Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum w.b.

t
Indah sungguh si bulan purnama,
Cahayanya terang, menyinar sentiasa;
Salam diberi pembuka bicara,
Kisah Nabi Ayyub a.s tajuk cerita.
Salah seorang malaikat telah berkata; Aku tidak pernah melihat seorang manusia yang hidup
di atas bumi Allah yang lebih baik dari hamba Allah Ayyub. Dia adalah seorang mukmin sejati
dan ahli ibadah yang tekun. Walaupun mempunyai harta yang banyak, namun sebahagiannya
digunakan untuk menolong orang fakir miskin. Hari-harinya terisi penuh dengan ibadah, sujud
kepada Allah dan bersyukur atas segala nikmat yang yang ada. Para malaikat mengakui
kebenaran itu bahkan menyebut lagi beberapa sifat dan tabiat yang lain yang ada pada diri
Nabi Ayyub.
Hadirin sekalian,
Percakapan para malaikat yang memuji-muji Nabi Ayyub itu didengar oleh Iblis laknatullah yang
sedang berada tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Mereka merasa panas hati dan
jengkel mendengar kata-kata pujian para malaikat. Mereka tidak rela melihat seorang dari
anak cucu anak Nabi Adam menjadi seorang mukmin yang baik, ahli ibadah yang tekun dan
melakukan amal soleh.
Maka pergilah Iblis mendatangi Nabi Ayyub untuk melihat sejauh mana kebenaran pujian para
malaikat itu. Ternyata memang benar Nabi Ayyub patut mendapat segala pujian itu. Siang dan
malam sentiasa berada di mihrabnya untuk melakukan solat, berzikir, bertasbih dan bertahmid.
Iblis pun menggoda Nabi Ayyub supaya asyik kepada dunia namun usahanya gagal. Telinga
Ayyub pekak terhadap segala bisikannya dan hatinya sudah penuh dengan iman dan takwa.
Cinta dan taatnya kepada Allah merupakan benteng daripada serangan godaan Iblis laknatullah.

Akan tetapi Iblis laknatullah masih tidak berputus asa lalu menghadap Allah untuk menghasut.
Ia berkata : Wahai Tuhan, sesungguhnya Ayyub yang menyembah, bertasbih dan bertahmid
menyebut nama-Mu, tidak berbuat demikian seikhlas dan setulus hatinya kerana cinta dan taat
pada-Mu. Ia melakukan semua itu kerana takut akan kehilangan semua kenikmatan duniawi
yang telah Engkau kurniakan kepadanya.
Lalu Allah berfirman : Sesungguhnya Ayyub adalah seorang hamba-Ku yang sangat taat
kepada-Ku, ia seorang mukmin sejati, apa yang ia lakukan untuk mendekati dirinya kepada-Ku
adalah semata-mata didorong oleh iman yang teguh dan taat yang bulat kepada-Ku.
Seterusnya Allah mencabar iblis supaya menggoda Nabi Ayyub yang terkenal sebagai seorang
yang beriman dan bertakwa.
Setelah itu, iblis pun mengumpulkan syaitan-syaitan, pembantunya dan bersepakat untuk
merosakkan aqidah dan iman Nabi Ayyub. Caranya ialah dengan memusnahkan harta
kekayaannya sehingga ia menjadi seorang yang miskin, mencerai-beraikan keluarganya sehingga
ia menjadi sebatang kara. Nabi Ayyub juga diuji dengan penyakit kulit yang teruk dan
bermacam-macam penyakit yang lain sehingga baginda menjadi sangat kurus. Isteri yang
dikasihinya juga meninggalkannya lantaran termakan pujukan syaitan durjana.
Maka tinggallah Nabi Ayyub sendirian dalam kesakitan namun baginda tetap tabah dan sabar
kerana yakin dan beriman bahawa Allah sentiasa bersamanya.
Ya asdiqai,
Nabi Ayyub dipilih sebagai nabi dan teladan yang baik bagi hamba-hamba-Nya sehingga dikenali
sebagai simbol kesabaran. Pengajaran dari cerita ini ialah : Pertama : Kita hendaklah beriman
kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kedua : Kita hendaklah sabar dalam menghadapi apa
jua dugaan dan cabaran. Allah sentiasa bersama kita.
Sekian, wabillah hitaufiq walhidayah wassalamualaikum w.b.t,

Anda mungkin juga menyukai