Anda di halaman 1dari 1

22

5.0 Penutup

TQM boleh menghadapi cabaran persekitaran ekonomi global. Namun, ia memberi
kaedah pengurusan yang boleh diguna pakai oleh dunia yang mengalami perubahan
mendadak, kerumitan yang semakin meningkat dan persaingan yang semakin sengit. Kini,
politik, teknologi, social, ekonomi malah pendidikan sendiri berubah dengan pantas.
Persaingan secara global sudah menjadi lumrah hidup dalam masyarakat masa kini. Semua
individu bersaing sesama sendiri untuk pasaran global baru. Dengan persaingan meluas
dalam segala aspek seperti teknologi, kos, kualiti produk dan perkhidmatan, kaedah baru
mesti dicari untuk bersaing dan berkongsi perkembangan ekonomi global.

Daripada penulisan di atas mengenai pelaksanaan TQM di Sekolah Kebangsaan A,
penulis dapat menarik kesimpulan dengan menerapkan prinsip mutu dari TQM iaitu
sokongan pihak atasan, perancangan strategik kualiti dan mengutamakan pelanggan dapat
meningkatkan hasil output sekolah tersebut. Contohnya ialah output iaitu produk yang
dihasilkan yang dapat memberikan kepuasan pada pelanggan atau konsumer sehingga dengan
sendirinya pelanggan tersebut akan kembali bagi mendapatkan produk yang ditawarkan
sekali gus membentuk kesetiaan dalam diri pelanggan. Pelaksanaan TQM bergantung kepada
sesebuah organisasi atau institut. Jika sesebuah organisasi pakar dan mengamalkan prinsip-
prinsip yang dinyatakan dalam TQM, maka pelaksanaan TQM akan menjadi mudah dan
mampu memberikan hasil yang produktif. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa TQM
menyediakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk menghadapi cabaran-cabaran masa
kini dan hadapan.

Anda mungkin juga menyukai