Anda di halaman 1dari 13

Perbezaan konsep

TAMADUN ISLAM DAN


TAMADUN BARAT

Disediakan Oleh:
NURUL AIMAN BINTI
ABDUL KHALID
DIPLOMA
KAUNSELING
NO. MATRIK : 0901
2046
MAKNA PERADABAN / TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT SERTA
PERBEZAAN DI ANTARA KEDUA-DUA PERADABAN / TAMADUN TERSEBUT

1.0 PENDAHULUAN

Memperkatakan tentang tamadun dan ketamadunan membuka ruang kepada


beberapa persoalan asas - Apakah tamadun dan apakah yang melandasi
pengertian dan konsepnya?

Sudut ‘dalaman’ Islam, seperti ajaran Islam, al-Quran, al-Sunnah, kepimpinan


dan peribadi Rasulullah s.a.w., tauhid, syari‘ah, pendidikan Islam dan lain-
lain, adalah sudut terpenting untuk melihat bagaimana Islam membentuk
tamadun. Inilah sudut tamadun yang lebih penting yang diketepikan atau
kurang difahami sesetengah sarjana bukan Islam bila mereka mengulas
tentang tamadun Islam. Sesungguhnya peranan Islam dalam mengasas dan
membangunkan tamadun adalah satu fakta yang tidak dapat ditolak.

Sebagai perbandingan dengan peradaban barat, didapati identiti tamadun


barat adalah aspek pemikiran yang muncul jauh lebih awal daripada
kemajuan fizikal. Konsep sekularisme, modernisme, liberalisme, humanisme,
rasionalisme adalah dasar tamadun barat dan menjadi pencetus kepada
sains dan teknologi. Pemikiran dan falsafah barat juga menentukan identiti,
halatuju dan destinasi peradaban barat.

2.0 PELBAGAI ISTILAH TAMADUN

i. UMRAN – Istilah yang terkenal pada abad ke 14-18. Diperkenalkan oleh


ibn khaldun (1332-1406M) dalam al-Muqaddimah, terbitan dari perkataan
‘Amara’ yang merujuk kepada pembangunan/kemajuan, kehidupan
Bandar/kota, teratur dan stabil.
ii. HADHARAH – Istilah ini juga diperkenalkan oleh Ibn Khaldun dan
popular pada abad ke 20, merujuk satu wilayah/ daerah/ kawasan/ atau
2
kampung. Berasal dari ‘hadara’ yang bererti “Kehidupan menetap @
wilayah yang maju”. Tempat lahirnya perkembangan ilmu, kesenian,
kesusasteraan, undang-undang dan kemasyarakatan serta mencapai
tahap kehidupan lebih tinggi, bukan liar dan ganas (al-hadarah lawan al-
badawah). Hadharah adalah lawan bagi istilah Badw : berpindah randah/
kehidupan padang pasir.

iii. Perkataan MADANIYYAH yang diperkenalkan oleh Farid Wajdi (al-


Madaniyyat wa al-Islam) dan Syaikh Muhammad Abduh (al-Islam wa al-
Nasraniyyat Ma’a al-‘Ilm wa al-Madaniyyat) diperkenalkan pada kurun ke-
20. Berasal dari kata akar ‘madinah’ yang membawa pengertian
kehidupan Bandar/kota. Walaubagaimanapun, istilah ini kurang popular.

iv. Pada kurun ke 20M juga muncul perkataan TAMADDUN yang


diperkenalkan oleh Jurji Zidan (Tarikh al-Tamaddun al-Islami), dari kata
ad-din (agama) - maddana, yang bermaksud membina
bandar/masyarakat yang teratur, pencapaian manusia dalam semua
bidang kehidupan iaitu rohani dan kebendaan. Namun istilah yang
digunakan kini adalah terjemahan dari ‘CIVILIZATION’ yang
diperkenalkan oleh Adam Ferguson, seorang penulis dari barat.
Civilization bermaksud “Keadaan bersifat kebandaran atau kemajuan”
yang diambil dari bahasa Latin civitas bererti “bandar”.

v. Dalam kamus dewan, terdapat dua istilah popular yang dipinjam dari
perkataan Arab iaitu ‘TAMADUN’ bermaksud masyarakat yang memiliki
taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi
dan ‘PERADABAN’ yang bermaksud keadaan dan tingkat kemajuan
pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa, masyarakat dan
sebagainya. Manakala dalam kamus besar bahasa Indonesia menulis
peradaban bermaksud kemajuan (kecergasan,kebudayaan) lahir batin.

3.0 CIRI-CIRI SESEBUAH TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT

3
PERSPEKTIF ISLAM PERSPEKTIF BARAT
i. Karya-karya – Seperti Tarikh al- i. Wujudnya penempatan masyarakat
tamaddun al-islami (jurji Zaidan), manusia di sesebuah kawasan.
tarikh al-hadharah al-islamiah fi al- ii. Peningkatan kualiti kehidupan ke
sarq (jamal al-din al-surur) the arah lebih positif dan sempurna.
image of islamic civilization (MAJ iii. Wujudnya sistem organisasi dan
Berg) institusi sosial yang baik serta
ii. Negara – pemerintahan yang sistematik.
teratur iv. Wujudnya bahasa atau beberapa
iii. Kota – Bandar bahasa serumpun dengan sistem
iv. Ilmu – pendidikan, sains, tulisan tersendiri.
intelektual v. Wujudnya sistem undang-undang
v. Seni – senibina,khat,lukisan dan sistem moral berwibawa.
vi. Masyarakat – kehidupan sosial vi. Wujudnya daya kekreatifan yang
yang teratur dan baik tinggi seperti seni, sastera dan
vii. Kehidupan ekonomi – sebagainya.
perdagangan dan perindustrian

4.0 KONSEP TAMADUN ISLAM

4.1 Definisi
sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas takwa dan keredhaan
Allah SWT melengkapi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh
al-Quran dan as-Sunnah sehingga wujud sebuah masyarakat yang
aman harmoni dan mendapat keampunan ilahi. Agama islam
merupakan ad-din, merupakan cara hidup yang syumul membawa
perubahan yang menjadi pemangkin kepada peradaban. Allah SWT
telah berfirman;
“Demi sesungguhnya bagi penduduk Saba’ satu tanda (kemurahan
Allah) terdapat di tempat tinggal mereka dua kebun (yang luas dan
subur) di kiri kanan mereka (lalu dikatakan kepada mereka) makanlah
rezeki tuhanmu dan bersyukurlah kepadaNya (atas kurniaan) sebuah
negeri yang aman dan makmur serta mendapat keampunan ilahi”.
(Saba’, 34:35)
4
4.2 Asas-asas tamadun islam:
i. Akidah – Keimanan kepada perkara ghaib yang diwajibkan oleh
Allah dan Rasulnya dalam Al-Quran dan As-Sunnah terikat kukuh
dalam sanubari setiap mukmin.
ii. Syariat – Peraturan yang digariskan oleh Allah dalam pelbagai
persoalan perlu dipatuhi untuk mendapatkan kesejahteraan hidup di
dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak
iii. Akhlak – Menurut Imam Al Ghazali, akhlak ialah suatu keadaan
yang wujud dalam sanubari setiap insan yang menerbitkan sesuatu
tingkahlaku tanpa teragak-agak. Kebiasaan yang dilakukan oleh
seseorang samada baik (akhlak terpuji) atau buruk (akhlak tercela),
membabitkan hubungannya dengan Allah, sesama manusia atau
makhluk-makluk Allah yang lain. Contoh aklah terpuji ialah seperti
redha, sabar, ikhlas, adil, amanah dan sebagainya.

4.3 Faktor-Faktor Pendorong Peradaban Islam


i. Dorongan al-quran untuk maju
ii. Pematuhan terhadap ajaran al-quran
iii. Penekanan kepada ilmu pengetahuan
iv. Dorongan untuk berfikir
v. Dorongan untuk merekacipta

4.4 Keistimewaan Tamadun Islam:


i. Rabbani - bersumberkan wahyu, asli daripada Allah SWT dan
bukan pemikiran manusia. Bersifat mutlak - Ketentuan syariat dan
sifatnya ditentukan Allah dan RasulNya.
ii. Syumul dan universal – Menyeluruh dan mencakupi semua
bidang kehidupan. Sejagat dan sepanjang zaman, tidak terikat oleh
sempadan masa, geografi, budaya, bangsa, politik dan sentiasa
menjamin 5 kepentingan; agama, nyawa, akal, harta benda dan
maruah (maqasid al-syariah)

5
iii. Mudah dan jelas – boleh difahami dan diamalkan oleh semua,
pada semua keadaan dan ketika kerana sesuai dengan fitrah dan
akal manusia.
iv. Terbuka dan bertoleransi – menerima dan mengiktiraf semua
kebaikan dan sumbangan dari orang lain yang membawa kebaikan
dan tidak bertentangan dengan perundangan islam. Bertolak ansur
kepada mereka yang berlainan agama serta memiliki pegangan
berbeza, tanpa mengenepikan kepada asas akidah, syariat dan
akhlak yang perlu dipegang oleh tamadun islam.
v. Bergerak dalam wadah keagamaan - Dengan bimbingan wahyu
lebih menekankan aspek pembangunan spiritual berbanding
material. Mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat, di antara
pembangunan intelektual, spiritual, emosional (akhlak) dan
material.(keperluan rohani dan jasmani).
vi. Tegak di atas dasar kerelaan - Bukan paksaan, tunduk di bawah
kuasa Allah Tuhan yang esa. Bermatlamatkan keredhaan Allah swt
– pembinaan tamadun tidak berlandaskan hawa nafsu dan akal
fikiran, tetapi tunduk kepada kehendak dan tuntutan wahyu Allah
swt.
vii. Unggul dan praktikal – matlamat kesempurnaan, namun realistik
dengan mengambilkira keadaan manusia dan persekitaran.
Gemilang Dan Agung, mampu mengimbangi perkembangan zaman
yang menonjulkan imej kebendaan.

4.5 Sumber Tamadun Islam


i. Al-Quran – Perkataan Allah yang diturunkan melalui malaikat jibril
kepada Nabi Muhammad SAW, berbahasa arab, dipindahkan
secara beransur-ansur, dipindahkan secara mutawatir dan ibadah
bagi sesiapa yang membacanya.
ii. As-sunnah – Segala perkataan, perbuatan dan keperibadian Nabi
Muhammad SAW perlu dijadikan contoh dan ikutan setiap orang
islam.

6
iii. Al-ijtihad – kesungguhan di kalangan para ulama ketika mebuat
keputusan terhadap sesuatu persoalan yang belum dinaskan
secara qat’i (samada al-quran dan as-sunnah). Contohnya dalam
meletakkan hukum dadah, rokok dan seumpamanya.
iv. Tamadun-tamadun asing – segala kebaikan yang terdapat dalam
tamadun asing yang tidak bertentangan dengan syariat islam boleh
dimanfaatkan oleh umat islam untuk mebangunkan tamadun
mereka. Contohnya ilmu sains dan teknologi. Dalam hal ini Allah
SWT telah berfirman;
“…maka berikanlah khabar gembira kepada hamba-hamba yang
mendengar segala perkataan lalu ia mengikuti yang terbaik.
Merekalah (sebenarnya) orang-orang diberi hidayah oleh Allah dan
merekalah orang-orang yang mepunyai mata hati yang terang” (al-
Zumar,17:18)

5.0 KONSEP TAMADUN BARAT

5.1 Definisi
Sebuah tamadun yang diasaskan kepada Faham Sekular
(sekularisme) – dokrin bahawa moral bersandarkan semata-mata
kepada kepentingan manusia di dunia dan menafikan sama sekali
pertimbangan kepercayaan kepada tuhan atau hari akhirat (Oxford
English Dictionary) serta kepercayaan bahawa agama tidak patut
dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti sosial dan politik dalam sesebuah
negara. (Cambridge international Dictionary Of English). Istilah secular
berasal dari bahasa latin, ‘saeculum’ bermaksud tempat-di sini, masa-
masakini (kedisinikinian). Yang hakiki,benar dan mutlak hanyalah
dunia ini sahaja. Dengan erti kata lain, pemikiran dan keinginan nafsu
manusia menjadi sumber dan rujukan utama dalam pembangunan dan
pembinaan tamadun mereka.
5.2 Sejarah perkembangan dan falsafah tamadun barat
i. Sumber utama pemikiran tamadun barat ialah tamadun greek
yunani yang mementingkan logik akal dan kepercayaan kepada
apa yang mampu dicapai oleh pancaindera. Tokoh utama
7
Socrates,plato dan Aristotle. Dalam satu dialog, Aristotle pernah
berkata; “pada hakikatnya nilai moral dan spiritual yang mutlak
tidak ada. Oleh itu, manusia hendaklah berseronok semasa hidup
di dunia ini. Hanya itu satu-satunya matlamat hidup manusia
memenuhi keseronokan pancaindera dan syahwat
kebinatangannya.” (faham hedonism) .
ii. Ini diikuti dengan tamadun Romawi di mana kehidupan hanya
berpaksikan kebendaan semata. Zaman ini telah memberikan
sumbangan yang penting dari segi undang-undang.
iii. Pada zaman Kristian barat, gereja dan dunia (politik) mula
terpisah. Pihak gereja yang mempunyai autoriti bertindak
menghukum para ilmuan dan saintis sehingga menyebabkan barat
mengalami zaman gelap selama kira-kira 1000 tahun. Ketika inilah
tamadun islam mula bersinar di timur.
iv. Kemunculan tamadun barat bermula dengan kebangkitan
masyarakat eropah yang tidak senang dengan pemerintahan
golongan gereja katolik yang terlalu mengongkong,menindas dan
menzalimi rakyat yang inginkan perubahan dalam Negara.
v. Pengaliran tamadun islam ke eropah sejak abad ke 9-12 telah
berjaya membuka pemikiran masyarakat barat yang datang ke
pulau silicy yang terletak antara selatan itali dengan benua Afrika
untuk menimba ilmu pengetahuan yang dipelopori oleh ilmuan
islam.
vi. Akhirnya timbul kesedaran yang membawa kepada tercetusnya
zaman peralihan (renaisance) menyebabkan pemikiran
masyarakat barat terbuka luas dan menimbulkan permusuhan
terhadap gereja yang berakhir dengan kejatuhan golongan gereja.
Muncul mazhab baru dalam agama kristian iaitu progestant. Para
saintis dan para pemimpin revolusi muncul dengan slogan baru;
“give it to ceaser what it is and give it ti God what every tahunings
belongs to god. Penafian hak gereja dalam sistem pemerintahan
bermula apabila gereja diketepikan dan dianggap sebagai hak
peribadi, bukan lagi sebagai hak masyarakat dan Negara.

8
vii. Zaman pencerahan (enlightment), bermula dengan revolusi
perindustrian perancis yang membangkitkan pemikiran barat untuk
maju dalam bidang sains dan teknologi, sehingga mendewakan
sains moden barat yang berjaya menguasai timur apabila sedikit
demi sedikit wilayah islam ditakluki dan berakhir dengan kejatuhan
khilafah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924m.

5.3 Fahaman yang mendasari tamadun barat


i. Berpijak kepada fahaman pemikiran falsafah sebagai alternatif
kepada agama. Sekularisme; suatu faham falsafah yang
memisahkan pemikiran dan kegiatan hidup beragama dalam
seluruh kegiatan hidup bermasyarakat dan bernegara. Merupakan
fahaman induk kepada seluruh fahaman moden. Terdapat
pelbagai fahaman yang hakikatnya berpaksikan fahaman sekular
seperti berikut:
ii. Modenisme; mengajak masyarakat meninggalkan segala amalan
tradisional ke arah hidup secara moden. Lantaran itu, agama juga
mesti diubah supaya selari dengan pemikiran moden.
iii. Rasionalisme; mengajak masyarakat berfikir secara logik dan
menolak segala yang bertentangan dengan logik akal. Lantaran itu,
kepercayaan kepada kuasa ghaib, alam akhirat, syurga, neraka dan
sebagainya perlu ditolak.
iv. Liberalism; mengajak masyarakat berfikir secara liberal-bersikap
terbuka menerima apa sahaja pemikiran dan budaya tanpa kawalan
peraturan agama dan adat tradisi.
v. Kapitalisme; memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengaut
keuntungan dan faedah untuk peribadi tanpa mengambilkira
kepentingan masyarakat.
vi. Pragmatism; mementingkan kehendak majoriti dalam masyarakat
walaupun salah dan member kesan kepada akidah dan akhlak
umat.
vii. Kolonialisme; penjajahan yang bukan sahaja menjajah aspek
fizikal dan materialnya tetapi termasuk pemikiran dan adat tradisi

