Anda di halaman 1dari 3

STPM 2005

1. Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan kesan terhadap keseimbangan


pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor jika setiap isi rumah meningkatkan tabungan. [6]
2. (a) Jelaskan perbezaan antara keluk permintaan agregat (AD) dengan keluk perbelanjaan agregat
(AE). [4]
(b) Terangkan secara ringkas kesan kenaikan perbelanjaan kerajaan terhadap keluk permintaan
agregat (AD). [2]
3. Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-penawaran agregat (AE-AS), terangkan
bagaimana pengurangan perbelanjaan kerajaan dan cukai yang sama jumlahnya secara serentak,
mempengaruhi tingkat keseimbangan pendapatan negara. [10]
4. Dengan menggunakan pendekatan permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), terangkan kesan
perkara berikut terhadap pendapatan negara dan tingkat harga.
(a) Pengurangan cukai pendapatan [5]
(b) Kenaikan upah sebagai hasil tuntutan kesatuan sekerja [5]

STPM 2006
1. (a) Huraikan bagaimana kecenderungan mengguna sut mempengaruhi tingkat keseimbangan
pendapatan negara. [3]
(c) Huraikan bagaimana pengurangan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk miskin dengan
penduduk kaya akan meningkatkan pendapatan negara. [3]
2. Dengan memberikan contoh berangka, terangkan bagaimana proses pengganda pelaburan berlaku.[6]
3. Bincangkan sejauh mana kadar bunga mempengaruhi tingkat pelaburan sesebuah negara. [10]

STPM 2007
1. Jelaskan tiga sebab mengapa keluk permintaan agregat (AD) bercerun negatif. [6]
2. (a) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi import sebuah negara. [4]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, jelaskan kesan peningkatan kecenderungan
mengimport sut terhadap keseimbangan pendapatan negara. [6]
3. (a) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan bagaimana keseimbangan pendapatan negara
dicapai mengikut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS). [5]
4. (b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan pertambahan kadar bunga terhadap
pendapatan negara mengikut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS). [5]

STPM 2008
1. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan perubahan yang berikut terhadap keseimbangan
pendapatan negara.
(a) Penurunan kadar cukai pendapatan [3]
(b) Penurunan perbelanjaan kerajaan [3]
2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda? Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan
faktor yang menentukan saiz pengganda dalam sebuah ekonomi dua sektor. [4]
(b) Dengan menggunakan jadual, huraikan proses penggandaan yang berlaku apabila pelaburan
meningkat. [6]

STPM 2009
1. Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-penawaran agregat (AE-AS), terangkan
bagaimana tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor dicapai. [6]
2. Apakah maksud belanjawan kurangan? Terangkan bagaimana kerajaan Malaysia membiayai
belanjawan kurangan. [6]
3. (a) Terangkan tiga faktor yang menyebabkan peningkatan penawaran agregat. [6]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), huraikan
kesan peningkatan penawaran agregat terhadap ekonomi. [4]
4. Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-penawaran agregat (AE-AS), jelaskan
bagaimana perkara yang berikut mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi sesebuah negara.
(a) Kerajaan meningkatkan kadar cukai keuntungan syarikat. [5]
(b) Syarat kemudahan sewa beli dan kredit dilonggarkan. [5]

STPM 2010
1. Apakah maksud bocoran dan suntikan dalam teori penentuan pendapatan negara? Dengan
menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, huraikan kesan pertambahan bocoran terhadap
keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor. [6]
2. Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), huraikan kesan
perubahan yang berikut terhadap tingkat keseimbangan pendapatan negara.
(a) Kenaikan kadar bunga [5]
(b) Peningkatan teknologi [5]
3. Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, huraikan kesan perkara yang berikut terhadap
pendapatan negara.
(a) Imbangan perdagangan lebihan [5]
(b) Imbangan perdagangan kurangan [5]

STPM 2011
1. Jelaskan dengan ringkas bagaimana peningkatan kadar bunga dan kadar cukai dapat mempengaruhi
(a) Perbelanjaan isi rumah [3]
(b) Pelaburan firma [3]
2. Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), jelaskan
perubahan yang berlaku pada tingkat keseimbangan apabila kesan peningkatan bekalan wang dalam
ekonomi melebihi kesan peningkatan harga input. [10]

STPM 2012
1. Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-penawaran agregat (AE-AS), terangkan
kesan pengurangan perbelanjaan kerajaan terhadap keseimbangan pendapatan negara. [6]
2. (a) Dengan menggunakan gambar rajah, bagaimanakah keseimbangan pendapatan negara dalam
ekonomi dua sektor dapat dicapai mengikut pendekatan perbelanjaan agregat-penawaran agregat
(AE-AS)? [6]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan pertambahan penggunaan autonomi terhadap
keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor mengikut pendekatan AE-AS. [4]