Anda di halaman 1dari 26

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.

JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 1

PENGENALAN
Secara konseptualnya, kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu
pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Kaedah meliputi langkah-langkah atau
peringkat-peringkat pengajaran yang disusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti
dengan betul bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Edward M. Anthony (1963). Kaedah
pengajaran terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang
tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti yang dijalankan oleh seseorang
untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal dalam diri seseorang yang lain.
Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cerita, perbincangan, bermain, latih tubi,
main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan
dan lain-lain lagi.
Pendekatan merupakan sesuatu proses yang besar dan tinggi daya penaakulannya. Edward
Anthony ( 1963 ) mendefinisikan sebagai satu set andaian yang membentuk sifat bahasa,
pembelajaran dan pengajaran.
Strategi bermaksud suatu cara atau langkah serta tindakan yang dilakukan untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran.Strategi juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan guru
dalam memilih pendekatan dan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran
berdasrkan objektif pelajaran yang ditentukan. Strategi merupakan rancangan sesuatu tindakan
atau operasi yang berkesan.Sesuatu strategi perlu merangkumi perkara seperti:-
a. Penentuan pendekatan,
b. Pemilihan kaedah/teknik,teori,model pengajaran,
c. Pengurusan masa dan langkah-langkah,
d. Pengurusan bahan,
e. Pengurusan kelas

Manakala Edward M.Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau
taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum semasa mengajar
sesuatu bahagian bahasa yang tertentu.Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru
bahasa bagi menyampaikan maklumat pengajaran yang telah dipilih dengan menggunakan
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 2

bahan-bahan untuk pelajar-pelajarnya.Teknik yang dipilih haruslah sesuai dengan kaedah yang
digunakan .
Justeru, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam bilik darjah amat penting dalam
memastikan pelajar dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang
dilaksanakan. Guru memainkan peranan penting dalam memilih kaedah dan teknik yang sesuai
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi memastikan pelajar dapat menumpukan
perhatian , mengambil bahagian secara aktif disamping berfikir dengan kritis dan kreatif semasa
proses pembelajaran dijalankan dan yang paling penting guru dapat membantu pelajar
memahami dan menguasai sesuatu topik yang diajar dan mencapai objektif pengajaran
Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Sidi Gazala ( 1970 ), pengajaran ialah memberikan pengetahuan kepada manusia yang
ditampung dan disimpan di dalam otak. Konsep pengajaran ialah satu proses yang berkaitan
dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari
dan menguasainya dengan betul. Pembelajaran pula ialah suatu proses bagaimana murid-murid
memperoleh, menyusun, menyimpan dan menggunakan sesuatu ilmu pengetahuan atau
kemahiran yang diajarkan. Tajul Ariffin Noordin ( 1988 ) , menjelaskan kejayaan manusia
adalah bergantung kepada keupayaan memilih proses pembelajaran yang paling sesuai dalam
kehidupannya. Menurut beliau lagi, hanya menerusi pembelajaran yang baik dan sihat, manusia
akan terus maju dan membangun dari satu tamadun ke tamadun yang lain. Perhubungan
pengajaran dan pembelajaran begitu rapat kerana kedua-duanya berjalan serentak pada satu
masa.






TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 3

1.Dua pendekatan pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes.
Definisi Penulisan
Penulisan ialah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh
penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang
disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada
pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik
penulisan yang sesuai
Definisi Menulis
Emig ( 1977 ) mengemukakan lisan lebih panjang huraiannya tetapi tulisan memerlukan
pemilihan kata-kata yang rapi berbanding lisan dan tulisan perlu menyediakan konteks
khususnya daripada segi tujuan dan kehendak. Menulis merupakan proses merakam atau
menghasilkan bahan berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk
tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.
Menulis memerlukan kebolehan seseorang menggunakan ayat dan tanda bacaan yang betul.
Penulisan juga merupakan proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan
tepat dan berkesan kepada umum dengan menggunakan bentuk grafik.
Maksud Wacana
Harimurthi (1982 ) mendefinisikan wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana
merupakan salah satu unsur bahasa yang berupa rentetan kalimat yang membentuk makna yang
serasi diantara kalimat itu. Kalimat sebagai sebahagian dari wacana memerlukan penanda kohesi
yang tidak hanya sebagai alat penghubung unit struktur, tetapi juga berfungsi sebagai semantis.
Oleh kerana itu, penanda kohesi tidak hanya berhubungan dengan bentuk, tetapi juga
berhubungan dengan makna. Wacana yang kohesif akan membawa pengaruh kejelasan
hubungan antara satuan bentuk yang satu dengan yang lain sehingga apa yang ingin disampaikan
jelas dan utuh.


TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 4

Terdapat dua jenis wacana iaitu wacana lisan yang dihasilkan secara lisan yang melibatkan
komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar. Manakala wacana tulisan pula
ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan
pembaca.
Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan pelajar menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas,
cantik dan kemas.

Konsep Menulis
Menulis melibatkan pelajar agar berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea yang
diperolehi sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Pelajar juga perlu menguasai
struktur karangan seperti tahu menulis pendahuluan, pemerengganan dan menulis kesimpulan
atau penutup.

Tujuan Menulis
Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-
murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke
dalam sesuatu bentuk atau jenis karangan tertentu.

Peringkat Kemahiran Menulis
Peringkat-peringkat kemahiran menulis terdiri daripada :-

1. Peringkat Pramenulis
Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan
kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan
kepada murid.

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 5


Contoh peringkat kemahiran pramenulis.
a. Menulis dari kiri ke kanan
b. Latihan mewarna dari kiri ke kanan
c. Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, di atas pasir, lantai tanpa
menggunakan alat tulis.
d. Menyambung titik
e. Latihan membentuk garisan lurus
f. Melukis gambar dan lain-lain.

2. Peringkat Mekanis
Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat
mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-
huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku
kata, perkataan dan ayat. Antara aktiviti yang boleh dijalankan pada peringkat ini ialah :-
a. Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik
menulis.
b. Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-
bentuk huruf tertentu.
c. Latihan menulis huruf dalam suku kata.
d. Latihan menamakan gambar-gambar.
e. Latihan menyalin frasa atau ayat.
f. Latihan menyalin ayat dari buku dan lain-lain.

3. Peringkat Pelahiran
Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran. Mereka sudah
boleh menulis pelbagai jenis karangan.Pada peringkat ini pengajaran boleh dimulakan
dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal dan separa berpandu.
Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.Pada mereka ini
murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman
yang dilalui.Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 6

dan ejaan yang mereka telah kuasai.Mereka juga akan merancang penulisan mereka
dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.

Contoh aktiviti peringkat pelahiran :-
a. Menulis jawapan pemahaman
b. Menulis karangan
c. Menulis ayat berdasarkan gambar
d. Membina ayat
e. Memanjangkan ayat
f. Menulis rencana dan lain-lain.

Pendekatan Pengajaran Penulisan
Kemahiran mengarang boleh diajar secara berperingkat-peringkat. Untuk mencapai objektif
kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran karangan boleh diajar dengan pendekatan-
pendekatan tertentiu seperti :
a. Terkawal
b. Berpandu
c. Bebas
d. Proses
e. Komunikatif
f. Pengalaman bahasa

Penulisan wacana juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi
memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Berikut adalah pandangan pendekatan
berdasarkan pendekatan Raimes (1983)

Pendekatan Penulisan Bebas
Murid bebas menulis berdasarkan tajuk dengan memberi fokus pada isi atau bahasa. Pendekatan
ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ia berdasarkan kepada Pendekatan Pengajaran
secara Langsung dalam pengajaran bahasa. Teori ini hampir sama iaitu pelajar dibiarkan bebas
menulis dalam pembelajaran kemahiran penulisan. Kesalahan bahasa tidak diberi penekanan atas
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 7

alasan pelajar akan memperbaikinya sendiri melalui pengetahuan mereka terhadap Ilmu Nahu.
Guru juga tidak perlu membuat pembetulan ke atas kesalahan pelajar sekalipun kerja-kerja
mereka dikumpul oleh guru. Selain dari menulis, pelajar dikehendaki membaca apa yang ia tulis
di depan rakan-rakannya. Diharapkan kesedaran pelajar tinggi untuk membuktikan
keupayaannya menulis tanpa melakukan kesilapan apabila dikehendaki membaca hasil
tulisannya itu di depan orang lain. Pendekatan ini merujuk kepada teori pembetulan kendiri oleh
pelajar. Dengan menggunakan pendekatan ini, kuantiti penulisan pelajar akan meningkat
berbanding lain-lain pendekatan. Guru tidak digalakkan memeriksa dan membetulkan kesilapan
pelajar kerana ini menyebabkan pelajar "lepas tangan" kerana mereka menyedari ada pihak yang
akan membetulkan kesilapan mereka.

