Kaunseling merupakan suatu konsep yang telah diketahui umum khususnya di
kalangan masyarakat maju. Semakin majunya kehidupan ahli dalam sesebuah masyarakat, semakin meningkat pula masalah-masalah yang harus ditempuhi oleh ahli- ahlinya. Konsep atau definisi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati adalah lebih luas dan lebih komprehensif. Mohd Aziz Shah Mohd Arip dan rakan-rakannya dalam buku Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Menurut Zainal Abidin Ahmad (2006), Kaunseling adalah perbincangan antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan memikirkan alternatif untuk mengatasi kecelaruan dan laksanakan alternatif yang dipilih. Manakala, menurut Persatuan Bimbingan dan Personel Amerika (1980), Kaunseling ialah penggunaan Prosedur Kaunseling dan bidang lain yang berkaitan dengan tingkah laku untuk membantu mempelajari bagaimana menyelesaikan masalah. Burks dan Steffire (1979), Perhubungan profesional antara seorang kaunselor terlatih dan klien bersifat person-to-person. Kadang-kadang melibatkan dua orang bagi menyelesaikan masalah emosional dan interpersonal. Situasi murid-murid sekolah hari ini semakin kompleks dan mencabar. Mereka terdedah kepada banyak unsur-unsur negatif yang memerlukan jati diri yang kuat untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermanfaat. Maka, kita sebagai guru di sekolah bukan sahaja menjadi guru biasa, malah perlu memegang watak sebagai guru bimbingan dan kaunseling untuk membentuk jati diri murid yang positif. Hasil tugasan ini dilengkapi dengan penulisan kritis mengenai penggunaan kemahiran asas kaunseling dalam mengenalpasti masalah dan tingkah laku murid.
1.kemahiran berempati 2.kemahiran mencabar 3.kemahiran memimpin 4.kemahiran membuat interpretasi 5. kemahiran melakukan dorongan minima 6. kemahiran mendengar 7. kemahiran konfrontasi 8. kemahiran berkomunikasi 9. kemahiran menhadapi kesenyapan 10. kemahiran perhubungan Kemahiran- kemahiran asas kaunseling Aplikasikan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang dapat digunakan oleh guru biasa dalam mengenalpasti masalah dan tingkah laku murid semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kemahiran asas kaunseling adalah antara kemahiran asas yang wajib dikuasai oleh setiap guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam sesebuah bilik darjah. Hasil daripada bacaan saya daripada buku rujukan Bimbingan dan Kaunseling Kanak- Kanak hasil karya Choong Lean Keow, PhD 2010, sesi kaunseling merupakan satu proses yang berdasarkan tahap-tahap tertentu. Kita sebagai guru perlu menggunakan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang sesuai mengikut dinamika yang berlaku dalam setiap tahap. Kemahiran-kemahiran asas kaunseling dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah:
Kemahiran- kemahiran asas kaunseling Kemahiran melayan dan mendengar Kemahiran mendengar asas Kemahiran mendengar lanjutan Kemahiran mengintepretasi tingkahlaku bukan lisan Kemahiran memberi tindak balas Kemahiran mengenalpasti masalah Kemahiran melaksana Sebagai guru biasa kita boleh menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam mengenalpasti masalah dan tingkah laku pelajar. Kemahiran pertama yang perlu ada pada seseorang guru ialah kemahiran melayan dan mendengar. Kedua-dua kemahiran melayan dan mendengar amat penting untuk membina asas hubungan atau rapo yang kukuh antara guru bimbingan dan kaunseling dan kanak-kanak yang dipertemukan dalam sesi kaunseling. Ia akan membantu seseorang guru untuk mengenalpasti masalah tingkahlaku seseorang murid. Sebagai contohnya, apabila seseorang guru bersedia secara fizikal dan psikologikal terhadap apa yang diperkatakan serta di lakukan oleh murid akan mewujudkan suasana yang teraputik dan murid akan didorong untuk terus menceritakan apa yang terbuku dalam hati, termasuk perasaan yang berkaitan. Selain itu, bagi melayan klien iaitu murid, seseorang guru perlu memiliki sifat kemesraan dan memastikan keselesaannya di tempat duduk yang