Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG IMANSHAH

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah
Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh dif-dif kehormat.

Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.


Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah
Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Yang Berbahagia, Dato Mohd Nasir bin Ahmad
Presiden Staroba

Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid,
Yang Dipertua PIBG, STAR

Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim,
Pengetua Cemerlang STAR

Dif-dif kehormat, AJK STAROBA, AJK PIBG, pegawai-pegawai kementerian, para ibu bapa, guru-
guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan
sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang STAR kali ke 51 bagi tahun
2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada
hari ini Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh
dan Sekolah Kecemerlangan kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang STAR pada
tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat
sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al
Fadhil Ustaz Imran bin Jemain untuk meminpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Imran bin Jemain atas bacaan doa
sebentar tadi.

Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan multimedia



Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahana multimedia.

Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi, merupakan ilham kreatif pasukan
Briged Bestari STAR dibawah bimbingan Encik Abdul Rahman bin Rashid.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dan laporan Pengetua Cemerlang STAR.
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim
bin Abdul Karim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin
Abdul Karim, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak
adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan
Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan
Sekolah Kecemerlangan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah
Cemerlang STAR kali ke-51 bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah,
Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan atas ucapan serta
perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi.

Setrusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita diiringi oleh tuan
pengetua untuk memukul gong sebagai simbolik perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2011.
Dipersilakan.

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guru-guru yang telahpun
menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bagi
menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha
Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan
HEM untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis memepersilakan
Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan
bin Haji Ghazali, Penolong Kanan STAR untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin
Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian anugerah sebentar tadi.

Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan


Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada persembahan
pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral Speaking para pelajar Tingkatan 1
hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke
dua dalam pertandingan lagu Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga
telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di hadapan duta Perancis baru-baru
ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar sekolah Tuanku Abdul
Rahman.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan nyanyian solo lagu
perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan persembahan tadi dibimbing oleh
Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid dan Cik Norhidayah Abdullah.

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke tiga. Untuk itu,
majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah, Pengarah
Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin
Abdul Karim untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul
Karim untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berusaha Puan
Ashah binti Samah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti
Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima anugerah pada
hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-
masing.

Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-51 merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari
ini.

Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk Majlis Perasmian Rumah Tetamu
STAR.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh