Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN ANALISIS SWOT

Berdasarkan pakej pembelajaran multimedia interaktif yang telah saya hasilkan, saya
dapati pakej ini sesuai untuk diaplikasikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di
Malaysia. Pakej pembelajaran multimedia interaktif yang saya hasilkan ini sesuai untuk
digunakan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Untuk membincangkan lebih
mendalam lagi mengenai pakej ini saya menggunakan analisis SWOT untuk menerangkan lagi
pakej yang saya hasilkan.
SWOT adalah salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana
keadaan organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan
keadaaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-
faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Selain itu, SWOT juga digunakan untuk
mempertimbangkan sesuatu kerja yang kita hasilkan.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan analisis SWOT, kekuatan yang ada pada pakej
pembelajaran multimedia interaktif yang saya hasilkan ialah dapat mempercepatkan
pembelajaran murid. Hal ini kerana, murid tidak hanya perlu tertumpu kepada buku teks
semata-mata. Melalu pakej pembelajaran multimedia interaktif ini murid akan lebih cepat
menerima pembelajaran yang guru sampaikan. Selain itu, kekuatan yang ada pada pakej
pembelajaran ini ialah menyeronokkan kerana pakej ini dihasilkan dengan memasukkan
animasi, grafik dan teks yang dapat menarik minat murid. Tumpuan murid juga lebih terarah
kepada pembelajaran yang guru sampaikan. Seterusnya, kekuatan yang ada pada pakej
pembelajaran ini ialah dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai sesuatu
pembelajaran. Murid menjadi lebih mahir terhadap subjek yang guru ajar, misalnya dalam
pendidikan seni visual, murid mahir dalam menghasilkan corak melalui teknik ikat dan celup.
Kelemahan yang terdapat pada pakej pembelajaran multimedia interaktif yang
dihasilkan ialah apabila pakej pembelajaran ini digunakan pada komputer yang berlainan
kadangkala ianya tidak dapat berfungsi dengan baik. Hal ini kerana, mungkin faktor
penyimpanan tidak sempurna menyebabkan ianya tidak dapat berfungsi dengan baik. Selain
itu, kelemahan yang ada pada pakej pembelajaran ini ialah, pakej ini perlu dipasang
menggunakan komputer. Sekiranya ketiadaan komputer atau elektrik, ianya tidak dapat
digunakan. Sehubungan dengan itu, antara kelemahan yang lainnya ialah ia memakan masa
kerana guru perlu memasang komputer dahulu sebelum memasangnya dan memerlukan
pemancar untuk dipancarkan di skrin putih supaya murid-murid dapat mengikutinya. Justeru,
masa pembelajaran yang singkat menjadi lebih singkat.
Antara peluang yang ada pada pakej pembelajaran multimedia interaktif yang dihasilkan
ialah pakej pembelajaran ini mempunyai nilai komersial. Hal ini kerana, pakej pembelajaran
boleh dikomersialkan. Justeru, pakej ini memberi pulangan yang baik jika dipasarkan kepada
guru-guru dan boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Selain itu, peluang yang ada
pada pakej pembelajaran ini ialah boleh disyorkan kepada ibu bapa untuk diberikan kepada
anak mereka. Ibu bapa boleh menggunakannya bagi membantu anak mereka belajar dirumah
tanpa bantuan guru.
Bentuk ancaman yang ada pada pakej pembelajaran multimedia interaktif ini ialah,
penghasilannya perlukan kesabaran dan ketelitian. Hal ini kerana, dalam menghasilkannya
pelbagai elemen perlu dimasukkan seperti video, audio, teks, grafik, animasi dan sebagainya.
Selain itu, ancaman semasa menghasilkan pakej pembelajaran ini ialah masa yang terhad serta
terlibat dengan pelbagai program menyebabkan pakej pembelajaran hanya dapat dihasilkan
dengan ringkas sahaja.
Tuntasnya, dalam menghasilkan pakej pembelajaran multimedia interaktif ini merupakan
satu pengalaman yang baru dan menjadi satu pembelajaran baru buat diri saya. Ilmu yang
pensyarah berikan digunakan sehabis baik dalam menyiapkan tugasan projek kali ini. Hal ini
kerana, pendedahan baru tentang power point yang selama ini tidak diketahui dan juga tidak
dipelajari dengan baik. Melalui ilmu baru yang diperoleh dapat diaplikasikan di sekolah nanti
apabila menjadi guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai