Anda di halaman 1dari 15

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan


prinsip-prinsip berikut:

i. Niat yang betul
ii. Perlakuan yang baik
iii. Penggerak ke arah kebaikan
iv. Memperkotakan apa yang dikatakan
v. Berdisiplin dan beradab
vi. Menghargai dan bertanggungjawab hasil
usaha organisasi.
Kes Guru Melanggar Etika Keguruan
Sebuah artikel bertarikh Ogos 2009, (Kosmo! Online) berjudul Rogol,
cabul murid dalam makmal yang dikarang oleh Adham Shadan telah
dimuat turun dari laman web Kosmo Online. Menurut sumber artikel, kes
ini berlaku di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan di Pasir Puteh, Kota
Bharu di mana seorang guru lelaki berusia 29 yang mengajar Sains dan
Bahasa Cina di sekolah tersebut telah didakwa merogol mangsa yang
ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan di makmal sains di antara pukul 8
pagi hingga 3 petang.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mencabul kehormatan mangsa
di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari 17 Ogos 2009 mengikut
Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan
dengan niat mencabul kehormatan. Tertuduh didapati bersalah oleh
Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak pembelaan gagal
menimbulkan keraguan munasabah terhadap kedua-dua tuduhan itu.
Dalam penghakimannya, Rofiah mengatakan dia mengambil
kira kepentingan awam serta hubungan tertuduh dengan
mangsa sebagai guru dan murid dalam menjatuhkan
hukuman. Kata Rofiah Selepas mendengar hujahan pihak
pendakwa dan pembela, saya menjatuhkan hukuman penjara
sembilan tahun dan sebatan bagi kesalahan merogol serta
tiga tahun penjara dan dua sebat bagi kesalahan mencabul.

Kes Guru Melanggar Etika Keguruan
Guru belasah murid hingga mati jenayah serius: TPM

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama
persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi
(ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas
koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan
sekelasnya. Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga
warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap
asrama sehingga menyebabkan mangsa koma. Mangsa dikatakan berjaya
membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan
kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas
kasihan.
Selepas memukul kepala, suspek dikatakan menggoncang badan mangsa
serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama
murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa
mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor
Setar, pada jam 8 malam hari kejadian. Ketua Polis Daerah Arau,
Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu
berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh
membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berharap guru terbabit dikenakan tindakan
tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang
tidak berperikemanusiaan itu.

Sumber: Berita Harian (4/4/2011)

Isu-isu Lain




Isu
kesantunan
guru
Isu
keprihatinan
guru
Penampilan
guru
Berniaga di
sekolah
Kerja sambilan
Pengurusan
masa
Pengurusan
kewangan
Jenis Tindakan Tatatertib Yang Boleh Dikenakan
Terhadap Penjawat Awam Yang Melakukan Kesalahan
Tatatertib

Perintah Am 36, Bab D telah menetapkan beberapa jenis
tindakan yang boleh dikenakan terhadap penjawat
awam yang melakukan kesalahan tatatertib:-

Pihak berkuasa tatatertib boleh mengenakan salah satu
hukuman yang berkenaan atau kombinasi dua atau lebih
hukuman.


