Anda di halaman 1dari 30

Disediakan Oleh:

Nur Adilla Suhaila Binti Ahmad Shahar


Nur Shahuda Warset
Perang Dunia Kedua berlaku sekitar tahun 1939
hingga 1945. Perang ini melibatkan dua pihak, iaitu
Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat,
Britain, Perancis,dan Rusia serta Pakatan Paksi yang
disertai oleh Jerman, Itali, dan Jepun.
POLITIK
Selepas Perang Dunia Kedua tamat, penubuhan
sebuah badan antarabangsa yang berperanan
memelihara keamanan dunia.
Perang Dunia Kedua menunjukkan bahawa Liga
Bangsa yang ditubuhkan selepas Perang Dunia
Pertama gagal memainkan peranan dengan berkesan
bagi menghalang peperangan.
Pada tahun 1945, penubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu ditubuhkan dengan matlamat utamanya:
oMengekalkan keamanan dunia
oMenggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang
sosial dan ekonomi.

Ia juga berperanan memberikan bantuan
kemanusiaan serta mencegah wabak penyakit
berjangkit dalam kalangan negara-negara anggota.
Selepas Perang Dunia Kedua tamat, penduduk
jajahan bangkit menentang penjajah yang cuba
mengukuhkan kedudukan mereka di Asia dan Afrika.
Penduduk tanah jajahan ingin memperoleh
kemerdekaan dan menentukan nasib negara dan
bangsa mereka sendiri.
Kemusnahan di negara-negara Eropah telah
menjatuhkan maruah negara-negara tersebut dalam
kalangan pendududuk di tanah jajahan.
Kos peperangan yang amat tinggi telah menyebabkan
negara-negara eropah menghadapi masalah kewangan
untuk menguruskan tanah-tanah jajahan.
Ini menyebabkan negara-negara Eropah memulakan
proses dekolonisasi dengan memberikan kemerdekaan
kepada tanah-tanah jajahan mereka.
Pada bulan ogos 1947, India dan Pakistan mencapai
kemerdekaan dari Britain.
Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara turut
mencapai kemerdekaan.
Indonesia mencapai kemerdekaan dari Belanda.
Indochina mencapai kemerdekaan dari Perancis.


Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Rusia dan
Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa besar dunia.
Hubungan antara kedua-dua kuasa besar ini menjadi
renggang semasa Persidangan Yalta yang diadakan
pada tahun 1945.
Hubungan menjadi semakin tegang apabila Rusia
menolak tuntutan Amerika Syarikat dalam Persidangan
Postdam agar diadakan pilihan raya bebas di negara-
negara Eropah Timur.
Ini menyebabkan Amerika Syarikat memperjuangkan
penubuhan kerajaan bercorak demokrasi di Eropah
Barat.

Rusia pula mengasaskan pemerintahan komunis di
negara-negara Eropah Timur.
Semasa Perang Dingin, kedua-dua kuasa besar ini
menggunakan pelbagai pendekatan untuk
mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.
Perang Dingin berlanjutan hingga keruntuhan
negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun
1989.
Perang Dunia Kedua telah menyebabkan negara Jerman
mengalami perpecahan iaitu terbahagi kepada empat zon.
Zon-zon tersebut berada dibawah penguasaan Britain,
Perancis, Amerika Syarikat,dan Soviet Union.
Dalam Persidangan Postdam, keempat-empat kuasa
besar mencapai kata sepakat untuk mengamalkan sistem
ekonomi yang seragam di zon-zon tersebut.
Pada disember 1946, Britain, Perancis,dan Amerika
Syarikat bertindak menggabungkan zon-zon sebagai satu
zon ekonomi.
Jerman Barat telah mendapatkan bantuan ekonomi
daripada Amerika Syarikat melalui Rancangan Marshall.
Rusia pula membangunkan Jerman Timur sebagai
zon Komunis.
Pada bulan jun 1948, Rusia bertindak menutup jalan
darat yang menghubungkan Jerman Timur dengan
Jerman Barat.
Tindakan Rusia menyebabkan penduduk di Jerman
Barat menghadapi kebuluran.
Amerika Syarikat menghantar bekalan ke Berlin
melalui udara .
Pada bulan mei 1949, Persekutuan Republik Jerman
telah ditubuhkan dan ibu kotanya Bonn.
Pada oktober 1949, Republik Demokratik Jerman
ditubuhkan dan ibu kotanya di Berlin.
Soviet Union meluaskan sempadannya hingga meliputi
wilayah-wilayah Jerman, Finland, Czechoslovakia,
Romania dan Jepun
Soviet Union juga menguasai tiga negara iaitu Estonia,
Latvia,dan Lithuania yang tidak memihak kepada mana-
mana pihak dalam Perang Dunia Kedua.
Soviet Union juga berusaha menubuhkan kerajaan
yang berasingan di wilayah-wilayah yang dikuasainya
semasa peperangan berlangsung.


