Anda di halaman 1dari 7

NAMA : ZULHILMI BIN ABD RAHMAN

NO. KAD PENGENALAN : 921027-01-6309

NO. TELEFON : 013-3306775

NO. MATRIK : 20100142

KURSUS : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN ( PISMP ) AMBILAN
JANUARI 2012

MAJOR : BAHASA MELAYU

IPG : KAMPUS BAHASA MELAYU










ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA
SURAT














1.0 PENGENALAN 3
2.0 OBJEKTIF 5
3.0 KANDUNGAN
3.1 Inovasi Pedagogi Guru Cemerlang
3.2 Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Guru
Cemerlang
3.2 Ciri Ciri Profesionalisme Dan Komitmen Guru
Cemerlang
7
4.0 REFLEKSI KENDIRI 16
5.0 PENUTUP 19
1.0 PENGENALAN
Pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme
tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru terlatih ke arah membentuk
insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah
Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun
Negara.
Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap
dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat
membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi ‘insan contoh’
kepada masyarakat.
Program Bina Insan Guru Semeser 6 berfokus kepada memberi kesedaran
dan kefahaman pelajar terhadap aspek aspek yang berkaitan mandat, perundangan,
dan peraturan pendidikan yang perlu dipatuhi dan dijadikan panduan dalam
pelaksanaan tugas dan tanggungjawab profesional perguruan.Disamping itu pelajar
juga akan didedahkan dengan institusi pendidikan yang lain dan dapat
mengenalpasti fungsi seperti Pejabat Pelajaran Daerah dan Pusat Kegiatan Guru
dan seumpamanya.
Program Bina Insan Guru dalam semester 6 ini juga melibatkan aktiviti
bengkel dan lawatan penanda aras ( Benchmarking ). Aktiviti Benchmarking
menjurus kepada pendidikan secara langsung tentang profesionalisme Guru
Cemerlang.
Oleh itu,untuk menjayakan BIG ini maka setiap pelajar dikehendaki melihat
kepada peranan dan profesionalisme Guru Cemerlang di sekolah yang mereka
menjalani praktikum fasa 2.








2.0 TUJUAN / OBJEKTIF
Bina Insan Guru ini akan membantu Pelajar PISMP Semester 6 :
 Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti
pendidikan
 Melahirkan guru-guru pelatih yang menpunyai visi dan misi, berdisiplin,
bertanggungjawab, berdedikasi, berperwatakan, dan berkeperibadian mulia.
 Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan perguruan sebagai khidmat rujuk
dalam bidang keguruan.
 Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang
pendidik.
 Memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara perlaksanaan
tugasnya setiap hari.
 Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan
dalam pengurusan pendidikan seharian.



















3.0 KANDUNGAN
PROFIL GURU CEMERLANG


NAMA MOHD YUSOP BIN UDIN
NO. KP 650301 – 10 – 6103
ALAMAT NO 707 PARIT 3 BAN 2 ½
45400,
SEKINCHAN , SELANGOR
GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU










3.1 Inovasi pedagogi Guru Cemerlang
Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan
kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran
dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.
Kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah boleh menjadikan sekolah
sebagai satu organisasi pembelajaran yang bebas daripada belenggu birokrasi dan
dapat menjadikan sekolah lebih dinamik, ceria, cekap dan dapat menangani serta
menyelesaikan masalah dengan lebih mesra dan berhemah. Dengan meluaskan
unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasan dan
demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalan hidup masyarakat
sekolah. Sistem komunikasi yang terbuka, pengaliran maklumat yang demokratik,
kepimpinan sekolah yang berhemah, dan falsafah pengurusan yang berasaskan
hubungan dan pembangunan insan yang harmoni boleh mencorakkan sekolah
menjadi sebuah institusi sekolah yang kreatif dan inovatif.