Anda di halaman 1dari 2

Doa Majlis Khatam Al-Quran


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Dihari yang mulia ini, kami hamba-hambaMu berkumpul dan berhimpun bagi
menjayakan Majlis Khatam A-quran dan sambutan Nuzul Al-quran . Kami
bermohon padaMu Ya Allah agar Engkau berkatilah majlis kami ini.
Engkau jadikanlah ia sebagai amalan yang mendapat ganjaran pahala darimu.

Ya Allah Ya Fattah Ya Alim

Engkau rahmatilah kami dengan kemuliaan Al Quran. jadikanlah ia sebagai
panduan hidup kami dan kurniakanlan kepada kami kelazatan membacanya siang
dan malam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Hiasilah diri kami dengan perhiasan al- Quran,
muliakanlah kamidengan kemuliaan al Quran, pakaikanlah kami dengan pakaia
n al Quran, dan masukkanlah kami Ya Allah kedalam syurgamu dengan syafaat al
Quran.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang
tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan mengaibkan kami. Ya
Allah, kami memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa,
sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala,
sebaik-baik kehidupan dan sebaik-baik kematian.
Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari sifat alfa dan lalai dari mengingati
Mu dan jadikanlah kami orang yang berilmu dan Engkau jauhkanlah kami dari
kejahilan yang merosakkan kami.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan kasih untuk beramal dengan al
Quran dan kau sinarilah hati-hati kami keenakan dan kelazatan membaca ayat-ayat
Mu. Engkau basahkanlah lidah kami dengan menyebut ayat-ayat Mu dan
lapangkanlah dada kami bagi menerima segala perintahMu.

Doa Majlis Khatam Al-Quran