Pendekatan Proses
Fokus kepada proses bukan hasil penulisan. Pelajar perlu melaksanakan beberapa proses seperti
draf dan perbincangan. Kaedah ini memberi masa serta maklum balas kepada idea-idea pelajar
sebelum menghasilkan karangan. Pendekatan ini melihat proses penulisan sebagai elemen yang
lebih penting dalam memahirkan seorang pelajar. Persoalan yang sering diberi penekanan
adalah: Bagaimana saya dapat menulis tajuk ini; dan bagaimana saya memulakannya; dan
apakah proses untuk mencapai hasil penulisan yang baik. Biasanya, pengajaran dibahagi kepada
beberapa bahagian: 1) Sebe1um; 2) Sewaktu; dan 3) Selepas penulisan. Aktiviti sebelum
penulisan ialah: perbincangan isi topik; bacaan bahan yang berkaitan sambil menganalisis bentuk
penulisan artikel tersebut, perturutan idea, penggunaan mekanisma bacaan dan tatabahasa;
sumbangsaran yang merangkumi pemilihan perkataan, frasa, idea-idea yang timbul tanpa
menekankan kepada ketepatannya dengan topik yang dibincangkan; dan membuat senarai idea
atau isi penting. Dalam pendekatan ini, hasil penulisan pelajar tidak diperiksa bagi menentukan
salah atau betul - tidak mencari kesalahan pelajar.Sesuatu tulisan ditulis melalui beberapa proses
yang dikenali dengan draf.

Dalam proses draf ini, pelajar akan menunjukkan hasil tulisannya kepada guru dan rakan,
membincangkannya dan menulisnya semula. Inilah yang dikatakan pendekatan proses. Dua
elemen penting yang perIu diberi penekanan oleh guru apabila menggunakan pendekatan ini
adalah: 1) Masa kepada pelajar menulis draf esei; dan 2) Maklumbalas oleh guru dan rakan
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 8

terhadap draf yang ditulis oleh pelajar. Dengan cara ini, pelajar mengalami proses penulisan
yang mereka sebagai satu proses menerokai idea baru dan juga proses menerokai bentuk
penulisan baru untuk menyalurkan idea mereka.

1.3 Pengajaran Tatabahasa Dalam Kemahiran Menulis
Pengajaran tatabahasa dalam penulisan secara umum meliputi pengaplikasian aspek-aspek
bahasa yang lain seperti tatabahasa, fonetik, fonologi dan semantik. Dalam pengajaran penulisan
di sekolah-sekolah, sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah, pelajar
sebenarnya dilatih untuk mengungkapkan gagasan dan buah fikiran dengan tepat dan jelas
tentang segala perkara, sama ada yang berbentuk akademik ataupun kegiatan-kegiatan harian
serta pengalaman dalam berbagai-bagai jenis penulisan. Sesuatu penulisan atau wacana
tatabahasa didirikan oleh pelbagai ciri kebahasaan yang meliputi perkataan, rangkai kata atau
frasa dan ayat. Oleh itu, dalam pengajaran penulisan, guru dapat melihat dan menilai sejauh
mana kebolehan pelajar mengaplikasi dan menggunakan kemahiran-kemahiran bahasa yang
telah dipelajari mengikut tahap pencapaian dan keintelektualan pelajar. Konsep pengajaran
tatabahasa bagi pelajar sekolah menengah (Kamarudin Hj. Husin, 2002: 280-281) mempunyai
beberapa tujuan:
i. Membolehkan pelajar
Bercerita; dan
Berhujah atau bersyarah tentang sesuatu kejadian, cerita atau tajuk bagi
perbincangan.
ii. Membolehkan pelajar menulis
Pengalaman sendiri; Cerita;
Penerangan atau laporan dan hal-hal persekitaran sendiri;
Pengalaman, pendapat, fikiran dan hujah-hujah tentang beberapa perkara yang
sesuai; dan
Surat kiriman formal dan tidak formal

