Anda di halaman 1dari 4

CADANGAN MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI , BAHASA DAN PERTUTURAN

Merujuk kepada masalah bahasa dan pertuturan dan komunikasi, terdapat pelbagai punca-punca
yang menyebabkan kanak-kanak akan mengalami masalah ini. Justeru, pelbagai pendekatan dan
pencegahan perlu dilakukan bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan
pertuturan. Antaranya ialah:
Tempatkan murid hampir dengan guru
Guru perlu menarik perhatian murid sebelum mulakan pengajaran
Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas
Guru perlu mengulang arahan yang agak sukar difahami oleh murid
Murid digalakkan untuk bercakap
Jangan memaksa murid menghafal
Guna pendekatan komunikatif iaitu peranan guru menjadi kurang manakala murid banyak
berinteraksi
Teknik pemusatan pembelajaran murid
Teknik peniruan
Teknik modelling
Latih tubi
Pendekatan mainan
Guru tidak boleh tekankan murid dengan perkataan yang sukar
Guru memberi penerangan kepada ibu bapa supaya sentiasa gunakan perkataan yang betul dan
mudah.
Pengulangan bacaan
Menggunakan peluang persekitaran untuk menggalakkan pertuturan
Pastikan masa dan keadaan yang sesuai untuk perbualan yang panjang dan spontan.
Peranan Guru
Di sini dapat dirumuskan bahawa langkah-langkah pencegahan untuk kanak-kanak yang mengalami
masalah bahasa dan pertuturan ialah dari segi peranan guru itu sendiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam hal ini,guru amat penting dalam proses interaksi dengan murid-murid perlu
ditempatkan hampir dengan guru. Guru perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan sesuatu
sesi pengajaran. Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas. Guru juga perlu selalu
mengulang arahan yang agak sukar difahami supaya murid dapat memahami perkara yang
disebutkan oleh guru. Dalam konteks ini, murid digalakkan untuk bercakap supaya mereka dapat
membiasakan diri dalam proses bahasa dan pertuturan. Namun, yang penting murid jangan dipaksa
untuk menghafal dan perlulah elakkan murid daripada merasa tertekan.
Selain itu, guru perlu memastikan supaya murid-muridnya menggunakan bahasa semasa proses
berinteraksi. Dapat ditekankan di sini, murid perlulah diajak berbual dan topik yang dibualkan itu
mestilah berkaitan dengan pengalaman murid tersebut. Langkah seterusnya ialah guru perlu
memberi pendekatan komunikatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini,
peranan guru menjadi kurang. Hal ini supaya murid banyak berinteraksi .Melalui pendekatan
komunikatif ini, murid-murid akan mempunyai kecekapan untuk berkomunikasi. Di dalam aktiviti
komunikatif ini, aktiviti yang dirancang kepada kemahiran lisan iaitu mendengar ,menyebut,
bertutur, berbincang dan membentuknya di dalam penulisan. Aktiviti ini bertujuan untuk
mendedahkan kemahiran komunikasi kepada murid-murid. Gerak kerja dijalankan di dalam
kumpulan kecil dan tidak mengasingkan murid-murid yang cerdas. Dengan ini, berlakulah kerjasama
iaitu murid-murid cerdas membantu murid-murid bermasalah.
Di samping itu, aktiviti peniruan juga boleh digunakan untuk menggalakkan murid-murid bertutur
contohnya, guru menunjukkan budak sedang berlari sambil menyebut Dia sedang berlari.
Seterusnya kanak-kanak mungkin hanya menyebut dia.Guru terus mengulang perkataan secara
berkali-kali sehingga murid dapat menjawab dengan baik. Langkah seterusnya adalah melalui aktiviti
modeling iaitu guru memerlukan seorang pembantu untuk membantunya sebagai model. Di sini
model menunjukkan gambar kepada kanak-kanak manakala murid-murid mendengar apa yang
dipertuturkan oleh model tersebut. Di sini murid-murid akan mendengar dan mula berbahasa dan
bertutur dengan baik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga, penggunaan bahasa yang
sukar perlu ditukar kepada bahasa yang mudah untuk difahami, Murid-murid yang mengalami
masalah akan dapat berbahasa dengan baik apabila guru mula menggunakan bahasa yang mudah
dan senang difahami.
Peranan Ibu bapa
Di samping itu, peranan ibu bapa juga amat penting di dalam penggunaan bahasa dan pertuturan. Di
ruman ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam proses berinteraksi. Di sini ibu bapa
memerlukan penggunaan bahasa yang betul, mudah serta ringkas pada permulaannya. Lama-
kelamaan anak-anak dapat berbahasa dan bertutur dengan baik dan ini memepengaruhi
penggunaan bahasa yang baik oleh kanak-kanak. Ibu bapa juga perlu melatih anak-anak supaya
berkomunikasi dengan baik , supaya anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan bahasa
dan pertuturan. Di sini, peranan ibu bapa itu sangat penting dalam penggunaan bahasa yang betul
seterusnya mempengaruhi pertuturan kanak-kanak.
Panduan atau langkah Pencegahan
Masalah artikulasi
Oleh kerana gangguan artikulasi memang berlaku kepada kanak-kanak kecil,kematangan dan
bimbingan tentang penyebutan perkataan dengan betul oleh adalah mencukupi untuk mengatasi
masaalah.Tumpuan hanya diperlukan kepada kanak kanak yang menunjukan gangguan yang
melampau .
Guru boleh mengajar kanak-kanak ini melalui latihan pendengaran, stimulasi bunyi dan program
pemulihan. Latihan pertuturan reaksi, minat kanak kanak dan jumlah perkataan yang digunakan
untuk bertutur bersama teman rakan sebaya.
Eisesson dan Olgilvie (1976) mencadangkan tiga langkah yang boleh digunakan untuk memperbaiki
masalah artikulasi iaitu;-
Mengajar kanak kanak mengenal masalah artikulasi yang di hadapinya dan melatih untuk
menyebut perkataan dengan betul.
Mengajar penyebutan perkataan secara berangsingan suku kata dan dalam bentuk perkataan.
Mengajar kanak kanak menggunakan bunyi yang betul dalam pertuturan.
Langkah Atau Panduan Pencegahan Masalah Gagap
West (1996) mencadangkan bahawa masalah gagap boleh dikurangkan melalui beberapa cara iaitu;-
Psikonalisis
Khayalan mental untuk membentuk kebolehan mengambarkan sesuatu.
Latihan negatif iaitu menghilangkan gagap dengan menyedarkan penutur tentang gagap yang
dialami dan melatihnya bertutur dengan sempurna.
Latihan penggunaan tangan yang mahir sama ada atau tangan kanan atau kiri untuk menulis dan
membaca supaya kelemahan atau kelumpuhan otak dapat dipulihkan.
Masalah ini dapat diatasi daripada pakar pertuturan, ahli psikoterapi dan ahli psikonalisis yang
memberi latihan pertuturan,pembacaan dan imaginasi.
Agensi yang Memberi Perkhidmatan Kepada Kanak-kanak Cacat Pertuturan
Di Malaysia, perkhidmatan terhadap kecatatan pertuturan masih lagi berkurangan.Ia mungkin
disebabkan oleh tanggapan segolongan besar masyarakat yang merasakan bahawa masalah
artikulasi, bunyi, gagap, sumbing, dan kelewatan bertutur bukannya satu kecacatan tetapi masalah
semulajadi yang tidak boleh dipulihkan. Kecacatan kelumpuhan otak digolongkan ke dalam
kecacatan spastik.Dengan itu,hanya masalah pertuturan yang disebabkan oleh kurang pendengaran
yang digolongkan sebagai bisu. Dan pekak yang telah mempunyai perkhidmatan tertentu.
Biasanya, kanak-kanak yang bisu dan pekak boleh mendapatkan perkhidmatan latihan pertuturan di
Bahagian Pediatrik, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan klinik-klinik swasta. Jika
dibandingkan dengan kanak-kanak bisu dan pekak yang di anggarkan oleh Baharudin dan Shaharudin
(1958) kanak-kanak yang berumur di antara 0-6 tahun iaitu seramai 3,902 orang yang meningkat
pada hari ini,tentunya perkhimatan yang ada sekarang ini tidak mencukupi.Ini berlaku,terutamanya
apabila pekhidmatan yang diberikan oleh klinik swasta mengenakan bayaran yang mahal, hanya
kanak-kanak daripada keluarga kelas atasan sahaja yang mampu untuk mendapat perhidmatan ini.
Untuk mendapatkan perkhimatan pendidikan yang formal pula, kanak-kanak ini akan ditempatkan di
sekolah khas, kanak-kanak bisu dan pekak atau kelas pencantuman iaitu sekolah biasa yang
mempunyi kelas dan guru khas yang boleh mengajar kanak-kanak ini seperti kanak-kanak lain.
Doktor
Lazimnya, doktor bedah akan membetulkan bibir sumbing dalam lingkungan usia tiga bulan dan akan
melakukan pembedahan rekonstruktif terhadap rabit lelangit apabila bayi meningkat usia sembilan
bulan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat di antara pakar -pakar bedah tentang masa yang
paling sesuai untuk melakukan pembedahan, dalam keadaan -keadaan tertentu seperti sindrom
pierre robin misalnya, pembedahan rekonstuktif ke atas rabit lelangit mungkin dilakukan lebih lewat
daripada itu. Dalam keadaan ini, bahagian dagu sianak terbentuk terlalau kecil sehingga kerap
menyekat saluran pernafasannya. Dia juga mengalami masalah sukar untuk bernafas dan sukar
menyusu. Keadaan ini sering memerlukan rawatan intensif dari peringkat awal kelahiran bayi.
Pertuturan si anak lazimnya akan kedengaran sengau. Rabit lelangit juga menjejaskan fungsi tiub
eustachio yang menghubungkan bahagian mulut dengan bahagian telinga. Akibatnya, cecair mudah
bertakung di belakang dinding telinganya. Ini akan menjejaskan pendengarannya. Dia perlu dirawat
dengan ubat -ubat tertentu atau melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair tersebut.
Pakar kanak -kanak khususnya perlulah menjalankan penilaian yang menyeluruh supaya kecacatan -
kecacatan lain, jika ada, dapat dikesan. Daripada penilaian ini, dapatlah program -program yang
komprehensif dijalankan bagi kanak -kanak ini. Khidmat pakar gigi juga penting dalam melatih kanak
-kanak itu bercakap tanpa nada sengau. Pakar telinga, hidung dan tekak pula adakalanya perlu
memberi rawatan kepada anak -anak ini jika pendengaran mereka kurang baik akibat takungan
cecair pekat dalam dinding telinga.
Patologis Pertuturan - Bahasa
kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan atau bahasa juga perlu berjumpa dengan pakar
Patologis Pertuturan. Ini adalah untuk membantu seseorang kanak-kanak tersebut supaya boleh
menjalani yang sewajarnya dalam kaedah-kaedah yang tertentu dalam membuka artikulasi untuk
mengeluarkan suara dan sekaligus dapat bercakap. Seseoarang pakar Patologis Pertuturan Bahasa
bertanggungjawab untuk mencegah, mengenalpasti dan menilai masalah-masalah pertuturan dan
bahasa serta melakukan rehabitasi yang sewajarnya bagi kanak-kanak dan dewasa yang mengalami
masalah ini