Anda di halaman 1dari 29

PJ 2311D5 Page 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
Ambilan Januari 2012
KERJA KURSUS PENDEK
PJ2311D5
PENDIDIKAN JASMANI

NAMA :TAN KAI HUI
NO KP :880713-01-6036
NO MATRIK :(28625)
UNIT : M3
NAMA PENSYARAH :EN. SUGUMARAN VELAYUTHAM
TARIKH SERAHAN : 16 JULAI 2012


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PJ 2311D5 Page 2

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. Penghargaan 3
2. Pengenalan 4
3. Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani 5-6
4. Prinsip Pendidikan Jasmani 7-9
5. Tujuan Pendidikan Jasmani 10-11
6. Pergerakan Lokomotor 12-21
7.
Kepengtingan Pendidikan Jasmani Untuk Peningkatan
Kesihatan Diri
22-25
8. Kesimpulan 26
9. Refleksi 27-28
10. Rujukan 29


PJ 2311D5 Page 3

PENGHARGAAN
Saya Tan Kai Hui, dari M3. Saya amat syukur kepada tuhan yang telah
memberi taufik dan hidayah kepada saya sehingga berjaya menyiapkan tugasan
kerja kursus ini dengan sempurna.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan
pensyarah Encik Sugumaran Velayutham kerana telah memberi tunjuk ajar
kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-
rakan seperjuangan yang telah banyak memberi banyak nasihat dan tunjuk ajar
dalam menyiapkan tugasan ini. Dengan bantuan rakan dan daya usaha saya
sendiri dapatlah saya mencari maklumat berkaitan tugasan ini dengan lancar.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada
sesiapa yang terlibat dalam membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Diharap segala maklumat yang telah saya perolehi dapat saya gunakan sebaik-
baiknya samada untuk tujuan peperiksaan atau selepas saya menjadi guru kelak.

Sekian terima kasih.

PJ 2311D5 Page 4

Pengenalan
Di Malaysia, Pendidikan Jasmani akan diadakan dan diajar selama 11
tahun dalam sukatan pelajaran murid-murid. Maka, Pendidiakan Jasmani adalah
satu proses peningkatan prestasi manusia memalui aktiviti-aktiviti fizikal terpilih
bagi mencapai keputusan dikehandaki, maka ia juga adalah satu preses
pembelajaran yang menyeluruh dari aspek psikomotor, kognitif, afektif, social
dan emosi - Jasmani. Emosi, Rohani, Intelek, Sosial (JERIS). Di alaf baru ini,
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Malaysia masih lagi tidak
diberi status yang sewajarnya seperti pengiktirafan yang telah dibuat di negara-
negara barat dan negara-negara Asia lain. Di Amerika, badan-badan
professional seperti Akademi Pediatriks, Persatuan Perubatan Amerika,
Persatuan Pendidikan Nasional, Persatuan Kebangsaan Guru-guru Besar
Sekolah Rendah dan Badan Bersekutu Untuk Kesihatan, Pendidikan Jasmani,
Rekreasi dan Tarian (AAHPERD) telah mengesahkan Resolusi 97 Kongres
Amerika (1987) yang menggalakkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan
serta agensi-agensi pendidikan tempatan untuk mengadakan program
Pendidikan Jasmani harian yang berkualiti untuk semua kanak-kanak di sekolah
rendah.
Selain itu, kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah seharusnya memberi
penekanan kepada pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan
kanak-kanak yang kurang mahir dalam aktiviti sukan. Sekolah seharusnya
mengajar kanak-kanak tentang senaman dan pembangunannya serta
pengekalan pelaziman senaman seumur hidup. Ini diselaraskan dengan
pendapat Barrow (1971) yang meletak Pendidikan Jasmani dalam konteks
“pengalaman pendidikan keseluruhan” (The Total Education Experience) yang
menegaskan bahawa pengalaman Pendidikan Jasmani berkait rapat dengan
proses pendidikan keseluruhan dan berkaitan dengan hal dalam keseluruhan
kehidupan seseorang.

PJ 2311D5 Page 5

Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani
Pendidikan Jasmani adalah proses pembelajaran yang menyeluruh yang
merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan
diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal. (Pettifor 2005, dalam Wee
Keng Hoe). Tambahan pula, Pettifor (1999) juga berpendapat bahawa
Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif
dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi dan
berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat
meningkatkan pembangunan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan
pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan untuk menjadi aktif, dan dapat
mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal. Selain itu, Clark W. Hetherington berkata
Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan
badanberfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual
dianggap sebagaipendidikan yang dicapai melalui Pendidikan Jasmani.
Dalam perkataan lain, Pendidikan Jasmani membekalkan ruang untuk
membentuk kanak-kanak yang mantap secara keseluruhanya yang mengambil
kira aspek-aspek afektif, kognitif, dan psikomotor. Kesemua konsep ini adalah
sama dengan pendapat Dauer (1995), beliau juga berpendapat bahawa
Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang
menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan
pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman-pengalaman
pergerakan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Jabatan Pendidikan dan
Sains, London Capel, 2000) bahawa Pendidikan Jasmani adalah suatu proses
pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan tertentu,
kemahiran dan kefahamannserta untuk menggalakkan kecekapan fizikal.
Walau bagaimanapun yang penting adalah tumpuan atas kanak-kanak
dan pembangunan kecekapan fizikal, bukan ke atas aktiviti fizikal. Justeru
kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah seharusnya member penekanan kepada
pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan kanak-kanak yang
kurang mahirdalam aktiviti sukan. Sekolah seharusnya mengajar kanak-kanak
PJ 2311D5 Page 6

tentang senaman dan pembangunannya serta pengekalan pelaziman senaman
seumur hidup. Tokoh J.F Williams berkata Pendidikan Jasmani adalah jumlah
semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil
yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan
peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah
hati dan peribadi yang dinamis.
Maka, Barrow (1971) meletakan Pendidikan Jasmani dalam konteks
“pengalaman pendidikan keseluruhan” (the total education experience) yang
menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan
proses pendidikan keseluruhandan berkaitan dengan hal dalam keseluruhan
kehidupan seseorang. Selain itu, Roddick (1982) juga berpendapat bahawa
Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan yang
menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidkan yang menekankan
pembentukan sikap, pengetahuan, kemahiran yang berhubung dengan kesihatan,
kecergasan dan rekreasi.
Dalam KBSM (1992). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bertujuan untuk
menjadikan pelajar sihat,cergas dan produktif dengan pemupukan nilai, sikap,
pengerahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
Kerelevanan Pendidikan Jasmani untuk diajar di sekolah juga disebabkan subjek
ini memiliki kesepaduan di antara domain psikomotor dan domain kognitif.
Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat
menghasilkan insan yang menyeluruh danseimbang dalam satu masyarakat
yang dinamik dan progresif (Asiah Abu Samah, 1993).





PJ 2311D5 Page 7

Prinsip Pendidikan Jasmani
Terdapat pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kepelbagaaian cara dapat mengatasi
masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan
Jasmani yangdijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik darjah
dengan pelbagai situasi rangsangan. Oleh itu kaedah pengajaran yang
menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu diguna pakai sebagai satu
panduan sahaja.
Penulisan objektif pengajaran yang berteraskan kepada psikomotor, kognitif dan
afektif yang sebaiknya perlu menekankan perkara berikut iaitu :
I. Kemahiran yang khusus (specific)
II. Boleh diukur (measureable)
III. Boleh dicapai (attainable)
IV. Munasabah (rational)
V. Masa yang mencukupi (time)
Perkara-perkara berikut perlu difikirkan sebelum merancang satu sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
iaitu:
a) Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran
yang diajar bagi satu sesi pengajaran.
b) Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan.
c) Masa perlu dihadkan bagi setiap gerak kerja untuk mengawal perjalanan
kelas.
d) Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau malakukan latih tubi atau
mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran.
e) Latih tubi secara beransur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan
bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubungkait.
f) Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh
menimbulkan motivasi murid atau perangsang.
PJ 2311D5 Page 8

g) Langkah-langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P:
I. P1 - Penerangan (semasa, maklumbalas)
II. P2 - Praktik (pengelolaan)
III. P3 - Pelakuan (tunjuk cara, tepat, berulang)
IV. P4 - Permainan (pertandingan)
V. P5 - Penyeliaan (pembetulan)

h) Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu.
i) Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan
agar mudah dilihat oleh murid-murid.
j) Elakkan bercakap dan memberi arahan selagi murid tidak menumpukan
atau memberikan perhatian.
k) Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

Justeru, kefahaman tentang konsep pembelajaran motor amat penting
sebagai panduan untuk persediaan pengajaran mengikut peringkat
perkembangan dan pertumbuhan pelajar. Prinsip-prinsip pembelajaran motor
adalah seperti berikut:
a. Kematangan fizikal/fisiologi
- Pelajar perlu mempunyai kekuatan, daya tahan, kekuatan fizikal dan
keupayaan organ-organ yang boleh mengawal pergerakan-pergerakan
mengikut keperluan kegiatan.
b. Latihan
- Cara latihan dijalankan akan mempengaruhi perlakuan, begitu juga
dengan kemahiran yang berbeza memerlukan corak latihan yang
berbeza. Antara jenis latihan ialah:
I. latihan keseluruhan pergerakan secara lengkap
II. latihan mengikut pecahan-pecahan pergerakan
III. ketepatan dan kelajuan
PJ 2311D5 Page 9

(kedua-dua aspek ini adalah sama penting, tetapi lazimnya, aspek
kelajuan didahulukan)
c. Latihan mental
- Bentuk latihan ini melibatkan konsepsi pergerakan itu sebelum ia
dilakukan. Latihan ini digalakkan bagi pergerakan yang lebih kompleks.
d. Maklumbalas
- Maklumbalas yang diterima daripada guru atau rakan sebaya serta
kesedaran diri tentang mutu pergerakan yang dilakukan.
e. Pengekalan
- Kebolehan untuk mengulang sesuatu pergerakan yang dikuasai
selepas tempuh masa. Prinsip ini penting kerana sesuatu kegiatan
pergerakan yang telah dipelajari itu adalah asas kepada penguasaan
pergerakan-pergerakan lain yang lebih kompleks.
f. Pembelajaran lebihan
- Latihan yang masih diteruskan walaupun pencapaian penguasaan
kemahiran pergerakan adalah memuaskan. Prinsip ini digunakan
untuk membolehkan pelajar melakukan sesuatu pergerakan secara
automatik. Prinsip ini juga digunakan untuk menghalusi perlakuan
untuk mencapai kecemerlangan.
g. Pemindahan pembelajaran
- Sesuatu kemahiran yang telah dipelajari akan mempengaruhi
pembelajaran kemahiran yang baru, sama ada secara positif atau
negatif.
h. Ansur maju
- Latihan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai daripada
yang mudah dan berpindah kepada yang lebih kompleks.


PJ 2311D5 Page 10

Tujuan Pendidikan Jasmani
Tujuan Pendidikan Jasmani adalah untuk melahirkan pelajar yang cergas
melalui pembelajaran fizikal dan dapat mengamalkan kecergasan badan serta
memupuk sikap positif dan mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi mencapai
tujuan ini, Maka, KPM (2002) mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan
berasaskan kesihatan dan pelakuan motor dengan seperti berikut :
I. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permain mengikut
kemampuan diri.
II. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
III. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa
melakukan aktiviti atau kegiatan fizikal.
IV. Membentukan sahsiah dan disiplin diri.
V. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Pendidikan Jasmani merupakan implimentasi sepenuhnya intipati
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dimana pelaksanaan Pendidikan
Jasmani dari aspek pengajaran, pembelajaran dan penilaian merupakan satu
usaha berterusan kea rah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu dari segi (JERIS).

Menurut KPM (2002) untuk mencapai matlamat ini, Pendidikan Jasmani
mementingkan gaya hidup yang sihat dan aktif. Pedekatan yang dicadangkan
adalah memasukkan tiga aspek penting dalam Pendidikan Jasmani, iaitu
penglibatan murid secara aktif dan selamat, penyimpanan rekod kegiatan murid
sebagai bukti pembelajaran dan interaksi yang kreatif dengan rakan.

