungkil dan meningkatkan kemahiran berfikir secara
kreatif dan imaginatif.

d) Bermain sebagai main
Mengutamakan kualiti pengalaman main itu sendiri, bukannya hasil daripada
bermain. Kualiti main melibatkan pengalaman dalam diri pemain.

Bagi kanak-kanak, main merupakan satu laluan yang membolehkan kanak-kanak
belajar dan mengenali persekitaran atau dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan,
proses cuba-jaya dan manipulasi alatan. Bermain juga satu proses semula jadi yang
menghubungkaitkan alam fizikalkanak-kanakdengan alam spiritual, pemikiran, kreativiti,
perlambangan, idea, peranan serta pengalaman masa depan kanak-kanak.

Bermain merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberikan
peluang kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan,
bebas dan selamat, selain melahirkan perasaan, meneroka serta mencuba dan
meningkatkan kemahiran. Melalui bermain, perkembangan fizikal, perkembangan kognitif,
perkembangan psikomotor dan perkembangan sosioemosi dapat dipupuk. Justeru melalui
proses bermain juga kanak-kanak akan mendapat pengalaman langsung yang pastinya
akan memberikan kesan pembelajaran yang bermakna.


4.1.12 Lawatan

Lawatan merupakan satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak sekolah dan
pelajar-pelajar akan pergi ke tempat bahan-bahan pengajaran yang dapat diperhatikan serta
dikaji secara langsung. Lawatan biasanya dibuat ke tempat-tempat seperti kilang-kilang,
muzium, perpustakaan atau pertubuhan-pertubuhan lain yang ada kaitan dengan topik
pelajaran. Ia termasuk tempat-tempat seperti anak sungai, kolam dan hutan bagi
mengumpul bahan-bahan untuk kajian.
32

Kejayaan sesuatu lawatan bergantung kepada persediaan sebelum lawatan dan
kerja-kerja susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada
pelajar-pelajar. Di samping itu, soal selidik yang mengandungi soalan-soalan tentang aspek-
aspek penting tempat lawatan boleh diberikan kepada murid-murid. Dengan cara ini, pelajar-
pelajar dibantu memberikan perhatian kepada bahagian-bahagian penting yang
harusdiperhatikan dangan lebih teliti semasa membuat lawatan itu.

Dengan adanya objektif-objektif yang jelas serta perancangan yang teliti, pelajar-
pelajar pasti akan memperolehi pengetahuan baru serta memperkayakan pengalaman
mereka. Oleh tu, lawatan seperti ini dikenali sebagai lawatan sambil belajar.

Tujuan-tujuan lawatan
a) Menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar mendapatkan pengalaman sebenar
tentang keadaan di kilang,ladang atau pelabuhan dan sebagainya.
b) Membolehkan pelajar-pelajar untuk memerhati,menyelidik dan merekod.
c) Meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar untuk memerhati, menyelidik dan
merekod.
d) Meningkatkan daya ingatan pelajar-peajar tentang apa yang didengar,dibaca
dan dilihat akan diingati dengan lebih lama lagi.
e) Menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna kepada pelajar-pelajar.
f) Menyediakan peluang untuk melibatkan pelajar-pelajar secara aktif dalam
pembelajaran dan pengajaran.
g) Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
h) Meningkatkan lagi perhubungan di antara pihak sekolah dengan masyarakat di
luar.
i) Mendedahkan kepada pelajar tentang kedudukan alam sekitar.
j) Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berinteraksi dengan pegawai-
pegawai di luar sekolah dan dengan itu memperoleh ilmu pengetahuan daripada
mereka.

Prinsip-prinsip lawatan
Tempat lawatan hendaklah memberi falsafah kepada pelajar-pelajar.
Tujuannya ialah meningkatkan lagi kefahaman satu-satu konsep.
Tempat lawatan adalah selaras dengan topik pelajaran.
Kebenaran daripada pengetua, polis, ibu bapa dan pengurus tempat lawatan
hendaklah diperoleh terlebih dahulu.
33

Rancangan yang teliti hendaklah dibuat.
Beritahu pelajar-pelajar tentang perkara-perkara penting yang harus
diperhatikan
Satu soal selidik yang mudah boleh disediakan untuk aspek penting yang perlu
diberi tumpuan.
Pebincangan dan aktiviti susulan hendaklah diadakan selepas lawatan dibuat.