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 9

2.0 KONSEP MENULIS PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP
Sebelum seseorang murid hendak memulakan penulisan, maka murid itu mestilah terlebih
dahulu dapat menentukan tema penulisan berpandukan tajuk yang diberi.Contonya sesuatu
penulisan itu bertemakan peperangan (T= Peperangan). Kata kunci soalan penulisan ini
ialah Kesan (K= Kesan), manakala format penulisan ini ialah berformat umum, iaitu penulisan
jenis pendapat yang memerlukan perenggan pengenalan, perenggan isi dan penutup (F=
Pendapat / Umum). Selepas setiap aspek ini telah ditentukan, barulah murid boleh menulis
rangka penulisan dengan menulis rangka jawapan bagi penulisan.
1.1 Konsep Menulis Pendahuluan
Aspek yang berikutnya yang perlu diberikan perhatian oleh murid adalah pengenalan bagi
sesebuah penulisan. Pengenalan penulisan yang berformat umum hendaklah mengandungi ayat
rangsangan dan arahan. Apakah itu ayat rangsangan? Ayat rangsangan adalah ayat yang
berkaitan dengan tema atau soalan penulisan. Kebiasaannya, ayat (1) hingga ayat (4) dalam
pengenalan merupakan ayat rangsangan. Ayat yang akhir dalam perenggan pengenalan ialah ayat
arahan (AA). Apakah ayat Arahan? Ayat arahan ialah ayat yang menjawab soalan penulisan.
Dalam ayat tersebut, terdapat kata kunci bagi soalan. Ayat tersebut adalah ayat yang menjurus
kepada kehendak penulisan atau ayat yang menyatakan fokus utama bagi perbincangan
penulisan. Ayat tersebut juga dapat membantu pemeriksa, sama ada murid itu memahami atau
tidak tentang sesuatu kehendak soalan. Penulisan murid akan terpesong atau lari daripada tajuk
jika aspek ini tidak difahami.
2.2 Konsep Menulis Bahagian Isi
Setelah murid menulis pendahuluan, murid hendaklah perlu menulis perenggan isi berdasarkan
kandungan yang dicatatkan sebelum itu. Dalam setiap perenggan, murid hendaklah menulis dan
menghuraikan satu isi sahaja. Jika satu perenggan dimuatkan beberapa isi, perenggan ini akan
dikatakan perenggan yang mempunyai isi yang tidak berkembang.Perenggan isi yang
berkembang mestilah mempunyai satu ayat isi dan beberapa ayat lain. Perenggan isi adalah
berbeza dengan perenggan pengenalan. Perenggan isi mempunyai ayat tertentu yang tidak sama
dengan ayat dalam pengenalan. Perenggan isi mestilah mempunyai Ayat Judul (AJ), iaitu ayat
isi. Kadangkala ayat ini juga dikenali sebagai Ayat Topik (AT). Dalam setiap perenggan isi, ayat
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 10

judul mesti ada, sama ada pada ayat pertama perenggan isi atau ayat kedua atau ayat ketiga. Ayat
judul ini perlu dihuraikan supaya isi tersebut dapat difahami dengan jelas oleh pembaca atau
pemeriksa.Ayat ini dikenali sebagai ayat huraian (AH). Dalam sesuatu perenggan isi,
kemungkinan terdapat dua hingga tiga ayat huraian. Huraian ini bergantung kepada sejauh
manakah ayat huraian dapat membuat huraian yang jelas tentang isi perenggan tersebut.
Ayat Contoh ialah ayat yang memperkukuh isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat ini juga
dikatakan sebagai ayat bukti. Selepas itu, perenggan isi hendaklah ditutup dengan kemas melalui
Ayat Penegas (AP). Ayat Penegas adalah ayat kesimpulan kecil dalam setiap perenggan isi. Ayat
Penegas hendaklah memberikan penegasan terhadap isi yang disampaikan atau dibincang.
Secara ringkasnya, binaan perenggan isi adalah seperti berikut.Ayat Contoh ialah ayat yang
memperkukuh isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat ini juga dikatakan sebagai ayat bukti.
Selepas itu, perenggan isi hendaklah ditutup dengan kemas melalui Ayat Penegas (AP). Ayat
Penegas adalah ayat kesimpulan kecil dalam setiap perenggan isi. Ayat Penegas hendaklah
memberikan penegasan terhadap isi yang disampaikan atau dibincang.
2.3 Konsep Menulis Bahagian Penutup
Selepas bahagian isi penulisan akan berakhir dengan perenggan penutup. Perenggan penutup
penulisan jenis ini juga mempunyai ayat-ayat yang tertentu. Sebagai contoh, ayat yang perlu
dibina dalam perenggan penutup mestilah ayat yang berupa kesimpulan secara keseluruhan, ayat
yang menyatakan pendirian atau pendapat, ayat yang berbentuk komen atau penilaian dan
sebagainya. Perkara yang mesti diambil kira oleh murid adalah ayat-ayat yang terdapat dalam
perenggan penutup mestilah berbeza daripada ayat-ayat yang terdapat dalam pengenalan atau
perenggan isi.
3.0 KEADAH DAN PENULISAN
Kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah tentang kaedah bagi seseorang guru
menyampaikan isi pengajarannya berdasarkan kehendak dan cita rasa pelajarnya, di samping
mensasarkan pencapaian objektif pengajaran. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan
oleh guru untuk mengajar murid mengenai pengajaran penulisan antaranya ialah kaedah
komunikatif dan kaedah bergambar dan carta.
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 11