Selain itu, Pendidikan Jasmani juga ditetapkan mengikut 3 tunjang utama seperti:
1. Tunjang Kecergasan- Konsep ini menitikberatkan keupayaan murid
melakukan kegiatan fizikal secara berterusan tanpa rasa resu.
PJ 2311D5 Page 11

Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasakan
kesihatan dan pelakuan motor.
2. Tunjang Kemahiran- Konsep yang menitikberatkan keupayaan
murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar
dan otot halus. Tumpuan kepada kemahiran asas dalam permainan,
olahraga, pergerakan kreatif dan rekreaksi.

3. Tunjang Kesukanan- Konsep yang mementingkan kefahaman dan
pengetahuan bagi pengukuhan amalan Pendidikan Jasmani dan
sukan. Tumpuan kepada aspek keselamatan, pemgurusan,
kerjayaan, etika dan isu-isu dalam Pendidikan Jasmani dan sukan.









PJ 2311D5 Page 12

Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-
kanak.Itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat
tersebut seperti berjalan, berlari, melompat dan sebagainya (Domelly & Gallahue,
2003). Selain itu, pergerakan lokomotor juga memerlukan penyokong atau titik
pusat berubah mengikut pergerakan tertentu. Titik pusat bermaksud kedudukan
kaki yang tetap sama ada berubah atau bergerak.
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika
pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat
arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan
dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang
dirancang. Ini bermaksud, sesuatu pergerakan dilakukan kerana kita mempunyai
matlamat tertentu mengapa ianya dilaksanakan.Aktiviti berlari juga membolehkan
kita melarikan diri dari keadaan berbahaya seperti di kejar anjing, penjahat, dan
sebagainya. Selain itu juga, aktiviti berjalan juga mempunyai matlamatnya sendiri
dan membolehkan kita pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain.

Rajah 1.0: Perbandingan antara pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor.
PJ 2311D5 Page 13

Konsep pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Aliran
merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan
licin. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat
melihat arah gerakan dalam persembahan itu dan boleh menambahkan lagi daya
tarikan persembahan tersebut. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam
gerakan lokomotor yang melibatkan beberapa aspek.
Yang pertama adalah aspek arah tinggi, sederhana dan rendah.
Contohnya, dalam aktiviti lompatan, kanak-kanak boleh melakukan lompatan
yang bermula dari arah rendah, kemudian sederhana, dan seterusnya tinggi.
Sebelum kanak-kanak dapat melompat dengan lebih tinggi, mereka perlu
melompat dari arah rendah dahulu.
Yang kedua aspek aliran seperti awangan, lurus, berliku-liku, dan zig-zag.
Antara contoh gerakan yang boleh dilakukan kanak-kanak ialah berjalan lurus
lalu melompat ke atas (awangan), kemudian berjalan berliku-liku, dan berjalan
mengikut arah zig-zag.
Yang ketiga aspek beban seperti halus-ringan dan berat-kuat. Pergerkan
halus-ringan bermaksud pergerakan halus yang memerlukan tenaga yang ringan
atau sedikit seperti berjalan secara perlahan dan pergerakan berat-kuat
bermaksud pergerakan berat seperti berlari, melompat dan sebagainya yang
memerlukan tenaga yang lebih dan kuat.
Aspek yang terakhir adalah masa seperti cepat dan lambat. Masa
bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan. Jika kanak-kanak berlari, maka
masa menjadi lebih cepat manakala jika kanak-kanak berjalan perlahan, maka
masa yang diambil menjadi lambat.
Contoh-contoh pergerakan lokomotor
Terdapat pelbagai contoh yang melibatakan pergerakan lokomotor antaranya
ialah:
PJ 2311D5 Page 14

