Anda di halaman 1dari 19

Hakikat

Kehidupan


Zairin Zulaikha binti Harun
1K2
Bahasa Melayu
PROLOG
Pagi itu seperti biasa. Ibu bangun lebih awal untuk membangunkan abanglong dan kak cik ke
sekolah. Manakala, kak yangpula dikejutkan untuk ke tadika. Aku dikejutkan untuk solat
Subuh. Aku tidak perlu bersiap lebih awal kerana aku pergi ke sekolah pada sesi petang.
Setelah itu, aku menyambung tidur kembali.
Pukul 9 pagi, aku bangun dan bersarapan. Aku bersiap-siap untuk ke sekolah.
Seperti kebiasannya, aku akan duduk di atas buaian sambil menunggu bas bersama ibu.
Sambil menunggu ketibaan bas, aku berbual dengan ibu.
Kak Yang mungkin balik lambat sedikit hari ini., aku faham benar jika ibu berkata
sedemikian. Dia merujuk kepada kak yang. Selalunya kak yang akan pulang sebelum ketibaan
basku. Dia pulang menaiki van.
Tepat pukul 12 tengah hari, bas sekolah tiba di hadapan rumah. Aku segera
menyalam ibu seraya berkata, Mungkin van yang dinaiki kak yang menghantar pelajar yang
lain dahulu pulang. Ibu tersenyum mendengar kata-kataku.
Aku segera menaiki bas ke sekolah. Namun, siapakah yang dapat menjangkakan
bahawa hidupku bakal berubah sepenuhnya dalam masa 10 minit. Kerana terdahulu 10 minit,
aku merupakan orang terakhir yang tahu. Perbezaannya hanya 10 minit, tetapi aku mendapat
tahu 4 jam kemudian setelah dia menaiki van jenazah pulang ke kampung halaman. Inginku
putarkan masa, tetapi apakan daya semua itu takdir Ilahi....


BAB 1
Aku hanyalah insan biasa. Masih belum mengenal erti kehidupan. Keluargaku hidup aman.
Kami bukanlah orang berada, kami hanyalah orang biasa. Namun, keluarga kami amat kaya
dengan kasih sayang. Ayahku masih mempunyai waktu untuk keluarganya meskipun letih
bekerja. Tidak seperti orang berada yang hanya memenuhi keperluan anak-anak tanpa
meluangkan masa untuk mereka kerana sibuk mengejar kemewahan yang sementara di dunia.
Aku mempunyai 4 orang adik-beradik. Aku merupakan anak yang kedua yang juga
merupakan seorang kakak. Abangku merupakan putera tunggal merangkap anak sulung
keluarga kami. Kami memanggilnya sebagai abanglong. Umur adik pertamaku hanya beza 2
tahun dariku. Aku memanggilnya kak cik. Adikku yang kedua pulamasih kecil. Kami
memanggilnya kak yang.
Perwatakan kami amat berbeza. Abanglong lebih gemar melakukan kerjanya sendiri
dan suka mengusik adik-adiknya. Aku pula seorang yang garang, tegas dan menjadikan
sesuatu hal yang kecil kepada sesuatu yang besar. Kak cik pula suka bermain-main. Tidak
suka mengambil berat dengan benda yang patut dititikberatkan. Namun, dia seorang yang
sangat baik hati. Sanggup memberikan apa yang diusahakannya selama ini kepada orang yang
dia sayang. Dia juga merupakan seorang yang sangat prihatin. Begitu juga adikku yang kedua,
kak yang walaupun masih kecil, dia sudah pandai berkata-kata, mengambil hati orang dewasa
dan dia juga merupakan orang yang paling jarang dimarahi oleh ayah berbanding abanglong,
aku dan kak cik. Namun, terdapat juga persamaannya iaitu, kami sayang akan ibu dan ayah.
Yang paling ketara antara kami adik-beradik ialah kak yang amat gemar mengambil
gambar, sedangkan abangku dan adikku yang pertama jarang mengambil gambar. Apatah lagi
aku. Aku tidak gemar mengambil gambar. Namun, aku menyesal atas perangaiku itu.