Perancis telah bertindak menguasai Wilayah Saar dari
Jerman. Wilayah tersebut diletakkan dibawah kawalan
ekonomi Perancis
Poland mendapat ganti rugi dengan menguasai
wilayah-wilayah perindustrian di Silesia, Jerman.
Jerman telah kehilangan satu perempat daripada
wilayahnya.
EKONOMI
Perang Dunia Kedua telah menyebabkan kawasan
tanah pertanian yang luas rosak dan pengeluaran hasil
pertanian merosot.
Peperangan ini turut menjejaskan pengeluaran dalam
sektor perindustrian.
Pada tahun 1948, pengeluaran hasil perindustrian
hanya mencapai semula paras pengeluaran tahun 1938.
Dalam perniagaan dengan Amerika Syarikat, negara-
negara Eropah mengalami defisit sebanyak empat billion
dollar Amerika.
Kos Perang Dunia Kedua dianggarkan hampir US$ 500
billion keseluruhannya.

Peperangan ini mengorbankan banyak nyawa dalam
sejarah manusia.
Selain serangan bom, angka kematian yang tinggi juga
disebabkan oleh wabak penyakit,pembunuhan dan
masalah kekurangan makanan.
Sekurang-kurangnya 600 000 rakyat Jerman terkorban
dalam peperangan ini.
Negara yang mengalami kehilangan nyawa yang
paling tinggi ialah Rusia. Dianggarkan lebih kurang 7
juta orang awam dan 11 juta anggota tentera dari Rusia
terkorban dalam peperangan.
Britain dan negara-negara Komanwel mencatatkan
kehilangan 445 000 tentera. Lebih kurang 60 000 orang awam
Britain telah terkorban ekoran serangan bom dan roket.
Perancis kehilangan hampir 500 000 orang.
Amerika Syarikat telah mengorbankan 325 000 tentera.
Dianggarkan bilangan anggota tentera yang terkorban
melebihi 17 juta orang manakala bilangan orang awam yang
terkorban adalah sekurang-kurangnya 15 juta orang.
Negara-negara yang menang menuntut ganti rugi daripada
negara-negara yang kalah dalam Perang Dunia Kedua.
Dalam Perjanjian Damai Paris, Hungary, Finland,dan Romania
dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak $ 300 000 kepada
Soviet Union.
Itali dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak $ 360 000 000
kepada Greece, Yugoslavia,dan Soviet Union.
Sebagai kos ganti rugi peperangan, Soviet Union telah
memindahkan jentera-jentera dan mesin dari kilang-kilang
perindustrian di wilayah Jerman.

Britain Dan Perancis mendapatkan bekalan arang batu secara
percuma sebagai ganti rugi dari Jerman.
Amerika Syarikat mengambil semua aset milik syarikat-syarikat
jerman sebagai ganti rugi.
Amerika syarikat turut mendapatkan paten(hak cipta) bagi
semua jentera dan mesin-mesin yang dihasilkan oleh saintis
Jerman dianggarkan nilai paten adalah $10 billion.
SOSIAL
Penglibatan ramai golongan lelaki dalam peperangan
menyebabkan berlaku masalah kekurangan pekerja di sektor
perindustrian dan perkilangan.
Golongan wanita mula bekerja di sektor perindustrian.
Ramai kaum kini menjadi pekerja dan buruh di kilang-kilang.
Lebih kurang 6 juta kumpulan etnik minoriti Jerman di
Czechoslovakia dan Hungary menjadi pelarian.
Ratusan ribu pekerja-pekerja di Eropah Timur yang tidak mahu
kembali ke negara asal telah menjadi orang pelarian.
Perbicaraan terhadap penjenayah-penjenayah perang telah
diadakan di nuremberg selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Antara tahun 1945 hingga tahun 1947, sebanyak 13
perbicaraan telah diadakan terhadap orang Jerman yang dituduh
melakukan jenayah perang.
Perbicaraan ini dikendalikan oleh para hakim dari Amerika
Syariakat, Britain, Perancis,dan Rusia.
Seramai 177 orang Jerman telah dihadapkan ke mahkamah.
KETENTERAAN
Perkembangan teknologi peperangan telah menyebabkan
negara-negara yang terlibat berlumba-lumba untuk mencipta
kapal terbang menggunakan teknologi terkini.
Persaingan ini menyebabkan muncul era peperangan udara,
Menjelang peringkat akhir Perang Dunia Kedua, muncul peluru
berpandu.
Semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menggerakkan
para saintis bagi menjalankan kajian dalam bidang persenjataan
nuklear.
Saintis Amerika Syarikat dan Britain di bawah pimpinan Robert
Oppenheimer berjaya mencipta bom atom menerusi Projek
Manhattan.
Kuasa-kuasa besar yang terlibat dalam peperangan mula
melengkapkan askar-askar dengan peralatan yang canggih
selepas tamat Perang Korea.
Sesungguhnya Perang Dunia Kedua memberi kesan
mendalam terhadap senario politik antarabangsa dalam dekad-
dekad seterusnya. Dua kuasa besar muncul menjadi super
powers, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang masing-
masing menjadi pemimpin ideologi dunia. Amerika Syarikat
menjadi jaguh ideologi demokrasi manakala Soviet Union menjadi
jaguh ideologi komunis. Kedua-dua kuasa cuba melebarkan
ideologi berkenaan keseluruh pelusuk dunia.
Keadaan menjadi lebih parah apabila benua Eropah terbahagi
kepada dua blok, iaitu blok komunis(Timur) dan blok
demokrasi(Barat) setelah terdirinya Tembok Berlin. Di Asia, dua
negara berpecah mengikut ideologi yang dianuti sehingga hari ini,
iaitu Korea dan Vietnam.
tamat

Anda mungkin juga menyukai