Langkah-langkah Pelaksanaan Lawatan

Sebelum Lawatan
Pilih tempat yang selaras dengan topik pelajaran.
Sediakan panduan tentang perkara-perkara yang seharusnya diberi perhatian.
Beritahu perkara-perkara yang perlu dibuat catatan.
Dapatkan kebenaran ibu bapa peajar-pelajar yang menyertai rombongan.
Dapatkan kebenaran daripada pengurus kilang atau tempat yang hendak
dilawati.
Kebenaran polis dan pengetua sekolah perlu juga diperolehi.
Dapatkan kenderaan yang diperlukan.
Sediakan soal selidik atau senarai semak yang perlu digunakan.
Beritahu pelajar-pelajar tentang latar belakang tempat yang akan dilawati.
Guru hendaklah berbincang dengan pelajar-pelajar dan terangkan bagaimana
lawatan itu akan membawa faedah kepada mereka.
Guru memberitahu tarikh, tempat lawatan serta bayaran yang dikenakan.
Guru mengaturkan langkah-langkah keselamatan seperti peraturan-peraturan
yang perlu dipatuhi ketika di tempat lawatan.

Semasa Lawatan
Beri penerangan kepada pelajar-pelajar jika perlu.
Bahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan kecil jika perlu.
Pastikan setiap orang pelajar melibatkan diri secara aktif.
Perhatian yang teliti hendaklah dilakukan agar penerangan pegawai di tempat
lawatan.
Kawalan ke atas pelajar-pelajar hendaklah dilakukan agar kemalangan dapat
dielakkan.
Guru menggalakkan pelajar agar mengemukakan soalan-soalan yang releven.
34

Guru membantu pelajar mendapatkan maklumat lanjut tentang sesuatu perkara
jika perlu.

Selepas Lawatan
Guru mengadakan perbincangan bersama pelajar-pelajar berhubung perkara-
perkara yang dicatatkan.
Guru menjawab segala soalan pelajar atau apa sahaja kesulitan yang mereka
hadapi semasa lawatan.
Guru membantu pelajar membuat laporan tentang lawatan itu.
Guru membimbing pelajar menyediakan rumusan tentang lawatan.
Pelajar mempamerkan bahan yang dikumpulkan ketika membuat lawatan.
Guru memberikan aktiviti susulan kepada pelajar-pelajar.

Kebaikan-kebaikan Lawatan
Lawatan memberikan pelajar-pelajar tentang alam sekitar akan bertambah.
Lawatan membawa kesan yang besar disebabkan penggunaan pelbagai deria.
Kaedah lawatan boleh digunakan dalam semua mata pelajaran.
Lawatan mendatangkan satu variasi kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah.
Lawatan memperkukuhkan ingatan pelajar terhadap pekara atau topik yang
diajar oleh guru.

Lawatan menyediakan peluang bagi pelajar mengaitkan perkara yang dipelajari
di bilik darjah dengan keadaan yang sebenar di luar bilik darjah.
Lawatan meningkatkan kemahiran pelajar memerhati, menganalisis dan
membuat laporan.
Lawatan dapat menimbulkan minat serta perasaan ingin tahun pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran.

Kelemahan-kelemahan Lawatan
Tanggungjawab membawa pelajar-peljar ke tempat lawatan amat berat.
Masalah disiplin mudah timbul.
Prosedur-prosedur pentadbiran adalah kompleks.
Sekiranya persediaan kurang baik, lawatan tidak mungkin mencapai objektif-
objektif pelajaran. Dengan itu,masa serta tenaga terbuang.
35

Kalaulah tempat lawatan yang dipilih kurang sesuai, maka lawatan itu tidak
membawa faedah sepenuhnya.Lawatan seperti ini hanya dapat menghiburkan
pelajar-pelajar sahaja.
Kebenaran daripada kilang atau tempat lawatan yang berkenaan tidak mudah
diperoleh kerana ianya boleh menjejaskan aktiviti pengeluaran.


5.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KAEDAH DAN TEKNIK
PENGAJARAN

Terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru
semasa merancang pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memilih kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai agar penyampaian input kepada pelajar akan menarik dan
bermakna. Beberapa faktor yang perlu diberi pertimbangan sebelum guru dapat
melaksanakan kaedah dan teknik dengan jayanya.

Mengikut Pierce dan Lorber (1977), faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan
kaedah dan teknik mengajar termasuklah:
(a) Objektif Pengajaran
(b) Jangka masa Pengajaran
(c) Bahan Pengajaran
(d) Latar belakang Pelajar, dan
(e) Jumlah dan Susunan Pelajar

(a) Objektif Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran adalah perlu bagi seseorang pengajar
untuk memikirkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai.Setelah
menentukan obj ektif, baharulah guru menentukan apakah kaedah yang paling
sesuai untuk mencapai obj ektif tersebut. Penyediaan objektif semestilah
berdasarkan isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran
mata pelajaran tersebut. Jumlah objektif tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang
agar baik pencapaian pelajarnya, bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas
yang agak lemah pencapaian pelajarnya.



36

(b) Jangkamasa Pengajaran

Dengan jangka masa yang telah ditetapkan, guru perlu memilih kaedah yang sesuai
digunakan dalam jangka masa tertentu. Kebanyakan sekolah menetapkan j angka
masa pengaj aran di antara 30 minit hingga 40 minit atau 60 minit hingga 80
minit sekiranya pel aj aran tersebut mengambil dua masa yang berturutan.
Dengan tempoh masa yang ditetapkan, guru boleh memil ih kaedah dan teknik
yang sesuai untuk masa tersebut. Sebagai contoh, j ika dua waktu mengaj ar,
teknik perbincangan sesuai kerana memberi peluang pelaj ar untuk
mengemukakan idea dan berpeluang untuk membentang serta berkongsi
pandangan dengan seluruh kelas.


(c) Bahan pengajaran dan pembelajaran

Pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak
disampaikan. Guru perlu menentukan isi pelaj aran yang hendak disampaikan.
Sekiranya isi pel aj aran itu berbentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar
dan bertutur di dalam pelaj aran bahasa, guru perl u memi li h kadah dan teknik
yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahirann-kemahiran tersebut.
Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendaklah sesuai
digunakan dengan kaedah atau teknik yang dipilih.


(d) Latar belakang pelajar

Tahap keupayaan otak dan kemampuan pelajar yang berbeza-beza. Jumlah pelajar
dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang mahu
digunakan.Antara perkarayang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat
pencapaian atau keupayaan pelajar. Kaedah yang agak rumit seperti kaedah
menyelesaikan masalah atau Theory of Constraints (TOC) yang memerlukan
pelajar mencari penyelesaian sesuatu masalah adalah tidak sesuai bagi murid-
murid di tahap 1 sekolah rendah. Teknik bercerita dan bermain amat sesuai dipilih
sebagai teknik pengajaran untuk murid-murid sekolah rendah kerana berunsur pembelajaran
yang menyeronokkan.


37

(e) Jumlah dan susunan pelajar

Jumlah pelaj ar dan susunan tempat duduk pelaj ar j uga boleh
mempengaruhi kaedah yang hendak dipi lih dalam pengaj aran. Bil ik darj ah yang
mempunyai bi langan pel aj ar yang ramai akan menimbulkan masalah dari segi
kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Guru perlu mengubah suai kaedah yang
digunakan supaya jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memil ih kaedah.
Contohnya, j ika guru memili h kaedah permainan, pelaj ar boleh dibahagikan
kepada kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan ini menj alankan akti viti
permainan masing-masing. Tempat duduk pelaj ar yang mudah al ih boleh
membantu kaedah pengaj aran. Selai n dalam bilik darjah, guru juga boleh
menggunakan tempat lain yang sesuai seperti di dalam dewan, persekitaran sekolah atau
padang sekolah jika kaedah yang dipilih itu memerlukan ruang yang lebih luas.


Rumusan

Tajuk ini membincangkan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran. Pelbagai cara bagaimana mengajar sesuatu pelajaran, dan jenis jenis strategi
pengajaran dikemukakan dan guru perlu memilih pendekatan dan strategi yang sesuai.
Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan
pelajaran dengan berkesan. Beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan
teknik pengajaran juga dibincangkan.

Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara
yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik. Kita harus melahirkan
murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam dunia
pendidikan.

Jika kita inginkan murid bertindak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan,
maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.




38

RUJUKAN

Buku:

Arends,R.I. (2001). Learning to teach. (5
th
ed.) New York: McGraw-Hill Co.

Block, J.H. &Anderson,L.W.(1975). Mastery learning in classroom instruction. New York:
Macmillan.

Bloom,B.S.(1976). Human characteristics and school learning.New York: McGraw-Hill Co.

Brophy, J.E. & Good, T.L. (1977). Educational psychology. A realistic approach. New York:
Holt, Rinehart and Winston.

Bruner,J.S.(1966). Towards a theory of instruction.Cambridge,MA:Harvard University Press.

Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.


Good, T.L. & Brophy,J.E.(1994). Looking into classrooms.(6
th
ed.).New York:HarperCollins.

Joyce,B.,Calhoun,E. & Hopkins,D.(2002). Models of learning-tools for learning.(2
nd
ed.).
Buckingham: Open University Press

Kagan, S.(1994). Cooperative learning.San Clemente,CA:Kagan.

Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur

Orlich,D.C,Harder,R.J.,Callahan,R.C.,Trevisan,M.S. & Brown,A.H.(2007). Teaching
strategies: A guide to effective instruction.Boston: Houghton Miflin Co.

Ormrod, J.E. (2008). Educational psychology: Developing learners.(6
th
ed.) New Jersey:
Pearson Education.

Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Pembelajaran masteri. KL: Kementerian Pelajaran
Malaysia.

39

Slavin,R.E.(1995). Cooperative learning:Theory,research and practice.(2
nd
ed.) Boston: Allyn
& Bacon.

Slavin, R. E. (2005). Educational psychology. Theory and practice. Boston: Allyn and Bacon.

Woolfolk, A.E. (2004). Educational psychology. (7
th
Ed).New Jersey: Prentice Hall.

Internet:

http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-kump-
syafiq-presentation

http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/

http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu























40

Pada akhir tugasan, pelajar dapat:
2. Membuat laporan/ulasan terhadap pengaplikasian kemahiran bernilai tambah dalam
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah


Konsep Kemahiran Bernilai Tambah

Dalam huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu, aspek kemahiran bernilai tambah
mengutamakan pengalaman murid di dalam bilik darjah. Kemahiran disesuaikan dengan
situasi kehidupan dunia sebenar murid-murid, serta senario dunia yang global. Justeru,
kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk menyatupadukan kemahiran lain supaya memenuhi
keperluan semasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlulah sentiasa menggalakkan keseluruhan perkembangan diri murid dengan
menekankan aspek persediaan akademik, nilai-nilai moral, pengurusan emosi, kemahiran
sosial, pemikiran yang efektif dan kebolehan menyelesaikan masalah.

Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah, dan
dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global.
Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual.














Rajah 1: Komponen Kemahiran Bernilai Tambah
KEMAHIRAN BERNILAI
TAMBAH
Kecerdasan Pelbagai
Kemahiran Teknologi
Maklumat &
Komunikasi
Pembelajaran
Konstruktivisme
Pembelajaran
Kontekstual
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Belajar
Cara Belajar
Kajian Masa Depan
41

Di dalam laporan ini, saya akan membuat ulasan beberapa kemahiran bernilai
tambah yang telah diaplikasikan oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan pemerhatian di dalam bilik darjah.

1.1 Pembelajaran Konstruktivisme



Guru ini telah mengaplikasikan pembelajaran konstruktivisme. Ia merupakan satu
teknik pembelajaran yang melibatkan murid untuk membina pengetahuan dengan
menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya dimana murid akan mengaitkan
pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada.

Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh
membantu murid membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan dan
seterusnya guru akan memainkan peranan mereka sebagai pembimbing atau fasilitator
dalam memperkembangkan pengetahuan sedia ada murid di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.


42

1.1.1 Definisi Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid
yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham,
yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

1.1.2 Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme

Ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme ialah:
i. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh pelajar dan
menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran
ii. Menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan pelajar dan guru
iii. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting
dengan hasil pembelajaran
iv. Menyokong pembelajaran secara koperatif
v. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar
vi. Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baharu
dengan memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi
dunia yang sebenar
vii. Menggalakkan proses inkuiri penemuan
viii. Mengenal pasti perubahan sikap pelajar

1.1.3 Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme
Kelebihan pembelajaran konstruktivisme yang boleh dimanfaatkan oleh
pelajar adalah seperti yang berikut:

i. Berfikir
Dalam proses membina pengetahuan baharu, pelajar akan berfikir
untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat
keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran. Sebagai contoh, pengetahuan boleh dicapai melalui aktiviti
penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah,
mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi, dan
membuat kesimpulan.


43

ii. Faham
Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea akan lebih jelas
apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan
pengetahuan baharu. Seseorang pelajar yang memahami apa yang
dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baharu
dalam kehidupan dan situasi baharu.

iii. Ingat
Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati
lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam
mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia
ada untuk membina pengetahuan baharu.

iv. Yakin
Pelajar yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk
membina sendiri pemahaman mereka tentang sesuatu perkara. Hal
ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani
menghadapi cabaran serta menyelesaikan masalah dalam situasi
baharu.

v. Kemahiran Sosial
Pelajar yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang
lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran
sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan
dan guru dalam membina pengetahuan mereka.

vi. Seronok
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, pelajar membina sendiri
pengetahuan, konsep, dan idea secara aktif. Hal ini menjadikan
mereka lebih faham, lebih yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar
sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran.





44

1.1.4 Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme
Langkah-langkah pembelajaran konstruktivisme dapat ditunjukkan menerusi
carta alir berikut:



















Rajah 1: Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme














PENEROKAAN
Pelajar menghadapi situasi atau masalah
SOALAN DARIPADA PELAJAR
Pelajar mengajukan beberapa soalan yang berkaitan situasi atau masalah
yang dihadapi
PENYIASATAN DAN KAJIAN SPESIFIK
Pelajar memilih satu daripada soalan atau sebarang masalah yang diajukan
dan menjalankan penyiasatan penuh
PENEROKAAN
Pelajar mencari hubungan antara soalan-soalan dan sebarang masalah
yang dijanakan dan membuat generalisasi, seterusnya pelajar mungkin
menemui situasi atau masalah baru untuk diterokai atau disiasat
Aktiviti

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Berdasarkan pembelajaran konstruktivisme, berikan rasional mengapa
buah saga dihubungkaitkan dengan budi bahasa seperti yang tertera
dalam pantun di atas.
45

1.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)



Seterusnya, guru ini telah mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia mempunyai nilai yang sangat tinggi.
Kini, guru-guru telah diberi tugasan untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum di sekolah.
Dengan perubahan yang dilakukan ini, murid-murid di sekolah dapat menggunakan
komputer untuk tujuan komunikasi. Contohnya, murid dapat menghantar dan menerima e-
mail.

Secara tidak langsung, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini juga
mampu merapatkan jurang komunikasi antara guru dengan murid. Selain daripada itu,
murid-murid dapat belajar menggunakan aplikasi perisian komputer dalam
menyempurnakan tugasan harian. Proses PnP juga akan menjadi lebih berkesan apabila
murid-murid dapat mengakses maklumat yang terdapat di dalam internet. Semua aktiviti ini
seharusnya berada di bawah pengawasan guru sepenuhnya sebelum murid-murid mampu
melaksanakannya sendiri.

46

1.2.1 Definisi TMK
Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud
menggunakan TMK secara berfikrah, terancang, dan bersesuaian untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.2.2 Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh
diintegrasikan secara:

i. Integrasi TMK dalam pembelajaran tutorial
Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih
komprehensif dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan
tapak pembelajaran. Aplikasi ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara
kendiri.

ii. Integrasi TMK dalam pembelajaran eksploratari
Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran penerokaan,
mencari, dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat, dan
tapak pembelajaran. Dalam pembelajaran secara penerokaan ini, murid boleh
mengawal dan menentukan maklumat yang mereka terima melalui TMK. Hal ini
berbeza dengan pembelajaran tutorial; murid hanya menerima bahan pelajaran yang
dikawal oleh sistem.

iii. Integrasi TMK sebagai alat aplikasi
TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan
tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran
dan pembelajaran.

iv. Integrasi TMK sebagai alat pemudah komunikasi
TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara murid dan guru di
lokasi yang berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar, menerima, dan berkongsi
maklumat seperti dalam bentuk teks, bahan grafik, audio, emel, telefaks, dan lain-lain.
Murid boleh bertukar maklumat sesama sendiri bagi menganalisis dan membuat
perbandingan dengan pengalaman dan maklumat yang mereka peroleh. Menerusi
pembelajaran seperti ini, murid dapat membina pengalaman yang lebih menarik,
bermakna, dan berkesan.
47

1.3 Kemahiran Berfikir



Guru ini juga telah mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan
kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Jenis kemahiran berfikir yang
sering disebut dalam Bahasa Melayu ialah mencirikan, mengkelaskan, mengumpulkan,
mengkategorikan, membanding dan membeza, mengenalpasti sebab dan akibat, meringkas,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. (Idris Mohd Radzi -2006:3).

Jenis kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan membolehkan kemahiran
berfikir tersebut dikuasai murid, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan serta peta
minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Di dalam kemahiran berfikir ini, ia diajar kepada murid melalui soalan dan aktiviti
yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif. Cara ini boleh dilaksanakan dalam aktiviti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Tujuan kemahiran ini adalah memastikan
supaya murid-murid dapat memahami isi-isi pelajaran yang diajar di samping membantu
proses perkembangan kognitif mereka.

Contohnya, guru ini meminta anak muridnya secara berkumpulan supaya membaca
dan menjawab soalan pemahaman yang disediakan. Soalan yang diberikan haruslah
bertumpu kepada soalan yang memerlukan pandangan dan pendapat murid. Selain itu,
penggunaan bahan rangsangan seperti gambar, carta, jadual dan bahan lain seperti gambar
dan buku teks juga perlulah bersifat merangsang kemahiran berfikir murid-murid.
48

1.3.1 Definisi Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang
berlaku dalam minda atau sistem yang bertujuan menyelesaikan masalah. Kemahiran
berfikir boleh juga bermaksud pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman, dan
penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. Kemahiran ini juga melibatkan kebolehan
manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat keputusan berkaitan
sesuatu perkara atau isu.

Berdasarkan pengertian di atas, kemahiran berfikir boleh dirumuskan sebagai
proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

1.3.2 Proses Berfikir

Kebiasaannya apabila kita berhadapan dengan sesuatu perkara, misalnya
sesuatu objek, kita secara automatik akan mula menyoal diri sendiri. Soalan-soalan yang
mungkin kita tanyakan ialah:
i. Apakah objek itu?
ii. Apakah kegunaannya?
iii. Bagaimanakah cara menggunakannya?
iv. Adakah objek itu memberi manfaat?

Apabila kita menyoal diri sendiri dan berusaha mencari jawapannya, kita
sebenarnya sedang mengalami proses berfikir. Untuk mencari jawapannya, kita boleh
menggunakan aspek yang berikut:
i. Pengetahuan (apa yang kita tahu tentang objek itu)
ii. Kemahiran (menyoal diri sendiri tentang objek itu)
iii. Sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)

Oleh yang demikian, proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran
kognitif, dan sikap atau nilai.





49

1.3.3 Model Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan
sesuatu idea dan bersifat evalatif. Kemahiran berfikir secara kreatif pula ialah kebolehan
untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil
melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.

Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya
dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah mengkonsepsikan, membuat keputusan
atau menyelesaikan masalah.

Manakala kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam
membantu anda membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua
kemahiran berfikir dan strategi berfikir.




















