Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Semasa melaksanakan tugasan ini, pelbagai ilmu yang dapat diperolehi setelah siap
menyiapkan tugasan BMM3033E. Antara ilmu yang diperolehi semasa menyiapkan tugasan ini
ialah saya memperolehi pengetahuan tentang konsep taksonomi Bloom, taksonomi Solo dan
domain Krathwohl. Saya juga telah membuat perbandingan antara Taksonomi Blomm,
Taksonomi Solo dan Domain Krathwohl yang mana ketiga tiga taksonomi dan domain ini
amat penting dalam menghasilkan item untuk menguji penilaian terhadap sesuatu ilmu.
Pencarian ilmu tentang ketiga tiga taksonomi dan domain ini membolehkan saya memperolehi
ilmu yang lebih mendalam dalam memahami Taksonomi Bloom, Taksonomi Solo dan Domain
Krathwohl.

Sehubungan itu, tugasan seterusnya ialah membina Jadual Spesifikasi Ujian
berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 dan membina soalan objektif,
soalan struktur dan esei. Semasa menyiapkan tugasan ini saya memperolehi ilmu pengetahuan
tentang bagaimana sesuatu item soalan dibina untuk menguji atau menilai seseorang murid
khususnya dalam penilaian kognitif. Jadual Spesifikasi Ujian sangatlah memainkan peranan
dalam membantu penghasilan soalan soalan ujian yang akan digunakan untuk mengukur
sesuatu tahap pengetahuan murid. Cara menghasilkan Jadual Spesifikasi Ujian adalah sesuatu
perkara yang perlu dipelajari oleh guru pelatih yang mana kemahiran yang dipelajari ini sudah
pasti akan digunakan pada masa akan datang apabila menjadi guru yang sebenar kelak.

Tugasan yang terakhir dalam menyiapkan tugasan BMM3033E ialah membuat esei
tentang kaedah penilaian penulisan Bahasa Melayu Tahun 6. Tugasan ini memerlukan saya
memilih satu kaedah penilaian untuk menilai penulisan karangan murid Tahun 6. Semasa
tugasan ini dilaksanakan, saya mendapati bahawa kaedah penilaian penulisan adalah sangat
penting untuk dipelajari dan diketahui oleh guru kerana pngetahuan ini akan dapat diaplikasikan
semas menanda penulisan karangan murid apabila menjadi guru yang sebenar kelak. Kaedah
ini adalah salah satu cara untuk memudahkan guru untuk menilai penulisan karangan murid.

Akhir sekali, pelbagai pengetahuan yang telah dipelajari semasa melaksanakan tugasan
ini dan segala pengetahuan yang diperolehi akan diguna pakai apabila perlu semasa menjadi
guru yang sebenar kelak. Kerjasama antara guru pelatih juga adalah sangat penting dalam
bersama sama membantu menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai