TAHUN 4 TERATAI Tarikh : 28 Ogos 2013 Masa : 9.15-9.45 Kelas : 4 Teratai Bilangan Murid : 20 orang Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjang : Kemahiran Tajuk : Permainan Hoki Subtajuk : Memukul dan Menolak Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat; Psikomotor: 1)Murid dapat melakukan kemahiran pukulan sekurang-kurangnya 5 kali daripada 8 percubaan 2)Murid dapat memegang kayu koki dengan cara yang betul. Kognitif: 1)Murid dapat menyatakan aspek-aspek keselamatan semasa bermain hoki 2)Murid dapat menyatakan kegunaan kemahiran menolak dalam permainan hoki
2 Afektif: 1)Murid berasa seronok semasa bermain hoki
Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid pernah bermain permainan hoki semasa berada di tahap satu Penyerapan Nilai : Kerjasama, disiplin dan mematuhi arahan, KBKK : Menjana idea berkaitan otot-otot yang terlibat Strategi Pengajaran : Pembelajaran koperatif dan pembelajaran secara konstruktivisme Penggabungjalinan : Sains dan Matematik Bahan Bantu Mengajar :Bola permainan, kayu besbol, wisel, kon,
3 Bahagian/ Masa Aktiviti Butiran Mengajar Organisasi Catatan Permulaan/ Set induksi (5 minit) Pemanasan badan Guru menunjukkan beberapa alatan kepada murid -kayu hoki -kayu besbol Bola -bola hoki -bola tenis -bola baling Guru bertanyakan kepada murid soalan mengenai alatan yang manakah yang sesuai digunakan untuk permainan hoki.
Guru memberikan pujian kepada murid sekiranya murid dapat menjawab dengan betul
Nilai : ingin tahu
4
Regangan Regangan kepala :- Berdiri tegak Kaki buka seluas bahu Tangan kiri memegang dagu Perlahan-lahan, tolak kepala ke arah kanan Mata memandang ke arah kanan Kira ulangan sebanyak 8 kali Perlakuan diulang dengan kepala memandang ke arah kiri, atas dan bawah
Regangan tangan :- Berdiri tegak Kaki buka seluas bahu
5 Tangan kanan lurus dan disilangkan ke kiri badan Tangan kiri diletakkan di bawah siku kanan dan difleksikan Tarik rapat tangan kanan ke arah badan Kira ulangan sebanyak 8 kali Perlakuan diulang dengan menukar tangan kiri.
Regangan Pinggang :- Berdiri tegak Kaki buka seluas bahu Bahagian atas badan direndahkan kebahagian badan Kira ulangan sebanyak 8 kali
6 Perlakuan diulang dengan menukar ke arah kiri, hadapan dan belakang
Regangan Kaki :- Berdiri tegak, kaki kanan diangkat ke atas dan dibengkokkan 90, kedua- dua tangan memegang lutut. Lakukan perkara yang sama terhadap kaki kiri. Kaki kanan selangkah ke hadapan, tumit diangkat dan jari kaki menekan permukaan. Kaki kanan selangkah ke hadapan, bengkokkan pergelangan kaki ke kanan dan ke kiri. Lakukan perkara yang di
7 atas terhadap kaki kiri.
Perkemban gan (10 minit)
Langkah 1
Cara memegang koyu hoki. Ayunan kayu hoki tanpa bola.
Guru mengarahkan murid untuk membentuk ladam kuda. Guru membuat demonstrasi dengan memanggil seorang murid. Guru memberi tunjuk ajar bagaimana cara memegang kayu hoki dengan betul Guru menyatakan aspek keselamatan dalam permainan hoki kepada murid. Guru memberi penerangan mengenai kegunaan kemahiran
Petunjuk
Guru
Murid
Nilai: kerjasama
8
memukul dan menolak dan kedudukan badan yang betul semasa hendak melakukan pukulan. Guru membuat penerangan beserta demonstrasi ayunan kayu hoki tanpa sentuhan bola.