 Berjalan
- Berjalan ialah kemahiran yang paling asas di mana kita banyak
melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai kanak-kanak
mempunyai tabiat berjalan yang salah. Hal ini biasanya memenatkan
beberapa bahagian anggota badan yang lain. Selain kaki ianya juga
menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yang sepatutnyan boleh
dikurangkan. Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan dan
mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan
gaya yang betul.
- Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang
dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain.
Kanak-kanak biasanya mula berjalan sejak berusia 11 bulan. Aktiviti
berjalan ini bermula sejak kanak-kanak sudah pandai berdiri bersendirian
tanpa bantuan.
- Pada tahap ini kanak-kanak perlu dibimbing oleh orang dewasa supaya
kanak-kanak dapat menguasai aktiviti ini. Selepas itu kanak-kanak boleh
berjalan dengan betul bermula umur 1 tahun.
- Antara teknik berjalan yang betul ialah hujung kaki hendaklah menghala
lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki
seolah-olah mengikut satu garis lurus. Tangan menghayun bebas
berselang-seli mengikut arah yang bertentangan dengan arah kaki
melangkah. Mengikut perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan
badan dan dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan.
- Pada ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada
masa inilah satu tapak berpijak pada yang baru terhasil dan boleh
menahan anggota badan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah
sentiasa tegak dan dalam keadaan yang selesa. Selepas itu, kanak-kanak
akan berjalan dengan ibu jari kaki menghala bengkok ke arah luar dan
dalam. Kaki terbuka lebar semasa berjalan. Tapak kaki terlalu rapat
semasa berjalan menghayun berlebih-lebihan. Kepala condong ke
hadapan.
PJ 2311D5 Page 15

 Berlari
- Selepas tahap berjalan ia adalah lumrah bagi kanak-kanak untuk bergerak
secara laju dan mereka sukakan aktiviti berlari. Kanak-kanak mempunyai
tenaga yang banyak dan mereka meyalurkan tenaga tersebut dengan
berlari dan melakukan aktiviti yang lasak. Pada usia 3 hingga 5 tahun,
kanak-kanak sudah boleh berlari dengan lancar dan laju tanpa jatuh
kerana otot-otot sudah berkembang dengan baik.
- Pada usia 5 hingga 6 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari sambil
menendang bola. Selain itu, pada tahap ini kanak-kanak gemar berlumba
lari dengan kanak-kanak yang lain. Ketika berlari, pergerakan buku lali
dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi
dapat dicapai ketika berlari. Haruslah diingatkan bahawa ketika berlari,
kanak-kanak perlu menggunakan hujung jari kaki dan jangan
menggunakan telapak kaki penuh.
- Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur
untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang dibengkokkan serta
terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk
bergerak maju.Panjangkan langkah kaki, percepatkan langkah, dan yang
paling penting kanak-kanak perlu diajar untuk mengawal pernafasan
dengan baik.

 Melompat
- Lompatan selalunya digunakan dalam pelbagai bidang sukan, rekreasi,
dan kehidupan seharian. Lompatan bermula sejak dari kanak-kanak lagi
dan melibatkan anggota badan untuk menyokong pergerakan ini. Justeru
itu, lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara
daripada tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan sebelah atau
kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian
turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki.
- Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau
ketinggian lompatan. Selain itu, lompatan juga melibatkan ruang dan jarak
PJ 2311D5 Page 16

yang luas apabila dapat melakukan lompatan dengan selesa. Pada umur
3 tahun lompatan kanak-kanak sudah mula menjadi sempurna. Selalunya
kanak-kanak melompat dengan bantuan papan spring. Ini boleh dijadikan
peneguhan positif bagi kanak-kanak untuk terus melompat. Kanak-kanak
juga boleh diajar melakukan pelbagai lompatan haiwan seperti lompat
seperti katak, kangaroo, arnab, dan sebagainya. Ini juga akan
menyeronokkan kanak-kanak disamping dapat mempelajari cara
lompatan bagi haiwan-haiwan tersebut.


 Skip
- Skip adalah gabungan berjalan dan melompat dengan satu kaki. Ianya
biasa dilakukan di taman-taman permainan dan aktiviti ini mula dikuasai
pada usia pra-sekolah. Antara langkah-langkah skip ialah langkah dengan
sebelah kaki, kemudian ketingting dengan kaki yang sama, dan tukar
ulang pergerakan dengan kaki yang sebelah lagi. Pergerakan ini boleh
dilakukan dengan arah yang bebas, tetapi polanya hendaklah serupa, iaitu
bertukar-tukar kaki sambil mengimbangkan berat badan pada setiap
pertukaran langkah
PJ 2311D5 Page 17

. Gambar 1: Murid melompat di tempat asal.