*Maksud Emolumen : wang atau bayaran yang
diperoleh drpd sesuatu pekerjaan, gaji. (Kamus Dewan
Edisi Keempat)
HUKUMAN KETERANGAN INPLIKASI
TEMPOH TIDAK LAYAK
DIPERTIMBANGKAN
KENAIKAN
PANGKAT (PP 3/2009)
1. Amaran
Hukuman yang lebih berat akan
dikenakan jika mengulangi
kesalahan
Semua hukuman yang dikenakan kerana pegawai didapati
bersalah
12 Bulan
2. Denda
Hukuman denda dalam bentuk
wang oleh Lembaga
Jumlah denda yang dikenakan pada satu-satu masa tidak
melebihi amaun 7 hari emolumen. Jika didenda melebihi ekali
dalam tahun kalendar, agregat denda yang dikenakan tidak
boleh melebihi amaun 45% daripada emolumen bulanan.
18 Bulan
3. Lucut Hak
Emolumen
Amaun yang dilucuthakkan adalah
mengikut yang diputuskan oleh
Lembaga
Pegawai tidak layak mendapat emolumen bagi tempoh yang
telah dilucuthak
24 Bulan
4. Tangguh
Pergerakan Gaji
Pergerakan gaji pegawai ditangguh
mengikut tempoh selama mana
yang diputuskan oleh Lembaga
Tidak berhak mendapat pergerakan gaji sepanjang tempoh
kuatkuasa hukuman. Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan akan
berubah dan kekal sehingga perubahan dalam skim
perkhidmatan
30 Bulan
5. Turun Gaji
Matagaji pegawai akan menurun
mengikut yang diputuskan oleh
Lembaga
Pegawai tidak mendapat pergerakan gaji dalam tempoh
hukuman. Tarikh pergerakan gaji turut berubah.
36 Bulan
6. Turun Pangkat
Berlaku penurunan pada Gred
jawatan hakiki pegawai ke Gred
jawatan yang lebih rendah dalam
skim perkhidmatan yang sama
Penetapan gaji baru pegawai di Gred diturunkan pangkat ialah
berhampiran dengan matagaji akhir
gred hakiki sebelum diturunkan pangkat.
48 Bulan
7. Buang Kerja Pegawai dibuang kerja
Gaji pegawai hendaklah diberhentikan mulai tarikh
berkuatkuasanya Buang Kerja oleh Lembaga Tatatertib.


PUNCA KETIDAKPATUHAN GURU
TERHADAP ETIKA KEGURUAN
Tekanan
Emosi
Kursus,
Latihan dan
Bengkel
mengenai kod
etika kurang
berkesan
Guru kurang
menghayati
dan
memahami
kod etika
Punca 1: Guru kurang menghayati dan
memahami kod etika

Guru terbabit kurang menghayati dan memahami
kandungan yang tertera dalam kod Etika Profesion
Perguruan.

Kod etika yang disediakan dapat dijadikan suatu garis
panduan kepada para guru di Negara kita tentang
bagaimana tingkah laku yang sesuai dilakukan apabila
diri individu itu telah menceburi profesion perguruan.

Guru juga akan mengetahui bahawa tindak-tanduk
seorang guru yang buruk mampu mencemarkan nama
seluruh ahli komuniti guru justeru berusaha untuk
mengelakkan dirinya untuk terlibat dengan kes-kes salah
laku.
Punca 2 : Kursus, Latihan dan Bengkel
mengenai kod etika kurang berkesan

Kursus dan latihan serta bengkel berkenaan kod etika
profesion guru masih lagi kurang dan tidak memadai
untuk memberi pendedahan yang tegas kepada
guru-guru di Negara kita mengenai kepentingan
menjaga tingkah laku mereka berdasarkan tatatertib
etika.

Penguatkuasaan dan pemantauan yang kurang
berkesan akan menyebabkan berlakunya kes salah
laku di kalangan guru.
Punca 3 : Tekanan Emosi
Kyriacou (2000) menjelaskan stres guru sebagai
pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini
seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan
dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai
seorang guru.

Sebenarnya, setiap individu mengalami kelima-lima
jenis stres yang disenaraikan, apa yang membezakan
adalah kekerapan dan tahap keseriusan tekanan emosi
tersebut kepada setiap individu, menurut Noriati A.
Rahid, etc. (2010:67).

Guru di sekolah bukan sahaja menghadapi cabaran dalam
menguruskan perihal pengajaran dan pembelajaran di sekolah,
malah golongan tersebut juga menghadapi cabaran yang lebih
ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak
pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti
pendidikan.

Guru kian menghadapi halangan, kesuntukan masa, perselisihan
faham antara guru justeru tekanan emosi sememangnya berlaku
jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani
cabaran yang dihadapi.

Dalam kes yang dirujuk, guru bermasalah mungkin telah mengalami
tekanan emosi yang mana pada akhirnya menyebabkan dia
bertindak terpesong daripada etika kerjaya sebagai seorang guru.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai