Anda di halaman 1dari 4

TATACARA ISTIADAT BERKAITAN KEMATIAN BAGI PEGAWAI / ANGGOTA

POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN PESARA POLIS



RUJUKAN : KPN 19 / 26 BERTARIKH : 22 OGOS 2013

SP PGB JPP
ARAHAN PENTADBIRAN BIL. 10 / 2013
Rujukan ini hendaklah dibaca bersama Arahan Ketua Polis Negara No. 39 (Pindaan)
Tatacara Berkaitan Kematian dan Kecederaan Pegawai Polis Diraja Malaysia dan
Kematian Pesara Polis, rujukan sama bertarikh 19 Jun 2008 dan Buku Panduan Istiadat
Pemakaman dan Pengkebumian Pembesar Negara,Jabatan Perdana Menteri.

1. Pengurusan jenazah bagi manamana pesara atau pegawai kanan polis dan
anggota pangkat rendah PDRM penerima Darjah Gagah Kepahlawanan Seri
Pahlawan Gagah Berani (SP), Panglima Gagah Berani (PGB) dan Pingat Jasa
Perkasa Persekutuan (JPP) taraf Pengkebumian Negara atau Pengkebumian
Negeri.

1.1 PENGUSUNG KERANDA JENAZAH BAGI PEGAWAI KANAN

( TARAF PENGKEBUMIAN NEGARA ATAU PENGKEBUMIAN NEGERI )






Pengusung Keranda Jenazah bagi pegawai kanan
(1.1.1) Jika jenazah beragama Islam (1.1.2) Jika jenazah bukan beragama
Islam
pengusung keranda jenazah mestilah
beragama Islam dengan memakai
Pakaian Istiadat No. 1 dan bersongkok
istiadat
Pengusung hendaklah Pakaian Istiadat
No. 1 dan peak cap.

Bilangan pengusung keranda jenazah mestilah berjumlah sekurang-kurangnya
8 orang pegawai kanan berpangkat ASP Inspektor.
1.2 PENGUSUNG KERANDA JENAZAH BAGI PEGAWAI PANGKAT RENDAH

Pengusung Keranda Jenazah bagi pegawai pangkat rendah
(1.2.1) Jika jenazah beragama Islam (1.2.2) (Jika jenazah bukan beragama Islam
bilangan pengusung keranda jenazah
mestilah beragama Islam dengan
memakai Pakaian Istiadat No. 1 dan
bersongkok istiadat
pengusung keranda hendaklah Pakaian
Istiadat No. 1 dan peak cap.
Jumlah pengusung mestilah sekurang-kurangnya 8 orang berpangkat
SarjanKoperal.

1.3 ZIARAH JENAZAH BERAGAMA ISLAM

Hadir Ziarah jenazah beragama islam
pegawai kanan dan anggota pangkat rendah lelaki yang beragama Islam yang hadir
menziarah di upacara pengkebumian hendaklah berpakaian uniform kerja dan
bersongkok istiadat. Pegawai kanan dan APR wanita Islam hendaklah bertudung biru
tua (tudung yang dibekalkan oleh pasukan)

1.4 ZIARAH JENAZAH BUKANBERAGAMA ISLAM

Hadir Ziarah jenazah bukan beragama islam
pegawai kanan dan anggota pangkat rendah yang hadir di upacara pengkebumian
hendaklah berpakaian uniform kerja dan peak cap/ bowler hat.


2. Pengurusan jenazah bagi manamana pesara atau pegawai kanan polis dan
anggota pangkat rendah PDRM yang menerima Darjah Gagah Kepahlawanan
Seri Pahlawan Gagah Berani (SP), Panglima Gagah Berani (PGB) dan Pingat
Jasa Perkasa Persekutuan (JPP). Tetapi tidak mendapat taraf Pengkebumian
Negara atau Pengkebumian Negeri. ( KEMATIAN BIASA ) .


2.1 PENGUSUNG JENAZAH BAGI PEGAWAI KANAN

Pengusung Keranda Jenazah bagi pegawai kanan
(2.1.1) Jika jenazah beragama Islam (2.1.2) Jika jenazah bukan beragama
Islam
Jenazah pegawai kanan beragama Islam,
pakaian pengusung adalah seragam kerja
Bush jacket bersongkok istiadat. Jika
jenazah pegawai kanan bukan beragama
Islam,pakaian pengusung adalah seragam
kerja Bush jacket dan peak cap;
Jenazah pegawai kanan dan bukan
beragama Islam, pakaian pengusung
adalah seragam kerja Bush jacket dan
peak cap;


2.2 PENGUSUNG JENAZAH BAGI PEGAWAI PANGKAT RENDAH

Pengusung Keranda Jenazah bagi pegawai pangkat rendah
(2.2.1) Jika jenazah beragama Islam (2.2.2) Jika jenazah bukan beragama
Islam
Jenazah APR beragama Islam, pakaian
pengusung adalah seragam kerja tuck-in
bersongkok istiadat;
Jenazah APR dan bukan beragama Islam,
pakaian pengusung adalah seragam kerja
tuck-in dan peak cap.


2.3 ZIARAH

(2.3.1) Hadir Ziarah jenazah beragama islam
pegawai kanan dan anggota pangkat rendah lelaki yang beragama Islam yang hadir
menziarah di upacara pengkebumian hendaklah berpakaian uniform kerja dan
bersongkok istiadat. Pegawai kanan dan APR wanita Islam hendaklah bertudung biru
tua (tudung yang dibekalkan oleh pasukan)

(2.3.2) Hadir Ziarah jenazah bukan beragama islam
pegawai kanan dan anggota pangkat rendah yang hadir di upacara pengkebumian
hendaklah berpakaian uniform kerja dan peak cap/ bowler hat.

3. Perkara ini selaras dengan tatacara yang telah dipraktikkan oleh Kerajaan
Persekutuan apabila terdapat orang kenamaan yang meninggal dunia.
Walaubagaimanapun, tatacara ini haruslah mendapat persetujuan dari waris
simati.

4. Semua Pegawai Pemerintah serta pegawai dan anggota yang menguruskan acara
pengkebumian jenazah mana-mana pesara atau pegawai / anggota penerima Darjah
Gagah Kepahlawanan Seri Pahlawan Gagah Berani (SP), Panglima Gagah Berani
(PGB), Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) yang meninggal dunia, hendaklah
memahami dan mematuhi serta menguatkuasakan tatacara yang diselaraskan agar
pesara, pegawai dan anggota yang meninggal dunia dapat disemadikan dengan
sempurna dan tertib Pasukan. Ianya sebagai mengenang jasa dan pengorbanan yang
telah dicurahkan semasa berkhidmat akan terus dikenang. Semoga tatacara ini
memberi panduan kepada Pegawai Pemerintah dalam melaksanakan pengurusan
pengkebumian jenazah.

RUJUKAN FAIL : KPN 19/26 BERTARIKH : 22 OGOS 2013

Anda mungkin juga menyukai