 Galop (berlari seperti kuda)
- Galop merupakan satu pergerakan lokomotor yang agak sukar bagi
kanak-kanak kerana ianya merupakan satu pergerakan berlari yang
disertai dengan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Akan
tetapi, aktiviti ini boleh dikuasai oleh kanak-kanak pada usia pra-sekolah.
- Galop ini menyerupai cara berlari seperti seekor kuda. Selain itu, ianya
merupakan antara variasi pergerakan berlari dan ianya adalah satu cara
yang paling kreatif untuk aktiviti fizikal. Antara langkah-langkah untuk
melakukan aktiviti ini adalah satu kaki bergerak kehadapan dan kaki
tersebut mengimbangi badan. Kaki belakang pula digerakkan kehadapan
dan ke belakang dan seterusnya tumit kaki bergerak ke hadapan.
- Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat kehadapan
dan berat badan diletakkan pada kaki belakang. Menolak dan mendarat
bebola kaki ke belakang dan ke hadapan. Lutut dan pergelangan kaki
sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan.
PJ 2311D5 Page 18

 Hop (melompat dengan sebelah kaki)
- Hop merupakan satu lompatan kehadapan yang menggunakan sebelah
kaki sahaja dan mendarat dengan kaki yang sama. Ini dapat dilihat
menerusi permainan kanak-kanak yang paling popular iaitu ting-ting.
- Menurut Gabbard (1992), hop merangkumi urutan yang tersendiri.
Sebelum kanak-kanak mahir melakukan hop, mereka perlu dapat
mengimbangi sebelah kaki sahaja apabila berdiri. Ini bermakna, kanak-
kanak perlu berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Apabila kanak-
kanak berjaya mengimbangkan badan mereka, mereka dapat melakukan
hop tanpa bantuan.
- Antara cara-cara pergerakan hop ialah mata melihat ke hadapan, berdiri
dengan betul dan kedua-dua belah tangan untuk mengimbangi badan.
Angkat sebelah kaki dan lutut kaki tersebut dibengkokkan kebelakang.
Selepas itu, lompat dengan kaki tersebut dan bergerak ke hadapan.
Antara bentuk-bentuk pergerakan hop yang boleh dilakukan oleh kanak-
kanak ialah bentuk lurus, melengkung, dan zigzag.
- Dengan itu kanak-kanak akan berasa seronok melakukannya. Contoh
permainan popular di kalangan kanak-kanak yang menggunakan hop
ialah permainan „ting-ting‟.

Gambar 2 :Murid melompat dengan sebelah kaki (Hop)
PJ 2311D5 Page 19

 Slide (berjalan di arah tepi)
- Slide ialah merupakan satu teknik melangkah kehadapan tetapi ianya
menggunakan arah tepi. Ianya dapat melatih kanak-kanak mengetahui
konsep kiri dan kanan. Selain berjalan lurus dengan badan ditegakkan
kehadapan, kanak-kanak boleh berjalan dengan arah tepi. Badan
dibengkokkan samada mengikut bahu kanan atau kiri dan seterusnya
berjalan kehadapan.
- Ini juga dapat melatih keseimbangan badan dan mengembangkan
koordinasi mata dan kaki. Ibu bapa boleh menggalakan kanak-kanak ini
melakukan pergerakan slide tidak kira di mana jua keadaan. Justeru itu,
kanak-kanak dapat memperkembangkan motor kasar mereka.

 Leap (berlari sambil melonjak)
- Leap merupakan pergerakan yang hampir serupa dengan berlari. Cuma
ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya
lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Sebelum melakukan
leap, kanak-kanak perlu mahir berlari dahulu kerana ianya amat sukar
untuk dilakukan.
- Semasa berlari, lutut diangkat kehadapan dan kemudian kaki dihulur
untuk memecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat
dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju.
Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas satu
kaki yang sama. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau
beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.
PJ 2311D5 Page 20