Kami amat gemar meluangkan masa bersama. Aku amat rapat dengan kak yang. Aku amat
menyayanginya. Kami juga sering pulang ke kampung kerana ibu dan ayahku tinggal
sekampung. Kami juga banyak melakukan kenduri, majlis hari jadi dan sebagainya di
kampung. Aku rapat dengan kedua belah keluarga.
Hari lahirku disambut setiap tahun di kampung kerana ulangtahun kelahiranku ialah
pada cuti pertengahan semester. Selalunya, kami akan menghabiskan masa cuti di kampung.
Terdapat seorang tua di kampung kami yang digeruni oleh semua kanak-kanak dikampung itu
kerana mukanya amat bengis. Namun, dia dapat bergelak ketawa dan berbual dengan kak
yang. Hanya kak yang yang berbual dan menjenguknya sedangkan adikku itu masih kecil.
Kak yang juga mempunyai ramai teman di kampung. Dia akan bermain dengan sepupu-
sepupu kami yang sebaya dengannya.
Kak cik juga mempunyai ramai sepupu yang sebaya dengannya. Mereka selalu bermain
bersama. Namun, aku tidak mempunyai teman yang sebaya di kampung dan aku tidak berapa
gemar bermain. Aku akan memarahi mereka jika mereka bermain sesuatu yang berbahaya.
Mereka tidak berapa gemar melihat aku memerhatikan mereka kerana merka tahu mereka
akan dimarahiku. Namun, aku gemar memerhati mereka bermain kerana aku amat
menyayangi mereka dan aku suka melihat mereka tertawa.
Namun, bukan hari-hariku gembira. Pada tahun 2006, ketika itu merupakan ulang tahun
kelahiranku yang ke 4. Aku inging menyambutnya di kampung. Kami sekeluarga pulang ke
kampung ketika cuti pertengahan semester. Pada hari tersebut, aku menghidangkan makanan
kepada toknekku iaitu ibu kepada nenekku. Dia hanya berbaring di tilam kerana masalah
kesihatannya. Ketika itu, ibu dan nenekku menyediakan makanan sempena ulang tahun
kelahiranku. Pagi itu, nenek mengangkat toknek ke bilik air untuk dimandikan. Namun,
toknekku rebah dan meninggal dunia. Makanan yang sepatutnya disediakan untuk majlis
ulang tahun kelahiranku dijadikan sebagai makanan ke[ada orang yang datang menjenguk
tonekku. Aku tidak mempedulika perkara tersebut kerana aku amat sedih ketika itu. Aku amat
rapat dengan toknekku. Malam itu, aku menyambut ulang tahun kelahiranku seorang diri.
Aku tidak berkecil hati kerana ianya bukan atas kemahuan dan keleraan mereka
untuk berbuat sedemikian.Kak yang menemani disisiku kerana dia belum tahu apa itu erti
kematian. Siapakah yang dapat menjangkakannya.
Aku, abanglong dan kak cik akan segera memaksa ayah untuk membawa kami ke
kedai. Begitulah setiap hari, kami hanya tahu untuk mendesak ayah, tanpa memirkirkan
tentang perasaan ayah. Namun, kak yang tidak begitu. Setiap kali ayah pulang dari kerja, dia
akan menanyakan jika ayah sudah makan atau belum. Perangainya tidak seperti umurnya.
Perpewatakannya yang matang melebihi aku, abanglong dan kak cik. Ayah amat senang akan
perangai kak yang. Itulah antara penyebab keluarga kami sentiasa bahagia. Di mana ada
kesusahan, di situlah ada kesenangan.
