Anda di halaman 1dari 1

1.

0 Pengenalan

Fokus utama kehendak soalan adalah menganalisakan hubungan sosial-politik
antara Sepanyol dan Filipina pada kurun ke-19. Menganalisa merujuk kepada sesuatu
perkara yang perlu dihuraikan seperti keadaan, masalah, persoalanan untuk mengetahui
pelbagai aspek secara terperinci.1 Di sini kami lebih memberi penekanan tentang
bagaimana sistem sosial masyarakat Filipina telah dipengaruhi dengan sistem yang
dilaksanakan oleh Sepanyol. Seterusnya ia turut membentuk satu sistem politik yang
telah berasimilasi dengan pentadbiran penjajah dan tempatan iaitu sistem pentadbiran
Sepanyol dan Filipina. Struktur politik ini berubah akibat daripada sosial masyarakatnya.
Fenomena ini berlaku apabila Sepanyol ingin menyebarkan agama Kristian di Filipina.
Republik Filipina ialah sebuah gugusan pulau-pulau yang luasnya lebih kurang
115,600 batu persegi.2 Dalam abad ke-16 gugusan kepulauan ini telah mengalami
perluasan kuasa politik dan perluasan kebudayaan Eropah di Asia Tenggara. Sepanyol
merupakan kuasa pertama yang menjalankan perluasan kuasa ini di Filipina, hal ini
kerana orang Sepanyol datang dari Timur melalui kedua-dua benua Amerika maka pada
masa itu Filipinalah yang menjadi pintu masuk ke kawasan ini. Seterusnya jalan tersebut
diikuti oleh Amerika untuk menjajah Filipina. 3 Di sinilah berlakunya perubahan dalam
hubungan sosial-politik antara Sepanyol dan Filipina pada abad ke-19. Hubungan ini
terjadi kesan daripada penjajahan Sepanyol ke atas Filipina pada 1565 sehingga 1898,
iaitu kira-kira 233 tahun. Nama Filipina diambil sebagai menghormati anak Maharaja
Charles V yang bernama Philip yang bakal mewarisi takhta kerajaan Sepanyol.4

_____________________
1 Hajah Noresah bt. Baharom, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor :
1970.
2 Sejarah pembukaan Filipina terjadi apabila Ferdinand Magellan mendarat di Filipina pada tahun
1521.Mula-mulanya dia mendarat di Pulau Samar dan kemudiaanya berlayar ke Cebu dan Mactan di
mana dia terbunuh. Kemudian pada tahun 1542 Raja Charles V dari Sepanyol menghantar sebuah
angkatan penjelajah di bawah Ruy Lopez de Vilalobos ke Filipina untuk mendapatkan perdagangan.
Angkatannya tidak mendatangkan apa-apa hasil, lalu di beri nama Filipina sempena nama anak
maharaja Charles V,Philip.
3 Onofre D. Corfuz, The Phillippines, Prentice-Hall, Inc Englewood Cliffs, New Jersey : 1965, hlm 4.
4 D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1981, hlm, 297.

Anda mungkin juga menyukai