Yang Dihormati, Tuan Victor Temenggong Anak Anggang, Setiausaha
Politik Kepada Ketua Menteri,
Yang Berusaha, En Bernard Tahim Anak Bail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sebauh Yang Berbahagia En Nyaring anak Lai, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Sebauh Yang Berbahagia ________________________________________________ Pn Agnes Mampak anak Mandaw, Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Barisan Penolong Kanan Sk Sebauh, Guru-guru dan kakitangan Sk Sebauh Ketua-ketua jabatan Penghulu _______________________________________________________ Tuai-tuai rumah, ketua kampung ibu bapa, anak-anak murid Sk Sebauh serta para hadirin sekalian.
Assalamualaikum, Selamat pagi dan Salam 1 Malaysia Selamat datang ke Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Sebauh. Sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini sentiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang berpanjangan. Kita mulakan majlis kita dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku. Para hadirin diminta berdiri. (Nyanyi) Para hadirin dipersilakan duduk.
Bagi memberkati majlis, sama-sama kita menadah tangan, mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Cikgu Muhamad Fadzlun Zamhuri. Majlis mempersilakan. (Doa) Amin, amin, ya rabbal alamin. Terima kasih Cikgu Muhammad Fadzlun atas doa yang dibaca sebentar tadi.
(Pantun) Ceria wajah dalam majlis, Hati berkobar semangat dibawa, Sambutan merdeka penyeri majlis, Sematkan gagah di dalam jiwa.
Warga Sebauh sekalian, Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara yang patriotik. Dengan tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" , secara rasminya menunjukkan Malaysia telah meraikan ulangtahun yang ke- 57 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.
Hadirin sekalian, Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan oleh En. Sigar Jiling selaku Penyelaras Program Sambutan Kemerdekaan SK Sebauh tahun 2014. Dipersilakan....