Kak yang juga amat manja dengan ibu kerana bagi kami, dialah anak bongsu kerana
usianya sudah empat tahun. Kemungkinan besar dialah anak bongsu. Ketika ibu
mengandungkan kak yang, ibu perlu tinggal di hospital selama 50 hari kerana mengalami
sedikit masalah. Namun, ayah sering dimarahi oleh doktor kerana selalu membawa ibu keluar
dari hospital secara senyap sepanjang tempoh itu. Doktor melarang keras kerana besar
kemungkinan jika ibu jatuh atau mengalami kecederaan, bayi tersebut akan meninggal di
dalam kandungan. Pernah sekali, ibu jatuh ketika mengecat rumah baru kami yang dibeli oleh
ayah ketika ibu di hospital. Setelah perkara tersebut diketahui oleh doktor, ayah diberi amaran
keras sekali lagi. Alhamdullilah kerana ibu dan kak yang selamat ketika itu. Sejak itulah, ibu
amat menyayangi kak yang kerana kak yang seolah-olah tahu akan penat lelah ibu semasa
mengandungkan kak yang.
BAB 2
Petang itu, kami sekeluarga keluar berjalan-jalan sekitar pekan. Ketika di dalam kereta, ibu
dan ayahh seolah-olah sedang membincangkan tentang sesuatu perkara di hadapan.
Abanglong, kak cik dan kak yang sedang bermain di bahagian belakang kereta.
Kak yang,.., panggil ibu.
Ya, ibu, sahut kak yang dari belakang kereta.
Kak yang bakal dapat adik..., berita yang membuatkan kami di bahagian belakang
kereta bersorak kegembiraan. Ibu memberitahu bahawa pada minggu lepas, ibu pergi ke
klinik bersama ayah untuk membuat pemeriksaan. Doktor mengesahkan bahawa kandungan
ibu berusia sebulan. Kak yang merupakan orang yang paling gembira mendengar berita
tersebut. Dia tersenyum sepanjang hari.
Bulan berapakah adik baru bakal lahir?, soalku kepada ibu. Aku berasa sangat
teruja kerana ahli keluarga kami akan bertambah.
Jikalau mengikut pengiraan doktor ketika ibu pergi membuat pemeriksaan,
InsyaAllah akan lahir pada bulan dua tahun hadapan.
Yeah!!!, tahun depan tahun Harimau!, jerit abanglong tiba-tiba. Dia tersengih
kerana dia lahir pada tahun harimau iaitu pada 1998. Tahun hadapan pula ialah tahun 2010
yang juga merupakan tahun harimau. Ibu lahir pada tahun 1977 iaitu pada tahun ular. Aku
juga lahir pada tahun ular iaitu pada tahun 2001.
Seluruh keluarga kami begitu gembira dengan berita tersebuat. Bilangan ahli
keluarga kami akan bertambah menjadi tujuh orang daripada 6 orang. Aku akan mendapat
teman baru. Ibu pernah berkata,
Kawan-kawan di sekolah hanya perlu berkawan di sekolah. Tidak perlu dibawa ke
rumah kerana dirumah telah ada ada teman yang kekal selama-lamanya iaitu adik beradik.
Ikatan adik beradik adalah seperti air. Air jikalau dicincang tidak akan putus selama-lamanya.
Air juga dapat mengubah bentuk batu sebagai contoh batu besar di lautan. Jika dilihat, pada
mulanya ianya sangat kukuh, kuat dan tidak erubah bentuk. Namun, lama-kelamaan batu itu
berubah bentuk kerana telah dipukul oleh ombak setiap hari. Betapa kuatnya ikatan adik-
beradik, kata-kata ibu itu tidak pernah aku lupakan. Aku amat menyayangi adik beradikku.
Pada pertengahan bulan November, kami sekeluarga menemani ibu ke klinik untuk
membuat pemeriksaan yang lebih terperinci. Setelah pemeriksaan, kami diberitahu bahawa
bayi tersebut mungkin lelaki. Abanglong sangat gembira mendengar berita tersebut. Namun,
ibu perlu menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi tersebut kerana aku dan kak yang
dilahirkan melalui pembedahan. Doktor menerangkan bahawa jika sudah menjalani dua
pembedahan untuk melahirkan anak, anak yang ketiga juga perlu dilahirkan melalui
pembedahan. Ayah bersetuju kerana bagi dia, apa yang doktor sarankan, InsyaAllah
merupakan saranan yang terbaik.
