Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU RAKIT

21020 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN

CADANGAN KERTAS KERJA
PROGRAM PENJELAJAHAN BESTARI MATEMATIK
BAGI PROJEK INTERNSHIP SEMESTER 8

TARIKH :9 JULAI 2013

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU RAKIT,
21020 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

ANJURAN :
GURU PELATIH PISMP SEMESTER 8 (INTERNSHIP)
AMBILAN JANUARI 2010

1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas
guru. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai
projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam
dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, Program Penjelajahan Bestari Matematik
dirancang bagi memenuhi objektif tersebut.

Program Penjelajahan Bestari Matematik merupakan suatu program yang
dijalankan bagi mewujudkan rasa kesedaran tentang kepentingan Matematik
dalam kehidupan seharian. Program ini akan menjadi satu dimensi baru bagi
menyampaikan maklumat kepada murid. Selain itu, program ini akan menjadi
wadah dalam memangkin murid-murid untuk menjadi generasi yang terbilang
serta mampu berdaya saing di masa hadapan.

Program ini diharapkan akan menjadi platform kepada pembentukan rohani dan
jasmani. Selain itu, program ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada
penambahbaikkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal murid melalui
aktiviti yang diatur.









2.0 RASIONAL

Program Penjelajahan Bestari Matematik merupakan salah satu usaha yang
diharapkan akan dapat menyumbang ke arah memperkembangkan lagi potensi
murid secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penumpuan dalam bidang akademik dapat
diseimbangkan melalui penglibatan murid dalam Program Penjelajahan Bestari
Matematik. Usaha ini bertujuan bagi menerapkan nilai dalam diri murid-murid.

Pembentukan yang menyeluruh bukan bergantung kepada ketinggian ilmu
pengetahuan semata-mata, bahkan berketrampilan diri, menunjukkan peribadi dan
akhlak yang mulia, menunjukkan sikap bertanggungjawab serta berupaya dalam
menyesuaikan diri tanpa mengira keadaan.



3.0 OBJEKTIF

Melalui program Penjelajahan Bestari Matematik, diharapkan murid-murid akan
dapat:

3.1 Didedahkan dengan keperluan Matematik dalam kehidupan seharian.
3.2 Mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dengan pengalaman baru dan
menjanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.3 Mewujudkan sikap kerjasama dalam kalangan murid.
3.4 Melatih murid berfikir secara pantas dan cekap bagi menyelesaikan sesuatu
masalah.
3.5 Mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan murid.
4.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 9 Julai 2013 (Selasa)
Masa : 7.45 pagi – 10.30 pagi
Penglibatan : Murid –murid tahun 5 Terbilang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu,
Terengganu.


5.0 SASARAN

Melibatkan 30 orang murid tahun 5 Terbilang, Sekolah Kebangsaan Batu Rakit.



6.0 PENGISIAN PROGRAM

6.1 Geometri : Membina Tangram Puzzle
6.2 Seni dalam Matematik : Membuat Origami
6.3 Anggaran : Isi Air Dalam Botol
6.4 Seni dalam Matematik : Fikir dan Warna








7.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Semua peserta (murid-murid Tahun 5 Terbilang)
berkumpul di padang sekolah.

8.00 – 8.15 pagi : Taklimat diberikan kepada peserta Program Penjelajahan
Bestari Matematik.

8.15 – 10.15 pagi :Program Penjelajahan Bestari Matematik bermula.

10.00 pagi : Majlis penutup dan penyampaian hadiah yang disampaikan
oleh Tuan Guru Besar.

10.30 pagi : Majlis bersurai.















8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

8.1 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tn. Hj. Mohd Jaafar bin Che Muda
Guru Besar SK Batu Rakit

Guru Penasihat : Pn. Rosliza binti Husin
Mentor Internship SK Batu Rakit

Pengerusi : Cik Dalilah binti Omar

Naib Pengerusi : Cik Munirah binti Ilias

Setiausaha : Pn. Adira binti Abdullah

Bendahari : Cik Zurina Ain binti Ibrahim




8.2 JAWATANKUASA KERJA

Peralatan :Cik Dalilah binti Omar
Pn. Adira binti Abdullah

Kebajikan dan Keselamatan : Cik Zurina Ain binti Ibrahim
Cik Munirah binti Ilias

Cenderamata :Pn. Adira binti Abdullah
Cik Dalilah binti Omar

Dokumentasi dan Laporan : Cik Munirah binti Ilias
Cik Zurina Ain binti Ibrahim
9.0 PERINCIAN AKTIVITI

Aktiviti 1: Geometri - Membina Tangram Puzzle
Murid-murid akan dibekalkan dengan beberapa kepingan tangram. Dengan
menggunakan kepingan tangram yang diagihkan, murid- murid diarahkan untuk
membentuk bentuk-bentuk tertentu seperti segi tiga, segi empat tepat dan bentuk-
bentuk lain.

Aktiviti 2 : Seni dalam Matematik - Membuat Origami
Untuk slot pertama, murid-murid dikehendaki meniru origami yang
didemostrasikan oleh guru. Kemudian, murid-murid dikehendaki membuat
origami tersebut sebanyak mungkin selama 10 minit. Untuk slot kedua pula,
murid-murid dikehendaki mereka cipta origami mengikut kreativiti kumpulan
masing-masing sebanyak mungkin.

Aktiviti 3 : Ukuran (Isipadu) - Isi Air Dalam Botol
Murid-murid perlu membuat anggaran apabila memperoleh isipadu air di dalam
botol disembunyikan di sekitar pondok SKBR. Kemudian, silinder penyukat
digunakan untuk mengetahui ketepatan isipadu air tersebut.

Aktiviti 4 : Seni dalam Matematik - Fikir dan Warna
Murid dikehendaki menyelesaikan soalan Matematik berdasarkan operasi tertentu.
Kemudian, murid diminta mewarnakan jawapan mengikut petunjuk yang diberi.
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 PERBELANJAAN











PERKARA ( RM )

Makanan
- Makan tengahhari

Hadiah
- Tempat Pertama
- Tempat Kedua
- Tempat Ketiga
- Saguhati



RM 2.00 X 30orang


RM 20.00 X 1
RM 15.00 X 1
RM 10.00 X 1
RM 7.00 X 1

JUMLAH (RM)

RM 112.00
11.0 PENUTUP

Diharapkan Program Penjelajahan Bestari Matematik ini akan dapat
meningkatkan jati diri dan menonjolkan semangat perpaduan dalam kalangan
murid. Diharapkan juga program ini akan menjadi batu loncatan kepada pihak
sekolah dalam meningkatkan minat murid tehadap mata pelajaran Matematik.
Sokongan daripada pihak sekolah dan semua guru amat diharapkan dalam
menjayakan program ini supaya objektif utama program ini tercapai. Semoga
segala usaha murni ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.


Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,


---------------------------------------------------
( ADIRA BINTI ABDULLAH)
Setiausaha,
Program Penjelajahan Bestari Matematik,
Semester 8 IPG KDRI.







Disemak Oleh,


-----------------------------------------------
( PUAN ROSLIZA BINTI HUSIN)
Mentor Program Internship,
Sekolah Kebangsaan Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu.



Disahkan Oleh,


-----------------------------------------
(TN. HJ. MOHD JAFFAR BIN CHE MUDA)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu.

Ulasan:
---------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------