Anda di halaman 1dari 28

1

1.0 PENGENALAN
Program Pendidikan Khas adalah salah satu usaha dan solusi bagi
menyelesaikan masalah yang berlaku ke atas murid yang mengalami kesulitan dan
kesukaran dalam pembelajaran dan menguasai sesuatu kemahiran terutamanya dalam
kemahiran membaca, menulis dan juga mengira. Pendidikan khas adalah sebagai satu
cara untuk membantu murid-murid yang tidak bernasib baik ini untuk mendapat
pendidikan yang sama rata seperti murid-murid di aliran perdana yang lain. Pendidikan
khas tidak sama dengan pengajaran yang lain dan berbeza cara dalam penyampaian
ilmu kepada murid-murid khas ini. Guru yang mengajar juga mempunyai latihan yang
tertentu dan terlatih supaya boleh mengikut rentak yang bersesuaian dengan tahap bagi
membantu membetulkan kekurangan yang ada pada murid-murid ini.
Oleh hal yang demikian, timbul isu-isu berkaitan dengan Pendidikan Khas yang
melibatkan guru dan juga pihak-pihak yang berkaitan. Isu-isu ini kadangkala
mengganggu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan juga murid
Pendidikan Khas itu sendiri. Antara isu yang sering dilihat dan berlaku dalam Program
Pendidikan Khas ini melibatkan Guru Pendidikan Khas, Murid Pendidikan Khas, pihak
atasan atau pentadbir sekolah, peruntukan dan dana yang diberi, bahan bantu belajar
yang bersesuaian, penglibatan ibu dan bapa dan kemudahan fizikal yang disediakan.






2




2.0
INSTRUMEN
SENARAI SEMAK







3

1. KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH
Bil Aktiviti / Perkara Ya Tidak
1 Hadir ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi
(bermula waktu perhimpunan pagi)

2 Hadir sebelum jam 7.40 pagi (waktu proses
pengajaran dan pembelajaran bermula)

3 Hadir pada hari persekolahan



Sebab ketidakhadiran jika tidak hadir
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………












4

2. MASALAH TINGKAH LAKU
SENARAI SEMAK MASALAH TINGKAH LAKU

A. Maklumat Murid

Nama Pelajar : ___________________________________
Umur : ___________
Kelas : ___________
No. Telefon : (Ibu) ____________________
(Bapa) ___________________
Kecacatan utama : ________________________________________
Kecacatan lain (jika ada) : ________________________________________

B. Maklumat Penilai
Nama Penilai : _______________________________________
Tarikh Ujian Dilaksanakan : _______________________ Masa : __________
Tempat Penilaian : _______________________________________

Kebenaran Ibubapa/ Penjaga Pegawai Pemerhati
………………………………… …………………………………
( ) ( )
5

SENARAI SEMAK MASALAH TINGKAH LAKU

BIL


TINGKAH LAKU

ADA
(2)

TIDAK
(1)

KEKERAPAN
1.0 TingkahLaku – Agresif
1 Merosak harta benda sendiri / orang lain
2 Selalu berkelahi / bertumbuk
3 Cepat marah / meradang
4 Mengacau dan menguasai orang lain
5 Mencederakan diri / orang lain
6 Membaling benda / ke orang lain
7 Panas baran / degil / melawan
8 Pelakuan agresif secara tiba-tiba
(abrupt behavior)

9 Hiperaktif
10 Menjerit dan membaling benda
6

11 Mengamuk



2.0 TingkahLaku – Pasif
12 Memencilkan diri
13 Sugul
14 Terlalu pendiam (hypo)
15 Terlalu malas
16 Mudah terganggu perhatian
17 Terlalu malu
18 Lembab pergerakan
19 Tiada respon secara fizikal
3.0 Masalah Emosi
20 Gelisah / Risau / nervous
21 Menggerakkan bahagian
anggota tanpa dapat dikawal

7

22 Menipu / berbohong
23 Selalumengadusakit
24 Menangisdalamkelas
25 Berkhayal
26 Mengasingkan diri
27 Ketawa secara tiba-iba
28 Ponteng
29 Mengada-ngada
5.0 MasalahSeksual
30 Membuka baju
31 Bermain dengan bahagian sulit
32 Meraba
33 Mencium rakan
34 Menunjukkan bahagian sulit
35 Tingkahlaku sumbang

8

MARKAH
1. PERLAKUAN AGRESIF
2. PERLAKUAN PASIF
3. PERLAKUAN NEGATIF SOSIAL
4. PERMASALAHAN EMOSI
5. PERMASALAHAN SEKSUAL
JUMLAH BESAR

