Skop Tugas Pelatih Dip Dan ISM Latihan Industri

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

Berikut adalah skop latihan yang dicadangkan kepada pihak majikan bagi membantu pelatih

Diploma Sains (Matematik) dan Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Matematik), Jabatan
Matematik, Fakulti Sains dan Matematik, UPSI menjalani latihan industri.

Skop Latihan
Organisasi/syarikat yang menawarkan Latihan Industri kepada pelajar mestilah berupaya untuk
membimbing pelatih dalam aspek aplikasi matematik secara praktikal. Berikut adalah bidang-bidang
tugas umum dan khusus yang disyorkan;

Pelatih diharapkan dapat menjadi pembantu kepada;
melaksanakan penyelidikan dan pembangunan
pengurusan sistem maklumat
menjalankan analisis dan kajian kesesuaian
pengurusan data stok
pengurusan data kewangan, perangkaan dan data berangka yang lain.
pengurusan penyelidikan operasi
pengurusan dan pembanguan model operasi
pengaturcaraan berstatistik
pengurusan kualiti dan produktiviti
perkhidmatan personel dan latihan
menyediakan kertas kerja dan laporan
pengurusan pentadbiran pejabat dan pengurusan majlis rasmi.

Di samping itu juga, organisasi/syarikat diharap dapat memberi peluang bagi pelatih untuk mendapatkan
pengalaman menjadi kakitangan cemerlang serta berupaya untuk;
Berdikari,
Berinovasi
Berhemah
Berkomunikasi dengan baik.

JKK LATIHAN MENGAJAR DAN INDUSTRI
JABATAN MATEMATIK
FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK, UPSI

Anda mungkin juga menyukai