disediakan. Antara ciri-ciri tingkahlaku yang menunjukkan kemahiran melayan oleh seseorang guru sebagai guru bimbingan dan kaunseling ialah sepertimana yang terkandung dalam akronim SHOVELER iaitu: (Sumber: www.psych.umn.edu/courses/.../basic%20counseling%20skills.pdf) S (Face the other Squarely) iaitu memandang terus ke arah kanak-kanak apabila berlakunya kolaborasi antara murid dan guru. H (Head nods) iaitu menganggukkan kepala terhadap respons murid O (Adopt an Open Posture) iaitu menunjukkan kedudukan badan yang terbuka. V (Verbal Following) iaitu membuat pengesanan secara verbal. E (Speech) iaitu percakapan yang mesra dan budaya L (Lean toward the other) iaitu, condong badan ke depan sewaktu mendengar dan melayan murid. E (Make Eye Contact) iaitu mewujudkan kontek mata di dengan murid. R (Be Relatively Relaxed) iaitu, sentiasa berada dalam keadaan yang relaks dan tenang tanpa gangguan emosi Berdasarkan akronim tersebut , agak jelas bahawa kemahiran melayan merangkumi kedua- dua tingkahlaku lisan dan bukan lisan dan kita sebagai guru biasa dikehendaki menyemai sifat-sifat berikut supaya kita mudah mendekati murid untuk membaca tingkahlaku mereka. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa melaksanakan Praktikum Fasa 2 di Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Seremban, Seremban. Saya mendapat peluang untuk berkolaborasi bersama guru bimbingan dan kaunseling sekolah tersebut iaitu Pn. Janaki. Hasil daripada pemerhatian saya, beliau adalah seorang guru kaunseling yang beramah mesra dan melayan murid beliau dengan penuh mesra dan sopan. Beliau menyatakan bahawa sifat ini akan membantu seseorang guru bimbingan kaunseling untuk mendekati murid untuk mengenalpasti tingkah laku murid. Pn. Janaki turut meluangkan masa untuk mendengar dan melayan murid-murid yang bermasalah dalam bilik darjah dengan mendampingi mereka. Seterusnya, ialah kemahiran mendengar. Sebagai seorang guru bimbingan, kita perlu memberi gambaran kepada murid bahawa kita berupaya melihat dan sama- sama merasa perasaan di sebalik mesej yang disampaikan oleh murid tersebut. Dengan ini, murid tersebut akan lebih berasa selesa dan berminat untuk menceritakan segala masalah ataupun perkara yang ingin dibincangkan bersama kaunselor ataupun guru bimbingan. Contohnya, dalam konteks pelajar sering tidur di dalam kelas, guru sepatutnya menggalakkan pelajar tersebut menceritakan segala perkara yang ingin diceritakan oleh beliau dan guru hendaklah mendengar dengan aktif. Hal ini supaya guru dapat memahami segala penjelasan dan perkara yang diterangkan oleh pelajar tersebut. Mendengar dengan berkesan juga sangat membantu dalam mewujudkan hubungan rapport dan memberikan pemahaman yang tepat tentang perkara yang dibincangkan.
Melalui pemerhatian di SJK (T) Ladang Kombok Rantau, kami telah melihat dan mendengar satu perbualan antara seorang guru matematik dengan klien ( murid ) Tahun 3 Bharati seperti yang berikut;
Kemahiran menyoal ialah antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai oleh seseorang guru bimbingan. Kemahiran ini merupakan satu cara yang digunakan oleh seorang guru bimbingan untuk mengetahui sesuatu masalah dengan lebih spesifik mengenai diri klien, ataupun tentang isu yang sedang dibincangkan. Kemahiran ini juga adalah cara yang paling mudah untuk digunakan oleh guru untuk menyoal murid, ataupun menggalakkan klien untuk bercakap dan juga cara untuk meneroka diri murid. Jones (2004) juga menjelaskan kaunselor perlu membuat beberapa perkara yang perlu diambilkira dalam membuat soalan. Contohnya, dalam kelas murid tidak membuat kerja rumah. Guru seharusnya pandai memanipulasi keadaan dengan menggunakan kemahiran menyoal untuk mengetahui sebab dan perkara yang ingin disampaikan. Selain itu, kami juga telah berjaya mengumpul bukti melalui kaedah soal selidik ( rujuk lampiran ) bahawa kebanyakkan daripada guru di SJK (T) Ladang Kombok, Rantau telah menggunakan dan mengaplikasikan teknik menyoal terhadap murid-murid untuk menyelesaikan masalah mereka.
