Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

Matematik adalah salah satu bidang ilmu yang sangat bersifat holistik. Ianya
adalah relatif bagi aspek kehidupan, seperti membuat pengiraan, membuat
pentaksiran dan penilaian, seterusnya membuat keputusan. Di dalam fasa
penyelesaian masalah kehidupan seharian, manusia perlu untuk mengeluarkan
pendapat seterusnya memberikan hujah ataupun releven terhadap keputusan atau
langkah penyelesaian yang diambil. Disinilah peranan berfikir secara matematik
dapat membantu manusia membuat pertimbangan yang wajar sebelum memilih
sesuatu jalan penyelesaian.
Konsep matematik terhadap alam sekeliling sebenarnya telah wujud di dalam
akal kanak-kanak sejak dari peringkat bayi lagi. Ini merujuk kepada sifat ingin tahu
kanak-kanak terhadap sesuatu benda, terutama melalui deria sentuhan. Peringkat
awal pendedahan kanak-kanak lebih kepada bentuk konkrit . Pandangan kanak-
kanak terhadap persekitaran mereka sebenarnya telah mencetuskan pelbagai
persepsi terhadap alam sekeliling. Pelbagai tafsiran terbentuk di dalam minda kanak-
kanak, sama adaboleh bersifat betul dari segi konsepnya,ataupun yang bersifat
miskonsepsi.
Konsep Geometri dan hubungannya dengan kanak-kanak tidak dapat
dipisahkan. Seperti yang telah dijelaskan, penerokaan kanak-kanak terhadap bentuk,
terutama bentuk 3 dimensi telah berlaku sejak bayi. Mereka didedahkan dengan
pelbagai objek permainan yang mempunyai pelbagai bentuk, saiz, warna dan
tekstur. Pendedahan awal inilah yang membantu kanak-kanak membentuk pemikiran
terhadap geometri. Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, rancangan
pengajaran dan pembelajaran kemahiran geometri mestilah berdasarkan prakonsep
yang telah terbentuk di dalam pemikiran kanak-kanak ini. Peranan guru adalah
sangat kritikal supaya konsep-konsep yang terbentuk dapat dikembang atau
diperbetulkan bagi membolehkan kanak-kanak memahami serta dapat
menyelesaikan masalah yang berkait dengan geometri, seterusnya menghargai
keindahan yang terdapat di dalam unsur-unsur geometri.
Ilmu geometri telah wujud dan berkembang sejak dari zaman mesir purba,
walaupun ia lebih lama daripada itu. Pandangan cendikiawan hanya merujuk
bermulanya ilmu geometri pada zaman Tamadun Mesir, kerana bermula pada zaman
inilah, ilmu geometri direkodkan secara bertulis. Unsur perkembangan geometri
adalah disebabkan aktiviti menyukat semula kawasan milik penduduk mesir yang
sering di landa banjir akibat limpahan sungai Nil. Geometri berasal daripada
perkataan latin iaitu Geo yang bermaksud tanah, dan metri yang bermaksud ukur.
Secara umumnya, ilmu geometri adalah cabang ilmu matematik yang mengambil
berat persoalanan mengenai saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat
ruang. Geometri ialah salah satu dari sains yang tertua. Permulaan geometri terawal
yang direkodkan boleh dijejak ke Mesopotamia purba, Mesir, dan Lembah Indus dari
sekitar 3000 SM. Geometri awal adalah koleksi dari empirikal yang dijumpai yang
mengambil berat jarak, sudut, luas, dan isipadu, yang telah berkembang untuk
menemukan sesetengah keperluan praktikal dalam tinjauan, pembinaan, astronomi,
dan berbagai kraf. Teks terawal yang dikenali pada geometri ialah Papirus Papirus
Mesir, dan Papirus Moscow, Batu bersurat tanah liat Babylonia, dan Shulba Sutras
India, manakala orang Cina mempunyai karya Mozi, Zhang Heng, dan Sembilan Bab
pada Seni Matematik, ditulis oleh Liu Hui.
Geometri Euclid merupakan sebuah sistem matematik yang disumbangkan
oleh seorang ahli matematik Yunani bernama Euclid dari Alexandria. Teks Euclid,
Elements merupakan sebuah kajian sistematik yang terawal mengenai geometri. Ia
sudah menjadi salah satu buku-buku yang paling berpengarh di dalam sejarah, sama
banyaknya dengan kaedahnya yang mempunyai isi kandungan matematik. Kaedah
cara yang mengandungi andaian satu set aksiom secara intuitif yang sangat
menarik, dan kemudiannya membuktikan banyak usul (teorem-teorem) daripada
aksiom-aksiom berkenaan. Walaupun banyak daripada keputusan-keputusan oleh
Euclid sudah dinyatakan oleh ahli-ahli matematik Yunani sebelumnya, Euclid
merupakan orang yang pertama untuk menunjukkan bagaimana usul-usul ini
diletakkan secara sempurna membentuk satu deduksi dan sistem logik yang
komprehensif. Buku Elements ini bermula dengan geometri satah, yang masih lagi
diajar di sekolah menengah sebagai satu sistem aksioman dan contoh-contoh
pembuktian formal yang pertama. Kemudiannya, Elements merangkumi geometri
pepejal dalam tiga dimensi, dan seterusnya geometri Euclid telah dipanjangkan
kepada satu bilangan dimensi yang terhingga. Kebanyakan daripada Elements
menyatakan keputusan-keputusan dalam apa yang kini disebut sebagai teori
nombor, yang boleh dibuktikan menerusi kaedah geometri.

Anda mungkin juga menyukai