Anda di halaman 1dari 30

PEMIKIRAN

KRITIS & KREATIF


Literasi dalam milenium baru
Dua jenis literasi yang diperlukan
dalam milenium baru iaitu:-

Kemahiran berfikir, dan
Kemahiran teknologi maklumat &
komunikasi (ICT)
Kategori Kemahiran Berfikir

1. MEMBENTUK KONSEP
2. MEMBUAT KEPUTUSAN
3. MENYELESAIKAN MASALAH

Penjelasan &
Kefahaman
Pemikiran
Kreatif
Pemikiran
Kritis
Menganalisis idea
Menganalisis alasan
Menjana alternatif
Kombinasi idea
Menilai maklumat
Menilai inferensi
Pemikiran kritis
Berasal daripada perkataan Yunani kritikos
yang bermaksud menyoal, memahami, dan
menganalisis.

Bermaksud pertimbangan yang dibuat
dengan teliti sama ada menerima, menolak
atau menangguh-kan penerimaan /
penolakan sesuatu perkara.

Tahap keyakinan menerima atau menolak
perkara tersebut.
Kemahiran pemikiran kritis
Membaca & mendengar dengan teliti
Menilai hujah
Mencari & kenal pasti andaian tersirat
Mengesan akibat sesuatu dakwaan
Menganalisis dan menilai idea, data, & maklumat,
yang melibatkan perlakuan seperti:
mengumpul& mengelas; membanding & membeza;
membuat urutan; menerangkan sebab & akibat;
menganalisis & membuat kesimpulan.
6 unsur pemikiran kritis (Ennis, 1996)
FRISCO Focus, Reasons, Inference,
Situation, Clarity dan Overview.
Focus: Fokus memfokus kepada
masalah atau persoalan utama.
Reasons: Sebab/alasan mencari sebab
atau alasan yang menyokong sebelum
membuat keputusan.
Inference: Inferens membuat
kesimpulan berasaskan alasan, bukti dll.
Situation: Situasi Persekitaran sosial dan
fizikal individu yang terlibat, tujuan, latar
belakang, pengetahuan, perasaan, sikap,
keluarga, agama, institusi dll.

Clarity: Kejelasan Komunikasi bertulis
atau lisan yang jelas dan tepat.

Overview: Gambaran menyeluruh melihat
sesuatu dari pelbagai aspek secara
menyeluruh.
Pemikiran kreatif
Bloom (1959) menghuraikan aras
sintensis sebagai kebolehan
menganalisis dan membentuk semula
maklumat menjadi idea yang unik.

Torrance (1963) membahagikan 4 ciri
creativity sebagai kebolehan menjana
idea, menghasilkan idea, menghuraikan
idea dan mewujudkan idea yang asli.
Pemikiran kreatif (Perkins, 1984, 1985)
Usaha mendapatkan sesuatu yang asli dan praktikal
yang memberi kesan besar.

Matlamat meneroka matlamat dan pendekatan
alternatif, menilai, memahami masalah dan
penyelesaiannya, dan sedia mengubah pendekatan.

Perubahan dari abstrak kepada konkrit, umum
kepada khusus dan sebaliknya; guna analogi.

Standard tinggi tetapi ketidakpastian, risiko
kegagalan diterima sebagai normal.
Pemikiran Lateral (De Bono, 1993)
Manusia tidak berfikir secara linear tetapi
mengikut sistem penyusunannya sendiri.

Pemikiran kreatif boleh dipelajari dan diamalkan
oleh setiap orang.

Pemikiran lateral menggunakan Logik Air Logik
persepsi yang lebih mudah berubah, bergerak,
berubah tidak linear.

Pemikiran lateral bertujuan menjana idea dan
menggunakan pendekatan alternatif baru.
Kemahiran pemikiran kritis
1. Mencirikan
2. Membanding dan membeza
3. Mengumpul dan mengelas
4. Membuat urutan
5. Menyusun mengikut keutamaan
6. Menganalisis
7. Mengesan kecenderongan
8. Menilai
9. Membuat kesimpulan
Mencirikan menyatakan, menunjukkan,
menyenaraikan, mengenal pasti, menyebut ciri-ciri,
sifat dan unsur;

Membanding dan membeza menyatakan,
menyenaraikan, menyusun, persamaan dan perbezaan,
sepadan dan tak sepadan, serupa dan tak serupa.

Mengumpul dan mengelas mengelas mengikut ciri-
ciri sepunya, mengumpul mengikut kategori,
mengumpul atau menyenaraikan mengikut ciri-ciri,
menyusun mengikut kriteria atau kumpulan.

Membuat urutan menyusun mengikut tertib
nombor, abjad, kronologi, saiz, corak, masa, menaik
menurun.
Menyusun mengikut keutamaan Mengatur
atau menyusun daripada penting kepada kurang
penting, segera kepada kurang segera, masalah
besar kepada masalah kecil dsb. Menyenarai
mengikut hierarki matlamat.

Menganalisis mencerakin maklumat;
mengolah idea; mengesan penyebab;
menghuraikan faktor penyebab; membuat
andaian berasaskan maklumat; menghuraikan
mengikut ciri, komponen atau bahagian;
mengkaji kesan.]

Mengesan kecenderungan menentukan
pendirian berat sebelah, prejudis, memihak dll.
Menilai membuat taksiran maklumat;
membuat pertimbangan pendapat,
cadangan; menyatakan rasional;
membahaskan isu dan kenyataan;
memberi alasan menerima atau menolak;
membuat wajaran; menimbangkan kesan
dan akibat; membuat pemilihan.

Membuat kesimpulan merumus isu;
menyatakan hasil selepas analisis;
menyusun alasan, membuat resolusi;
membuat keputusan yang muktamad;
menggulung hujah.


Kemahiran pemikiran kreatif
1. Menjana idea
2. Menghubung kait
3. Membuat inferens
4. Meramal
5. Membuat hipothesis
6. Membuat sintesis
7. Mengitlak
8. Membuat gambaran mental
9. Membuat analogi
10. Mereka cipta
Menjana idea mengemuka idea;
mencadangkan alternatif, sebab; menyenaraikan
idea, menyatakan cara alternatif, menyumbang
pendapat; menyatakan kemungkinan;
menghasilkan, mencetuskan idea.

Membuat inferens membuat kesimpulan,
rumusan, tanggapan awal daripada pemerhatian,
maklumat atau data; membuat penyataan atau
menyatakan pendirian awal.

Menghubung kait menerangkan sebab dan
akibat; menyatakan perkaitan; menyatakan
implikasi, mengaitkan idea; menyatakan
pertalian; membuat perhubungan.
Meramal menyatakan, menganggarkan apa
akan berlaku, membuat jangkaan, membuat
pelunjuran, menyatakan kemungkinan-
kemungkinan.

Membuat hipothesis menyatakan cadangan
yang perlu diuji kebenarannya; membuat andaian
yang perlu dibuktikan; membuat kenyataan atau
pandangan yang perlu diuji.

Mensintesis menggabung idea; menggubal
semula idea; menyatukan, menyepadukan idea.

Mengitlak membuat kenyataan umum
berdasarkan pola tertentu; membuat generalisasi;
membuat rumusan daripada keseluruhan idea.
Menganalogi membuat metafora;
membuat sindiran, kiasan, perlambangan;
membuat simulasi; membuat
perbandingan pada ciri-ciri persamaan.

Membuat gambaran mental
mengimaginasi; membayangkan dalam
minda; melakar peta minda.

Mereka cipta mencadangkan idea asli,
menghasilkan gubahan asli; mereka
bentuk; mencipta sesuatu yang baru;
membuat inovasi kepada sesuatu yang
sedia ada,
Mengajar Kemahiran Berfikir
Pendekatan
Mengajar KB
Mengajar
menggunakan kaedah
yang menggalakkan
berfikir dalam konteks
kurikulum
Mengajar berfikir
dalam konteks secara
langsung, di luar
kurikulum
Penyebatian
menyusun semula
pengajaran untuk
mengajar KB secara
eksplisit
Taksonomi Bloom
Berasaskan kepada Taksonomi Bloom,
kemahiran berfikir boleh dibahagikan
kepada aras tinggi dan aras rendah.

Pemikiran pada aras pengetahuan dan
kefahaman dibahagikan kepada pemikiran
aras rendah.

Pemikiran pada aras aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian pada pemikiran aras
tinggi.
Taksonomi Bloom & Kemahiran Berfikir
Taksonomi Bloom Kemahiran Berfikir
Pengetahuan
Kefahaman
Kemahiran Berfikir Aras
Rendah
Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Aras Pengetahuan
Proses Berfikir Aktiviti Soalan
Aras
Pengetahuan
Tuliskan apa yang
sedia diketahui
tentang topik.
Apakah yang anda
tahu tentang aras-
aras dalam
taksonomi objektif
pendidikan?
Aras Kefahaman
Proses Berfikir Aktiviti Soalan
Aras
Kefahaman
Menerangkan
maksud setiap
satu aras dalam
taksonomi objektif
pendidikan
(kognitif)
Tanpa merujuk
buku, terangkan
maksud setiap
aras dalam
taksonomi objektif
pendidikan
domain kognitif
seperti yang
dianjurkan oleh
Bloom dan Jknya.
Aras Aplikasi
Proses Berfikir Aktiviti Soalan
Aras Aplikasi Pilih 3 daripada 6
aras dalam
Taksonomi objektif
pendidikan Bloom.
Bina 3 soalan
aneka pilihan
mengikut aras-
aras tersebut.
Berdasarkan
kepada Taksonomi
Bloom, bina 3
soalan aneka
pilihan daripada 3
aras yang
berlainan yang
terdapat dalam
Taksonomi Bloom.
Aras Analisis
Proses Berfikir Aktiviti Soalan
Aras Analisis Tonton video ( 15
minit) yang
menunjukkan guru
sedang mengajar
satu mata
pelajaran.
Dengan
menggunakan
borang yang
diberi, tandakan
( ) setiap kali
guru
mengemukakan
soalan mengikut 6
aras Taksonomi
objektif
pendidikan.
Aras Sintesis
Proses Berfikir Aktiviti Soalan
Aras Sintesis Menyediakan
sebuah laporan
pemerhatian
tentang
pengajaran guru
yang telah
dicerap.
Sediakan sebuah
laporan yang
menyeluruh tentang
pengajaran guru
yang dicerap.
Berikan cadangan
anda untuk
menambahbaikkan
pengajaran
tersebut.
Aras Penilaian
Proses Berfikir Aktiviti Soalan
Aras
Penilaian
Perbincangan
tentang
pengajaran yang
telah dibuat
pencerapan.
Berasaskan garis
panduan yang
diberi, bincangkan
dalam kumpulan
kekuatan dan
kelemahan
pengajaran yang
dicerap.
Soalan 1: proses berikut menggalakkan
penguasaan kemahiran berfikir secara

Menilai alasan
Menganalisis unsur
Membezakan fakta daripada andaian
Menganalisis hubungan, kaitan dan
interaksi

A. Kreatif
B. Kritis
C. Analitis
D. Praktikal
Soalan 2: Guru membantu pelajar menguasai
kemahiran berfikir aras tinggi dengan
melakukan perkara berikut :-

I. Menggalakkan pelajar menyertai perbincangan
II. Memberi tugasan yang fleksibel untuk
diterjemahkan oleh pelajar.
III. Menggunakan teknik soal respons maklum
balas.
IV. Mengurus giliran perbincangan dalam
kumpulan.

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III, dan IV
Rujukan
De Bono, E. (1993). Serious creativity. London:
Harper Collins.

Nagappan, R. (2001). Language teaching and
the enhancement of higher order thinking skills.
Dlm. Language curriculum and instruction in
multicultural sosieties. Edited by Willy A.
Renandya & Nilda R. Singa. Singapore:
SEAMEO Regional Language Centre.

Anda mungkin juga menyukai