Guru : Velan, apakah masalah kamu sebenarnya? Kenapa tidur dalam kelas? Velan : Tak cikgu. Saya kurang tidur di rumah. Guru : (mendengar sambil menganggukkan kepala) Firdaus : Saya terpaksa menolong ibu jaga adik di rumah.
Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan oleh seseorang guru untuk mendapatkan maklumat daripada murid iaitu soalan jenis tertutup dan soalan jenis terbuka dalam memastikan perbincangan berjalan dengan lancar dan tersusun. Soalan tertutup ialah soalan yang memerlukan jawapan yang pendek sahaja dan memerlukan penjelasan seperti ya dan tidak. Soalan berbentuk tertutup ini bertujuan untuk menghalang murid dari terpesong dari isu yang sedang dibincangkan ataupun menghentikan murid yang bercakap terlalu banyak dalam sesi ini tanpa membantu dalam mengembangkan sesi ke arah yang mencapai matlamat yang sebenarnya. Soalan terbuka pula ialah soalan yang lebih mendorong kepada penjelasan ataupun jawapan yang lebih panjang dan mendalam. Hal ini membolehkan murid akan berasa bebas dalam meluahkan perasaannya, memberi maklumat tanpa berasa defensif serta membolehkan klien mengeluarkan pendapat sendiri mengikut cara klien itu sendiri. Namun, guru haruslah bijak dalam menyoal pelajarnya kerana sekiranya soalan yang disoal oleh guru adalah tidak sesuai, hal ini mampu membantutkan lagi sesi bimbingan yang sedang dijalankan. Selain itu, kemahiran memberi perhatian juga merupakan kemahiran yang perlu ada pada seorang guru bimbingan. Dengan memberikan perhatian sepenuhnya kepada situasi awal pertemuan dengan murid akan memberi peluang dan juga masa bagi murid untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan. Kemahiran ini merangkumi menentukan kedudukan murid, relaks secara fizikal, posture kaunselor, perawakan muka, pertemuan mata dan ikuti setiap percakapan klien. Di dalam situasi di bawah, dapat diperhatikan bahawa seorang guru di SJK (T) Kombok, Rantau yang mengajar mata pelajaran Pendidikan dan Jasmani bagi murid-murid Tahun 2 Valluvar dapat mencungkil masalah pelajar dengan menggunakan kemahiran memberi perhatian.
Kemahiran asas kaunseling yang seterusnya ialah kemahiran dorongan minima. Dorongan minima ialah satu tindak balas spontan yang sedikit sama ada secara verbal atau non-verbal daripada guru bimbingan kaunseling yang sedang bercerita dalam sesi kaunseling. Contoh dorongan minima ialah seperti senyum, mengangguk kepala, memandang klien, wujudnya kontak mata, kerutan di dahi, perkataan teruskan, perkataan ooo dan perkataan kemudian. Tindakbalas seperti ini dapat mengundang perasaan minat dan mendorong klien untuk meneruskan perbincangan tanpa sebarang kekangan. Terdapat beberapa tujuan asas kemahiran dorongan minima ini digunakan. Antaranya ialah mendorong dan menggalakkan murid untuk terus bercerita atau membuat pendedahan kendiri, menggambarkan kaunselor memahami dan mengikuti percakapan murid dan menolong penerokaan kendiri murid. Disamping itu, kita sebagai guru biasa boleh mengaplikasi teori-teori yang dikemukakan oleh ahli teoris untuk mengenalpasti tingkahlaku dan masalah murid. Antaranya ialah teori behaviorisme ( Mok Soon Sang, 2008 ) yang dipelapori oleh Skinner. Teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau pemberian hadiah. Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah
Guru : Durairaj, bagaimana kamu boleh jatuh? Sakit sangat ke luka pada tangan kamu? Velan : Saya tergelincir tadi semasa ingin menyepak bola . Ya, cikgu memang tangan saya sakit. Guru : (membawa murid ke pejabat dan menyapu ubat) Firdaus : Saya terpaksa menolong ibu jaga adik di rumah. diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk benda seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan barang-barang bernilai atau kemudahan-kemudahan tertentu (privileges). Sebagai contoh, dalam persekitaran sekolah, seorang kaunselor boleh menyediakan satu struktur token ekonomi untuk digunakan sebagai peneguhan kepada murid yang melakukan