EDU 3108
1
PENGENALAN
Komponen utama pendidikan adalah guru itu sendiri, di mana kejayaan dan
keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan
tanggungjawab guru sebagai pendidik. Di dalam proses ini guru juga perlulah
mempunyai kelengkapan keilmuan di sertai keluhuran budi serta peribadi. Begitulah
idealnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan
untuk murid, pelajar dan masyarakat.
Namun kini masa telah berubah dengan pantas dan begitulah juga dengan
institusi perguruan di mana beban kerja guru semakin bertambah yang memerlukan
tahap kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Jika dahulu insan
bergelar guru menjadi sanjungan sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu
bapa dan masyarakat seluruhnya. Tetapi malangnya hari ini guru-guru diperlekehkan
oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Kadangkala ada
guru yang disaman di atas perbuatan guru itu yang tidaklah berat mana berbanding
segala pengorbanan yang telah dicurahkan. Rasa hormat murid semakin pudar
bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menuding
jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri
dalam mendidik anak-anak.
Ketidakfahaman guru tentang peranan guru menyebabkan mereka
menganggap guru hanyalah mengajar mata pelajaran tertentu dan anak mereka
perlu lulus mata pelajaran tersebut tetapi guru juga berperanan mendidik pelajar
menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji.
Malangnya hari ini, ibu bapa lebih mementingkan kecemerlangan dari akademik
semata-mata dan menganggap pembentukkan sahsiah terpuji tidak penting dan
inilah sebabnya anak-anak mereka tidak boleh ditegur, walaupun melakukan
kesalahan.
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
2
1.0 Konsep Profesion dan Akauntabiliti
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi yang keempat,
profesion bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran
yang tinggi dan latihan khas (dalam bidang undang-undang, perubatan,
perakaunan dan lain-lain). Menurut seorang tokoh pendidik Amerika Syarikat,
Lieberman (dalam Mok Soon Sang, 2011) menyatakan bahawa terdapat 8
konsep profesion seperti berikut :
i. Perkhidmatan yang unik dan penting
ii. Banyak keupayaan dan kebolehan intelek
iii. Ahli-ahli organisasi yang berkuasa
iv. Pakar dalam bidang
v. Pentingkan mutu perkhidmatan
vi. Bertanggungjawab
vii. Pernah mendapat latihan kursus
viii. Mematuhi kod etika
Perguruan, mengikut Kamus Dewan (1989), di bawah konteks
pendidikan guru, adalah diertikan sebagai pengajaran, misalya perguruan
kepada guru pelatih, murid dan sebagainya. Manakala perkataan keguruan
boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu berkaitan
dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Berdasarkan konsep
profesion dan maksud perguruan serta keguruan, dapatlah diungkapkan
bahawa profesion perguruan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan khas, misalnya latihan yang dijalankan dalam
Institut Pendidikan Guru (IPG). Manakala, profesion keguruan pula merupakan
pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan
kualiti guru.
Kita juga seringkali mendengar bahawa seorang guru hendaklah
mempunyai akauntabiliti yang tinggi dalam melaksanakan tugas. Akauntabiliti
boleh didefinisikan sebagai kebertanggungjawapan amanah kepada
seseorang yang menerima amanah oleh seseorang yang telah memberikan
amanah. Hal ini melibatkan satu pihak yang telah diperturunkan amanah
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
3
dalam mencapai matlamat murni sesebuah organisasi. Akauntabiliti keguruan
bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan
dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Maka, bagi
seseorang guru, jatuh bangunnya sesebuah sekolah tersebut bergantung
kepada akauntabiliti guru itu sendiri dalam mencapai matlamat mahupun visi
dan misi sekolah. Terdapat 5 ciri tanggungjawab yang harus difahami oleh
guru iaitu :
i. Akauntabiliti terhadap negara
Secara profesional, guru berkewajipan untuk memelihara imej dan
profesion keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu
dan penuh dedikasi demi kemajuan negara. Bagi mencapai matalamat
ini, guru hendaklah menanam azam untuk meningkatkan kemahiran
diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan dan
juga bidang-bidang lain yang berkaitan supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif.
ii. Akauntabiliti terhadap murid dan profesion perguruan
Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata
pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulum, tetapi
menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi
perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru
dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-
murid supaya mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia dan berguna kepada negara. Justeru itu, guru
mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan
kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi
moral serta akhlak. Di samping melaksnakan tanggngjawab mendidik
murid-murid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan
tngkah laku diri sendiri. Faktor ini amat enting kerana guru hendaklah
menunjukkan teladan yang terbai kepada murid-murid. Guru
hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang terbaik dengan
berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin dan
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
4
tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan
nilai-nilai ini, guru akan sentiasa dihormati oleh murid-murid.
iii. Akauntabiliti terhadap murid dan ibu bapa
Guru merupakan orang yang kedua penting dalam
kehidupan setiap murid. Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka
ke sekolah, maka ibu bapa menaruh harapan yang besar ke atas guru
untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang yang
berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini
menjadi amanah dan tanggungjawab bagi guru-guru dan wajib
dilaksanakan. Guru juga hendaklah menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati
masa, serta menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Utamakan kebajikan , kemajuan dan
keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Selain bersikap adil
terhadap setiap pelajar, guru mestilah membimbing mereka tanpa
meminta sebarang bayaran atau ganjaran.
iv. Akauntabiliti terhadap diri sendiri
Profesion perguruan merupakan profesion yang dihormati oleh setiap
lapisan masyarakat negara ini sejak negara ini belum merdeka lagi.
Justeru itu, setiap guru wajib memelihara dan mengekalkan status ini
demi kebaikan guru itu sendiri. Bagi memastikan profesion perguruan
sentiasa dihormati, guru-guru hendaklah bertanggungjawab terhadap
kemajuan diri sendiri seperti menjaga kesihatan dengan sempurna
supaya guru dapat menjalankan tugas dengan cergas dan bertenaga.
Guru juga hendaklah mengawal emosi ketika mengajar supaya murid-
murid dapat menghayati pelajaran dengan tenang dan tenteram serta
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan menerusi
aktiviti membaca dan aktiviti lain yang ada kaiatan dengan tugas guru.
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
5
v. Akauntabiliti terhadap tugas dan kerja
Bagi melaksanakan kebertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap
program pendidikan dengan cemerlang, guru-guru hendaklah
mengamalkan perkara-perkara berikut:
Membaca buku yang lebih banyak mengenai mata pelajaran
yang terkandung dalam kurikulum.
Memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar kepada
murid-murid.
Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan mudah difahami oleh murid-
murid.
Mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang tepat dan
fakta yang betul supaya murid-murid mendapat manfaat
darinya.
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
6
2.0 Isu Etika Guru
Profesion perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan
ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang
peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai
kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya
membantu negara mencapai kemajuan. Malangnya, kebanyakan guru hanya
melihat profesion perguruan ini hanya kepada proses pengajaran dan
pembelajaran (PNP) sahaja dan tidak melihat aspek lain yang akhirnya
melemahkan dunia pendidikan. Sebagai warga pendidik, haruslah sedar
masalah yang dihadapi dan kembali membawa profesion ini ke landasan yang
sebenar supaya tidak lari dari garis sempadan yang telah ditetapkan.
Etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat dan tingkah laku atau
kesusilaan (Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat). Perkataan etika
yang diperolehi dari perkataan Greek, ethos juga boleh dikatakan sebagai
tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang terhadap masyarakat.
Ringkasnya, etika guru adalah suatu sistem yang diatur sebagai panduan
untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai
kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan
kehidupan dengan baik. Jelaslah seperti yang dinyatakan oleh Lieberman
bahawa setiap profesion perlu mematuhi etika yang telah ditetapkan supaya
segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang
berhubung dengan mereka di samping menyesuaikan tingkah laku guru
dengan adat kebiasaan yang dilakukan dan tidak bertentangan dengan hak
asasi umum.
Walau bagaimanapun, status profesion keguruan semakin meragukan.
Kewibawaan seorang guru kini semakin luntur, secara tidak langsung
penghormatan yang diberikan juga semakin menurun. Sudah terlalu banyak
kes-kes yang disiarkan dalam media massa melibatkan masalah guru.
Walaupun terdapat beberapa kes yang telah disiarkan dalam media, masih
juga ada pihak yang masih menutup kes dan masalah yang sering berlaku
dalam kalangan guru. Tidak hairanlah sekiranya pada zaman ini, guru-guru
tidak lagi menjadi role-model kepada anak murid di sekolah. Berikut adalah
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
7
contoh-contoh masalah guru yang diperolehi melalui media cetak, iaitu
suratkhabar.
Rajah 1 : Masalah-masalah dalam kalangan guru
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
8
Seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1, jelaslah bahawa guru-guru yang
bermasalah ini kurang menghayati dan memahami isu etika yang perlu dipatuhi oleh
setiap guru. Tidak kiralah sama ada seseorang guru itu menerima latihan perguruan
atau tidak, dia hendaklah mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap isu
etika profesionnya. Berikut merupakan isu etika guru terdiri daripada 7 kategori iaitu :
i. Kesantunan guru
ii. Kepedulian guru
iii. Penampilan guru
iv. Berniaga di sekolah
v. Pengurus masa
vi. Pengurus kewangan
vii. Kerjaya sambilan
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
9
2.1 Isu Kesantunan Guru
Kesantunan atau etiket adalah tatacara, adat atau kebiasaan
yang berlaku dalam masyarakat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka edisi yang keempat, kesantunan adalah perihal (sifat dan
sebagainya), santun, kesopanan, kehalusan (kehalusan bahasa atau
budi pekerti): baik dalam lisan ataupun tulisan, kesantunan itu sama
pentingnya. Bedasarkan pengertian tersebut, kesantunan guru dapat
dilihat dari pelbagai sudut dalam pergaulan contohnya, pergaulan
antara guru dengan guru, guru dengan murid, guru dengan kakitangan
sekolah dan guru dengan masyarakat setempat. Kesantunan juga
boleh dibahagikan kepada 3 iaitu :
i. Kesantunan berpakaian
Beberapa perkara yang diberi perhatian dalam kesantunan
berpakaian adalah dari segi jenis pakaian yang digunakan,
fesyen pakaian tersebut, kesesuaian pakaian dan solekan guru.
Pakaian yang digunakan juga hendaklah tidak merangsang
orang lain, terutamanya jantina yang yang berlainan. Selain itu,
pakaian yang tembus pandang hendaklah dielakkan di samping
bijak memilih pakaian dengan majlis yang dihadiri, sama ada
majlis rasmi ataupun majlis santai.
ii. Kesantunan tingkah laku
Dari segi tingkah laku pula dapat diperhatikan melalui seorang
cara seseorang guru itu bertindak ataupun gerak geri ketika
berada dalam situasi tertentu. Setiap situasi yang dihadapi oleh
guru hendaklah memerlukan tatacara yang berbeza, mengikut
kesesuaian situasi tersebut.
iii. Kesantunan berbahasa
Kategori ini tercermin dalam cara guru berkomunikasi sama ada
dari segi verbal atau non-verbal. Ketika berkomunikasi, guru
hendaklah mengambil kira aspek-aspek tertentu mengikut norma
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
10
budaya masyarakat sekolah dan tidak hanya sekadar
menyampaikan idea yang difikirkan sahaja. Cara berbahasa
adalah sangat penting untuk menentukan keikhlasan seseorang
guru dan melabel sama ada guru tersebut mempunyai nilai-nilai
yang negatif ataupun tidak.
2.1.1 Contoh dan Punca Isu Kesantunan Guru
Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan berita
pencabulan terutamanya kes rogol. Hal yang menyedihkan ini
turut berlaku antara guru yang tidak berperikemanusiaan dengan
murid-murid yang baru meningkat remaja. Masalah ini boleh
dikategorikan dalam isu kesantunan tingkah laku. Menurut
Utusan Malaysia Online (13 Februari 2010), seorang guru agama
telah mencabul kehormatan empat murid perempuan berusia 10
tahun sebuah sekolah rendah di Sagil, Ledang. Bagi keempat-
empat tuduhan tersebut, Samsul Bahri Saleh, 36, dikatakan
melakukan perbuatan jelik itu di dalam bilik darjah.
Ibarat pepatah, harapkan pagar, pagar makan padi,
seorang guru disiplin yang ditugaskan untuk merotan pelajar
yang gagal hadir ke perhimpunan telah mencabul 12 orang
pelajar perempuan Tingkatan 3. Guru disiplin ini kononnya
hendak memeriksa degupan jantung setiap pelajar tersebut
sama ada sihat atau pun tidak untuk merotan mereka kerana
dikhuatiri pengsan selepas itu. Guru lelaki lewat 30-an ini telah
meletakkan tangannya di payudara setiap pelajar perempuan ini
sebanyak dua kali iaitu, di luar baju dan juga di dalam baju. Oleh
kerana ketakutan, kesemua pelajar ini hanya membiarkan sahaj
perkara tersebut berlaku (MyMetro, 28 Februari 2011).
Menurut pengamatan saya, kes ini berpunca daripada
sikap guru itu sendiri. Sebagai seorang guru yang profesional
seharusnya tidak melakukan perkara sedemikian. Ini bukan
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
11
sahaja memalukan pihak sekolah, ibu bapa, rakan sejawat malah
memalukan profesion keguruan yang dulunya gah di mata setiap
insan. Guru yang mencabul murid atau mengambil kesempatan
terhadap murid langsung tidak memikirkan konsekuen yang akan
timbul. Kurangnya didikan agama turut menyumbang kepada
masalah ini kerana seorang guru yang berpegang kepada ajaran
agama, taat kepada pencipta-Nya takut untuk melakukan
perkara-perkara yang dikeji ini. Sebaliknya, mereka akan
sentiasa melaksanakan tugas dengan baik dan mematuhi isu
etika keguruan untuk menjadikan kerja mereka sebagai satu
ibadah.
2.2 Isu Penampilan Guru
Penampilan guru memainkan peranan kerana ianya
mempengaruhi suasana pengajaran dan pembelajaran. Penampilan
guru sering menjadi perhatian murid. Oleh itu, setiap guru harus
berusaha untuk menampilkan diri kepada murid dengan menunjukkan
watak positif dan mengamalkan semua nilai murni dalam kehidupan
seharian dan ketika melaksanakan tugas. Penampilan seorang guru
bukan sahaja dari segi cara berpakaian tetapi cara guru tersebut
menjalinkan hubungan sosial dengan murid turut menjadi salah satu
daya tarikan bagi murid.
Setiap guru haruslah menunjukkan penampilan diri yang tidak
diragukan kerana guru yang mempunyai penampilan yang baik akan
menginggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka.
Terdapat beberapa aspek yang boleh dilihat dalam penampilan seorang
guru iaitu :
i. Penampilan sifat rohaniah
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
12
Mempunyai iman yang kental, keimanan kepada hari Akhirat iaitu
hari pembalasan dan sifat-sifat keimanan yang asas.
ii. Penampilan sifat akhlak
Sentiasa bercakap benar dan jujur, menepati janji, amanah dan
ikhlas dalam perkataan dan perbuatan. Penampilan sebegini akan
menjadikan guru sentiasa merendah diri, sabar, tabah dan cekal,
pemaaf dan toleransi serta sentiasa menyayangi murid,
mementingkan orang lain dan pemurah.
iii. Penampilan sifat mental
Guru hendaklah cerdas (pintar dalam teori, amali dan sosial),
menguasai mata pelajaran yang diajar, luas pengetahuan am,
cenderung kepada pelbagai bidang, memahami keperluan murid
serta fasih, bijak dan petah dalam menyampaikan pengajaran.
iv. Penampilan sifat kejiwaan
Sifat tenang dan emosi yang sentiasa terkawal merupakan contoh
yang baik dalam menampilkan sifat kejiwaan. Selain itu, sifat
lemah lembut dan baik dalam pergaulan serta mampu
menyesuaikan diri dalam masyarakat membuatkan seorang guru
lebih senang didampingi oleh murid.
v. Penampilan sifat fizikal
Sihat tubuh badan, berperwatakan kemas, bersih dan rapi.
2.2.1 Contoh dan Punca Isu Penampilan Guru
Di sebuah sekolah di mana saya ditempatkan untuk
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), terdapat
seorang guru wanita yang sentiasa mempunyai masalah dalam
cara berpakaian ataupun lebih tepat dikatakan bermasalah di
dalam kesantunan pakaiannya. Seringkali saya lihat guru ini
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
13
berpakaian seakan-akan hendak ke pasar. Guru ini sentiasa
memakai skirt yang lusuh dan adakalanya tidak digosok
menggunakan seterika. Sekiranya dia mengenakan baju kurung,
sudah pasti boleh dikategorikan sebagai seorang yang kusut
masai. Dengan baju yang tidak berbutang, bahagian bahu yang
kadangkala besar dan kecil, skirt pada paras betis dan hanya
menyarungkan selipar, sememangnya langsung tidak
menampilkan ciri seorang guru. Keadaan rambut guru ini juga
tidak kemas dan tidak disikat rapi walaupun dia berambut
pendek. Telah menjadi lumrah guru hendaklah sentiasa kelihatan
menawan dan berketrampilan untuk menarik minat murid-murid
belajar dengan lebih bersemangat.
Punca berlakunya masalah ini adalah kerana persekitaran
guru tersebut yang berada di dalam kawasan kampung di mana
rakan-rakannya hanyalah pekebun, penoreh getah dan buruh
kasar sahaja. Oleh hal yang demikian, guru ini terbiasa dengan
penampilan yang kurang kemas dan tidak sesuai dengan
profesion keguruan. Bagi saya, masalah ini juga wujud daripada
individu itu sendiri, sejauh mana penghayatan mereka mengenai
etika penampilan seorang guru. Sekiranya mempunyai sikap
acuh tak acuh, sudah tentu masalah penampilan akan sentiasa
berlaku.
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
14
2.3 Isu Berniaga di Sekolah
Perniagaan bermaksud perihal urusan jual beli yang melibatkan
barangan dan bertujuan untuk mencari keuntungan. Oleh itu,
perniagaan akan melibatkan transaksi pertukaran antara peniaga dan
pembeli. Dewasa ini, sudah tidak asing lagi bagi kita akan keadaan
guru-guru menjual disekolah. Tidak kiralah sama ada menjual
makaNan, minuman, keperluan harian dan buku-buku adalah salah dan
tidak seharusnya berlaku dalam dunia pendidikan. Peranan guru adalah
untuk mendidik dan menyampaikan ilmu kepada murid. Perkhidmatan
yang diberikan bukanlah berlandaskan kepada keuntungan dalam
bentuk material seperti dalam bidang perniagaan. Justeru itu, bidang
pendidikan dan perniagaan tidak boleh disamakan sama sekali. Jauh
sekali jika bertujuan untuk mendapat pulangan yang lumayan daripada
perkhidmatan yang diberikan kepada murid.
