Anda di halaman 1dari 3

1. Berdasarkan sajak di atas, nyatakan kesan-kesan asap terhadap manusia.

3m

2. Berikan maksud rangkap ketiga dan keempat sajak di atas. 4m


3. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. 4m

4. Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. 3m


5. Sesebuah sajak dihasilkan dengan penggunaan gaya bahasa yang menarik. Berdasarkan sajak
di atas, berikan dua gaya bahasa yang menarik berserta dengan contoh yang sesuai. 3m

6. Nyatakan tema sajak di atas. 3m


7. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah
pencemaran udara? 4m

8. Pada pandangan anda, apakah keburukan amalan merokok? 4m




1. Berdasarkan sajak di atas, nyatakan kesan-kesan asap terhadap manusia. 3m
Asap memedihkan mata. Asap melemaskan manusia atau sukar untuk bernafas. Asap
menyebabkan manusia berasa panas dan tidak selesa.

2. Berikan maksud rangkap ketiga dan keempat sajak di atas. 4m
Rangkap ketiga bermaksud asap menyebabkan jantung sukar untuk berfungsi. Rangkap
keempat bermaksud asap menimbulkan rasa hangat dan tidak selesa.

3. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. 4m
Nilai kesedaran. Penyajak sedar bahawa asap dan rokok membahayakan kesihatan. Nilai
keprihatinan. Penyajak prihatin akan kesihatan

4. Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. 3m
Kita hendaklah memupuk semangat cinta akan alam sekitar.
Kita hendaklah memelihara alam sekitar daripada sebarang sebarang pencemaran.
Kita harus menyedari bahawa kesan pencemaran itu amat bahaya dan boleh
menyebabkan kematian.

5. Sesebuah sajak dihasilkan dengan penggunaan gaya bahasa yang menarik. Berdasarkan sajak
di atas, berikan dua gaya bahasa yang menarik berserta dengan contoh yang sesuai. 3m
Gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas ialah pengulangan perkataan tanpa
dalam rangkap 1 baris 5, rangkap 2 baris 5, rangkap 3 baris 6 dan rangkap 4 baris 6.
Selain itu, terdapat gaya bahasa sinkope. Contohnya, bisamu, mataku. Gaya bahasa
inversi juga terdapat dalam sajak. Contohnya, hanya satu jantungku ini.

6. Nyatakan tema sajak di atas. 3m
Keburukan dan kesengsaraan yang timbul akibat daripada menghidu asap atau menghisap
rokok kepada manusia.

7. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah
pencemaran udara? 4m
Menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas untuk menghukum pihak yang
melakukan pencemaran. Selain itu, pihak kerajaan melaksanakan kempen dengan
berkesan. Seterusnya mewajibkan kilang-kilang memasang serombong asap yang
dilengkapi dengan penapis asap agar asap yang dibebaskan ke udara merupakan asap
yang bersih. Akhir sekali, individu perlu menyemai sikap bertanggungjawab dalam dirinya
dengan tidak melakukan pembakaran secara terbuka.

8. Pada pandangan anda, apakah keburukan amalan merokok? 3m
Membazirkan wang. Memudaratkan kesihatan. Mudah dijangkiti pelbagai penyakit
berbahaya.