tingkah laku yang positif, dan menyenaraikan jenis-jenis hukuman, dendaan atau kehilangan kemudahan sekiranya didapati berlakunya kegagalan mematuhi peraturan, atau gagal menjalani sesuatu tanggungjawab. Teknik ini telah didapati amat berkesan apabila digunakan kepada klien yang mengalami masalah yang melibatkan perlakuan yang biasa atau yang lebih kompleks. Selain itu, kami juga telah berpeluang untuk melihat cara guru menghargai pencapaian murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bagi mata pelajaran yang berlainan dengan pemberian token ekonomi berbentuk alat tulisan dan juga ganjaran yang menarik. Kemahiran menguruskan kesenyapan juga merupakan kemahiran yang perlu ada bagi seseorang kaunselor ataupun guru bimbingan. Biasanya, kesenyapan berlaku semasa sesi kaunseling apabila murid berfikir tentang beberapa idea yang dibincangkan. Dalam sesetengah situasi, murid akan menjadi senyap semasa sesi kaunseling untuk mengorganisasikan semula pemikirannya. Kesenyapan juga membawa erti bahawa murid sedang mengalami kesulitan dalam meluahkan perasaannya mahupun menceritakan ideanya. Dalam keadaan yang sedemikian, guru seharusnya membantu murid secara lisan. Dalam situasi di mana pelajar sering ponteng dalam kelas, sekiranya pelajar enggan menjelaskan atau menceritakan kepada gurunya, guru tersebut seharuslah menggunakan kemahiran ini. Selain kemahiran menyoal, mendengar, menumpukan perhatian, dorongan minima dan menguruskan kesenyapan, kemahiran menyemak persepsi juga sangat diperlukan oleh seseorang guru kaunselor mahupun guru biasa ketika sedang bersama dengan murid. Terdapat beberapa tujuan kemahiran ini digunakan ketika sesi bimbingan dijalankan. Antaranya ialah membantu murid merasakan dirinya lebih difahami, memberi peluang kepada seseorang untuk membetulkan persepsinya serta memastikan guru bimbingan sedang berada di landasan yang benar ketika membimbing pelajar ataupun murid. Semua guru di sekolah perlu mempunyai potensi untuk membimbing dan memberi kaunseling. Jadi sebagai seorang guru, perlulah mempunyai kemahiran untuk menginterpretasi tingkahlaku bukan lisan murid-murid di kelas. Guru yang mengajar di kelas perlu peka dengan perkara yang gemar dilakukan oleh murid, perkara yang tidak suka dilakukan dan juga perkara yang ditakuti oleh murid. Kesemua perkara ini dapat dilihat melalui tingkahlaku bukan lisan murid seperti ekpresi muka, nada suara, bahasa badan dan melalui kontak mata. Di sekolah yang telah kami lawat iaitu SJK (T) Ladang Kombok, Rantau, seorang guru bernama Pn. Parameswary juga membuat pemerhatian tentang tingkahlaku murid semasa beliau berada di kelas dan mengkaji punca tingkahlaku murid yang bermasalah. Selain itu, guru biasa juga perlu menggunakan kemahiran asas kaunseling iaitu kemahiran memberi tindakbalas. Guru memberi tumpuan kepada tingkahlaku murid dan memberi tindakbalas sebagai pengukuhan dan bukan dalam bentuk hukuman (Choong Lean Keow,2010). Murid seharusnya perlu diberi tindak balas positif supaya murid mendekati guru untuk berkongsi masalah mereka. Jadi guru dapat mengatasi masalah murid. Contohnya saya sebagai guru pemulihan sentiasa menggunakan token ekonomi untuk memberi tindakbalas kepada tingkahlaku murid. Daripada pengalaman saya sendiri, saya dapati pengukuhan ini berkesan untuk membentuk tingkahlaku murid.menjadi lebih positif. Salah satu kemahiran asas kaunseling yang boleh digunakan untuk mengetahui masalah dan tingkahlaku murid ialah kemahiran mengenalpasti masalah. Kemahiran mengenal pasti masalah murid boleh dilakukan oleh beberapa cara seperti temubual dengan guru dan ibu bapa, membuat pemerhatian dan merekod, Selain itu, cara tinjaun juga dapat membantu guru biasa untuk mengenalpasti masalah murid. Guru bimbingan dan kaunseling mengumpul maklumat penting mengenai isu-isu yang mungkin menimbulkan masalah dalam kalangan kanak-kanak melalui tinjauan tentang kelakuan murid dalam kelas. (Choong Lean Keow,2010).
