Anda di halaman 1dari 24

LECTURER : PN ROSNI BINTI AHMAD

AHLI KUMPULAN
Siti Rohani binti Shikh Ibrahim (YM 1111031)
Nor Azzah binti Hj Abdullah (YM 1110957)
Suryani binti Ismail (YM 1111030)
Riayana binti Ahmad (YM 1110964)
Sapiah binti Abd. Ghani (YM 1110997)
4. Tommy age two, by choice will eat only
carbohydrate food, preferable those that are sweet. He
reject high protein, high-fat foods such as meats and
cheese. How would you change his diet to provide
adequate protein and fat for normal growth and nerve
development without increasing his carbohydrate
intake with high-fat pastries, cakes, etc.?

Kanak-kanak seperti Tommy yang berumur dua
tahun memerlukan zat nutrisi yang seimbang yang
mengandungi karbohidrat, protein,lemak,mineral dan
vitamin. Akan tetapi terdapat beberapa zat nutrisi
yang sebaiknya diambil berat kerana mempunyai
kesan yang amat besar pada pertumbuhan dan
perkembangan otak anak. Beberapa zat nutrisi
tersebut menurut Pedak dan Maslichan (2009) di
antaranya adalah :
Protein
Asid Lemak Tidak Tepu ( DHA & LA )
KEVIN ZAHRI, Pakar Kesihatan dan Kecergasan pengalaman lebih
10 tahun- Diet dan nutrisi makanan untuk kanak-kanak adalah
cabaran kepada ibubapa masa kini. Kanak-kanak hari ini terdedah
kepada pelbagai iklan yang menarik. Kombinasi warna, ilustrasi
serta pilihan karektor kartun kegemaran menjadi pilihan pengiklan
makanan ini. Kebanyakkan makanan yang diiklankan ini
mengandungi kandungan gula dan garam yang berlebihan.
Jenis-jenis Makanan Utama:
Karbohidrat: Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-
kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-
gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan.
Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum
penuh dan lain-lain lagi.

Protein: Protin adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protin perlu diberi
dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka.
Sumber protin yang baik adalah; telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan
sebagainya.

Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan
rendah lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam diet mereka.
Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi
nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak
boleh didapati melalui Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-
6 (Jagung, avokado, badam).

Keperluan Kalori Seharian Kanak-Kanak Ikut Umur
Walaupun berdepan dengan masalah obesiti, kanak-kanak
masih memerlukan kalori yang mencukupi untuk
pertumbuhan mereka. Carta dibawah ini memberi sedikit
gambaran untuk anda mengenali keperluan harian mereka.
Umur Lelaki (Kalori Sehari) Perempuan (Kalori
Sehari)

1 3 tahun


1230

1165

4 6 tahun


1715

1545

7 10 tahun


1790

1740
PIRAMID PEMAKANAN SEIMBANG
UNTUK KANAK-KANAK
Kenapa Tommy sedemikain
Tommy dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memilih makanan.
Makanan merupakan satu proses yang kompleks serta mencabar bagi kanak-
kanak terutama yang cerewet dalam memilih makanan, kita hendaklah cuba
kenal pasti puncanya agar dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah
ini.
Perkembangan motor-oral: Kanak-kanak hanya boleh makan apabila
mereka telah bersedia. Memaksa anak anda mencuba makanan baru dalam
keadaan mereka tidak tahu bagaimana untuk makan makanan tersebut akan
menyebabkan anak anda enggan untuk makan. mereka akan cuba sedaya
upaya untuk mengelak daripada makanan tersebut.
Neofobia Makanan: Neofobia makanan atau takut kepada makanan baru
merupakan peringkat perkembangan bagi kanak-kanak yang berumur dua
atau tiga tahun. Kanak-kanak yang mula mengambil makanan orang dewasa
akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis makanan baru. Pada waktu ini
sesetengah mereka akan cuba mengelak kerana di selubungi perasaan takut.
Faktor Persekitaran: Faktor persekitaran seperti kesibukan aktiviti sekolah
dan makan di hadapan telivisyen boleh menyebabkan jadual waktu makan
terganggu. Ini menjurus kepada masalah pemakanan kepada anak anda.
Perlakuan yang dipelajari: Kanak-kanak biasanya cenderung untuk
mengikut apa yang dilakukan oleh ibu-bapa tetapi tidak ikut apa yang ibu bapa
menyuruh atau katakan. Kanak-kanak lelaki akan ikut cara bapanya dan
kanak-kanak perempuan pula ikut cara ibu mereka.
Apa itu Karbohidrat?
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama
yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia.
Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada
pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh
manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos,
sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji,
kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa
selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat
dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

