Anda di halaman 1dari 12

ASAS KEUSAHAWANAN

Mempelajari keusahawanan tidak akan lengkap tanpa memahami perkara-perkara


asas yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu yang akan menyertai bidang
ini. Diantaranya ialah ;

Keusahawanan sebagai satu proses seseorg itu tidak dilahirkan sebagai
usahawan dan sifat keusahawanan juga tidak boleh diwarisi. Sebaliknya seseorg
itu akan hanya mampu menjadi usahawan apabila mereka melalui pelbagai
peringkat proses pembangunan usahawan.

Penekanan kepada kreativiti dalam mengolak sumber syarikat setiap usahawan
mempunyai kekuatan kreativiti yang tersendiri yang dibangunkan melalui kekuatan
imaginasi, pengalaman dan pendedahan kepada persekitaran.

Mahu meningkatkan kesejahteraan usahawan perlu sedar tindak tanduk mereka
akan menentukan kesejahteraan atau kemusnahan dunia..
Memahami perkara-perkara asas :
PERSPEKTIF KEUSAHAWANAN.
Lapan perspektif yang dilihat mempunyai kaitan rapat dengan bidang ini iaitu ;
1. Membangunkan kekayaan iaitu melalui keuntungan hasil drp kesulitan
yang ditempuhi.
2. Membangunkan perniagaan iaitu melalui penubuhan syarikat dengan
menggabungkan sumber yang dimiliki.
3. Membangunkan inovasi iaitu melalui penciptaan baru produk atau idea
dengan keberanian keyakinan yang dimiliki.
4. Membangunkan perubahan iaitu melalui penyesuaian kehendak
manusia, situasi dan persekitaran.
5. Membangunkan pekerjaan melalui penyediaan peluang pekerjaan.
6. Membangunkan pertumbuhan melalui perkembangan jualan dan
pendapatan dengan pembinaan keyakinan.
7. Membangunkan nilai melalui penumpuan kepada persoalan sosial yang
tidak sepatutnya diabaikan.
8. Membangunkan keredhaan Allah.

CIRI CIRI ASAS KEUSAHAWANAN
Empat ciri-ciri asas yang perlu dimilik oleh setiap usahawan iaitu ;

1. Mengenal pasti peranan dirujuk kepada keberkesanan individu
mengakui hakikat keusahawanan merupakan satu jaringan proses dan
bukan tindakan secara bersendirian.

2. Berkemampuan kemampuan berfikir secara rasional.

3. Bermotivasi merupakan daya penggerak yang akan membezakan
diantara usahawan berpotensi dengan usahawan melepas batuk
ditangga.

4. Kesediaan melakukan perubahan bersedia menangani perubahan
dan memburu kecemerlangan hari esok.
PERSEPSI TERHADAP USAHAWAN.
Terdapat lima persepsi utama berkaitan dengan usahawan iaitu ;

1. Usahawan dilahirkan bukan dibangunkan.

2. Penceburan awal dalam sesuatu bidang menentukan kejayaan
usahawan.

3. Usahawan gilakan kuasa.

4. Usahawan adalah golongan yang berani menanggung risiko ke tahap
yang melampau.

5. Usahawan semestinya perekacipta.
DILEMA USAHAWAN.
Disebalik kebaikan menceburi keusahawanan, wujud juga dilema
usahawan iaitu ;

1
2
4
3
Dilema mengubah cara hidup.
Dilema jenis perniagaan yang diusahakan.
Dilema etika.
Dilema menerokai bidang baru dan keupayaan bersaing.
FAKTOR MENDORONG PENYERTAAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN.
Usahawan sudah tentu mempunyai pelbagai visi dan misi
apabila menjalankan sesuatu aktiviti keusahawanan.
Justeru itu terdapat beberapa faktor yang mendorong
penyertaan dalam bidang keusahawanan iaitu ;

1
3
4
2
5
Keselamatan.
Status.
Kepuasan diri.
Pencapaian matlamat.
Kuasa.
Jihad - Satu Cabang Keusahawanan

1. Mudah ditewaskan dalam perang jihad kerana kekurangan senjata.
Oleh itu, umat Islam tidak mempunyai pilihan lain untuk menentukan
kewujudan umat sejagat.

2. Perlu membina semula kekuatan dan menghimpun kekayaan
Secara umumnya, umat Islam hidup dalam kemiskinan dan mereka jauh
ketinggalan dalam bidang ekonomi. Masyarakat Islam juga dianggap sebagai
"totalitarian", "tidak boleh bertolak ansur" dan "mundur" oleh masyarakat lain.
Ini menyebabkan mereka menggelar negara Islam sebagai negara yang
gagal.

