Anda di halaman 1dari 18

Jenis-jenis tali & penjagaan tali

ikatan asas
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
1.1 Sejarah tali
1.2 Jenis jenis tali dan penjagaannya
1.3 Definisi simpulan dan ikatan
1.4 Jenis simpulan dan ikatan


2.0 SOALAN
1.1 Soalan objektif
1.2 Soalan struktur
1.3 Soalan esei

3.0 BIBLIOGRAFI

4.0 LAMPIRAN

5.0 PENGURUSAN GRAFIK









PENDAHULUAN

Buku ini merupakan satu percubaan penulis untuk
menghuraikan aspek-aspek tentang simpulan dan ikatan tali
asas secara ringkas dan mudah, bersesuaian dengan para
pelajar yang belum mempunyai asas dalam bidang ini dan
juga kepada mereka yang mengambil Pendidikan Jasmani
sebagai subjek utama dan kepada para pelajar yang
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti
pengakap, pandu puteri dan sebagainya.
Percubaan ini timbul atas dorongan dan kesedaran penulis
sewaktu mempelajari simpulan dan ikatan selama lebih
kurang 3 bulan di Institut perguruan. Masalah yang
dihadapi oleh kebanyakkan tenaga pengajar khususnya
dalam bidang Pendidikan Jasmani, ialah kurangnya buku-
buku rujukan dalam bahasa Malaysia untuk dijadikan
panduan. Kesukaran menjelaskan sesuatu aspek dalam
bidang ini secara yang mudah, ringkas, tepat dan berkesan
merupakan satu masalah juga. Dengan demikian, buku ini
ditulis dengan harapan, dapat memberikan kefahaman dan
penjelasan seringkas dan semudah mungkin kepada para
pelajar yang baru berjinak-jinak dengan bidang ini. Mudah-
mudahan buku ini dapat menimbulkan minat dan
kecenderungan yang mendalam di kalangan para pelajar
dalam bidang ilmu Pendidikan Jasmani terutamanya
simpulan dan ikatan.
Sesuai dengan tajuknya, buku ini memang khusus ditujukan
kepada para pelajar yang mempelajari bidang sama ada bagi
pelajar Melayu, bukan Melayu, Khusus Perguruan Sekolah
Rendah ataupun Kursus Perguruan Sekolah Menengah. Di
samping itu, buku ini juga ditujukan kepada para pelajar
kursus persediaan ijazah sarjana muda perguruan.
Moga-moga buku ini dapat menyumbangkan sesuatu yang
berguna kepada para pembaca di samping menambahkan
bahan bacaan mereka dalam bidang ini.


SEJARAH TALI

Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah
orang pertama menggunakan tali. Tali yang mereka
gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma,
bulu unta dan akar kayu. Penemuan ini hasil kajian dan
kesan semasa menggali makam lama Mesir. Penduduk
Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahun lepas
(Syed Hasyim, 1983). Setengah-setengah pendapat
mengatakan bahawa bangsa Yunani prasejarah, iaitu
seorang dewa Og adalah pembuat tali yang pertama (Tak-
joeddin, 1981).

Tali dan simpulan mempunyai lagenda yang tersendiri dan
berlaku dari zaman ke zaman. Contohnya lagenda tali dan
simpulan dihubung kait dengan Raja Iskandar Zulkarnain
dari Mekadonia. Beliau telah diuji kepintarannya dengan
memberikan satu longgokan tali. Beliau disuruh mencari
hujung tali tersebut. Setelah mencuba mencari hujung tali
beberapa lama dan menggunakan berbagai-bagai ikhtiar,
namun ia tidak berjaya. Akhirnya beliau tersangat marah
dan hilang kesabaran, lalu beliau menghunus pedangnya
dan memotong longgokan tali itu sehingga terdapat
beberapa hujung tali. pada abad-abad pertengahan, tukang
tilik dan tukang shir menerapkan jampi serapah pada
simpulan untuk digunakan sabagai azimat. Pengaruh
kepercayaan ini masih lagi terdapat dalam beberapa
masyarakat di masa kini. Setengah-setengah tempat
masyarakat Melayu masih mengamalkan kepercayaan ini.

Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang
tertentu. Kemudian rotan akar-akar kayu digunakan, setelah
itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas, rami,
hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat
dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk
berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan untuk
mengangkut, manarik, mengikat dan menyelamat. Ini
menunjukkan ketahanan sesuatu jenis tali berbeza di antara
satu sama lain. Umpamanya, tali yang digunakan untuk
mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik.
Contoh aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali
ialah :
1) Aktiviti panjat-mamanjat
2) Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan
gadget dan permainan.
3) Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan
mangsa dari tebing yang tinggi.
4) Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat.
5) Aktiviti memancing.













JENIS-JENIS TALI DAN PENJAGAANNYA.

Jenis-jenis tali

a) Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada
bahan-bahan berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh
tali fiber asli ialah :

tali gentian manila tali sabut
tali sas tali kapas

b) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik
yang terdiri daripada bahan-bahan campuran berunsurkan
tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia
ialah :

tali nylon tali hawser-laid
tali karamental tali poltster
tali wayar tali drilena


Penjagaan tali

Kebanyakkan tali yang diperbuat daripada bahan campuran
dan rami manila mempunyai mutu yang baik.Harga tali
terutama jenis ini agak mahal. Tambahan pula rami yang
digunakan untuk membuat tali mengalami berbagai-bagai
masalah. Kita seharusnya menjaga dan menyimpan tali
dengan sempurna. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka
lilitannya dan ditegangkan sekali-sakala.
Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum
disimpan di tempat yang kering dan selamat. kita tidak
boleh membasuh tali.


Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini
menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh
digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di
bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap.
Sebaliknya ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam
suhu bilik. Tali yang hendak disimpan boleh diberi label
panjangnya dan digantung di tempat yang sesuai.


Biasanya tali mempunyai daya ketahanan tertentu.
Contohnya, tali yang digunakan mengikat diperbuat
daripada rami manila. Tali jenis ini mempunyai lilitannya
5cm dan ketahanannya ialah 2.03tan. Tali-tali yang
digunakan untuk menarik mempunyai ketahanan nya
2.72tan. Tali penarik biasanya diperbuat daripada terilin
dan mempunyai lebih daripada hadnya. Besar kemungkinan
tali tidak tahan lama dan akan putus. Tali-tali yang
digunakan untuk mengangkat, menarik dan menyelamat
perlu diuji salalu supaya selamat semasa menggunakannya.











DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN

Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan
ikatan. Tali yang digunakan pada sepanjang masa, tempat
dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki
gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas,
perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan
berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa.
Empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan
ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat
(splicing) dan mematikan hujung tali (whipping)

Simpulan
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan
sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang
kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti
buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul,
simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada
setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital,
mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan
papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan
sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan
kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya,
ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.

Sambat
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan
membuat sesuatu peralatan. Meyambugkan dua tali dengan
menggunakan kaedah sambat sangat baik san selamat
semasa digunakan. sambat yang biasa digunakan seperti
sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.


Mematikan hujung tali
Seorang pengakap dan pandu puteri tidak menggunakan tali
sebelum hujung tali dimatikan. Keadaan ini perlu supaya
tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali
dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.




SIMPULAN DAN IKATAN


Lilit Pemati Biasa

Fungsi:
Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak
kemas dan tidak terbuang.

Teknik
a) Letakkan tali kecil seperti pada rajah
b) Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak
mudah terburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-
15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung
kedua seperti dalam rajah.
c) Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.
d) Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya
kelihatan
kemas.


Buku Sila

Fungsi
~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.
~ Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknik
a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
b) Masukkan hujung A dibawah B.
c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan
memasukkan B di bawah





Tindih Kasih
Fungsi :
~ Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh
menjerut.
~ Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu
keliling badan mangsa.

Teknik :
a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan
tersebut.
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan
kembali ke dalam bulatan tersebut.




Bunga Geti

Fungsi :
~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
~ Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang
untuk membentuk simpul seperti rajah (b).
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk
membentuk simpul seperti
rajah (c)





Simpul Manuk

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
~ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat
yang dikehendaki dengan selamat.
~ Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan
ikatan seraya dan silang
gunting.
Teknik :
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali.



Simpul Pulih

Fungsi :
~ Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak
kuat tanpa memotongnya.
~ Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.
Teknik :
a) Mulakan simpul pulih.
b) Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.
c) Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.








Simpul Himpit
Fungsi :
~ Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz
dan licin.
~ Simpul ini amat berguna apabila mempunyai minat untuk
mengail.

Teknik :
a) Mulakan simpul himpit.
b) Bentukkan satu simpulan pada kedua-dua hujung tali.
c) Kemudian, tarik hujung tali.




Simpul Bunga Geti Ganda

Fungsi :
Dibuat supaya sambung yang dilakukan bertambah kuat
dan tidak mudah terburai
Teknik :
a) Mulakan simpulan ini seperti rajah (a) dan (b).
b) Kemudian masukkan silang kedua hujung tali B seperti
pada rajah (a) dan (b).
c) Seterusnya tarik hujung tali untuk membentuk simpul
seperti rajah (c) dan
(d).






Lilit Balak
Fungsi :
~ Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan
mudah.
~ Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
~ Untuk memulakan ikatan serong.
Teknik :
a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.