Ulasan Pegawai Pemerhati :
………………………………………………..……………………………………………………
………...……………………………………………………………………………………………
…………………..…………………………………………………………………………………
……………………………

Cadangan untuk rujukan :

1. Pakar :…………………………………………………………………..

2. Penjaga :…………………………………………………………………..

3. Guru / Guru Kaunseling : ……………………………………………………..




9

3. Kemahiran Asas Perkembangan Individu
Bil Aktiviti / Perkara Ya Tidak
1 Murid mempunyai masalah dalam bertutur.
2 Murid tidak boleh menjawab secara lisan soalan
kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan
dalam bahasa yang difahami.

3 Murid mengalami masalah tingkah laku.


4 Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat.


5 Murid tidak boleh mengimbangi diri apabila berjalan
di atas garisan lurus.


6 Murid menghadapi kesukaran menggunting kertas.
Murid tidak boleh menyambung titik-titik.


Murid memerlukan bantuan ketika makan.
Murid tidak boleh bercerita berpandukan gambar.
Murid keliru dengan konsep arah.
(i) kanan atau kiri
(ii) atas atau bawah
(iii) depan atau belakang
16 Murid menghadapi masalah dengan konsep turutan.
17 Murid sering gopoh semasa bertindak.
18 Murid sering cuai semasa bertindak.
197 Murid tidak boleh menyesuaikan diri dalam
pergaulan.

208 Murid tidak boleh menyambut bola besar dalam jarak
satu meter.

219 Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang
disediakan.

10

22 Murid tidak boleh berinteraksi dengan rakan-rakan
mengenai perkara-perkara semasa di persekitaran.


23 Murid mempunyai masalah rendah diri
24 Murid tidak mempunyai hubungan mata (eye contact)
ketika berkomunikasi

25 Murid tidak boleh mengikut arahan mudah
26 Murid bermasalah menamakan objek.


27 Kebolehan lisan dalam bahasa yang difahami murid
tidak setanding dengan rakan sebaya.

28 Murid menghadapi kesukaran memakai kasut dengan
betul.















11

3.0 KAJIAN KES
Pengenalan
Pengajaran bersama atau co-teaching merupakan satu model kerjasama di
antara guru Pendidikan Khas dan guru Aliran Perdana dalam berganding bahu atau
bergabung dalam menyampaikan teknik kepelbagaian arahan kepada satu kumpulan
murid yang terdiri daripada murid Pendidikan Khas dan murid di Aliran Perdana yang
bercampur dalam kelas yang sama dan mengikuti kurikulum yang sama (Friend & Cook,
2010).
Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran
ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Proses ini meliputi perkara-perkara
seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang
bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid dengan cara yang
berkesan.
Menurut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan
kelakuan murid melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Proses
pengajaran meliputi aktiviti-aktiviti latihan, pelaziman, tunjuk ajar atau indoktrinasi yang
akan menukarkan tingkah laku dan kelakuan, disamping membawa ilmu pengetahuan
dan kepercayaan baru kepada para murid.
Melalui amalan model pengajaran bersama dapat memberi impak kepada
menyokong guru biasa sebagai seorang professional, mengurangkan atau
menghapuskan stigma untuk kanak-kanak Keperluan Khas dan dapat memartabatkan
Program Inklusif dengan mewujudkan persekitaran yang pelbagai (Avramidis et al,
2000).
Pendidikan Inklusif merupakan satu bentuk penyampaian perkhidmatan yang
disediakan untuk pembelajaran istimewa atau perkhidmatan berkaitan pelajar istimewa
yang boleh menguasai sedangkan pada masa yang sama mereka dikekalkan dalam
sistem pembelajaran di kelas Arus Perdana. Peluang pendidikan untuk murid-murid
berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di
aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh
guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas/guru pembimbing
(Kasser & Lytle, 2005).
12

Pengajaran Bersama atau Co-Teaching berlaku apabila dua atau lebih
profesional iaitu guru dalam kalangan guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan Khas
bergabung dalam menyampaikan teknik kepelbagaian arahan kepada satu kumpulan
pelajar yang terdiri daripada murid berkeperluan khas dan murid di arus perdana yang
bercampur dalam kelas yang sama dan mengikuti kurikulum yang sama (Friend & Cook,
2010).
Merujuk kepada hubungan di antara guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan
Khas di mana guru ini mempunyai tanggungjawab dalam penentuan penyediaan
kemudahan perkhidmatan pendidikan, perancangan dan penerimaan arahan kepada
semua murid termasuk murid yang dikelaskan berkeperluan khas (Stetson & Associates,
Inc.2005).
Faktor keberkesanan perlaksanaan pengajaran bersama di antara tenaga
pengajar Aliran Perdana dan pengajar Kelas Khas adalah wujudnya kolaborasi atau
kerjasama dalam sesuatu perkara.
Arahan merupakan fokus utama yang perlu diambil kira oleh setiap guru. Kedua-
dua guru mesti bertanggungjawab untuk merancang, menyampaikan dan menilai setiap
arahan. Arahan yang diberikan mestilah relevan dengan pengajaran. Selain itu,
wujudnya kesesuaian penerimaan murid dan modifikasi di mana pengajaran adalah
lebih berjaya dengan mengambil kira faktor keselesaan dan kesesuaian murid atau
dengan erti kata lain berlakunya modifikasi dalam pengajararan. Guru juga perlulah
melihat daripada aspek pengurusan tingkahlaku. Menguruskan tingkah laku adalah
begitu sukar dalam pengajaran yang berkesan.Walaubagaimanapun dalam pengajaran
bersama ini, kedua-dua guru mestilah mampu untuk menguruskan tingkah laku dan
setiap campurtangan mengikut keperluan dan kesesuaian intervensi.
Setiap penilaian dibuat sebagai gambaran yang tepat terhadap tahap
penguasaan murid contohnya melalui tugasan dan kerja khusus. Kerjasama di antara
kedua-dua guru mestilah wujud dalam merekabentuk prosedur pengumpulan data dan
menentukan bagaimana data dikutip dan dianalisis. Juga keterlibatan dalam
perbincangan memerlukan kerjasama di antara kedua-dua guru ini. Setiap guru mestilah
melibatkan diri dalam setiap peringkat perbincangan bersama murid bagi menjayakan
program selain mewujudkan perbincangan dua hala.
13

Setiap guru mestilah mempunyai komitmen dalam menerima dan berkongsi
maklumat serta berbincang dalam menyelesaikan sebarang masalah berkaitan murid
dalam program pengajaran bersama. Antara lain ialah advokasi yang merupakan
komponen yang agak kritikal dalam mewujudkan keberkesanan program pendidikan.
Dalam pengajaran bersama, setiap guru mestilah mampu untuk memberikan khidmat
nasihat dan perundingan bersama pelajar.


Pelaksanaan Kajian
Kajian kes ini telah melibatkan seorang responden dari sekolah kajian iaitu
Sekolah Kebangsaan Seri Tronoh, Perak. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada
berbilang bangsa. Kemudahan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran bermula
seawal intervensi iaitu Program Prasekolah, Program Pendidikan Khas Integrasi,
Pemulihan Khas dan pembelajaran normal tahun satu hingga tahun enam. Saiz kelas
adalah sekitar dua puluh lima hingga tiga puluh orang murid bagi setiap kelas manakala
untuk kelas Pendidikan Khas Integrasi saiz kelas hanya mempunyai tujuh orang murid
sahaja.
Nama Murid Raja Daniel bin Raja Zainuddin
Kelas 2 Anggerik
Jantina Lelaki
Tarikh Lahir 22 Jun 2003
Alamat No 34, Jalan Bemban, Taman Bemban Suria, Batu Gajah, Perak
Etnik Melayu
Agama Islam
Jenis kecacatan Slow Learner

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tronoh, perbincangan bersama
Penyelaras Pendidikan Khas iaitu cikgu Marziah Osman seawal tahun baru dalam
menentukan pengesahan pemilihan murid untuk ditempatkan di kelas inklusif.
Penempatan murid-murid dalam kepelbagaian ketidakupayaan adalah secara inklusif
penuh telah pun diluluskan oleh pihak pentadbir sekolah. Raja Daniel telah menyertai
14