3. Medan perang Abad 21 adalah dalam dunia perniagaan dan korporat
Sistem ekonomi abad 21 yang berorientasikan sistem ekonomi
kapitalis menyaksikan organisasi-organisasi korporat berperanan dominan
dalam bidang ekonomi. Pemusatan kuasa ekonomi global pada 'multi national
corporation' (MNCs) barat mengancam penjajahan semula sesebuah negara
yang turut memberi kesan kepada nilai hidup dan budaya setempat
DEFINISI USAHAWAN DALAM KONTEKS MALAYSIA.
Usahawan di Malaysia muncul melalui beberapa cara iaitu ;
Penglibatan kerajaan melalui pelbagai galakkan.
Usahawan mencari peluang dalam sesebuah organisasi.
Usahawan berusaha sendiri tanpa mendapat pertolongan
daripada mana-mana pihak.
Kemunculan usahawan melalui pergaulan dikalangan
usahawan.
Kerajaan Malaysia masih merupakan nadi utama dalam melahirkan
usahawan Bumiputera melalui pelaksanaan pelbagai program
pembangunan walaupun terdapat juga usahawan Bumiputera yang
berjaya atas usaha dan inisiatif sendiri.
1
2
3
4
5
JENIS USAHAWAN DI MALAYSIA
Jenis usahawan boleh dikategorikan dari segi personaliti . Tujuh jenis
usahawan yang mempunayi ciri dan watak tersendiri (Abd Aziz 1999).
USAHAWAN KELAB BOLA SEPAK. - Utamakan pasukan dan tidak
bersedia bertolak ansur dgn pesaing. Bersedia menghalalkan cara
asalkan matlamat berjaya dicapai. Dapat mengatur strategi dan taktikal
dengan baik apabila berhadap dengan pesaing. Sentiasa berwaspada
kerana beranggapan kesilapan yang kecil boleh membawa padah.
USAHAWAN KELAB GOLF. - Utamakan birokrasi dan status. Sentiasa
ingin kelihatan kemas,segak dan bergaya. Mementingkan hubungan
sosial. Berpandangan jauh dan sukar bertolak ansur dalam perkara
remeh temeh. Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
pekerjaan walaupun pencapaian hasil sukar diperolehi.
USAHAWAN KELAB DAM. Tiada kompromi dgn pesaing. Suka
mengadu dihadapan pelbagai pihak. Tidak membuat perhitungan rapi.
Melihat kepada keuntungan jangka pendek dan lebih banyak bercakap
daripada bertindak. Suka mensia-sia masa dan cenderung menjalin
perhubungan dengan mereka yang mempunyai latar belakang yang
sama.
USAHAWAN KELAB MEMANCING. Bercita-cita tinggi wlp kadang
kadang tidak realistik. Membuat pelaburan kecil tetapi mengharapkan
pulangan besar. Kejayaan lebih banyak bergantung kepada nasib.
Keusahawanan dijadikan sebagai satu hobi bukan sebagai satu
profesion. Sentiasa mencari dan mengubah tapak serta jenis
perniagaan dilakukan bukan berasas kajian & analisis. Bersedia
mengambil masa yang lama untuk memperolehi keuntungan.
USAHAWAN KELAB DANGDUT. suka berfoya-foya, Menghabiskan
sumber tanpa mendapat sebarang faedah. Melupai pengorbanan
pelbagai pihak terhadapnya sebelum memperolehi kejayaan. Tiada
keyakinan diri. Lupa diri dengan menggadaikan maruah dan personaliti.
Tiada bersyukur dgn kejayaan yang diperolehi. Berlagak kaya dan suka
berpura-pura.
USAHAWAN KELAB SEWA KERETA Bersungguh2 diperingkat awal.
Adakalanya menceburkan diri demi memperolehi tambahan
keuntungan dengan segera. Sentiasa berada ditakuk yang lama dan
tidak bersedia untuk berubah. Tidak berani mencuba sesuatu baru.
Selesa dgn situasi yang sedia ada.
USAHAWAN KELAB MARATON. Memulakan perniagaan dgn penuh
keyakinan.Tidak terburu-buru dalam mengejar cita-cita.Cuba mendapat
faedah drp persaingan. Memastikan kejayaan tercapai apabila
menyertai sesuatu bidang. Tahu mengagihkan sumber. Konsistensi
dalam perjuangan dan sedia menghadapi halangan serta mengetahui
kelemahan & kekuatan dirinya.

Anda mungkin juga menyukai