Belit Lucut

Fungsi :
~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat dan mendaki.
~ Digunakan semasa turun daripada pokok atau tempat
tinggi.
~ Dapat dibuka dengan senang.
Teknik :
a) Lipatkan seutas tali supaya sama panjang kedua-dua
hujungnya. Kemudian, mulakan simpul tarik pada batang
pokok dengan menarik bahagian A keatas seperti dalam
rajah.
b) Seterusnya tarik bahagian B melalui bawah bahagian A.
c) Tarik bahagian A untuk mengemaskan simpul ini untuk
membentuk seperti dalam
rajah.





Simpul Abah-abah

Fungsi :
~ Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.
~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat.
Teknik :
a) Buat satu gelung seperti dalam rajah.
b) Tarik tali bahagian atas melalui gelung.
c) Tali tersebut hendaklah membentuk tanjul.
d) Beberapa tanjul hendaklah dibuat supaya sesuai
digunakan untuk memanjat.

Lilit Pasdul

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat batang kayu kecil untuk
membuat tangga.
~ Digunakan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam
terlalu dalam tanah.
Teknik :
a) Mulakan membuat satu gelung.
b) Ambil kayu sepanjang 60cm yang saiznya sebesar lengan
kemudian masukkan seperti dalam rajah.
c) Lakukan simpul ini pada kedua-dua hujung kayu supaya
seimbang kiri dan
kanan.




Lilit Tindih Kejap

Fungsi :
~ Digunakan untuk menambat tali yang kecil pada tali besar
apabila ditarik songsang.
~ Juga digunakan untuk menarik tali besar.


Teknik :
a) Mulakan simpulan.
b) Kemudian, ulang simpulan dan tindih di atas simpulan
sebelumnya.



Ikatan Pengail

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu
dan pancang.
~ Ikatan ini kuat dan kukuh.
~ Sesui digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan
rappelling.

Teknik :
a) Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali
seperti dalam rajah.
b) Lakukan 2 lingkaran tali.
c) Pada hujung tali itu boleh diikat seperti dalam rajah.



Simpul Kerusi

Fungsi :
~ Digunakan bagi menurunkan orang sakit dari tempat
tinggi atau menaikkan ke atas.

Teknik :
a) Buatkan 2 gelung tali.
b) Kemuadian, tarik kedua-dua bahagian tali.
c) Ikatan seperti dalam rajah akan terbentuk.
d) Seterusnya, bentukkan satu gelung pada setiap hujung
tali.
e) Tarik kedua-dua hujung tali untuk mengemaskan ikatan.
Satu gelung yang lebih
kecil dibentuk untuk memasukkan bahu pesakit.

Simpul Simple Noose

Fungsi :
~ Membuat tanjul yang tidak boleh terjerut.
~ Sangat berguna dalam kerja- kerja menyelamat.
~ Boleh digunakan untuk menjerut leher binatang.
Teknik :
a) Buat satu gelung dan kemudian tarik bahagian tengahnya.
b) Seterusnya, kemaskan simpulan tersebut.






Ikat Serong

Fungsi :
~ Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang
bersilang.
~ Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan
pioneering.
Teknik :
a) Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang
bersilang.
b) Kemudian belitkan membujur dan melintang.
c) Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan
kemas.
d) Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan
simpul manuk.



Ikat Seraya
Fungsi :
~ Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang
dengan sudut tepat.
Teknik :
a) Dimulakan dengan simpul manuk.
b) Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
c) Seterusnya dililit dicelah kayu.
d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.






Ikat Silang Gunting

Fungsi :
~ Digunakan untuk menyambung 2 batang kayu bagi
membuat kaki yang bersilang.
~ Untuk menyambung kayu supaya menjadi panjang.
~ Menguatkan kayu yang tidak begitu kuat.
Teknik :
a) Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk.
b) Belitkan kedua-dua tiang dengan kuat dan ketat.
c) Belitkan dicelah-celah dengan kuat.
d) Matikan dengan simpul manuk.






Fungsi :
~ Kegunaannya sama dengan dengan ikat seraya.
~ Menyambung 2 jenis kayu.

Teknik :
a) Kelilingi kayu tengah dan 2 bahagian tali diambil ke atas
kayu mendatar.
b) Lilit keliling kayu tegak ke bawah di bahagian hadapan
kayu mendatar sebanyak 3 lilitan.
c) Asingkan kedua-dua hujung tali dan lilitkan pada arah
bertentangan.
d) Akhirkan ikatan dengan mengikat kedua-dua hujung tali
dengan simpul buku sila di antara kayu.



Sambat Balik

Fungsi :
~ Untuk mematikan hujung tali.

Teknik :
a) Pecahkan hujung tali.
b) Kemudian sambat balik bersilang-silang ke belakang.
Masukkan setiap hujung urat tali berselang-selang di atas
urat yang rapat dengannya dan dibawah lembar yang
dihadapannya.
c) Lakukan menyembat balik sehingga 3 kali.


http://studentipg.blogspot.com/2011/03/ikatan-asas.html