Anda di halaman 1dari 1

Teks MC

Selamat pagi dan salam sejahtera. Selamat datang diucapkan kepada hadirin
hadirat ke Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari
2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang 2014 yang bertemakan
Penyelidikan Tindakan Pencetus Kreativiti & Penjana Inovasi.
Sebelum memulakan perbentangan, izinkan saya memperkenalkan panel pada sesi
pertama ini. Panel pertama, Encik Ravi A/l Gopal, pensyarah IPG Kampus Batu
Lintang. Panel yang kedua Dr Tiwi Binti Kamidin pensyarah IPG Kampus Batu
Lintang.
Tanpa melengahkan masa, dijemput pembentang pertama saudari Elicia Anak Jonil
untuk membentangkan hasil kajian penyelidikan tindakan yang bertajuk Jigzzle
Mapping sebagai Kaedah Mengingat Kawasan Zon Iklim Dunia dan Memahami Ciri-
cirinya.
Dengan segala hormat dipersilakan,
Terima kasih kepada pembentang pertama. Sesi perbentangan diteruskan dengan
menjemput saudara Mohd Yassin bin Yahya bagi membentangkan hasil kajian
penyelidikan tindakan yang bertajuk Penggunaan Bahan S.O.O. 3D untuk
Membantu Tahun 5 Menghafal, Mengenali dan Mengenalpasti Kedudukan Benua-
Benua di Dunia.
Dengan segala hormat dipersilakan,
Terima kasih di atas perbentangan yang menarik itu tadi. Sesi diteruskan dengan
mempersilakan saudari Lydia Chinda Anak Awel dengan tajuk kajiannya
Penggunaan CML untuk membantu Murid-murid Tahun 5 mengenal pasti benua-
benua di dunia.
Dipersilakan
Terima kasih kepada saudari Lydia di atas perbentangan yang berinformasi itu tadi.
Bagi meneruskan sesi perbentangan, dijemput saudari wan nassila binti wan adenan
dengan tajuk kajiannya kaedah know me untuk meningkatkan penguasaan murid
tahun 5 dalam mempelajari tentang tiga perdana menteri terawal dalam Malaysia.
Dipersilakan
Terima kasih kepada saudari pembentang. Sesi perbentangan akan berhenti
sebentar dan disambung semula pada jam
Ahli panel, para pensyarah dan pembentang dijemput untuk menikmati minum pagi
di bilik serbaguna. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.