2.3.1 Contoh dan Punca Isu Berniaga di Sekolah
Kebanyakan sekolah terutamanya yang berada di
kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, isu guru berniaga di
sekolah ini telah begitu sinonim. Definisi berniaga seperti yang
telah diterangkan bukan sahaja menjual barangan malah turut
menjual perkhidmatan seperti khidmat tuisyen. Semasa zaman
persekolahan saya, terdapat seorang guru yang sentiasa
mempromosikan agar pelajarnya mengikuti tuisyen yang
dijalankannya. Tidak dinafikan bahawa guru tersebut mempunyai
prestasi yang baik dalam pengajaran dan pembelajarannya. Dia
mampu mengajar dengan baik dan hampir semua pelajarnya
faham akan apa yang telah diajarinya. Walau bagaimanapun,
guru ini bersikap tidak adil terhadap murid yang lain yang tidak
mengikuti kelas tuisyennya. Sifat ketidakadilan ini dapat dilihat
apabila markah peperiksaan kawan saya lebih rendah
sedangkan dia sentiasa mendapat markah yang tinggi dalam
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
15
subjek tersebut. Oleh kerana saya mengikuti kelas tuisyen guru
tersebut, kebajikan saya juga sentiasa terjaga dan setiap kali
saya mempunyai soalan sudah pasti guru ini membantu. Walau
bagaimanapun, guru ini sentiasa merendah-rendahkan prestasi
kawan saya dan menyuruhnya mengikut kelas tuisyen yang
yurannya mencecah RM 60.
Selain memberikan khidmat tuisyen, terdapat juga
beberapa guru yang saya kenali semasa berpraktikum turut
berniaga di sekolah. Aktiviti perniagaan yang mereka jalankan
adalah MLM iaitu Multi-level Marketing ataupun perniagaan
Jualan Langsung. Contoh-contoh MLM adalah Tupperware,
Avon, Cosway dan sebagainya. Dapatlah ditakrifkan bahawa
MLM adalah perniagaan mengedar produk atau perkhidmatan
dari syarikat kepada pelanggan melalui ahli atau pengedar.
Pengedar akan dibayar bonus, mengikut tingkat, di atas usaha
mereka mengedar barangan atau perkhidmatan. Jumlah bonus
yang akan diterima bergantung kepada usaha masing-masing.
Jesteru seseorang itu boleh memperolehi pendapatan yang lebih
banyak dari individu yang menaja mereka. Walaupun perniagaan
ini adalah baik, tetap seorang guru yang professional tidak
seharusnya membawa urusan jual beli ini di sekolah. Hal ini
ditakuti akan menjejaskan penglibatan guru dalam aktiviti-aktiviti
sekolah dan mengabaikan keperluan murid dan pelajar.
Sikap guru-guru yang berniaga ini adalah berpunca
daripada desakan hidup. Terutamanya yang hidup di kawasan
bandar, gaji sebagai seorang pendidik masih belum mencukupi
untuk menampung perbelanjaan. Apatah lagi sekiranya sudah
berumahtangga dan mempunyai anak? Pakaian, makan minum,
sewa rumah, kereta, minyak, perbelanjaan rumah dan
sebagainya memerlukan wang. Oleh hal yang demikian, sumber
carian wang yang lain terpaksa dijalankan untuk menampung
kos hidup. Walau bagaimanapun, kebijaksanaan guru itu dalam
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
16
berbelanja amat penting bagi mengelakkan rasa ketidakcukupan
gaji yang diberikan. Ibarat kata pepatah, ukur baju di badan
sendiri.
2.4 Isu Pengurusan Masa
Menurut Kamus Dewan, menepati waktu merupakan persetujuan
(secara lisan atau bertulis) untuk melaksanakan atau untuk
memberikan sesuatu. Ringkasnya kita boleh mengatakan bahawa
menepati waktu merupakan perlakuan yang mencirikan seseorang
individu sentiasa melakukan sesuatu tanggungjawab mahupun tugas
mengikut waktu yang telah ditetapkan ataupun dipersetujui secara lisan
mahupun bertulis. Merujuk kepada profesion keguruan, ciri menepati
waktu terkandung dalam etika perkhidmatan awam, di mana
memerlukan seseorang guru atau pendidik menepati waktu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menepati waktu
dapat juga dicirikan sebagai perbuatan atau sifat yang merangkumi
menepati janji, mengurus masa, bahagi dan guna masa sepenuhnya,
menggunakan jadual waktu dalam perancangan aktiviti harian,
bertindak tidak berlengah-lengah untuk menyiapkan kerja serta tak
menangguhkan kerja yang telah diamanahkan kepadanya.
Ciri menepati waktu yang dapat diaplikasikan dalam konsep isu
etika guru melihat kepada pembahagian masa oleh guru dan juga
penggunaan masa sepenuhnya bagi mendidik anak bangsa. Pada
pandangan umum seseorang guru hendaklah mempunyai cara
tersendiri atau strategi sendiri bagi mengatur masa yang diberikan oleh
pihak kementerian berdasarkan sistem persekolahan. Untuk menyahut
cabaran sistem pendidikan Negara, seseorang individu khususnya guru
hendaklah pandai menggunakan atau membahagikan masa yang sedia
ada untuk menyampaikan segala ilmu dan maklumat kepada murid.
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
17
Maksudnya di sini, pembahagian masa yang sistematik serta efisien
dan juga menggunakan masa yang ada dengan aktiviti yang sepatutnya
amatlah mencerminkan nilai moral yang tinggi dalam konteks moral
menepati masa. Berikut adalah cara bagaimana untuk menguruskan
masa dengan baik :
i. Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari
ii. Susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya
iii. Elakkan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah
iv. Agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti
v. Buat satu jadual untuk aktiviti dengan masa yang diperuntukkan
vi. Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah ditetapkan
2.4.1 Contoh dan Punca Isu Pengurusan Masa
Di sebuah sekolah daerah Tamparuli di mana saya
ditempatkan untuk berpraktikum, terdapat seorang guru yang
saya rasakan mempunyai masalah dalam pengurusan masa.
Guru ini merupakan seorang guru Tahap Satu di sekolah
tersebut. Perkara yang saya sukar untuk terima adalah apabila
guru ini sentiasa datang lewat ke sekolah. Tidak kiralah sama
ada mempunyai kelas atau tidak pada waktu pagi, guru ini tetap
datang ke sekolah pada pukul 8.00 pagi. Kelas bermula seawal
7.20 pagi dan menjadi masalah apabila guru ini mempunyai
kelas di awal pagi. Untuk mengelakkan kebisingan berlaku dan
mengganggu pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlangsung dalam kelas lain, pengawas terpaksa bertugas
menjaga kelas tersebut. Guru ini bukan sahaja sering masuk
lewat ke kelas malah hampir setiap hari keluar dari kelas juga
adalah lambat. Hal ini telah menyebabkan guru lain turut lambat
masuk ke kelas dan seterusnya menyusahkan guru-guru lain
dalam pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Selain
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
18
itu, guru ini juga sentiasa membuang masa dan melengah-
lengahkan kerja yang diberi. Semasa nazir dari Pejabat
Pelajaran Daerah Tuaran membuat pemeriksaan mengejut, guru
ini terpinga-pinga kerana tidak menyediakan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan. Oleh hal yang
demikian, guru ini terpaksa meminjam alatan daripada rakan
sejawatnya yang lain.
Merujuk masalah tersebut, guru ini tidak mendisiplinkan
diri untuk melakukan setiap aktiviti yang ada mengikut masa
yang ditentukan. Dengan sikap yang sentiasa mengambil
mudah terhadap pengajaran dan pembelajaran murid, guru ini
tidak mempunyai kesedaran betapa masa itu adalah penting dan
tidak mungkin dapat diulang. Punca lain masalah guru ini adalah
suka menangguhkan kerja. Menurut pengamatan saya, guru ini
masa lapangnya hanyalah diisi dengan melayari laman sosial,
Facebook untuk berbual dengan kawan-kawannya. Maka, tidak
hairanlah sekiranya masa yang ada untuknya tidak cukup
berbanding rakan sejawat yang lain yang juga diberikan 24 jam
setiap hari.
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
19
Guru
Permulaan
(novice)
Guru Cekap
(competent)
Guru Berkesan
(effective)
Guru Mahir
(expert)
Guru Pakar
(master)
3.0 Peringkat Perkembangan Kerjaya Guru
Rajah 2 : Peringkat Perkembangan Kerjaya Guru
3.1 Guru Permulaan (novice)
Guru novis adalah guru yang baru memulakan perkhidmatan
selepas tamat kursus perguruan di IPG atau universiti. Guru pada
peringkat ini dikatakan pasif, tidak kreatif dan kurang imaginasi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan kehadiran guru
permulaan ini belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah,
guru-guru akan mempunyai masalah penyesuaian diri dengan realiti
sekolah dan bilik darjah. Pada masa ini jugalah seorang guru baru mula
untuk mengaplikasikan kaedah mengajar yang telah dipelajarinya
dengan meemahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran
Walau bagaimanapun, status guru permuaan tidak seharusnya
dilabelkan sebagai guru kosong dan tiada sebarang pengetahuan
berkaitan dengan tugas yang diberi. Setiap tugas yang diserahkan
perlulah dihayati dan dilaksanakan dengan baik. Personaliti dan
kebolehan sebagai seorang guru permulaan akan dilihat dari pelbagai
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
20
sudut oleh pihak pengurusan sekolah dan guru-guru senior yang
berpengalaman. Oleh hal yang demikian, kebolehan dan ketrampilan
diri hendaklah ditunjukkan dari segenap sudut khususnya dalam aspek
berikut :
i. Kualiti diri dan kebolehan menyesuaikan diri
ii. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
iii. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah
iv. Pengurusan kerja di mana anda ditempatkan
v. Menyesuaikan diri dengan budaya sekolah
3.2 Guru Cekap (competent)
Guru pada peringkat ini adalah seorang guru yang mempunyai
pengalaman mengajar selama dua atau tiga tahun. Pengalaman dan
konteks masalah mula membimbangi dan mempengaruhi tingkah laku
guru.
Kecekapan seorang guru akan sentiasa diperhati dan dinilai oleh
masyarakat dan organisasi. Menjadi guru yang cekap bukanlah berreti
cekap dari segi fizikal dan tenaga sahaja tetapi yang lebih penting ialah
kecekpan dari pelbagai aspek berikut :
i. Kecekapan profesionalisme
ii. Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
iii. Keutuhan peribadi
iv. Kecekapan menggunakan teknologi maklumat
v. Kecekapan dan kecerdasan mental dan keintelektualan
vi. Kestabilan emosi dan spiritual
vii. Kebijaksanaan dan kepimpinan
Menurut Elaine, 2010 (dalam Syed Ismail Syed Mustapa dan
Ahmad Subki Miskol, 2010), ciri seorang guru yang cekapadalah seperti
berikut :
i. Ciri peribadi
Seorang yang bermatlamat (mission-driven) dan juga seorang
yang asyik dalam pekerjaannya. Kedua, ianya bersikap positif
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
21
dan real yakni yakin dalam apa pun yang dilakukan di samping
sabar menerima kenyataan biar pun pahit untuk ditelan. Ketiga,
ia merupakan seorang guru-pemimpin; di samping mengajar, ia
juga membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik
malah rakan sejawat dan sesiapa sahaja yang perlukan
bimbingannya.
ii. Ciri mengajar
Seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek
dengannya (with-it-ness) dalam apa jua yang dibuat atau apa jua
yang murid-muridnya mesti buat. Ia juga mempunyai gaya yang
tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai
dan budaya, peraturan dan undang-undang. Guru juga memiliki
kepakaran memotivasi serta keberkesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
iii. Ciri intelektual
Seorang yang suka membaca buku dan mempunyai mental life
yang segar, berkembang dan mempunyai kesungguhan kendiri
(self actualization) dengan minda yang sihat dan terbuka, melihat
alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan
menyeluruh (banyak) di samping melihat, menganalisis.
mensintesis dan menilai satu di dalam yang banyak.
3.3 Guru Berkesan (effective)
Amalan pengajaran-pembelajaran guru yang berkesan bermakna
pengajaran guru tersebut di anggap baik jika guru tersebut berupaya
mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu
mengajar (ABM), mendalami isi kandungan yang hendak di ajar. Selain
itu, guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar menerima
pelajaran, memberi motivasi kepada pelajar supaya belajar
bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar,
mengumpulkan pelajar mengikut kumpulan dan memberi penilaian atau
ujian yang kerap kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
22
dengan baik dan berkesan dan dapat memotivasikan pelajar untuk
terus belajar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.
Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk
menyampaikan pengajaran atau konsep atau kemahiran yang mudah
difahami oleh pelajar, mudah diingat dan menyeronokkan pelajar. Oleh
itu, guru perlu menyampaikan isi pengajaran secara tersusun dan
sistematik, menggunakan bahasa yang jelas dan mudah,
penerangannya yang jelas, dan memberi contoh-contoh yang berkaitan
dan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) bagi membantu
menerangkan sesuatu konsep. Selain itu, objektif pelajaran hendaklah
jelas dan khusus, isi kandungan adalah mencukupi dan pada akhir
sesuatu pelajaran, guru perlu mengadakan penilaian atau peperiksaan.
3.4 Guru Mahir (expert)
Mahir boleh diertikan sebagai suatu yang terbaik dalam bidang
yang tertentu-orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus
dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan
fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima. Pada peringkat ini,
guru menjadi teladan profesionalisme. Hal ini kerana guru telah terdidik
dan terlatih dengan baik. Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu,
yang akan mendorong diri mempelajari dan menyesuaikan diri dalam
dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date).
Guru mahir perlulah mahir berkomunikasi. Guru yang mahir
berkomunikasi dengan anak muridnya akan mghasilkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik dan bermakna. Selain
itu, guru komunikasi yang baik dapat memberikan motivasi yang
berkesan di mana murid mampu menerima motivasi secara berhemah
dan berhikmah. Secara ringkas, kemahiran guru berhadapan dengan
murid adalah seperti berikut :
i. Kemahiran penyampaian
ii. Kemahiran penilaian
iii. Kemahiran merangsang
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
23
iv. Kemahiran pengurusan bilik darjah
v. Kemahiran pengawalan disiplin
3.5 Guru Pakar (master)
Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini.
Pengajaran guru adalah lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan
dengan mudah. Guru pada tahap ini juga merujuk kepada usaha yang
dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
mengiktiraf guru yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan
cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-
masing. Mereka ini juga dikenali sebagai Guru Cemerlang (GC).
Perlantikan sebagai guru pakar akan memperluaskan peluang
naik pangkat semua guru dalam perkhimatan pelajaran. Bagi guru yang
sangat berminat untuk mengajar dan tidak berminat kepada tugas
pentadbiran di pejabat, ini akan membolehkan guru berkenaan
dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar. Di
samping itu, jawatan ini juga akan menyediakan peluang untuk guru
naik pangkat ke gred yang lebih tinggi Khas Untuk Penyandang (KUP)
secara laluan laju. Berikut adalah ciri-ciri guru pakar :
i. Sahsiah guru pakar :
Sahsiah terpuji
Berketrampilan
Berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika
perkhidmatan awam
Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
Role model kepada warga pendidikan
ii. Pengetahuan guru pakar :
Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
Menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
24
iii. Hasil kerja
Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)
Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya
menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan.
iv. Potensi
Berwawasan, proaktif, responsif, inovatif dalam rangka
menjalankan tugas sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara Berupaya
menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang
pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi
meningkatkan mutu pendidikan negara.
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
25
RUMUSAN
Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik,
tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan
diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion
perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik
kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan
personaliti, mental dan fizikal setiap insan.
Oleh hal yang demikian, setiap guru hendaklah menghargai profesion yang
telah diceburi dan cuba untuk memartabatkan profesion ini ke arah yang lebih tinggi.
Maka, untuk merealisasikan hal ini, keutamaan adalah diberikan kepada pelajar dan
murid. Rela atau tidak, guru hendaklah bertindak sedaya upaya untuk mendidik
murid, menyeimbangkan keperluan perkembangan minda agar setanding pendidikan
luar negara tapi masih kekal mengamalkan nilai dan jati diri serta mengamalkan
tatasusila mulia adab ketimuran.
Maka, untuk memberi kejayaan kepada murid, guru perlulah mengambil hati
dan mengetahui isi hati mereka yang sebenar. Sekiranya berjaya memahami
mereka, tugas guru akan menjadi lebih mudah. Ibarat pepatah Inggeris iaitu, a great
teacher takes a hand, opens a mind and touches a heart. Oleh hal yang demikian,
guru hendaklah sentiasa berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik. Kerjaya
guru bukan sahaja untuk mengajar tetapi juga untuk mendidik. Mengajar adalah
tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran suatu mata pelajaran manakala
mendidik adalah mengajar murid untuk menjadikan mereka seorang manusia yang
berguna.
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
26
RUJUKAN
Buku
Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon (2010). Asas Kepimpinan
dan Perkembangan Profesional. Penerbitan Multimedia, Selangor.
Mok, S. S. (2011). Falsafah Pendidikan Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan.
Penerbitan Multimedia, Selangor.
Ee, A. M. (2002). Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (Semester
1). Penerbitan Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
Laman Web
Haikal. (2010). Konsep Profesion. Dari http://www.scribd.com/
Reikojezze. (2012). Isu Etika Guru : Nota Kuliah PISMP EDU 3108. Dari
http://powerbrainyouth.blogspot.com
Tiada penulis. (2010). Cikgu Pondan mungkin Dipindah. Dari
http://etikaguru.blogspot.coml
Surat Khabar
Harian Metro. (2011). http://www.hmetro.com.my
Berita Harian. (2010). http://www.bharian.com.my
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
EDU 3108
27
LAMPIRAN
Info saman guru yang terdapat di Kedah dan Pahang
Kesan tamparan oleh seorang guru