Secara berpasangan, murid menghadap sesama rakan pada jarak 5 meter. Murid A memukul bola ke arah murid B pada kedudukan statik. Murid B menerima dan menahan bola daripada murid A. Murid B pula membuat pukulan bola kearah
Kemahiran Memukul
Kemahiran Menolak
9
Langkah 2
Aktiviti Berpasangan
murid A. Murid membuat pukulan sebanyak lapan kali ulangan
Membuat pukulan secara berpasangan mengikut jarak. Murid masih berada dalam jarak 5 meter. Murid B melangkah 2 langkah ke belakang. Murid A membuat hantaran kepada murid B. Murid B menahan bola dan terus memukul kembali kepada murid A. Murid melakukan perbuatan sebanyak tiga kali percubaan
A B
Petunjuk
Murid
Arah pukulan
Nilai : disiplin Strategi : Pembelajaran secara konstruktivisme
10
Langkah 3
Memukul bola secara berlari
Guru membentuk murid dalam satu kumpulan Murid memukul bola sambil berlari mengelilingi kon oren dan kembali semula kepada kumpulan. Murid seterusnya melakukan perlakuan yang sama seperti rakan kumpulan sehinggalah sampai kepada murid terakhir.
kon
bola hoki
murid
arah larian
11 Kemuncak (10 minit) Permainan Kecil Tuju Sasaran Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 10 orang murid. Kumpulan pertama dikenali sebagai kumpulan A manakala kumpulan kedua dikenali sebagai kumpulan B. Setiap murid akan diberi kayu hoki. Kumpulan A akan memukul bola ke arah garisan belakang kumpulan B. Pemain kumpulan B pula dikehendaki menahan dan memukul balik ke arah kumpulan A semula. Mana-mana kumpulan
Petunjuk:
kon
murid
garisan permainan
12 yang dapat memukul melepasi pemain lawan atau melepasi garisan belakang dikira sebagai gol. Penutup (5 minit) Penyejukan Badan
Penyejukan badan Kaki Berdiri tegak, kaki kanan diangkat ke atas dan dibongkokkan 90 darjah, kedua-dua tangan memegang lutut. Perlakuan yang sama diulang pada kaki kiri. Kaki kanan selangkah ke hadapan, tumit diangkat dan jari kaki menekan permukaan. Kaki kanan ke belakang, tumit diangkat dan jari kaki menekan permukaan.
13
Kaki kanan selangkah ke hadapan, bengkokkan pergelangan kaki ke kanan dan ke kiri. Perlakuan yang sama diulang pada kaki kiri.
Badan Letakkan kedua-dua tangan di pinggang, tangan kanan diangkat ke atas dan badan dibengkokkan ke kiri. Lakukan perkara yang sama ke arah bertentangan. Kedua-dua tangan diluruskan ke hadapan, badan dibongkokkan sehingga tangan menyentuh permukaan. Letakkan tangan ke
14
belakang. dan lentikkan badan ke belakang.
Tangan Berdiri tegak, buka kaki seluas bahu, mata pandang ke hadapan. Tangan kanan dibengkokkan sehingga menyentuh pipi kanan, tolak ke arah bertentangan. Ulang perlakuan pada tangan kiri. Angkat kedua-dua tangan ke atas, letakkan diatas kepala dan tekan ke bawah sehingga mata memandang ke bawah. Kedua-dua tapak tangan dirapatkan, letakkan ibujari dibawah dagu dan
15
Rumusan Soal Jawab tolak ke atas sehingga mata pandang ke atas. Kepala Berdiri tegak Kaki buka seluas bahu Tangan kiri memegang dagu Perlahan-lahan, tolak kepala ke arah kanan Mata memandang ke arah kanan Kira ulangan sebanyak 8 kali Perlakuan diulang dengan kepala memandang ke arah kiri, atas dan bawah
Rumusan: Guru menanyakan soalan kepada murid -Apakah aspek keselamatan
16
Refleksi :
semasa permainan hoki? -Anggota badan yang manakah terlibat dalam permainan hoki?
Guru merumuskan jawapan murid. Guru memberikan pujian terhadap kerjasama yang diberikan. Guru memberitahu murid tentang pencapaian Guru memberi arahan kepada murid untuk menyimpan alatan.