Anda di halaman 1dari 3

LAMPIRAN 2

72

Petikan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa ke semasa.
Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta, lori,
penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negara kita juga
dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang tertinggi.
Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca daripada kecuaian
pengguna jalan raya sendiri.

Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih dan
mengantuk. Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang dituju, mereka tidak menghiraukan
keadaan mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan dipandu dalam keadaan kurang
tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk
menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap
pemanduan.

Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi
had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Walaupun banyak
papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh pihka
berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan
keselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang berlumba secara haram
menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasa dilakukan oleh golongan remaja.

Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-langkah yang
praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama
demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan
Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek
untuk mendisiplinkan para pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi
keselamatan pemandu. Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan
denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk
menyedarkan pengguna jalan raya. Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam
menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada
pengguna jalan raya yang lain.

Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak harus
mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain.
Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak. Jangan
gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain
yang tidak bersalah turut terancam. Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum
memulakan perjalanan.


Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna
jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus
dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak dapat
LAMPIRAN 2

73

lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa orang lain
juga turut melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.




Isi
Kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian manusia. Bincangkan.

Pendahuluan

- kadar kemalangan meningkat setiap tahun
- jenis kemalangan
- antara yang tertinggi di dunia
- faktor utama : kecuaian manusia

Isi 1
- Kecuaian manusia yang utama: memandu dalam keadaan letih dan mengantuk.
- Hendak segera sampai.
- Kurang tumpuan ketika memandu
- Sepatutnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk
- Mabuk.
- Melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Isi 2
- memandu melebihi had laju.
- Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
- Berlumba secara haram terutama penunggang motosikal

Isi 3
- kurang prihatin terhadap kenderaan mereka.
- Seperti brek, tayar yang haus dan sebagainya.

Isi 4
- keadaan jalan raya kurang baik
- gangguan seperti pembaikan jalan.
- Cuaca seperti hujan lebat.

Isi 5 (cara mengatasi)

- kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama
- JPJ, polis, JKR harus membuat pemantauan daripada semua aspek untuk mendisiplinkan
pengguna.
- Menyediakan laluan yang selesa untuk pengguna.
- Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran, pelaksanaan denda atau saman.
- Iklan kesedaran
LAMPIRAN 2

74

- Jangan penting diri sendiri.
Penutup

- Tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri.
- Kecuaian punca utama.
- Elakkan kesilapan/kesalahan demi kesejahteraan bersama

Anda mungkin juga menyukai