Pada bulan Disember, kami pergi sekali untuk membuat pemeriksaan. Kali ini,
doktor telah mengesahkan bahawa bayi itu ialah bayi perempuan. Aku, kak yang dan kak cik
bersorak kegembiraan. Abanglong tersenyum walaupun dia mengharapkan untuk mempunyai
seorang adik lelaki. Bagi dia, ianya juga berita gembira kerana dia akan mendapat adik baru.
Setelah berbincang dengan doktor, doktor menetapkan tarikh 10 Februari 2010 sebagai tarikh
pembedahan. Ianya pada hari Rabu.
Wah, semuanya lahir hari Rabu!, beritahu ayah sebaik sahaja kami menaiki kereta
untuk pulang ke rumah.
Apa yang dimaksudkan oleh ayah ibu?, tanya kak cik yang kehairanan dengan
kenyataan itu.
Abanglong, kakak, kak cik dan kak yang semuanya lahir pada hari Rabu, terang
ibu sambil tersenyum.
Kenyataan tersebut seolah-olah telah ditakdirkan. Kami lahir pada hari Rabu,
namun belum tentu lagi kami pulang hari Rabu. Namun siapakah yang dapat menjangkakan
bahawa Rabu juga hari kembali.
Tanpa diduga, ibu saudaraku juga akan melahirkan anak keduanya pada 11 Februari
2010. Perbezaannya hanyalah sehari. Pemeriksaan dilakukan dan didapati bahawa ibu
saudaraku mengandungkan bayi lelaki dan akan melahirkannya secara normal. Mereka
merancang untuk peri ke hospital yang sama. Nenekku amat teruja kerana dia akan mendapat
2 cucu dalam masa 2 hari. Dia menyatakan hasratnya bahawa dia ingin menjaga ibu dan ibu
saudaraku sepanjang tempoh mereka berada di hospital.
Hari demi hari bersilih ganti. Kini hanya tinggal sebulan sebelum kedua bayi itu
akan dilahirkan. Aku rasa sangat gebira kerana ahli keluargaku bertambah. Aku hanya tahu
bertambah tetapi tidak pernah walau sekalipun aku terlintas tentang berkurang. Aku tidak
pernah memikirkannya.
Kita nak beri nama kepada adik baru apa?, soal abanglong yang begitu teruja.
Apa kata, kita beri nama Adila Adriana?, aku memberikan pendapatku dengan
harapan pendapatku diterima.
Ibu dan ayah tertarik dengan nama itu. Ibu terus bersetuju dengan nama itu. Kak
yang menyatakan hasratnya untuk pergi ke tadika. Ibu berkata bahawa dia dan ayah akan
menghantar kak yang ke tadika setelah ibu habis berpantang. Kak yang amat gembira kerana
dia akan mendapat adik baru dan akan bertadika pada tahun itu.
Aku rasa sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang bahagia. Ayah dan ibu
banyak mengajarkan erti kehidupan kepadaku. Namun, ketika itu aka baru kenal erti kematian
setelah tok nekku meninggal dunia. Aku belum tahu bahawa kematian ialah hakikat
kehidupan. Aku semakin mengenali apa itu kematian. Aku redha akan pemergian tok nekku
kerana dia meninggal kerana umurnya yang sudah tua. Namun, ketika itu aku tidak berapa
sedar bahawa orang muda juga boleh meninggal. Aku tidak suka memikirkannya kerana
bagiku umur manusia panjang.









BAB 3
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pada pukul 10 pagi, aku dikhabarkan bahawa
adikku telah selamat dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim tepat pada pukul 10:10 pagi.
Aku ingin pergi ke hosptal, namun aku masih perlu ke sekolah. Lalu, aku menelefon ayahku
untuk bertanyakannya.
Assalamualaikum, ayah!. Bagaimana keadaan ibu dan adik?,soalku sebaik sahaja
ayah menjawab panggilanku.
Waalaikummussalam, Alhamdullilah, semuanya baik-baik sahaja. Kakak tengah
buat apa? soal ayah kembali.
Kakak tengah tunggu ayahlah, bila ayah nak sampai? Kakak tidak sabar nak tengok
adik baru!, balas aku dengan perasaan tidak sabar.
Mana boleh, kakak. Kakak kena pergi ke sekolah menaiki bas dan ketika pulang
ayah akan ambil. Selepas itu, barulah kita pergi melawat ibu dan adik.,terang ayah. Aku
hampir menangis kerana aku begitu teruja untuk berjumpa dengan adik tetapi aku perlu
tunggu sehingga tamat sesi persekolahan. Namun, aku kembali tenang kerana aku masih
boleh berjumpa dengan iu dan adik selepas sekolah. Aku segera bersiap untuk ke sekolah. Di
sekolah, aku menceritakan perkara ini kepada kawan-kawanku. Aku tidak sabar menunggu
sesi persekolahan tamat.
Lebih kurang pukul 6 petang, ayahku menunggu di pagar sekolah. Aku segera
beredar dan menuju kepada ayah. Aku menyalam ayah dan terus menaiki kereta. Kami terus
menuju ke hospital.
Setelah tiba, aku dan ayah berjalan ke wad di mana ibu dan adik ditempatkan. Wad
tersebut dikelilingi oleh sanak saudara. Aku amat gembira. Aku segera melihat adikku. Dia
kelihatan seperti kain putih. Dia sangat putih dan comel. Aku terus mencuit pipinya. Kak yang
tidak bergerak ke mana-mana. Dia hanya duduk di sebelah adik dan hanya melihat adik. Dia
tersenyum sentiasa.
Setelah itu, kami pulang kerana waktu melawat telah tamat. Ibu masih perlu berada
di hospital selama beberapa hari sebelum dibenarkan pulang. Nenek akan menemaninya. Ibu
saudaraku sudah berada di wad kerana dia akan bersalin pada esok hari. Nenek menawarkan
dirinya untuk menjaga ibu dan ibu saudaraku.
Pada keesokan harinya, aku dan keluargaku bertolak ke hospital pada waktu pagi
kerana ia merupakan hari cuti. Keadaan ibu semakin baik. Aku dikhabarkan bahawa sepupuku
telah lahir.
Ayah, jom kita pergi ke wad mak long!, ajak aku dan kak cik.
Baiklah, jom. Mak long berada di wad sebelah. Dia baru sahaja selesai bersalin,
balas ayah kepada kami.
Kami pergi ke wad sebelah. Kelihatan bapa saudara dan sepupuku berada di wad
tersebut. Sepupuku yang pertama bernama Sury Irdina. Dia muda setahun daripada kak yang.
Dia juga sedang melihat adiknya. Sepupuku yang baru lahir itu diberi nama Rizkie Ramdhan
yang bermaksud Rezeki Ramadhan. Keluargaku amat gembira dengan kehadiran dua orang
ahli baru.
Kak yang menjaga adik dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Rambut adik
sangat keras dan lurus. Tidak seperti rambut kak yang yang lembut dan kerinting. Perbezaan
antara adik dan kak yang agak ketara. Namun, kak yang tidak mempedulikannya. Bagi dia
mendapat seorang adik merupakan perkara paling gembira yang dia pernah alami.
Kak yang memasuki tadika pada bulan 5. Dia ternyata sangat gembira. Dia pergi ke
tadika bersama ayah dan pulang menaiki van. Tadika itu berhampiran dengan rumahku.
Namun, ibu tidak mahir membawa motorsikal dan tiada lesen kereta untuk menjemput kak
yang pulang dari tadika. Jadi, kak yang perlu menaiki van pulang ke rumah. Dia bersemangat
untuk belajar. Namun, prestasinya agak tidak memuaskan.
Beberapa minggu kemudian, kami menghantar mak su ke stesen kereta api kerana dia
perlu pulang ke Kuala Lumpur. Dia belajar di Universiti Malaya. Dia pulang ke kampung
kerana dia cuti selama beberapa hari. Jadi, ayah menawarkan dirinya untuk mak su sehingga
ke stesen kereta api.
Ibu, kak yang nak naik kereta api juga boleh?, soal kak yang tetiba.
Boleh, tapi kak yang kena dapat A dalam membaca, reading dan tasmi, abanglong
kena dapat A untuk UPSR, kakak dan kak cik perlu dapat 5A untuk peperiksaan hujung tahun
mereka., balas ibu. Di tadika kak yang, mereka menilai murid-murid melelui pembacaan
dalam bahasa melayu, bahasa inggeris dan bacaan Al-Quran. Kak yang selalu mendapat
keputusan yang tidak memuaskan dalam ketiga-tiga aspek tersebut.
Baiklah, ibu....., balas kak yang lembut. Ekspresi mukanya tidak dapat
digambarkan. Dia hanya menundukkan wajahnya.



BAB 4
Pada cuti pertengahan tahun, ayah membawa kami sekeluarga ke Bukit Merah. Aku
dan kak yang bermandi-manda di dalam sebuah kolam yang sangat besar. Aku tahu bahawa
kak yang takut jika dia ternampak sesuatu yang menggelikan atau sesuatu yang mencurigakan.
Aku mengusiknya dengan mendukungnya ke dalam kolam itu dan berhenti di tengah kolam di
mana terdapat kesan tompok hitam di dalam kolam itu. Ia hanyalah tompok hitam biasa.
Namun, kak yang begitu takut lalu memeluk aku sambil menangis. Aku tertawa melihatnya.
Ibu marah akan sikapku itu.
Kakak, jom kita naik belon air besar tu., ajak ayah bersama abanglong.
Bolehkah kakak naik? Bukankah ada had ketinggian jika hendak naik belon air?,
soalku kehairanan.
Boleh, mari kita ukur had ketinggian dulu, kalau melepasi barulah kita naik.,
jawab ayah dan membawaku ke kaunter belon air yang besar itu. Setelah diperiksa, aku
melepasi had ketinggian tersebut. Aku boleh menaiki belon air tersebut. Ketika beratur, aku
melihat muka kak yang sangat masam kerana dia tidak dapat naik belon air tersebut. Setelah
selesai bermain, aku memujuk kak yang dengan mengatakan bahawa dia masih dapat naik
belon air besar itu suatu hari nanti. Kak yang tersenyum kembali.
Waktu semakin berputar dengan pantas. Aku melihat kalendar bahawa bulan Ramadhan 2010
semakin hampir. Aku begitu teruja dan menceritakan hal ini kepada ibuku. Aku tidak sabar
untuk berpuasa.
Puasa itu apa?, soal kak yang yang terdengar perbualan kami.
Puasa itu menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga
terbenam matahari. Kita juga perlu menahan diri kita daripada perkara-perkara yang dapat
membatalkan puasa. Kak yang nak mencuba untuk berpuasa?, soal ibu kembali setelah
menerangkannya.
Kak yang nak puasa!, jerit kak yang. Dia begitu teruja. Ibu tersenyum kerana dia
bangga mempunyai anak seperti kak yang. Dia akan memnenarkan kak yang berpuasa
setengah hari kerana dia tahu kak yang masih beajar untuk berpuasa.
Pada 03 Ogos 2010.
Hari ini merupakan hari lahir kawan baikku yang juga merupakan jiranku. Keluarga dia
membuat parti hari lahir secara besar-besaran. Kami dijemput ke parti tersebut. Ia diadakan
dengan sangat meriah. Kanak-kanak yang hadir mendapat goodie bag yang dipenuhi dengan
pelbagai jenis gula-gula. Kak yang mendapat goodie bag tersebut.
Kak yang, jangan makan gula-gula banyak sangat!, pesan ibu setelah melihat kak
yang membuka goodie bagnya. Kak yang hanya tersenyum namun tidak membalas kata-kata
ibu. Dia tidak berkata dia mahu menghabiskannya atau dia tidak mahu menghabisknnya. Dia
hanya tersenyum. Ibu agak pelik melihat perangai yang ditunjukkan kak yang pada hari itu.
Siapa sangka, kak yang menghabiskan gula-gula yang dia dapat malam itu juga. Ibu
sangat marah kerana ibu sudah tahu benar perangai kak yang. Dia akan meraung sakit gigi
pada tengah malam jika dia makan gula-gula dalam kuantiti yang sangat banyak. Selalunya,
jika dia mendapat gula-gula yang banyak dia akan menyimpan sedikit pada esok hari untuk
dihabiskan. Jika tidak, dia akan sakit gigi. Tetapi ibu juga kehilangan kata apabila melihat kak
yang menghabiskan semuanya.
Malam itu, selepas aku pulang dari kelas mengaji, aku duduk di hadapan bilik ibu
dan melihat kak yang yang sedang tidur lena. Aku hanya termenung sambil memerhatikannya.
Kakak, kak yang habiskan semua gula-gula dia, mengadu ibu kepadaku sambil
mengeluh.
Hah! Habis tu, dia ada adu sakit gigi tak?, soal aku.
Inilah satu lagi perkara yang pelik. Dia hanya tidur lena tanpa mengadu sakit gigi,
ibu menjawab persoalanku.
Oklah tu... Mungkin dia baik-baik sahaja, aku menamatkan perbualan dan terus
tidur. Aku menjangkakan bahawa esok merupakan hari yang biasa. Namun, ia merupakan hari
yang sangat luar biasa.
Pagi itu, kak yang bangun seperti biasa dan membersihkan diri. Setelah itu, dia
meminum Milo yang dibuat oleh ibu. Dia tidak meminum Milo itu sehingga habis. Ibu
menyimpan Milo itu ke dalam peti sejuk. Setelah itu, yah dan kak yang bersiap untuk bertolak.
Ibu memeluk kak yang seolah-olah tidak mahu melepaskannnya. Dia mencium dan
memeluk kak yang.
Ibu, lepaslah. Nanti ayah langgar kaki ibu, beritahu kak yang sambil tersenyum. Ibu
melepaskan kak yang. Ayah dan kak yang bertolak keluar dari rumah. Ibu melambai kak yag
sehingga mereka hilaang dari pandangan.



BAB TERAKHIR
(Sambungan Prolog)
Aku melambai ibu dari dalam bas. Ibu melambai kembali. Ketika itu, adikku yang
berumur 5 bulan ketika itu berada di dalam rumah seorang diri. Ibu masih lagi menunggu kak
yang pulang. Ibu masuk sebentar ke dalam rumah untuk melihat adik.
Tiba-tiba, ibu terdengar bunyi van dari luar rumah. Ibu segera bangun dan keuar. Jam
menunjukkan pukul 12:10 minit. Ibu keluar dan membuka pagar. Ketika ibu pusing ke arah
jalan, kelihatan van sudah bergerak, kak yang tidak kelihatan dan darah memenuhi sepanjang
jalan. Ibu panik.
KAK YANG!!!!!!, jerit ibu dalam keadaan yang sangat
Pemandu vanyang terdengar jeritan itu memberhentikan van dan mengundur van ke
belakang. Sekujur tubuh terbaring di atas jalan. Tubuh kecil itu diselaputi darah. Budak kecil
itu ialah KAK YANG! Ibu segera berlari kearahnya dan memeluknya. Ibu menangis.
Pemandu van yang panik itu segera menelefon ambulans.
Kebetulan, ketika itu seorang doktor pulang dari hospital ketika waktu rehat. Dia
terdengar jeritan ibu. Dia merasakan bahawa seorang perempuan dirompok. Jadi, dia segera
ke tempat kejadian. Dia amat terkejut melihat kejadian yang berlaku di hadapan rumahku.
Puan, anak puan sudah tidak sempat jika hendak tunggu ambulans. Mari saya
hantarkan ke hospital, kata doktor tersebut yang melihat kak yang kehilangan banyak darah.
Dalam perjalanan ke hospital, ibu memeluk kak yang dengan erat.
Puan, maafkan kami. Kami tidak dapat selamatkan anak puan. Anak puan sudah
meninggal. Maafkan kami..., kenyataan yang membuatkan ibu rasa seperti dirinya dihempap
bangunan hospitak tersebut. Kenyataan yang membuatkan dia rasa seperti disambar kilat. Ibu
terduduk. Air matanya tidak mampu ditadah kerana terlalu banyak.