i) Kaedah komunikatif
Kaedah ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran penulisan dengan pelbagai cara, antaranya
Menjelaskan tujuan setiap latihan atau aktiviti pengajaran pembelajaran penulisan
yang dijalankan.
Mengadakan aktiviti perbincangan, sumbang saran atau bersoal jawab untuk
memastikan pelajar mengikuti dan memahami isi-isi penulisan.
Mempelbagaikan latihan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti lakonan,
simulasi, drama, main peranan dan sebagainya yang mewujudkan unsur-unsur
komunikasi dalam kalangan pelajar.
ii)Kaedah Pengajaran Penulisan Berdasarkan Gambar
Dalam merancang dan membentuk model pengajaran, terdapat kaedah dan teknik-teknik yang
boleh digunakan untuk memastikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang. Kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah tentang kaedah bagi seseorang
guru menyampaikan isi pengajarannya berasaskan kemampuan dan pencapaian murid-muridnya,
dengan ini objektif pengajaran dapat dicapai.

Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang dapat digunakan untuk mengajar penulisan.Teknik
ialah cara yang khusus yang dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan menjayakan
kaedah pengajaran. Antara teknik yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah
penggabungjalinan teknik-teknik. Contohnya ialahteknik bercerita, perbincangan,soal jawab,
sumbang saran dan teknik menggunakan gambar.





TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 12

Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar
Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah berasaskan gambar iaitu
gambar bersiri atau gambar tunggal yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar bersiri
akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-
gambar itu akan dijadikan bahan penulisan. Murid dapat menggunakan gambar-gambar tersebut
untuk mendapatkan isi-isi tentang sesuatu tajuk karangan. Namun begitu, kaedah ini juga dapat
dilaksanakan menerusi teknik penyampaian dengan menggunakan slaid.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dapat dijalankan dimana teknik slaid lebih menarik
dan dapat menimbulkan minat pelajar. Ini kerana penggunaan slaid dapat merangsang minat
murid. Kelainan yang ditunjukkan oleh guru akan menceriakan dan menyeronokkan murid
apatah lagi jika ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya
pertunjukan slaid tentang kemeriahan sambutan majlis Hari Raya yang dihadiri oleh semua kaum
yang terdapat di Malaysia.. Namun, teknik slaid memerlukan peralatan yang tertentu. Jika
menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati
gambar-gambar slaid yang telah ditonton.

Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam
menyampaikan pengajaran, iaitu:

Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap
peringkat pelajar, disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar;
Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-
perkara yang dapat diperkatakan mengenainya;
Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan
gambar yang dilihat;
Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan
pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis, sambil
menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan.
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 13

Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan
membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting; dan
Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.

Teknik carta aliran agak bersistematik mengikut kronologi peristiwa. Teknik ini ada persamaan
dengan teknik gambar bersiri, bahawasanya setiap proses itu digantikan dengan frasa-frasa yang
menceritakan secara ringkas apa-apa yang berlaku pada setiap peringkat yang dipaparkan.

Prosedur-prosedur atau peringkat-peringkat itu boleh ditunjukkan dengan menggunakan penanda
anak panah atau berbentuk paparan carta. Contohnya, carta aliran yang memperlihatkan proses
membuat produk makanan.

Cara Melaksanakan Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, saya telah memilih dan membuat satu model
pengajaran penulisan yang menggunakan kaedah bergambar dan carta. Pendekatan yang saya
gunakan ialah pendekatan bebas. Perincian model pengajaran tersebut adalah seperti berikut :

Tajuk: Pencemaran Alam Sekitar
Bahan Bantu Mengajar : Gambar Tunggal
Langkah-langkah Pengajaran

1. Langkah 1 ( Proses Menulis Pendahuluan)
Guru menampalkan gambar-gambar pencemaran di papan hitam. Gambar-gambar tersebut ialah
terdiri daripada gambar pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Murid
diminta meneliti gambar dan menyatakan pendapat tentang gambar-gambar tersebut. Aktiviti
perbincangan dapat dijalankan untuk merangsang murid supaya menyuarakan pandangan
masing-masing. Guru mencatatkan jenis-jenis pencemaran yang diberikan oleh murid. Guru
mengaitkan hasil perbincangan dengan tajuk yang akan diajar pada hari tersebut.



TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 14

2. Langkah 2 (Proses Menulis Isi)
Aktiviti dijalankan secara berkumpulan dimana murid-murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil. Setiap kumpulan telah diberikan tajuk yang khusus untuk dibincangkan.
Contohnya Kumpulan A dan B akan membincangkan tentang pencemaran udara, Kumpulan C
dan D membincangkan tentang pencemaran air dan kumpulan E dan F pula membincangkan
tentang pencemaran bunyi. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua dan seorang
pencatat. Semua ahli dalam kumpulan diminta memainkan peranan yang aktif semasa sesi
perbincangan dijalankan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan menulis contohnya
kertas mahjung dan pen marker. Mereka diminta memberikan pendapat masing-masing. Murid
perlu menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran-pencemaran dan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Guru bertindak sebagai
fasilitator semasa proses perbincangan dijalankan dimana guru akan membantu kumpulan-
kumpulan yang menghadapi masalah. Guru akan mengingatkan tentang peruntukan masa supaya
murid menumpukan perhatian dan tidak membazirkan masa.
Sesi pembentangan dijalankan. Setiap ketua kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan
kumpulan mereka di hadapan kelas. Murid-murid yang lain diminta supaya memberikan
tumpuan dan mencatat isi-isi penting tersebut di dalam lembaran yang diberikan.Setiap
kumpulan diminta mencatat isi-isi yang diberikan oleh kumpulan yang lain supaya tidak berlaku
pertindihan idea dengan kumpulan mereka. Idea-idea yang diberikan oleh kumpulan lain boleh
digunakan untuk menambahkan isi-isi penting bagi kumpulan mereka. Guru bertindak sebagai
fasilitator dan memantau sesi pembentangan yang dijalankan.

Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, pemilihan fakta iaitu isi-isi penting yang berkaitan
dengan setiap pencemaran dilakarkan dalam satu peta minda yang menarik. Peta minda ini untuk
dijadikan garis panduan semasa aktiviti menulis yang akan dijalankan.Contoh

Langkah 3
Guru menerangkan tentang format penulisan yang baik. Di dalam penulisan yang baik,
penyusunan atau turutan pengolahan isi akan memastikan kesinambungan dan perkaitan antara
isi-isi dan idea-idea.Guru mengedarkan borang pengurusan grafik tentang format penulisan yang
baik. Contoh borang pengurusan grafik adalah seperti yang berikut :-
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 15

Langkah 4
Guru membimbing murid menulis rangka mengikut format penulisan rencana yang betul. Guru
menerangkan tentang aspek penulisan dan pembahagian markah dimana setiap isi atau hujah
perlu dihuraikan dan disertakan dengan contoh untuk mendapatkan markah yang baik. Murid
dibimbing untuk membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting semasa menulis karangan.
Secara tidak langsung, guru boleh menerangkan tentang sistem bahasa contohnya, penggunaan
penanda wacana, penggunaan imbuhan, kata tugas dan lain-lain untuk menghasilkan sesuatu
penulisan yang baik.

Langkah 5.( Proses Menulis Penutup)
Murid diminta supaya menulis satu karangan yang bertajuk Pencemaran Alam Sekitar. Isi-isi
penting yang diperolehi hasil daripada aktiviti perbincangan dikembangkan menjadi satu
penulisan rencana. Murid diminta mengembangkan isi-isi tersebut mengikut susunan perenggan
yang telah ditetapkan. Guru mengingatkan murid supaya tidak melakukan kesalahan-kesalahan
mudah semasa menulis. Contohnya penggunaan wacana yang tidak bersesuaian dengan konteks
ayat, penggunaan tanda bacaan dan sebagainya.

Setelah siap, murid diminta melakukan penyemakan secara teliti untuk memastikan semua isi-isi
penting yang terdapat dalam peta minda telah ditulis, menyemak kesalahan-kesalahan yang biasa
dilakukan, contohnya penggunaan huruf besar, penggunaan tanda bacaan,ejaan dan sebagainya.











TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 16

Kesimpulan / Penutup
Dalam merealisasikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu peka untuk
memilih, pendekatan dan teknik yang sesuai berdasarkan tahap kemampuan dan pencapaian
anak-anak murid mrereka. Pemilihan kaedah msetilah yang boleh memberi kesan yang
mendalam bukan sahaja kepada kefahaman murid yang diajar, malah yang memberi kesan
kepada jiwa dan menyentuh perasaan murid. Dengan cara ini murid akan memberi tumpuan yang
padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk
mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang
menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun
serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga
mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Connell ( 1981 ) menjelaskan bahawa proses mengajar dan belajar merupakan satu interaksi
dinamik antara guru dan murid, malahan guru dan murid saling mempengaruhi antara satu sama
lain. Malah keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada kebolehan menguasai kemahiran
mengajar yang baik pasti berjaya memudahkan murid mengikuti dan memahami isi pengajaran
yang disampaikan.
Satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah bergantung kepada penggunaan
kaedah yang bersesuaian dengan tahap pencapaian pelajar.Jika perkara seperti ini sering diambil
kira dan diberi perhatian yang serius dan teliti maka maklumat atau isi pengajaran yang ingin
disampaikan pasti dapat diterjemahkan melalui hasil penulisan yang bermutu.






TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 17

Rujukan

Dr.Adenan Ayob (2009), HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu.Kuala
Kumpur: Open University Malaysia.

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia.Petaling Jaya:
Fajar Bakti.

http://www.doe.gov.my/wiraalam/bab6/ms5.htm











TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 18

Lampiran 1 :
Kaedah Bergambar dan Carta.




Pencemaran Alam Seitar










TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 19

Lampiran 2 :






























Pencemaran
Alam
Sekitar
Penutup :
Pendahuluan :
Isi 1:
Isi 2 :
Isi 3 :
Isi 4 :
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 20
































TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 21

2. Pilih satu tajuk penulisan yang sesuai dan rangkakan satu model pengajaran berdasarkan
kaedah bergambar dan carta.


Rancangan Mengajar Harian Bahasa Melayu

Tingkatan : 5 Gemilang ( 5A ) : 32 orang

Bidang/ Tema :

Interpersonal, maklumat dan estetika


Tarikh : Mac 2010( Rabu )

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tajuk Pelajaran : Karangan bergambar Perpaduan Kaum di Malaysia

Jangka masa :

08.35 09.45 ( 80 minit 5G )


Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat;

1. Menyatakan maksud kehendak soalan dengan menggunakan perkataan sendiri.
2. Menyenaraikan isi-isi penting dan membentuk peta minda.
3. Menulis karangan mengikut format.


Hasil Pembelajaran

HPU : 2.0 , HPK : 2.2, 2.3, HHP : Aras 1 ( i
HPU : 8.0 , HPK : 8.2, 8.3, HHP : Aras 1 ( ii )

Bahan Bantu Belajar : Laptop@TMKK/ LCD/ edaran





Elemen Pembelajaran Bestari :
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 22


- Ciri-ciri pelajar secara individu dan berpasangan/ berkumpulan.

- Kecerdasan Pelbagai - linguistik, interpersonal,kinestik.

- Strategi pemerhatian, generatif, koperatif dan kolobaratif, kajian masa depan.

- Kemahiran TMKK, berfikir, KBKK, TMK dan Fasilitator.

Pengintegrasian ICT

Power point, peta minda.




LANGKAH

AKTIVITI


CATATAN




Set Induksi
( +- 5 minit )

-Guru menayangkan gambar tentang masyarakat
majmuk yang terdapat di Malaysia.

-Minta pelajar memberikan pendapat/respon
tentang gambar tersebut untuk mengaitkan
dengan tajuk yang dipelajari

Individu
Kecerdasan pelbagai:
linguistik, direktif
Strategi : mediatif, direktif

Nilai: hormat,kerjasama



Langkah 1
( +-12 minit )

-Pelajar memerhatikan gambar-gambar yang
ditayangkan dengan teliti.

-Soal jawab lisan tentang gambar tersebut untuk

Individu / berpasangan

Kecerdasan pelbagai:
linguistik, direktif
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 23

menguji pengetahuan sedia ada pelajar dengan
melengkapkan / menyatakan aktiviti dalam
gambar tersebut.

Contoh soalan :

1. Apakah yang dimaksudkan Masyarakat
Majmuk?

2. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh
dilakukan bersama dalam kalangan
masyarakat majmuk.


Strategi : mediatif, direktif.