Guru biasa juga perlu mempunyai kemahiran untuk memberi intervensi kepada murid yang menghadapi masalah tingkahlaku. Mengikut Choong Lean Keow, 2010, Intervensi teraputik yang berbentuk modal iaitu perkembangan, pencegahan, pemulihan krisis dapat membantu guru kaunseling. Saya mendapat tahu dari pengalaman saya di sekolah praktikum saya, murid yang memerlukan khidmat kaunseling diberi intervensi teraputik iaitu diberi pemulihan krisis dalam kalangan murid. Seperti mana yang dinyatakan dalam buku Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling oleh Mohd Aziz dan rakan-rakannya bahawa guru memperolehi serta melengkapi diri dengan pengetahuan tentang teknik praktikan strategi dalam sesi kaunseling yang dijalankan intervensi dan jika tidak mempunyai asas dalam bidang kaunseling mereka boleh membuat pemerhatian ke atas sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru bimbingan kaunseling yang berpengalaman. Pemerhatian ini hendaklah perlu mendapatkan kebenaran kanak-kanak yang berkenaan sejurus dengan etika kaunseling. Kesimpulannya, seorang guru bimbingan itu seharusnya peka dengan masalah ataupun perkara yang dibincangkan bersama murid. Kemahiran asas kaunseling yang hendak dilaksanakan mestilah bersesuaian dengan masa, situasi dan keadaan murid. Selain itu, baik buruknya sesuatu kemahiran itu juga haruslah diteliti terlebih dahulu sebelum dilaksanakan bersama murid. Guru bimbingan yang bijak dalam menggunakan kemahiran ini mampu membuatkan klien atau pelajar tersenyum selepas tamatnya sesi dan segala masalah klien dapat diatasi dan dikurangkan.
Kesimpulan Kemahiran kaunseling bukan sahaja perlu dipelajari, dikuasai dan diaplikasikan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling sahaja, malah kemahiran ini juga perlu dipraktikkan oleh guru-guru lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana setiap individu adalah unik dan mempunyai minat serta kecenderungan masing- masing. Jadi, seorang guru haruslah memahami setiap anak muridnya supaya mereka berasa selesa dan dapat belajar dengan baik. Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan, maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling seperti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor. Selain mempunyai kemahiran-kemahiran yang baik, seorang kaunselor yang berjaya juga harus mempunyai personaliti yang baik. Ini kerana perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor. Kaunselor juga harus berpandangan terbuka atau mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien. Kaunselor juga harus berkebolehan memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati permasalahan klien. Sebagai kesimpulannya, pengaplikasian kemahiran kaunseling dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai banyak kepentingan. Seorang guru seharusnya menguasai dan menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, persefahaman antara guru dan murid akan menjadi lebih baik dan banyak masalah dapat diatasi. Sesi pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan kepada murid-murid. RUJUKAN: Rujukan buku: Choong Lean Keow (2010). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Kuala Lumpur. Percetakan Seasons Sdn.Bhd
Jones, R.N (2004). Practical Counselling and helping skills . Sage Publications. London
Mohd Aziz Shah Mohd Arip, Mohd Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh.etc. Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling. . Kuala Lumpur: PTS Publications and Distributors Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak: Kemahiran- kemahiran Mengendalikan Kaunseling Individu. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Puchong, Selangor. Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun (2006). Bimbingan dan Kaunseling Untuk Prasarjana dan KPLI: Amalan Kemahiran kaunseling. Kuala Lumpur: PTS Publications and Distributors Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof, (2008). Pengantar Kaunseling Individu. Selangor: Arah Publications Sdn. Bhd.
Jurnal Noormala binti Ali, Mohamed Sharif bin Mustafa, Ph.D, Roslee bin Ahmad (2005). Pendekatan Temubual Sebagai Metod Kajian Kes, Suatu persepsi Di Kalangan Pelajar Perempuan Cemerlang Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Sapora Sipon, (2000), Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.
Laman web: Sapora Sipon Kemahiran Asas Kaunseling. http://www.scribd.com/doc/4657380/Kemahiran-Asas-kaunseling dilayari pada 8 Januari 2013. Kemahiran Asas Kaunseling : http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06/kemahiran-asas- kaunseling.html dilayari pada 11 Januari 2013
Peranan guru biasa sebagai guru : http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/peranan-guru-biasa- sebagai-guru.html dilayari pada 9 Januari 2013.