kelas inklusif di mana dia telah ditempatkan di dalam darjah dua. Ini bermakna Raja
Daniel akan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa di dalam
kelas-kelas yang terpilih bersama-sama murid normal.
Raja Daniel yang layak mengikuti kelas inklusif ini ditentukan oleh Penyelaras
Pendidikan Khas. Pemilihan hanya menempatkan murid Pendidikan Khas yang telah
menguasai sebahagian atau sebahagian besar mata pelajaran/akademik ke kelas biasa
untuk mengikuti suasana pembelajaran normal. Di samping itu juga, Raja Daniel yang
terpilih ini mampu untuk mengurus diri dan berkomunikasi dengan orang lain. Raja
Daniel mempunyai tingkah laku terkawal dan tidak mempamerkan masalah tingkah laku
yang tidak diingini di mana situasi ini akan menjejaskan komunikasi dengan guru
khususnya guru Aliran Perdana. Bahkan tingkah laku sebegini akan menganggu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kelak. Peluang pendidikan untuk
murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid
normal di Aliran Perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama
rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas/guru
pembimbing.
Di lihat dari aspek kesediaan murid Pendidikan Khas itu sendiri untuk turut berada di
dalam kelas pembelajaran normal, langkah proaktif telah pun diambil terlebih dahulu
oleh pihak Pentadbiran Program Pendidikan Khas Integrasi itu sendiri. Melalui program
persediaan yang terancang, peringkat permulaan, Raja Daniel diperkenalkan dengan
persekitaran sekolah. Lawatan ke kantin, ke perpustakaan, ke makmal komputer, ke
Pejabat Pentadbiran, ke bilik-bilik darjah dan ke kawasan sekolah yang lain pada setiap
pagi. Program ini dinamakan Program Pra Inklusif sebagai penerangan kepada senario
aktiviti pembelajaran yang akan dialami apabila Raja Daniel melangkah masuk ke kelas
inklusif kelak. Selain itu, Raja Daniel dibawa menyertai perhimpunan mingguan dan
keluar rehat bersama-sama murid normal. Keadaan ini dirasakan amat penting
dititikberatkan agar murid Pendidikan Khas tidak merasa takut jauh sekali merasa
terpinggir dan terasing apabila berada dalam kalangan murid normal.



15


Amalan Pengajaran Bersama di dalam Kelas Inklusif
Tiada perubahan atau berlaku penyesuaian fizikal terhadap bahan bantu
mengajar yang dibuat oleh pihak tertentu. Amalan Perlaksanaan Pendidikan Inklusif di
Sekolah Kebangsaan Seri Tronoh, Perak ini pada setiap sesi kelas inklusif, terdapat
seorang guru pengiring akan memberikan khidmat. Keadaan ini merupakan satu
penyesuaian yang paling ketara dan berkesan bagi membantu murid khas semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ketika guru Aliran Perdana menjalankan aktiviti
pengajaran, guru pengiring akan duduk bersebelahan Raja Daniel.
Tugas utama guru pengiring tersebut adalah membimbing Raja Daniel mengikut
kesesuaian aktiviti yang dijelaskan oleh guru Aliran Perdana. Selain itu, guru pengiring
ini juga menyediakan bahan rujukan serta lembaran kerja yang bersesuaian. Namun
wujudnya kekangan dari aspek pengekalan guru pengiring di dalam kelas inklusif di
mana kekurangan guru dan masa untuk menampung beban kerja di kelas Program
Pendidikan Khas Integrasi itu sendiri.
Setakat ini, guru pengiring sering kali hanya bertindak sebagai tempat rujukan
murid inklusif sekiranya mereka menghadapi masalah di dalam kelas inklusif. Sesekali
mereka meyertai bersama murid inklusif di dalam kelas dalam membantu guru mata
pelajaran inklusif.
Wujudnya kerjasama di antara guru-guru di Aliran Perdana dengan guru
Pendidikan Khas. Kerjasama ini turut menggariskan skop tanggungjawab yang
dibahagikan antara mereka. Kerjasama ini jelas apabila guru Aliran Perdana sendiri
yang akan memaklumkan sesuatu maklumat kepada guru pengiring sewaktu mereka
tidak dipertemukan di dalam kelas inklusif. Sewaktu pemerhatian saya melihat guru
Aliran Perdana tidak kekok berinteraksi bersama Raja Daniel.




16


Tindak balas Murid Inklusif dalam Sosialisasi dan Komunikasi
Melalui pemerhatian pengkaji juga, persekitaran fizikal kelas inklusif dengan
enrolmen murid antara dua puluh lima ke tiga puluh orang murid di dalam satu bilik
darjah, kemasukan Raja Daniel tidak menjejaskan kepadatan kelas. Penyusunan meja
yang disusun menghadap antara satu sama lain memudahkan interaksi murid-murid
Pendidikan Khas dengan murid normal. Semasa proses pengajaran, di dapati sesekali
sahaja murid Pendidikan Khas melibatkan diri secara aktif, namun majoritinya mereka
agak pasif. Guru mata pelajaran menggunakan bahan bantu mengajar yang sama
seperti murid normal.
Dari segi sosialisasi dan komunikasi, Raja Daniel mampu untuk berinteraksi
menggunakan komunikasi biasa. Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain.
Komunikasi dua hala yang berkesan jelas dilihat sewaktu rehat. Malah Raja Daniel
boleh bermain bersama-sama dengan murid normal yang lain di sekolah itu.

