Anda di halaman 1dari 20

KITARAN AIR

SUNGAI

TASIK

AIR BAWAH TANAH
Maksud
Peredaran air yang tidak
berhenti dari hidrosfera,
atmosfera, bumi pepejal dan
biosfera.
Tempat Simpanan Air Di Bumi
Lautan
Tasik
Glasier
Salji
Tisu hidup
Bawah Tanah
Pergerakan air yang berterusan sama ada di
atas atau di bawah permukaan Bumi
Seperti permukaan laut ke udara atau balik
semula ke darat atau laut.



Tujuan Kitaran Air
Membolehkan manusia
memahami kewujudan air
atau pengurusannya.
Proses - proses
dalam
kitar air
Proses Sejatan

Sejatan adalah perubahan bentuk cecair
kepada wap air.

Berlaku apabila tekanan wap pada
permukaan air lebih tinggi daripada
tekanan udara di dalam atmosfera yang
belum sampai ke peringkat tepu.

Kadar sejatan yang paling tinggi berlaku di
permukaan air yang terdedah seperti laut,
sungai, tasik, kolam, paya dan sebagainya.

1) Suhu
2) Tekanan wap
3) Angin atau turbulens
4) Kemasinan air
5) Kelembapan bandingan
6) Luas permukaan air
Faktor faktor yang
mempengaruhi sejatan
Proses Perpeluhan Dan
Sejat Peluh
Berlaku kerana tekanan wap pada
sel-sel permukaan daun lebih tinggi
berbanding dengan tekanan udara
dalam atmosfera.

Istilah sejat peluh dari sudut hidrologi
merujuk kepada kehilangan air dari
proses sejatan secara langsung,
sejatan dari tanih dan proses
perpeluhan dari tumbuhan.

Faktor-faktor yang
mempengaruhi sejat peluhan

1) Kelembapan bandingan permukaan
tanah dengan udara di atasnya

2) Suhu udara di atas permukaan
tanih yang tinggi

3) Terdapat bahangan matahari yang
tinggi dan suhu yang tinggi untuk
merangsangkan tumbesaran pokok
dan seterusnya mempengaruhi kadar
perpeluhan.

Proses Pemeluwapan
Menghasilkan kelembapan udara
seterusnya membentuk awan setelah
ia mengalami proses pemeluwapan.

Satu proses penukaran wap-wap air
kepada cecair seperti hujan atau
pepejal seperti salji.

Terjadi akibat kejatuhan suhu dalam
jisim udara apabila ia naik semakin
tinggi dalam atmosfera.
Kerpasan
Didefinisikan sebagai lembapan yang
terpeluwap dan jatuh semula ke
permukaan bumi sebagai cecair ataupun
pepejal.
Jenis-jenis kerpasan:
1) Hujan
2) Salji
3) Hujan beku
4) Hujan batu
5) Embun beku (rime)

Sungai merupakan sejenis saluran air semulajadi
yang besar.

Sumber sungai:
Tasik
mata air
anak-anak sungai

Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran,
yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara
dua tebing di kiri dan kanan.
Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui
sungai dalam perjalanannya ke laut. Sesebuah
sungai biasanya terdiri dari beberapa anak sungai
(stream) yang bergabung.

Proses yang berlaku semasa
pengaliran sungai

Hakisan
Mendapan

Faktor yang mempengaruhi
kelajuan air sungai:
Kecerunan
Bentuk Sungai
Saiz sungai
Isipadu air
Sungai Rajang

Tasik ialah sejenis sifat rupa bumi
(atau sifat fizikal) yang berbentuk
takungan air pedalaman yang
bukan sebahagian lautan, yang
lebih besar dan dalam berbanding
kolam, airnya mengalir perlahan
tetapi tidak semestinya, ditempatkan
di bawah lembangan dan disalurkan
oleh sungai.

Tasik-tasik semulajadi
biasanya terdapat di

A) kawasan pergunungan
B) zon rengkahan
C) kawasan yang baru atau sering mengalami
pengglasieran.
D) Lembangan endoreik atau sepanjang aliran
sungai matang.

Semua tasik hanya wujud sementara sepanjang
skala masa geologi, kerana lambat-laun tasik akan
ditimbus mendapan atau tumpah keluar dari
lembangan yang menakungnya.
Tasik Chini Tasik Kenyir
Maksud

Air yang terdapat pada semua rongga
di dalam satu lapisan geologi atau

Air daripada air hujan yang meresap ke
dalam lapisan tanah dan terkumpul di
kawasan lapisan telap bwh tanah. Air ini
akan mengalir kembali ke punca air
seperti tasik, laut.
Perkaitan antara air tanah dan
paras air bawah tanah
Air tanah adalah air yang
memenuhi ruangan di dalam
tanah sehingga mencapai
kedalaman yang terendah sekali.

Paras air bawah tanah adalah
paras air yang tertinggi zon
penepuan yang meningkat dan
menurun mengikut musim.