50




























Rajah 2: Model Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada
kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, kemahiran berfikir perlu diperkenalkan mengikut urutan. Pelajar perlu
mempelajari dan menguasai kemahiran berfikir yang asas sebelum mempelajari kemahiran
berfikir yang lebih kompleks. Hal ini bermakna, sekiranya dalam pengajaran dan
pembelajaran, kemahiran yang dipelajari adalah membuat urutan, pelajar seharusnya telah
mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan,
membanding dan membeza, serta mengumpul dan mengelas.
Kemahiran Berfikir
Kreatif
Menjana idea
Menghubung
kaitkan
Membuat
inferens
Meramalkan
Membuat
hipotesis
Mensintesis
Mengitlak
Membuat
gambaran
mental
Menganalogi
Mereka cipta
Strategi Berfikir
Menkonsepsik
an
Menyelesaika
n masalah
Membuat
keputusan
Menaakul
Logik
Rasional
Kritis
Mencirikan
Membanding
beza
Mengumpul
dan
mengelaskan
Membuat
urutan
Menyusun
mengikut
keutamaan
Menganalisis
Mengesan
kecondongan
Menilai
Membuat
kesimpulan
51

Pada akhir tugasan, pelajar dapat:

3. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk mata pelajaran Bahasa
Melayu Tahap 1.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

Tarikh / Hari : 24 September 2014 ( Rabu )
Masa : 1.10 hingga 2.10 petang
Kelas : 3 Kenyalang
Bilangan Murid : 40 orang
Tema : 2 Masyarakat Penyayang
Tajuk : Program Khidmat Masyarakat

Standard Kandungan : 4.1
Standard Pembelajaran : 4.1.1 Menyebut dan memahami pantun yang
mengandungi nilai dan pengajaran yang
dipersembahkan melalui nyanyian secara didik
hibur.

Objektif : Pada akhir pnp, murid-murid akan dapat :-
i) Melafazkan pantun dengan intonasi yang betul.
ii) Melengkapkan ayat menggunakan simpulan bahasa yang
betul.

Sistem bahasa : Peribahasa (anak buah, anak emas, kaki bangku, hati batu)

Pengisian Kurikulum :
Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai : Bekerjasama, Kebersihan, Prihatin, Patuh
EMK : Pendidikan Alam Sekitar
KB : Membuat gambaran mental
KP : Verbal Linguistik

Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, LCD, speaker, lembaran kerja

52

Pengetahuan Sedia Ada Murid :
Murid-murid sudah mempelajari beberapa peribahasa seperti: Buruk siku, buta tuli, besar
hati, campur tangan, lepas tangan, gaji buta, berat tangan.


MASA / LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN


CATATAN
Set induksi
( 5 minit )

1.10 1.15 petang
TAJUK:
Masyarakat
Penyayang

1. Lagu tema kartun
Wonderpet.
2. Soalan:
a) Apakah kartun
yang
menggunakan
lagu tema ini?
b) Apakah slogan
mereka?
c) Apakah nilai
murni yang ada
dalam lagu
tersebut?
1. Murid diminta
meneka lagu yang
dimainkan.
2. Guru mengaitkan
jawapan murid
dengan tajuk
pelajaran hari ini
iaitu Masyarat
Penyayang.

BBM:
komputer riba,
speaker

KB: Menjana idea

Pembelajaran
Kontekstual:
- Verbal linguistik
- Interpersonal

Ilmu:
Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan

Nilai:
- Kerjasama
- Yakin
Langkah 1
(15 minit)


1.15 1.30 petang
KEMAHIRAN
MEMBACA

1. Melafazkan
pantun
Masyarakat
Prihatin.
2. Maksud
peribahasa:
Anak buah
(Orang yang
berada di bawah



1. Dua wakil murid
berdiri di hadapan
kelas untuk
melafazkan
petikan pantun.
2. Murid yang lain
mendengar dan
melafazkan



BBM:
Petikan pantun

KB:
Mengkategorikan

KP:
- Verbal linguistik
53

jagaan seorang
ketua)
Anak emas
(orang yang
dikasihi
ketua/majikan)
Kaki bangku
(orang yang tidak
pandai bermain
bola)
Keras kepala
(orang yang degil)

pantun bersama.
3. Murid meneka
peribahasa yang
terdapat dalam
pantun tersebut.
4. Guru
membincangkan
maksud
peribahasa dan
bincangkan
rangkap pantun
tersebut.
- Interpesonal

Nilai:
- Keyakinan
- Jujur

Langkah 2
(15 minit)

1.30 1.45 petang
KEMAHIRAN
MENDENGAR DAN
BERTUTUR

1. Permainan
Simpulan
Bahasa
2. Guru menampal
beberapa gambar
anggota badan
(kaki, tangan,
kepala) serta kad
simpulan bahasa
secara rawak di
papan putih.
3. Apakah yang
simpulan bahasa
yang murid
ketahui
berdasarkan
anggota badan
tersebut.