Inklusif Yang Berkesan
Secara keseluruhannya, Program Pendidikan Inklusif di sekolah ini berjaya
mencapai matlamatnya kerana telah memenuhi beberapa perkara asas kepada
prasyarat Inklusif. Antaranya meluluskan kemasukan Raja Daniel ke kelas inklusif
dengan menerima pendedahan pengetahuan berkaitan inklusif. Selain itu juga, pihak
sekolah menyokong hak pembelajaran untuk semua dengan membenarkan Raja Daniel
belajar bersama-sama murid normal dan mengikuti Kurikulum Pembelajaran yang
normal.
Kelas-kelas inklusif di Sekolah Kebangsaan Seri Tronoh juga mempunyai
enrolmen yang rendah di mana kemasukan Raja Daniel adalah tidak membebankan.
Kehadiran Raja Daniel di dalam kelas inklusif dengan melibatkan penggunaan kerusi
dan meja juga tidak memadatkan ruang pembelajaran di dalam kelas. Mengikut kajian,
perkiraan anggaran kelas mestilah seimbang dalam nisbah bilangan pelajar iaitu
bilangan pelajar berkeperluan khas tidak lebih dari sepuluh peratus hingga tiga puluh
17

tiga peratus dari keseluruhan pelajar contohnya sepuluh orang murid, bilangan murid
khas adalah seorang sahaja. Jumlah sedia ada masih di bawah paras minimum.

Kerjasama Guru Mewujudkan Pengajaran Bersama
Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Kebangsaan Seri Tronoh menunjukkan
kerjasama di antara guru-guru Aliran Perdana dan guru-guru Pendidikan Khas di mana
situasi ini jelas dilaksanakan atas rasa tanggungjawab di kalangan guru Aliran Perdana
dan haruslah dipuji.
Amalan Pengajaran Bersama menjadi kunci kepada kejayaan program ini. Amalan
seumpama ini menyamai Model Pengajaran Bersama atau Co-Teaching . Melihat salah
satu Model Pengajaran Bersama iaitu Model Pengajaran Alternatif seorang guru akan
mengambil tanggungjawab yang lebih besar berbanding seorang guru lagi mengawal
Raja Daniel.
Meskipun apa yang dilaksanakan di sekolah kajian, bukanlah secara rasmi
berlakunya pengajaran bersama, namun amalan ini mampu meningkatkan
keberkesanan Program Pendidikan Inklusif. Dengan adanya kehadiran guru Pendidikan
Khas sebagai guru pengiring, Raja Daniel dapat terus dibimbing secara individu dan
meningkatkan kefahaman serta tumpuan murid. Bantuan dan penerangan tambahan
mengikut kesesuaian mereka amatlah membantu dan meringankan tanggungjawab guru
Aliran Perdana khususnya guru mata pelajaran.

Perancangan Yang Teliti
Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif amat bergantung kepada pemahaman,
penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru, murid-
murid normal dan ibu bapa. Perancangan yang teliti adalah kata kunci utama kerana
program ini tidak akan berjaya jika tidak dirancang dengan persediaan yang teliti
termasuk menyelesaikan masalah yang timbul sebelum memulakan program (Weishaar
& Borsa, 2001). Dalam melaksanakan perancangan, semua pihak perlu memberikan
komitmen yang sewajarnya demi melancarkan Perlaksanaan Pendidikan Inklusif.
18





4.0 Cadangan
Berdasarkan kepada rumusan hasil daripada kajian, terdapatnya faktor-faktor positif
yang terdapat di sekolah ini untuk dijadikan panduan bagi amalan pengajaran bersama
dalam perlaksanaan Program Inklusif. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan bagi
penambahbaikan serta peningkatan Program Pendidikan Inklusif di masa akan datang.

