Anda di halaman 1dari 2

Sebelum ini sudah ada isu & aduan masalah berkaitan guru seperti (DI SINI) & (KLIK

SINI). Kita akan


mendengar permasalahan yang menimpa kalangan guru-guru hari ini, dan tidak mustahil kita mungkin
akan terus mendengar permasalahan seperti ini ini pada masa akan datang selagi segala isu yang
berkaitan guru-guru Malaysia hari ini tidak diselesaikan secara tuntas.



Berita Semasa ada menerima aduan daripada kalangan guru termasuklah surat aduan terbaru yang
dihantar kepada kami. Antara isu-isu yang berbangkit adalah seperti :

Masa kerja guru, beban kerja yang semakin bertambah,
Pengetua/Guru Besar yang tidak kompeten,
Sistem kenaikan pangkat yang tidak adil
Kursus Upskilling guru
Situasi tempat kerja yang tidak kondusif
Kekurangan peralatan ICT dan ABM .
Beban Tugas Guru Sekolah : Surat Aduan Guru Malaysia

Isu Guru SekolahSuara rintihan atau isu para guru sering kedengaran sejak berpuluh tahun tetapi
sehingga kini tidak pernah selesai. Memang tidak dinafikan ada tindakan penyelesaian diambil tetapi
ianya banyak yang bersifat ad hoc dan political. Berbagai kajian telah dijalankan oleh KPM sendiri
misalnya tentang beban kerja guru tetapi penyelesiannya bukan mereka meringankan beban malah
ditambahkan lagi beban kerja hingga lebih berganda. Lebih ironi lagi ialah tidak ada satu badan atau
kesatuan pun yang bertindak atau mewakili semua guru. Sebagai contoh NUTP dan KGLM selaku
kesatuan yang disertai oleh ramai guru hanya memperjuangkan guru-guru lepasan maktab sahaja.

Oleh kerana projek pensiswazahan guru, maka lulusan maktab telah dinaikkan status mereka secara
magic dan automatic kepada siswazah. Laluan kenaikan pangkat bagi golongan mereka lebih mudah
dan pendek iaitu formula 8: 8: 5 berbanding dengan guru siswazah dengan formula time-based 8: 8: 6:
3. Mereka juga berjayamelangkah kepala guru-guru berijazah tulen walaupun yang super senior
dalam urusan kenaikan pangkat seperti menjadi GPK, pegawai di PPD, JPN, KPM dan menjadi Pengetua.
Lalu kesatuan-kesatuan ini terus menuntut keistimewaan mereka sebagai siswazah pula dengan
mengabaikan lulusan siswazah yang sebenar.

Dalam semua profesion, hanya keguruan sahaja yang tidak ada ditetapkan masa kerjanya. TIDAK ADA
SATU PIHAK pun yang memperjuangkan hak-hak guru dalam hal ini. Pada November 2012 kerajaan telah
mengumumkan sistem waktu bekerja 9 jam untuk para guru dimana Pahang, Melaka, Johor dan
Sarawak telah menjadi negeri perintis selama enam bulan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh
Malaysia. Oleh kerana mendapat tentangan daripada pelbagai pihak dan dari Kesatuan Guru, pada 28hb
November 2012, Timbalan, Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah membatalkan
perlaksanaan sistem ini. (LAPORAN KLIK SINI).

Sebagaimana kerajaan pernah mengumumkan penghapusan yuran sekolah dalam bajet 2008, para
ibubapa terpaksa membayar sejumlah wang yang berkali ganda dari jumlah yuran sekolah itu sendiri.
Perkara yang sama berlaku pada masa kerja guru. Sebelum 2012, kebanyakan guru sekolah menengah
harian biasanya balik pada jam 2.30 petang. Sejak awal 2012, terdapat pengetua yang mengarahkan
guru bekerja sehingga jam 3 petang. Malangnya guru hanya balik pada jam 3 petang Itu hanya untuk
satu atau kadang-kadang 2 hari sahaja dalam seminggu. Selebihnya mereka pulang sehingga lewat jam
6.00 petang. Di bawah ini dipaparkan jadual untuk menjelaskan pernyataan kami.

Anda mungkin juga menyukai