Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum wbh, salam sejahtera .

Terlebih dahulu saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha
..............................................................khas untuk menjayakan majlis Penutupan kejohanan PingPong
Daerah LMS kategori Sekolah Rendah 2012 yang telah berlangsung hari ini.
Pucuk Pauh delima batu,
Anak Sembilang di tapak tangan;
Terima kasih tuan sudi bertamu,
Penutupan program yang dijalankan.
Tuan-tuan dan puan-puan, sidang dewan yang dimuliakan,
Bagi melengkapkan acara kita pada petang ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha ............................................................................................untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Penutupan kejohanan Ping Pong LMS 2012.
Dengan segala hormatnya tuan dipersilakan.
Terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia memberikan ucapan dan setersunya merasmikan
penutupan program pada hari ini.
Majlis pada petang ini akan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepad a pemenang-pemenang.
Untuk itu majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha................................................. untuk
menyampaikan hadiah. Majlis mempersilakan.
Pemenang kategori lelaki bawah 12 tahun
Tempat ke 3 ................................................................ dari SK...........................................................
Naib Johan disandang oleh............................................................... dari SK........................................
Johan dimenangi oleh .................................................................... dari SK.............................................
Pemenang kategori perempuan bawah 12 tahun
Tempat ke 3 ................................................................ dari SK.............................................................
Naib Johan disandang oleh............................................................... dari SK........................................
Johan dimenangi oleh .................................................................... dari SK.............................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan kerana sudi menyempurnakan majlis.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah Kejohanan Ping
Pong Sekolah Rendah LMS bagi tahun 2012.
Sehingga kita bertemu semula dalam kesempatan yang lain, sesungguhnya yang baik itu dari Allah
SWT yang telah mencipta saya dan yang buruk itu dari saya yang telah dicipta oleh-Nya.
Assalmualaikum wbh. Dan salam sejahtera.