Cadangan untuk Sekolah
Pihak pentadbir perlulah peka dan memahami konsep sebenar Program Pendidikan
Inklusif supaya matlamatnya tercapai. Perancangan yang rapi amatlah diperlukan
supaya sekolah bersedia di waktu sukar dalam membuat keputusan. Sebagai contoh
menanggani tingkah laku tidak terkawal murid Pendidikan Khas.
Mengikut perkembangan pendidikan di Negara kita, hanya sekolah yang berenrolmen
kecil sahaja sesuai bagi menjalankan program ini dengan berkesan. Ini adalah kerana
kemasukan murid-murid Pendidikan Khas tidak banyak memberi impak kepada bilangan
murid di dalam sesuatu bilik darjah.
Pihak pentadbir juga perlu memainkan peranan dalam menyelidik pasangan guru yang
ada chemistry untuk mengajar. Sebagai contoh, guru pengiring iaitu guru Pendidikan
Khas perlulah serasi untuk digandingkan bersama guru Aliran Perdana. Hubungan yang
berkesan dapat dihasilkan sekiranya wujud persefahaman di antara mereka. Sebaliknya
dikuatiri berlakunya percanggahan yang membawa kepada kepincangan guru.
Jikalau tiada, perlulah mencari sukarela yang boleh menyertai pemilihan guru. Kaedah
pemilihan boleh dibuat melalui soalselidik untuk melihat kekuatan guru dalam mencari
pasangan untuk pengajaran bersama.
19

Selain itu, keprihatinan pihak pentadbir dalam memajukan Program Inklusif ini dapat
diadaptasikan melalui penyediaan keperluan guru sebagai contoh penyediaan latihan
dalam mengukuhkan pengetahuan khususnya menentukan kaedah dan amalan yang
sesuai dalam pengajaran. Pihak pentadbir boleh menganjurkan forum dengan
menjemput pakar luar yang berkelayakan. Secara tidak langsung, situasi ini mampu
memberi pendedahan kepada pihak yang tidak kenal pendekatan Pendidikan Inklusif.
Penerangan yang khusus sama ada kepada murid-murid normal mahupun kepada ibu
bapa berkaitan perlaksanaan Pendidikann Inklusif secara berkala. Keadaan ini mampu
mengingatkan mereka kepada keperluan murid Pendidikan Khas yang juga mahukan
kejayaan seperti mana murid normal. Nilai murni yang dipupuk ini secara tidak langsung
dapat merapatkan jurang di antara mereka dan menghilangkan stigma kepada murid
Khas.
Kolaborasi di antara Guru Khas dan Guru Aliran Perdana
Dalam merancang aktiviti pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada para murid,
guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan
digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu subjek.
Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah kaedah sumbang
saran, kaedah tunjuk cara (demonstrasi), simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan,
kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek.
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu
menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan murid terlibat secara aktif dan
bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran
dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh
digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah
dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan
proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.
Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasanya
tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka
tidak sama dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama
dalam pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan sosial mereka tetap
20

berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada
guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat
melaksanakan pelajaran mereka.
Oleh demikian, kolaborasi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru Khas dan guru di
Aliran Perdana merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan Pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif. Hubungan baik dan sikap bantu membantu menjamin hubungan
yang harmoni dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program ini.
Kedua-dua pihak perlu tahu bidang-bidang kuasa masing-masing supaya mereka dapat
menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Mereka boleh melakukan aktiviti bersama-
sama seperti bengkel pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sebagai contoh untuk
memantapkan amalan pengajaran bersama, mereka sama-sama melibatkan diri dalam
bengkel co-teching .
Dalam keadaan tertentu peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara
bermakna antara rakan sejawat amat baik. Oleh itu, amat besar faedahnya jika Program
Pendidikan Inklusif diperluaskan pada skala yang lebih besar, maka diadakan pula
forum untuk berkongsi kejayaan, masalah, strategi pengajaran dan lain-lain di antara
guru-guru yang terlibat.

Peranan ibu bapa
Apa yang diharapkan adalah semua ibu bapa menjungjung tinggi hasrat sekolah dalam
memacu keberkesanan amalan pengajaran bersama dalam kelas inklusif. Mengetahui
maklumat Pendidikan Khas agar mengetahui hak murid Khas menerima peluang
pendidikan adalah sama seperti kanak-kanak biasa. Kerjasama dan sokongan ini
amatlah besar penghargaan kepada pihak sekolah yang tidak terhitung nilainya.
Sikap Kejujuran dalam Perlaksanaan Tugas
Perbezaan persepsi dalam apa jua yang manghalang kerjasama perlulah dikemukakan
dalam mesyuarat agar dapat diperbincangkan dan diselesaikan. Sebagai contoh
persepsi tentang beban tugas antara guru-guru Aliran Perdana dan guru-guru
Pendidikan Khas. Persepsi ini boleh diperbetulkan melalui perbincangan supaya tidak
timbul masalah salah persepsi. Sebagai seorang guru juga role model kepada anak
21

murid perlulah bersedia memikul tanggungjawab untuk menjalankan tugas dengan
sejujurnya.