Contoh:
- Tangan panjang




1. Murid dibahagikan
kepada tiga
kumpulan.
2. Murid secara
berkumpulan,
mencari dan
menyesuaikan
kad simpulan
bahasa yang betul
dengan gambar
anggota badan.
3. Wakil murid
membentangkan
hasil dapatan
murid berkaitan
simpulan bahasa.
4. Murid menyebut
simpulan bahasa
dan maknanya
yang ditampal di
papan putih.
5. Bertepuk tangan




BBM:
- Gambar anggota
badan
- Kad perkataan
(berkaitan simpulan
bahasa)

KB:
Mengkategorikan

KP:
- Verbal linguistik
- Interpersonal

Nilai:
- Bekerjasama
- Cepat bertindak
- Berhati-hati
54

- Campur tangan
- Kaki bangku
- Kaki jalan
- Kepala batu
- Keras kepala

tanda sokongan
kepada rakan.
6. Guru
membetulkan
kesilapan
sekiranya perlu.
Langkah 3
(20 minit)

1.45 2.05 petang
KEMAHIRAN
MENULIS

1. Murid diberikan
lembaran kerja.
2. Melengkap tempat
kosong dengan
simpulan bahasa
yang sesuai.

Contoh:
1. Ali selalu diejek
oleh rakan-
rakannya kerana
dia seorang yang
___________
kerana tak tahu
menendang bola.
2. Zikry merupakan
___________ dan
ibu dan bapanya
sangat sayang
padanya.
3. Kita perlulah
mendengar
nasihat orang tua
dan jangan
_________.

Pengayaan:
~ Tulis 10 simpulan
bahasa yang baharu
beserta maksud.



1. Murid diminta
melengkapkan
ayat dengan
pilihan simpulan
bahasa yang
sesuai.
2. Guru memberi
bimbingan dan
panduan kepada
murid
berdasarkan
makna simpulan
bahasa yang
telah dipelajari.
3. Guru
membincangkan
hasil kerja murid
dan membuat
pembetulan.




BBM:
- Lembaran kerja

KB:
-Menghubungkaitkan

KP:
- Verbal linguistik
- Menilai

Nilai:
- Bertanggungjawab
- Berhati-hati
55


Pemulihan :
~ Catat 5 sahaja
simpulan bahasa
yang telah dipelajari.
Penutup
(5 minit)

2.05 2.10 petang
RUMUSAN ISI
PELAJARAN

- Sebutkan
simpulan bahasa
yang telah
dipelajari pada
hari ini.
- Murid
menyanyikan lagu
Wonderpets
sebelum kelas
berakhir.




1. Murid menyebut
kembali beberapa
perkataan
simpulan bahasa
yang telah
dipelajari.
2. Murid
menyatakan
beberapa nilai
yang terdapat
dalam p&p hari
ini.
KBT:
- Pengalaman hidup

Nilai:
- Berhati mulia
- Kasih sayang
- Kerjasama

Contoh latihan:

Lengkapkan ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai:

1. Wawa cuma ____________ semasa bermain di halaman rumah.

2. Tulisan Helmi bagai________________ itu, sukar dibaca dan sering ditegur oleh
gurunya.

3. Sebelum pulang, nenek memberi setandan pisang dan beberapa tongkol jagung
sebagai _______________ kepada anaknya , Malek.

4. Safee Sali merupakan ___________________ pasukan Harimau Malaya.

5. Sebelum pergi ke sekolah, Amin menjamah sebuku roti
sebagai ____________________.

6. Farid memang __________________, ketika orang lain sibuk bekerja , dia pula tidur.

7. Gayah sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana dia _____________________.

8. Ahmad _________________ untuk berhijrah ke Kuala Lumpur pada hujung bulan ini.

.
bulat hati cakar ayam buah tangan ringan mulut
berat tulang berkaki ayam alas perut ayam tambatan