Kesan mengambil karbohidrat
berlebihan
Diakui kanak-kanak memang perlukan karbohidrat. Bagi kanak-
kanak berusia dua tahun dan ke atas, mereka perlukan kalori
yang diperoleh daripada karbohidrat di antara 50 hingga 60%.
Akan tetapi, ibu bapa perlu pastikan karbohidrat yang diberikan
kepada anak adalah daripada sumber makanan yang berkhasiat
dan bukan semata-mata daripada gula.
Boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
Pengambilan tenaga yang berlebihan dalam jangka masa
panjang boleh menyebabkan peningkatan berat badan
seterusnya membawa kepada masalah obesiti.
Merangsang pembentukan karies gigi.
Wujudnya masalah kelakuan seperti hilang daya tumpuan dan
panas baran juga berpunca daripada mengambil terlalu banyak
gula.

Kesan mengambil karbohidrat
berlebihan
Peningkatan risiko menghidap penyakit kencing manis.
Kemungkinan diserang masalah tekanan darah tinggi,
penyakit jantung dan strok sangat tinggi.
Melemahkan sistem imunisasi tubuh.
Mengganggu imbangan galian dalam badan.
Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan kurang
cergas.
Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
Melemahkan penglihatan.
Meningkatkan paras adrenalina di kalangan kanak-kanak.
Penyebab ekzema di kalangan kanak-kanak.

Protein terdiri daripada cantuman pelbagai jenis asid
amino. Asid aminoterbentuk daripada unsur karbon,
hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Terdapat juga asid
amino yang mengandungi sulfur. Antara fungsi
protein ialah:
(a) membina sel tubuh untuk tumbesaran
(b) memulihkan sel yang rosak
(c) membentuk sistem pertahanan
(d) membantu dalam pengedaran oksigen dan nutrien
(e) membekalkan tenaga dan
Apa itu Protein?
Kekurangan protein pun akan ada kesan-kesannya
pula. Berikut ialah kesan kekurangan protein:

(i) tumbesaran dalam kalangan kanak-kanak
terganggu. Jika berterusan, akanmengakibatkan
penyakit kwasyiorkor.
(ii) luka dan penyakit kulit lambat sembuh
(iii) tubuh kurang daya tahan terhadap penyakit
(iv) tubuh menjadi lemah, letih, lesu, dan kurang cergas
Apa itu Protein?
Lemak adalah komponen penting dalam keperluan diet yang sihat.
Kanak-kanak memerlukan kuantiti tertentu untuk membantu dalam
perkembangan otak dan sistem saraf mereka. Selain daripada itu,
lemak juga membantu dalam menyerap sesetengah vitamin seperti
vitamin B dan C. Lemak juga merupakan komponen utama bagi
hormon, menyelaputi sistem saraf di dalam badan kita.

Ketika kanak-kanak membesar, otak mereka juga akan berkembang
dengan cepat. Sel-sel otak adalah terdiri daripada lemak perlu. Di
pasaran sekarang, kebanyakkan susu mengandungi Omega 3 dan 6
yang membantu dalam perkembangan otak anak kita. Dengan
perkembangan otak yang baik, sel-sel otak akan dapat berinteraksi
dengan lebih cepat antara satu sama lain dan ini membantu dalam
meningkatkan proses pembelajaran mereka. Susu yang penuh khasiat
ini adalah mudah disediakan dan boleh di minum pada bila bila
masa. Oleh itu, anak-anak anda perlu digalakkan untuk meminum
susu agar mendapat khasiat yang mereka
Apa itu Lemak?
Untuk menyokong perkembangan sistem saraf pada otak,
bayi dan kanak-kanak memerlukan zat nutrisi DHA dan
LA. DHA dan LA merupakan permulaan kepada AA (
Arachidonic Acid ) yang diperlukan untuk membentuk
membran sel otak.
Apabila kekurangan zat nutrisi DHA dan LA, maka sel
nueron yang terbentuk hanya sedikit sehingga kemampuan
menyimpan data juga terbatas. Komponen utama
membran sel neuron adalah tidak tepu. Perkara inilah yang
menyebabkan bayi perlu diberi bekalan lemak dalam
kuantiti yang mencukupi agar perkembangan otaknya
maksima.

Apa itu Lemak?
Namun, bukan semua jenis lemak mempunyai
manfaat ini. Lemak yang terbaik adalah asid lemak
tidak tepu rantai panjang bentuk DHA.
DHA dan LA yang digunakan sebagai bahan untuk
proses elongasi AA pada otak yang boleh
meningkatkan bilangan sel neuron sehingga mampu
meningkatkan kemampuan belajar anak. Selain itu,
anak juga boleh lebih banyak menyimpan apa yang
diajar padanya.