5.0 Penutup

Melalui kaedah Inklusif menggunakan pendekatan model Pengajaran
Bersama/Co-teaching mampu memberi kesan positif dalam kerjasama sebagai satu
kumpulan guru-guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan Khas iaitu satu himpunan
kepakaran dan resos yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian
murid. Amalan model pengajaran bersama dapat memberi impak kepada menyokong
guru biasa sebagai seorang professional, mengurangkan atau menghapuskan stigma
untuk kanak-kanak Keperluan Khas dan dapat memartabatkan
Program Inklusif dengan mewujudkan persekitaran yang pelbagai. Kesepaduan
tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan
pengasingan. Kejayaan perlaksanaan program Inklusif adalah berdasarkan
perancangan dan usaha berterusan semua pihak yang digembleng demi meningkatkan
mutu pendidikan khasnya untuk murid-murid khas dan murid normal amnya. Melalui
pendidikan kita mampu membentuk murid menguasai ilmu pengetahuan seterusnya
mempertingkatkan martabat diri, agama dan masyarakat.








22




REFLEKSI
Berdasarkan tugasan projek bagi kursus PKB 3113 Isu dan Trenda Dalam
Pendidikan Khas, banyak perkara yang saya telah pelajari bermula daripada
pengumpulan maklumat bagi tugasan projek ini sehinggalah kepada penghasilan kerja
kursus.Terdapat pelbagai jenis sumber rujukan yang saya telah perolehi.Antara sumber
yang saya perolehi adalah daripada buku ilmiah, laman sesawang, pendapat pensyarah
dan sebagainya. Tugasan yang telah saya hadapi kali ini banyak berkisar tentang isu-isu
dan trenda-trenda yang terdapat dalam dunia Pendidikan Khas. Berdasarkan tajuk yang
telah diperolehi ini sesungguhnya telah banyak ilmu yang saya dapat dan akan saya
praktikkan ilmu ini pada masa akan datang.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya telah mendapatkan maklumat
daripada rujukan ilmiah. Rujukan ilmiah yang saya perolehi tidaklah diterima secara
terus sebaliknya, saya perlu menapis maklumat tersebut sama ada ia sahih ataupun
tidak. Oleh itu, saya menggunakan cara perbandingan isi yang terkandung dalam buku
yang diperolehi. Selain itu, untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat, saya
mengajukan petanyaan kepada pensyarah pembimbing. Perkara yang sama juga
berlaku dengan rujukan yang saya lakukan terhadap laman sesawang. Berbanding
dengan penulisan buku, laman sesawang mempunyai rujukan yang sangat banyak dan
berbentuk lebih bebas.Hal ini kerana banyak maklumat yang diperolehi di laman
sesawang adalah daripada blog yang ditulis oleh pelajar sendiri dan orang
persendirian.Begitu juga dengan laman sesawang yang dijadikan sebagai rujukan, saya
terpaksa melakukakan perbandingan untuk memastikan maklumat yang diperoleh
adalah sahih dan betul. Tugasan yang diperoleh pada kali ini meminta kami untuk
melaksanakan kajian kes mengenai isu-isu yang terjadi dalam arus Pendidikan Khas.
Secara keseluruhannya, berdasarkan hasil maklumat yang telah saya perolehi,
saya dapat mengetahui dengan mendalam mengenai isu-isu yang sering dibangkitkan
berkaitan dengan Pendidikan Khas. Sepanjang melaksanakan tugasan, terdapat
beberapa masalah yang dihadapi sepanjang saya melaksanakan tugasan projek ini.
23