Pergerakan Lokomotor

Peta minda 1.0: Pergerakan lokomotor

Rajah 3: Pergerakan lokomotor


Lokomotor
Berjalan

Melompat
Berlari Melonjak
Berguling
PJ 2311D5 Page 21

Gambar :Pegerakan lokomotor dengan permainan kecil


PJ 2311D5 Page 22

Kepentingan Pendidikan Jasmani untuk Peningkatan Kesihatan Diri
Pendidkan Jasmani secara umumnya terlalu penting bagi semua
peringkat umur dan jantina manusia, sejak peringkat kanak-kanak lagi
sehinggalah tua. Selain itu, semua warga sepatutnya faham tentang kepentingan
Pendidikan Jasmani yang perlu diamalkan dalam kehidupan harian kita. Kita
boleh memperolehi pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan dan
perkembangan tubuh badan manusia serta keperluan-keperluan kesihatan yang
berkaitan.
Sejak 1850, lathan fizikal pelajar telah bermula, maka penekanan dalam
pendidkan jasmani sekolah juga diperluaskan merangkumi latihan fizikal,
persembahan kesihatan dan kemahiran bersukan. Sekarang Pendidikan
Jasmani lebih menumpu perhatian terhadap kesihatan dan kelakuan serta
kemahiran motor yang diperlukan untuk kesihatan berpanjangan dan kepuasan
aktiviti fizikal. Oleh itu, kanak-kanak boleh meningkat kesihatan fizikal dan mental
sambil berseronok.
Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak
dapat dinafikan lagi. Berikut adalah beberapa huraian mengenainya. Pertama,
pendidikan jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan
fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran
dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu seseorang individu
membangunkan kemahiran pergerakan asas. Pendidikan jasmani di sekolah
rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai
keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Dalam aspek pembangunan
emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu murid meneroka kelemahan
dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada
mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah
berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya
bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang
sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.
PJ 2311D5 Page 23


Gambar: Kepentingan Pendidikan Jasmani

kepentingan
Pendidikan
Jasmani
Pertumbuhan Dan
Perkembangan Fizikal
Perkembangan
Sosial
Perkembangan Mental
Perkembangan
Emosi
• Bertujuan membantu murid menjadi cergas
melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan
amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan
dengan mengutamakan tiga perkara utama :
• Kognitif ,Mengetahui dan Memahami akan
aspek kecergasan dan boleh diamalkan
dalam kehidupan seharian
Objektif Pendidikan Jasmani
PJ 2311D5 Page 24

Selain itu, Pendidikan Jasmani juga mempunyai banyak faedah dalam kehidupan
kita sama ada dari segi fizikal atau mental, seperti:
a) Pembentukan gerak
 Memenuhi serta mempertahankan keinginan gerak
 Penghayatan ruang, waktu dan bentuk serta pengembangan perasaan
irama.
 Mengenal kemugkinan gerak diri sendiri.
 Memiliki keyakinan gerak dan mengembangkan perasaan sikap.
 Memperkaya dan memperluas kemampuan gerak dengan melakukan
pengalaman gerak.

b) Pembentukan prestasi
 Mengembangkan kemampuan kerja optimal dengan mengajarkan
ketangkasan-ketangkasan.
 Belajar mengarahkan diri pada pencapaian prestasi (kemauan,
konsentrasi, keuletan, kewaspadaan, kepercayaan pada diri sendiri).

c) Penguasaan emosi.
 Belajar mengenal kemampuan dan keterbatasan diri.
 Meningkatkan sikap tepat terhadap nilai yang nyata dari tingkat dan
bidang prestasi, dalam kehidupan sehari-hari, dalam masyarakat dan
olahraga.

d) Pembentukan sosial
 Pengakuan dan penerimaan peraturan-peraturan dan norma-norma
bersama-sama.
 Mengikutsertakan kedalam struktur kelompok fungsional, belajar
kerjasama, menerima pimpinan dan memberikan pimpinan.
 Pengembangan perasaan kemasyarakatan, dan pengakuan terhadap
orang lain sebagai peribadi-peribadi.
PJ 2311D5 Page 25

 Belajar bertanggungjawab terhadap yang lain, memberi pertolongan,
memberi perlindungan dan berkorban.
 Belajar mengenal dan mengalami bentuk-bentuk pelepas lelah secara
aktif untuk pengisian waktu senggang.

e) Pertumbuhan badan
 Peningkatan syarat-syarat yang diperlukan untuk dapat tumbuh,
bersikap dan bergerak dengan baik dan untuk dapat berprestasi
secara optimal (kuatan dan mobilitas, pelepasan ketegangan dan
kesiapsiagaan).
 Meningkatkan kesihatan jasmani dan rasa tanggungjawab terhadap
kesihatan diri dengan membiasakan cara-cara hidup sihat.


