Anda di halaman 1dari 3

MUHAMMAD NAZEEM BIN ISMAIL PENGAJIAN MELAYU C

Tugasan 3
SOALAN :
Teori Keprihatinan Fuller (1969) yang diperkukuhkan oleh Fuller & Brown
(1975), Borich & Tombari (1977), Rogan et. al. (1992) dan Rutterford dan Hall (1990)
melalui kajian terhadap guru praperkhidmatan dan guru permulaan mendapati tiga
peringkat keprihatinan guru, iaitu kemampuan diri, tugas dan impak kepada
pengajaran dan pengajaran.
Berdasarkan kepada kenyataan di atas, cadangkan dua penyelesaian
bagaimana anda dapat mengatasi satu daripada kebimbangan guru tersebut. Hujah
anda perlu disokong dengan bukti yang konkrit.

JAWAPAN :
Penyelesaian pertama yang boleh dilakukan untuk mengatasi kebimbangan
guru tersebut ialah dengan merujuk guru berpengalaman di sekolah. Antara
tujuannya adalah untuk mengetahui cara membentuk rancangan tahunan, cara
penyediaan bahan pengajaran, kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran, cara mengawal kelas dengan berkesan dan sebagainya. Guru
berpengalaman biasanya sudah pakar dan mahir dalam selok-belok dalam dunia
pendidikan.
Guru yang berpengalaman boleh menjadi mentor dan pembimbing kepada
guru permulaan. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang
lebih berpengalaman bertindak sebagai role model, penasihat dan pembimbing
kepada guru lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan
profesional dan peribadinya.
Sistem ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di
sepanjang waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran melibatkan
pengajaran, bimbingan, memberi galakan, kaunseling dan membina persahabatan
dengan guru yang lebih berpengalaman. Guru juga sepatutnya bertanggungjawab
MUHAMMAD NAZEEM BIN ISMAIL PENGAJIAN MELAYU C
bukan sahaja dalam peningkatan profesional guru dibawahnya, malah sepatutnya
peningkatan keseluruhan perkembangan guru tersebut. Pada kebiasaannya,
seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor untuk
membimbingnya.
Tuntasnya, seseorang guru permulaan akan memperolehi pendedahan awal
untuk mengatasi masalah yang dihadapi melalui bimbingan mentor dan guru
berpengalaman.

Penyelesaian kedua ialah guru perlulah membuat penganalisisan masalah
untuk penyelesaian masalah yang dihadapi mereka. Pada tahap ini guru perlu
mengubah pemikiran dari Bolehkah saya? Ke Bagaimana perlu?.
Caranya adalah guru perlu mempercayai bahawa semua masalah dapat
diatasi dan diselesaikan. Guru perlu memikirkan bagaimana cara untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Amalan reflektif amat sesuai
dijadikan amalan oleh guru permulaan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
Tan et al. (2003) merujuk amalan reflektif dalam perguruan sebagai guru tahu apa
yang dilakukannya, mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang
dilakukan.
Selain itu, guru juga dapat mengaplikasikan ilmu berkaitan pendidikan dan
penyelidikan dalam membina hipotesis berkaitan dengan keberkesanan sesuatu
strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mana hal ini sangat
diamalkan, dinilai dan disemak dari semasa ke semasa.
Dr. Abd Yusof (2007) melihat amalan reflektif sebagai satu proses ingin tahu
terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa menambah nilai baik terhadapnya.
Guru yang berjaya adalah guru yang menjadikan amalan reflektif sebahagian
amalan hariannya.


MUHAMMAD NAZEEM BIN ISMAIL PENGAJIAN MELAYU C