Pertama, saya mendapati rujukan yang terhad menyebabkan usaha untuk saya
mendapatkan maklumat mengalami masalah. Pada pendapat saya, hal ini mungkin
terjadi oleh kerana bahan-bahan ilmiah di perpustakaan adalah dalam kuantiti yang
sedikit menyebabkan saya dan rakan berebut-rebut untuk membuat peminjaman.
Penyelesaiannya, saya dan rakan bersepakat untuk berkongsi rujukan berasaskan buku
ilmiah ini. Pada masa akan datang, saya akan membuat peminjaman buku untuk
tempoh yang awal agar bahan rujukan sentiasa ada di perpustakaan. Selain itu,
masalah yang dihadapi dalam menyediakan tugasan projek ini ialah berkaitan dengan
rujukan laman sesawang. Bagi saya hampir 90 peratus rujukan di laman sesawang
adalah daripada blog dan perkongsian fail percuma. Hal ini menyebabkan maklumat
yang diletakkan tidak sahih dan tidak mendapat pengiktirafan. Oleh itu, bagi
meyelesaikan masalah ini saya membuat perbandingan maklumat di mana maklumat
yang sama akan dipilih. Selain itu, dengan cara berjumpa dengan pensyarah, masalah
ini dapat diselesaikan.
Secara keseluruhannya, tugasan projek bagi subjek PKB 3113 ini telah banyak
mendedahkan saya dengan perkara berkaitan dengan Isu dan Trenda dalam Pendidikan
Khas. Bukan itu sahaja, penerangan yang jelas mengenai tugasan projek ini oleh
pensyarah, Puan Satariah juga telah banyak membantu saya dan rakan dalam memilih
maklumat yang tepat dan sahih. Hal ini menjadikan tugasan projek yang dilaksanakan
adalah berada pada landasan yang dikehendaki agar seterusnya kami dapat
mempraktikkan ilmu yang diperolehi ini pada masa akan datang untuk anak didik.








24




Bibliografi

Aug Huat Bin , (1996). Konsep dan Kaedah dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow , (2009). Siri Pendidikan Perguruan Pengurusan Bilik Darjah
dan Tingkah Laku untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Kamus Dewan edisi keempat (2010).Kamus Dewan edisi keempat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati dan rakan. (2009). Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar.
Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Yahya Don , (2009). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Selangor : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Yusop bin Haji Malie et al. (2010). Modul Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
Cyberjaya: InstitutPendidikan Guru KementerianPelajaran Malaysia






















25









LAMPIRAN



26




BORANG SENARAI SEMAK:
PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
TARIKH :……………………… MATA PELAJARAN:……………………………
SEKOLAH : …………………………… KELAS……………………………

BAHAGIAN A:
Pengetahuan latar belakang Program Inklusif


/

Catatan
1. Murid Pendidikan Khas diberi sedikit tumpuan secara
individu.

2. Murid Pendidikan Khas ditempatkan di bahagian
hadapan kelas.

3. Berlakunya eyes contact guru dengan Murid Khas.


4. Murid Khas diberikan peluang menjawab pertanyaan
guru.


BAHAGIAN B:
Aktiviti Pembelajaran & Pengajaran


/

Catatan
1. Guru Aliran Perdana berkomunikasi secara dua hala
dengan Murid Khas.

2. Penyesuaian bahan bantu mengajar .


3. Melibatkan guru pengiring (guru Pendidikan Khas).


4. Murid Khas menunjukkan tingkah laku yang positif.



BAHAGIAN C:
Sosialisasi dan Komunikasi


/

Catatan
1. Murid Khas melibatkan diri sewaktu proses
pembelajaran.

2. Murid Khas berinteraksi dan bersosial dengan murid
Aliran Perdana.

27

3. Murid Aliran Perdana menunjukkan tindak balas yang
positif terhadap Murid Khas.

4. Murid Khas menunjukkan minat terhadap
pembelajaran.


JUMLAH KESELURUHAN ( / )

SET TEMU BUAL : AMALAN PENGAJARAN BERSAMA
DALAM PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN
INKLUSIF


KUMPULAN TEMUBUAL :

1. Guru Besar
2. Penolong Kanan/ Penyelaras Pendidikan Khas
3. Guru Aliran Perdana (Kelas Inklusif)
4. Guru Pengiring Pendidikan Inklusif



SET SOALAN TEMU BUAL :

1. Pengetahuan berkaitan Program Pendidikan Inklusif.
2. Pendedahan latihan berkaitan Pendidikan Inklusif.
3. Proses perjalanan Pendidikan Inklusif di kelas.
4. Bidangkuasa dalam Pendidikan Inklusif.
5. Tanggapan terhadap Murid Khas dalam proses pembelajaran.
6. Program kesediaan murid inklusif.
7. Keperluan Program Inklusif.
8. Senario pembelajaran inklusif.
9. Amalan pengajaran dalam kelas inklusif.
28

10. Kerjasama guru dalam Pendidikan Inklusif.
11. Masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Pendidikan
Inklusif.