Anda di halaman 1dari 13

Nama: Faizal Bin Amran

No Matrik: M20122001710
Isu-Isu Pelaksanaan Program
Bimbingan dan Kaunseling
Definisi:
Pelaksanaan program adalah salah satu bidang
tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru
bimbingan dan kaunseling di sekolah. Program
Bimbingan dan Kaunseling melibatkan aspek
akademik, vokasional, personal dan
perkembangan sosial kanak-kanak dan remaja
(American School Counselor Association, 2003).

Terdapat beberapa ciri model program
perkembangan yang telah dinyatakan di dalam
literatur kaunseling (Baker, 2000; McLaughlin,
1990). Antaranya melibatkan aspek berikut:
i. Peranan dan fungsi program bimbingan dan
kaunseling kepada semua warga sekolah
ii. Aktiviti dan tugas guru B&K di dalam program
iii. Interaksi di antara ahli di dalam program.

Menurut Gybers dan Henderson (2000), program
bimbingan dan kaunseling ini meliputi tiga aspek
yang utama iaitu kesedaran, perkembangan
kemahiran dan aplikasi. Aspk-aspek ini mewakili
proses melalui pembinaan kesedaran pelajar
untuk memperolehi kemahiran emosional dan
sosial, memperkembangkan kemahiran
kemahiran yang mereka perolehi dan
mengaplikasikan kemahiran tersebut di dalam
tiga persekitaran umum (diri sendiri, sekolah dan
masyarakat).

Perkembangan pelajar telah dikonsepkan
sebagai kesedaran, pembangunan kemahiran
dan aplikasi kemahiran emosional dan sosial;
i. Pembangunan keyakinan diri
ii. Motivasi mencapai kejayaan
iii. Kemahiran membuat keputusan, matlamat,
merancang dan menyelesaikan masalah
iv. Keberkesanan interpersonal
v. Kemahiran komunikasi
vi. Keberkesanan silang budaya
vii. Tingkah laku tanggungjawab

Kajian Lepas
Kajian ini dijalankan oleh Vasantha (2000) untuk
melihat penilaian guru terhadap perlaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kajian
ini melibatkan 114 orang guru dan menggunakan
ujian t dan ANOVA untuk meninjau penilaian guru
mengikut jantina, kaum, tahap pendidikan dan
pengalaman bekerja.Para guru berperanan
membantu kaunselor melaksanakan program dan
aktiviti kaunseling untuk para pelajar.

Kajian juga menunjukkan program bimbingan dan
kaunseling memberikan kesan yang efektif kepada
pembangunan pelajar. Kajian ini telah dijalankan oleh
Siti Aminah Ramli (2009) yang bertujuan mengukur
kesan program pengurusan diri terhadap tekanan dan
motivasi pelajar telah dijalankan ke atas 80 orang
pelajar di sebuah sekolah di Rembau Negeri
Sembilan. Subjek diagihkan kepada dua kumpulan
iaitu kumpulan rawatan 40 orang dan kumpulan
kawalan 40 orang melalui teknik persampelan rawak
berpasangan. Subjek kumpulan rawatan dimasukkan
ke dalam program 3 hari dan 2 malam. Data dikumpul
menggunakan dua borang soal selidik iaitu Inventori
Tekanan-Kehidupan Pelajar dan Inventori Motivasi
Penyertaan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
program yang dijalankan adalah efektif dalam
mengurangkan tekanan dan meningkatkan motivasi
pelajar sekolah menengah.
Selain itu, Latifah Ibrahim (2009) juga telah
menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk
mengukur kesan program motivasi bimbingan
berasaskan modul Choice Theory Reality Therapy
terhadap daya tahan pelajar tingkatan empat yang
berisiko di salah sebuah sekolah di FELDA. Kajian ini
telah dijalankan secara eksperimental ke atas 60
orang subjek kajian tingkatan empat yang dipilih
melalui kaedah persampelan bertujuan. Subjek
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan. Keberkesanan
rawatan diuji menggunakan Soal Selidik Daya Tahan
secara pra dan pos-ujian. Subjek diberkan rawatan
menggunakan modul CTRT dalam jangka masa tiga
hari. Keadaan ini secara tidak langsung telah
menunjukkan bahawa program motivasi bimbingan ini
telah berjaya dalam usaha meningkatkan daya tahan
pelajar tingkatan 4 yang berisiko.
Selain daripada itu, pengendalian program bimbingan dan
kaunseling dengan baik dapat merangsang penerimaan yang
positif daripada pelajar. Ini dibuktikan oleh kajian yang dijalankan
oleh Rokiah (2010) yang telah menjalankan kajian ke atas 100
orang penghuni di sebuah pusat pemulihan dadah di mana
pengkaji telah menjalankan kajian menggunakan satu set soal
selidik, sementara 14 orang telah diwawancara secara
mendalam. Hasil kajian mendapati keberhasilan sesebuah
program pemulihan lebih banyak bergantung pada dua faktor,
iaitu penerimaan program dan kepuasan penghuni berbanding
hubungan baik antara penghuni dengan kakitangan am dan
profesional semasa menjalani program. Perasaan gembira dan
minat penghuni terhadap sesebuah program pemulihan
mencirikan penerimaan dan kepuasan mereka secara
keseluruhannya. Dalam hal ini yang sangat bermanfaat adalah
pengetahuan dan kemahiran khusus yang dipelajari, disamping
keupayaan program pemulihan membangkitkan kesedaran untuk
penghuni menjalani kehidupan secara positif setelah dibebaskan
dari institusi pemulihan.

Justeru, perkhidmatan B&K perlu mempunyai
pengurusan program yang mantap dan sistematik
dalam usaha mencapai hasrat memberikan
perkhidmatan yang terbaik. Hal ini penting bagi
merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan
Negara dan Wawasan 2020 (Sapora Sipon,
2002).
Isu-isu
Keyakinan Diri
Kerjasama
Penambahbaikan
Rujukan
American School Counselor Association (2003). The ASCA
national model: Aframework for school counseling
programs. Professional school counseling, 6, 165-168.
Baker, S.B (2000). School counseling for the twenty-first century.
Upper Saddle River, NJ: Merril.



Terima Kasih