masyarakat pelbagai kaum yang harmoni. WAJ 3106: Hubungan Etnik Ahli Kumpulan 1: Chong Wai Mun Joanne Tang Chee Mei Loh Soh Hwee Ng Hui Ling Tan Wei Heong 1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t Kemantapan akidah, syariah, akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras pembangunan diri dan negara 2. Kerajaan adil dan beramanah Kerajaan yang adil akan memberi yang hak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. 3. Rakyat berjiwa merdeka Melahirkan buah fikiran yang dinamik, positif dan mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat semua pihak. 4. Penguasaan ilmu pengetahuan Kita akan memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya dapat membangunkan kecemerlangan dari segi J.E.R.I. 5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif Satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan 6. Kehidupan berkualiti Dapat memelihara amalan agama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, kehidupan yang aman, hak memiliki harta, jaminan generasi yang cemerlang 7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita Tidak ada diskriminasi dalam Islam termasuklah hak yang meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. 8. Keutuhan budaya dan moral Ketinggian akhlak dan keutuhan budaya menjadi identiti negara untuk menjamin keharmonian antara masyarakat 9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi Keseimbangan alam semula jadi perlu dikekalkan untuk kesejahteraan hidup 10. Kekuatan pertahanan dan perpaduan Kekuatan ketahanan meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan juga merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual bagi menjamin kestabilan dan pembangunan negara.