Anda di halaman 1dari 2

Bab 2: Perakaunan Pendapatan Negara

STPM 2005
1. Terangkan tiga masalah dalam penghitungan pendapatan negara. [6]
2. (a) Bagaimanakah data Keluaran Dalam Negara Kasar benar dapat mengukur pertumbuhan ekonomi
dan tingkat kebajikan sesebuah negara? [4]
(b) Huraikan tiga alasan mengapa pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar benar tidak
semestinya membawa kepada peningkatan dalam tingkat kebajikan ekonomi sesebuah negara.[6]

STPM 2006
1. Jelaskan tiga kegunaan data pendapatan negara. [6]
2. Terangkan hubungan antara dua konsep pendapatan negara berikut.
(a) Keluaran Negara Kasar dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar [2]
(b) Keluaran Negara Kasar harga faktor dengan Keluaran Negara Kasar harga pasar [2]
(c) Keluaran Negara Kasar benar dengan Keluaran Negara Kasar nominal. [2]
3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan nilai ditambah? [2]
(b) Dengan menggunakan jadual yang sesuai, terangkan mengapa kaedah nilai ditambah digunakan
untuk menghitung pendapatan negara. [8]

STPM 2007
1. Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan data pendapatan negara kurang sesuai digunakan untuk
membandingkan taraf kemakmuran masyarakat dan prestasi ekonomi antara negara. [6]

STPM 2008
1. Jelaskan sama ada urus niaga yang berikut diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara.
(a) Seorang peniaga menjual sebuah bangunan yang dimilikinya kepada seorang pembeli dan
kemudian menyimpan wang hasil jualan tersebut di sebuah bank untuk mendapat faedah.[2]
(b) Seorang broker menjual saham sebuah syarikat bernilai RM1 juta dan memperoleh komisen
sebanyak RM5000. [2]
(c) Puan X membeli sebuah kereta baru dan beliau telah menjual kereta lama sebagai nilai tukar beli
(trade-in). [2]
2. (a) Apakah perbezaan antara Keluaran Negara Kasar nominal dengan Keluaran Negara Kasar benar?
[2]
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan ekonomi? Jelaskan mengapa Keluaran Negara
Kasar benar lebih sesuai digunakan untuk mengukur pertumbuhan ekonomi. [4]
3. Huraikan lima masalah menggunakan data pendapatan per kapita untuk membandingkan taraf hidup
antara dua negara. [10]
STPM 2009
1. Terangkan tiga alasan mengapa di negara mundur keluaran dalam negeri kasar biasanya terkurang
anggar. [6]
2. Jelaskan tiga alasan mengapa sesebuah negara menghitung pendapatan negara. [6]
3. (a) Mengapakah peningkatan keluaran negara kasar pada harga semasa tidak semestinya
menunjukkan peningkatan kebajikan masyarakat? [2]
(b) Jelaskan empat matlamat dasar makroekonomi bagi sesebuah negara. [8]

STPM 2010
1. Apakah maksud pendapatan faktor bersih luar negeri? Terangkan bagaimana nilai pendapatan faktor
bersih luar negeri mempengaruhi hubungan antara keluaran negara kasar dengan keluaran dalam
negeri kasar. [6]
2. Huraikan bagaimana faktor yang berikut menerangkan kelemahan menggunakan pendapatan per
kapita sebagai petunjuk taraf hidup antara masa.
(a) Tempoh waktu bekerja [2]
(b) Kesan luaran negatif kerana projek pembangunan [2]
(c) Agihan pendapatan [2]

STPM 2011
1. Jelaskan tiga kegunaan data pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah keluaran. [6]

STPM 2012
1. (a) Apakah maksud keluaran dalam negeri kasar (KDNK) dan keluaran negara bersih (KNB)?
[2]
(b) Huraikan hubungan antara KDNK dengan KNB. [4]
2. Dengan memberikan contoh, terangkan tiga aktiviti ekonomi yang tidak diambil kira dalam
penghitungan pendapatan negara. [6]
3. Data keluaran negara kasar (KNK) dapat mengukur taraf hidup rakyat sesebuah negara dengan tepat.
Bincangkan. [10]