Apa itu Lemak?
Bagaimana saya dapat menukar diet
Tommy kepada protein dan lemak yang
mencukupi bagi pertumbuhan dan
perkembangan saraf yang normal tanpa
meningkatkan pengambilan tinggi
karbohidrat seperti pastri tinggi lemak,
kek, dan lain-lain?

Panduan dari saya
Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini
adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan
kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul
perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah cara
saya dapat memupuk dan menukar diet Tommy:
Pada usia 2 tahun, Tommy seharusnya sudah boleh makan
makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini
pertumbuhannya adalah perlahan dan begitu juga selera
makannya. Namun tidak harus terlalu bimbang. Tommy
perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan
galakan pada setiap masa.



Panduan dari saya



Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali
sehari dan makanan snek antara waktu makan.
Tambah jenis makanan baru yang mengandungi protein dan
lemak secara perlahan-lahan dalam menu Tommy agar anak
anda tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.
Ibu Tommy seharusnya duduk dengan anak semasa dia makan.
Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan
semasa anak menikmati hidangan.
Berikan masa kepada Tommy menikmati hidangannya, jangan
terburu-buru dan memaksa. Beri ruang untuk dia bermain
sedikit semasa makan lebih-lebih lagi ketika menikmati menu
baru.
Beri pujian kepada Tommy kerana makan dengan baik.
Jika Tommy masih memilih jenis makanan kegemarannya, cuba
campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan
kegemarannya. Contoh, burger filet ikan atau ayam bersama
dengan kepingan keju yang berkhasiat dan dibuat sendiri.

Jangan terlalu memaksa Tommy untuk makan sekiranya
dia enggan, tetapi memujuk dengan perlahan-lahan
dengan penuh sabar. Ini boleh meningkatkan tekanan dan
mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan
seharusnya tenang dan menggembirakan.
Saya akan menyediakan makanan yang mengandungi
protein dan lemak dalam menu harian Tommy, contohnya:
Tommy suka makan kek yang mengandungi kandungan
karbohidrat dan gula yang tinggi, oleh sebab itu saya akan
kurang saiz kek tersebut kepada jumlah sesuai dan
selebihnya saya akan sediakan Jejari Ayam dengan Sos
Tartar.


Panduan dari saya
Tommy juga perlu diberikan panduan pemakanan yang sihat
secara permainan cerita bergambar. Menggalakkan Tommy turut
serta dalam penceritaan menunjukkan gambar-gambar kanak-
kanak yang tidak makan makanan yang cukup zat dan nutrien
seperti protein dan lemak yang tidak digemari Tommy serta
gambar kanak-kanak yang cukup semua zat dan nutrien.
Galakkan Tommy membuat perbandingan.
Bertanya pendapat Tommy tentang gambar-gambar tersebut,
seterusnya adakah dia suka sekiranya terjadi padanya dan apa
yang perlu dilakukan oleh Tommy. Berikan panduan kepada
Tommy dan mengajak Tommy untuk sama-sama memilih menu
bergambar yang berkhasiat dan turut bersama-sama bantu
memasak makanan yang mengandungi semua zat dan nutrien
sesuai untuk keperluan tubuh Tommy .

Panduan dari saya
KESIMPULAN
Memang ada banyak cara untuk menggalakkan anak makan.
Lebih-lebih lagi ketika berusia antara 2 seperti Tommy.
Waktu ini mereka sangat aktif dan lebih pentingkan bermain
daripada makan.
Berhadapan dengan anak seperti ini, kita mestilah banyak
bersabar dan tidak mudah berputus asa serta bertindak sebijak
yang mungkin mengatur pemakanan dan menu yang menarik
untuk mereka.
Ketahuilah bahawa makanan yang berikan kepada anak sangat
penting kerana berperanan membekalkan nutrien untuk
perkembangan dan tumbesaran mereka, membekalkan tenaga
untuk aktiviti fizikal dan mental, membantu mengekalkan
ketahanan badan terhadap sebarang jangkitan penyakit dan
menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan
pertumbuhan pada peringkat seterusnya.
KESIMPULAN
Oleh itu, kita mestilah tahu apa yang anda beri pada anak
dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Barulah mereka
dapat khasiat yang diperlukan.
Setiap kali anak makan, kita mestilah pastikan gabungan
makanannya seimbang seperti yang disarankan oleh
Piramid Pemakanan. Piramid Pemakanan mempunyai 4
aras yang terdiri daripada aras bijirin dan ubi, buah-buahan
dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan
hasil tenusu serta lemak, minyak dan gula.
Tommy akan mendapat zat dan nutrien yang seimbang
sekiranya kita bertindak mengambil langkah yang bijak
dalam menangani masalah tersebut.
Sekian
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai