Anda di halaman 1dari 2

MATA PELAJARAN : EKONOMI RUMAH TANGGA

Kekuatan
1. Pengurusan :
- Kemudahan fotostat yang disediakan bagi memudahkan guru menyediakan soalan latih tubi sebelum percubaan SPM
- Menjalankan program kecemerlangan seperti Sesi Ikhtiar dan Konvensyen Mata pelajaran
2. Guru :
- Guru yang komited dan berdedikasi.
- Guru sentiasa menekankan teknik menjawab soalan dalam setiap P & P yang dijalankan
- Mengadakan kelas tambahan pada hari sabtu dan menjawab soalan percubaaan negeri lain
3. Pelajar :
- Pelajar komited dan hadir ke sekolah menjadikan P & P berjalan lancar

Kelemahan
1. Pengurusan :
-Tidak memberi peluang yang sama rata di antara matapelajaran elektif dan teras dalam program kecemerlangan SPM
2. Guru :
- Sebelum percubaan waktu P & P banyak digunakan untuk menyiapkan kerja kursus ERT bagi pelajar yang bermasalah
3. Pelajar :
- Pelajar tidak serius dalam kelas dan kerap kali ditegur menyebabkan pelajar lain yang ingin belajar terganggu
- Tidak membuat nota dan latihan yang diberikan
- Ketiadaan buku teks tingkatan 5 menyebabkan sebahagian pelajar 5 PA/SK tidak dapat mengulangkaji topik tingkatan 5
- Ada pelajar tidak menjawab soalan kertas 2 bahagian A dan C menyebabkan mereka kehilangan markah yang banyak
- Kehadiran pelajar yang tidak memuaskan dalam kelas tambahan yang diadakan pada hari sabtu

Cadangan
1. Guru akan meneruskan Program panitia yang dirancang seperti menggunakan modul soalan mengikut topik tingkatan 4 dan 5
2. Latih tubi soalan percubaan negeri-negeri lain
3. Program Waktu senggang semasa peperiksaan SPM berlangsung

Disediakan oleh,

..................................................
SANISAH BINTI SULAIMAN
KETUA PANITIA ERT

Anda mungkin juga menyukai