Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Esa, selesai sudah saya dan
rakan sekumpulan dapat menyiapkan tugasan Permainan yang berkaitan dengan
menghasilkan satu kerja kursus mencari maklumat bagi satu kemahiran sukan hoki.
Kerja kursus ini juga menghendaki kami menyediakan kertas kerja pengurusan dan
pengelolaan pertandingan bagi satu pertandingan permainan yang sebenar
berdasarkan situasi yang sebenar. .Semasa saya menerima tugasan ini saya tidak tahu
bag bagaimana hendak memulakannya seperti yang dikehendaki oleh pensyarah
penasihat. Namun,berkat usaha yang tidak pernah padam kami berjaya menyiapkan
tugasan ini seperti yang dikehendaki.

Permainan merupakan satu bidang yang amat sebati dalam diri saya. Namun
begitu,dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini, saya mengalami beberapa
masalah untuk melancarkan proses penyiapan tugasan tersebut. Tetapi ianya bukanlah
alasan untuk saya mengatakan tidak dalam tugasan yang telah diarahkan. Sepanjang
tempoh mencari maklumat untuk menyiapkan kerja kursus ini pelbagai pengalaman
yang telah saya perolehi. Sama ada suka mahupun duka. Namun begitu, ianya sebagai
penguat semangat saya untuk menyiapkannya.

Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, banyak nilai murni telah saya perolehi. Antaranya
ialah, kerjasama dalam mendapatkan maklumat, menghargai masa,semangat setia
kawan dan sebagainya. Bagi saya komitmen yang tinggi amat penting dalam
menjalankan tugas agar kerja yang dibuat, akan membuahkan hasil yangberkualiti.

Melalui tugasan ini ,saya dapat mengetahui pelaksanaan sistem pertandingan
iaitu,Sistem Liga,Sistem Separuh Liga dan Sistem Kalah Mati.Oleh itu,saya dapat
mengaplikasikan kemahiran asas ini dalam permainan dan mempraktikan undang-
undang dan peraturan-peraturan permainan mini.Selain itu juga, saya dapat
membezakan kelemahan dan kelebihan setiap sistem pertandingan lalu mempraktikan
yang lebih baik.
Segala ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi dalam menyiapkan tugasan ini akan
saya amalkan dalam kehidupan saya, khususnya yang melibatkan sistem pertandingan.
Hal ini, secara tidak langsung meningkatkan tahap sensitiviti saya dalam menggunakan
kaedah system pertandingan dengan betul. Di harap tugasan ini, memberi manfaat
kepada saya untuk melangkah maju dalam bidang kokurikulum.