PJ 2311D5 Page 26

Kesimpulan
Pendidikan Jasmani dilakukan tidak hanya untuk memperoleh
keterampilan gerak saja, tetapi pendidikan ini juga bermanfaat untuk
pertumbuhan dan perkembangan organ-organ tubuh manusia. Maka dari itu
pendidikan ini sangat penting untuk memelihara dan meningkatkan kesegaran
jasmani dan kesihatan tubuh kita.
Dilihat dari tujuan pendidikan, maka dapat disebut tujuan pendidikan
jasmani itu adalah mencakup perkembangan kesihatan jasmani atau organ-
organ tubuh, perkembangan syaraf otot (neuromuskuler), perkembangan sosial,
dan perkembangan intelektual. Pendidikan jasmani tidak hanya menitikberatkan
pada keterampilan gerak saja, akan tetapi banyak aspek dari tujuan pendidikan
yang harus diterapkan oleh guru pendidikan jasmani, khususnya aspek psikologi
atau afektif, kerana banyak sekali kondisi siswa yang dapat melatarbelakangi
rasa kesukaan mereka terhadap pelajaran pendidikan jasmani sehingga dapat
memacu mereka untuk mendalami pelajaran ini.
Akhir sekali, pendidikan jasmani agak penting untuk kesihatan kita,maka
harap boleh dititikberatkan dan diperluaskan kerana mata pelajaran ini memang
penting untuk pelajar-pelajar demi membina tumbesaran dan tumbuh badan
mereka atau merapatkan hubungan sosial mereka. Selain itu, pelajar yang
kurang cermelang dalam akademik kemungkinan mereka dapat mencari
kelebihan mereka dalam bidang kesukanan dan berjaya agar mengharumkan
nama Negara.
Sekian, terima kasih.


PJ 2311D5 Page 27

Refleksi
Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang konsep, prinsip,
dan tujuan terhadap Pendidikan Jasmani, Secara tidak langsung ianya dapat
mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai tentang
pergerakan asas dan pergerakan Lokomotor. Kami juga dapat berfikir dengan
lebih kreatif selepas menyiapkan kerja kursus ini. Seperti melalui permainan kecil
pada waktu Pendidikan Jasmani semasa ingin mengajar pelajar tentang
pergerakan lokomotor.
Selain itu, saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, saya
juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih lanjut dan teliti. Saya juga bersyukur kerana mempunyai
rakan sekelas yang begitu memahami ,membantu dan bekerjasama dengan
menyumbangkan idea dan sokongan kepada saya.
Saya berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu Encik
Sugumaran Velayutham untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan
berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan
dengan kehendak soalan. En Sugumaran Velayutham juga membantu kita
seperti menyatakan beberapa buku rujukan yang berfaedah agar kita dapat
mencari maklumat di perpustakaan.
Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu,
saya membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara
PJ 2311D5 Page 28

satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama
pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.
Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan
dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas
hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat
pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja
kursus saya ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh
Tuhan.

Sekian, terima kasih….












PJ 2311D5 Page 29

Rujukan
1. http://www.scribd.com/doc/81325164/Konsep-Prinsip-Objektif-Pendidikan-
Jasmani-Dan-Kesihatan
2. http://www.scribd.com/doc/59067016/Lokomotor-Dan-Bukan-Lokomotor
3. http://wuiling212.blogspot.com/2011/12/gambar-gambar-murid-saya-
melakukan_11.html
4. http://www.scribd.com/doc/59421171/Kepentingan-Pj-Fiz-Men-Emo-So-2
5. http://www.slideshare.net/Rodzli/pengenalan-pendikan-jasmani
6. Teng Boon Tong (1995), Paduan Pengaduan. Longman.
7. Wee Eng Hoe (2009), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Carisma.