Nilai : hormat, kerjasama
patuh











Langkah 2
( +-25minit)


-Pelajar memerhatikan gambar tugasan yang
ditayangkan dan membahagikannya kepada 6
kumpulan yang terdiri daripada 5 orang dalam

satu kumpulan ( dua gambar tugasan dalam satu
kumpulan.

- Guru memberi bimbingan dan panduan tentang
tugasan yang diberi- menyenaraikan isi,
pernyataan dan contoh yang relevan berpandukan
gambar tersebut.

Ketua kumpulan yang telah dilantik hendaklah
berbincang dalam kumpulan, dengan
menyenaraikan isi-isi penting/ melengkapkan


Kumpulan.


Kecerdasan pelbagai:
linguistik,interpersonal

Strategi: koperatif,
kolaboratif, generatif,
mediatif, kajian masa
depan.

Kemahiran : Berfikir,
Menilai dan mentafsir dan
Fasilitator
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 24

peta minda/ gambar tugasan yang diedarkan/
diberi.

-Kumpulan yang sudah siap boleh memasukkan
maklumat dalam peta minda/ laptop@komputer.

-Ketua kumpulan melaporkan hasil
pembentangan( 3 minit setiap kumpulan ) dengan
menggunakan laptop/ OHP, dan kumpulan lain
boleh menokok tambah, komen, pandangan dan
soalan..



Nilai: patuh, hormat, rajin
dan kerjasama dan
menghargai.




Langkah 3
(+-10 minit)

- Berdasarkan hasil perbentangan, guru
menerangkan secara ringkas dengan
menayangkan power point tentang format
menulis karangan, dan menokok tambah/
memberi pendapat dan komen tentang hasil
pembentangan yang disampaikan.



-Kelas
-Kecerdasan
pelbagai:direktif

-Kemahiran Mentaksir dan
menilai, fasilitator.


Langkah 4
(+-15 minit )

- Guru menayangkan dua gambar yang
menunjukkan dua situasi yang berbeza.
Kemudian minta pelajar membuat perbandingan
dengan menggunakan strategi kajian masa depan.

Kemudian menyoal secara lisan tentang kedua-
dua gambar yang ditayangkan.


-Kumpulan.

-Kecerdasan pelbagai:
linguistik,interpersonal


-Strategi: generatif,
direktif,mediatif, kajian
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 25

Situasi A : Masyarakat yang bersatu padu

c) Nyatakan faedah hidup bersatu padu.
- hidup aman damai dan harmoni.
- Hidup gembira.


Situasi B : Masyarakat yang tidak bersatu padu
d) Apakah yang akan terjadi sekiranya
masyarakat pelbagai kaum tidak bersatu padu?
- Pertelingkahan dan tidak bersefahaman berlaku.
- Hidup dalam keadaan tidak tenteram.
- Kejadian jenayah sering berlaku


masa depan.

-Kemahiran : Berfikir,
Menilai dan mentafsir dan
Fasilitator



Nilai: hormat, rajin dan
kerjasama dan menghargai.




Penutup
( 5 minit )

-Minta seorang pelajar membuat kesimpulan
tentang tajuk yang dipelajari hari ini mengikut
nada dan intonansi yang sesuai dengan
menggunakan perkataan sendiri.

-Guru mengedarkan kertas edaran/lembaran kerja
dan berdasarkan isi yang telah diperbincangkan,
minta pelajar menulis karangan mengikut format
tugasan, siap dan hantar untuk disemak.




- Individu

Kecerdasan pelbagai:
linguistik,interpersonal dan
kinestik.

Strategi direktif, kajian
masa depan.

Kemahiran : Berfikir,
Menilai dan mentafsir.

Nilai: hormat, rajin dan
kerjasama dan menghargai.

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU/SEM.JAN2011 HBML3203

ADERUS HAJI SARDINI 26




PENUTUP
Connell ( 1981 ) menjelaskan bahawa proses mengajar-belajar merupakan satu interaksi dinamik
antara guru dan murid, malahan guru dan murid saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Malah keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran
mengajar yang berjaya memudahkan murid mengikuti dan memahami pengajaran yang
disampaikan.
Satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah bergantung kepada penggunaan
kaedah yang bersesuaian dengan tahap pencapaian pelajar.Jika perkara seperti ini sering diambil
kira dan perhatian yang teliti maka maklumat atau isi pengajaran yang ingin disampaikan dapat
diterjemahkan melalui hasil penulisan yang bermutu.

.

Anda mungkin juga menyukai