Abang, kak yang dah tiada..., ayah segera menutup laptopnya dan berlari ke arah
tempat parkir kereta setelah ibu berkata sedemikian di dalam telefon. Beberapa rakan sekerja
ayah juga turut berlari.
Assalamualaikum, Assalamualaikum, mak, panggil abanglong dan kak cik yang baru
pulang menaiki bas. Jiran kami memanggil abanglong dan kak cik ke dalam rumahnya. Jiran
kami amat berat hati untuk memberitahu perkara ini kepada abanglong. Namun, kenyataan ini
tidak boleh disorokkan. Dia memberitahu abanglong. Abanglong lari keluar dari rumah dan
ternampak kesan darah yang bnyak di hadapan rumah. Dia meraung seperti orang gila. Kak
cik yang memandang dari jauh menangis teresak-esak.
Pak cikku yang secara kebetulan menghantar bakal bapa mertuanya ke hospital,
ternampak kereta ayah. Dia segera bertemu dengan ayah dan bertanyakan apa yang berlaku.
Setelah diberitahu, pak cik segera pulang dan membawa nenekku datang ke hospital. Seorang
demi seorang berkumpul. Abanglong dan kak cik sudahpun berada di hospital. Sanak-saudara
yang jauh juga sudah berkumpul. Di manakah aku?
Aku sedang berehat di bawah tangga di sekolah. Ketika itu merupakan waktu rehat.
Aku dan beberapa orang rakanku berkumpul di bawah tangga itu. Ketika itu, aku hanya tahu
memarahi mereka walaupun mereka tidak membuat salah. Keadaanku tidak seperti biasa.
Jam menunjukkan hampir pukul 4 petang. Aku masuk ke kelas seni. Ketika sedang
melipat kertas, seorang jururawat masuk ke dalam kelasku. Mukanya kelihatan seperti aku
pernah tengok. Namun, aku tidak mengendahkannya.
Zairin Zulaikha, sila kemas barang kamu, beritahu cikgu seni. Aku tertanya-tanya.
Aku melihat cikguku menangis. Adegan apakah ini? Aku baru teringat bahawa jururawat
tersebut ialah jiranku.
Aku hanya menuruti tanpa berkata banyak. Aku berjalan turun ke tempat parkir kereta.
Aku hanya mengikuti apabila disuruh menaiki keretanya. Dia mebawa aku pulang ke rumah.
Ketika sampai, aku melihat terdapat beberapa kereta polis dan beberapa orang rakan sekerja
ayahku. Ibuku sedang mkenangis. Aku nampak dia mengambil adik dari jiranku. Aku
kebingungan. Apakah yang telah terjadi.
Setelah aku turun dari kereta, ayah menghampiriku, memegang bahuku dan berkata
Kak yang dah tiada, kak yang kemalangan, kata-katanya membuatkan aku terduduk. Aku
meraung bagaikan orang gila. Aku tidak dapat menerima kenyataan ini. Aku menangis.
Namun, apa yang aku mampu lakukan?
Kak yang dikebumikan pada waktu malam iaitu selepas Maghrib. Hanya aku, ayah
dan abnglong sahaja yang ikut kerana hari sudah malam. Aku melihat adik aku yang telah
dikapankan itu. Mukanya sangat bersih. Dia tidak mengucapkan selamat tinggal kepadaku.
Sebaik sahaja mayat kak yang menyentuh tanah, azan Isya berkumandang. Aku
menangis terseak-esak. Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku tidak sanggup melihat ini semua. Aku
berharap ini ialah mimpi, namun pada hakikatnya ialah satu realiti.
Pada keesokan harinya, ibuku dan yang lain datang ke tanah perkuburan. Ibuku
terduduk sebaik sahaja tiba di tanah perkuburan. Air matanya yang selama in sangat mahal
menjadi murah... Ya Allah, Ya Tuhanku, aku redha atas pemergiaanya. Semoga kak yang
menantikan keluarganya di syurga... Amin... Al-Fatihah...

Anda mungkin juga menyukai