9
masyarakat sehingga yang terjajah sukar untuk bangkit sebagai
bangsa merdeka dan berdaulat kerana perasaan dan pemikiran
mereka sentiasa terkongkong dan terjajah.
viii. Materialism; mementingkan kekayaan dan segala yang bersifat
fizik dan menolak aspek spiritual yang dianggap sebagai
penghalang tamadun. Kuasa ghaib dan dosa pahala diketepikan
oleh fahaman ini.
ix. Selain itu, terdapat banyak lagi fahaman yang lahir dari faham
sekular seperti hedonism (hidup hanya untuk berseronok) dan
sebagainya.

6.0 PERBEZAAN UTAMA DI ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN


TAMADUN BARAT

ASPEK TAMADUN ISLAM TAMADUN BARAT


PUNCA Allah swt Akal
TAKRIF Jasmani + Rohani Akal (fikir dunia) + Jasmani
SUMBER Al-Quran & As-Sunnah Alam fizikal dan
pengalaman manusia
FOKUS Ilmu + akhlak Kebendaan
AKTIVITI Kawalan akhlak Logik dan nafsu
TUMPUAN Duniawi-ukhrawi Duniawi sahaja
MATLAMAT Keredhaan Allah, Kepuasan diri semata-mata
kebahagiaan dunia dan
akhirat

7.0 PERTENTANGAN DI ANTARA SEKULAR DENGAN ISLAM


• Tamadun islam berasaskan akidah,syariah dan akhlak sedangkan asas
tamadun barat adalah materialism. Contonya denda hukuman
berdasarkan benda, kuasa tuhan tidak ada, malah kuasa fizik lebih
mendominasi.
• Sumber asasi dan mutlak pemikiran tamadun islam ialah wahyu
sedangkan tamadun barat adalah pemikiran manusia semata-mata.
Sekularisme menolak unsur ghaib seperti tuhan,roh,akhirat, syurga-
10
neraka, mengiktiraf hanya unsur fizikal dan keduniaan, memisah dan
meminggirkan agama dalam semua bidang kehidupan seperti politik,sosial
dan ekonomi, menolak nilai-nilai kudus,tetap dan murni sebaliknya
berpegang dengan nilai-nilai profan dan nisbi.
• Tamadun barat menolak segala yang bersifat tradisional termasuk
kehidupan beragama yang dianggap sebagai penghalang kemajuan
sedangkan tamadun islam berpegang kepada agama sebagai ad-din/cara
hidup yang syumul.
• Tamadun islam tegak atas dasar takwa dan keredhaan Allah sedangkan
tamadun barat tegak atas dasar keinginan nafsu dan matlamat hidup
hanya keduniaan dan keseronokan. Contoh, mengharuskan pembunuhan
untuk mencapai matlamat nafsu, serangan ke atas Negara Afghanistan,
Iraq dan Lubnan.
• Tamadun islam bermatlamatkan keampunan dan keredhaan Allah,
kebahagiaan dunia dan akhirat, sedangkan tamadun barat
bermatlamatkan kepuasan segelintir manusia dan keseronokan hidup
dunia semata-mata. Contoh, Negara barat yang mempunyai kuasa veto
tidak mengendahkan kehendak PBB, negara membangun dan negara
miskin.

8.0 KESIMPULAN
Penentangan islam terhadap sekularisme tidak bermakna permusuhan
terhadap barat tetapi bermaksud untuk melindungi agama islam daripada
penyangkalan dan pengkategoriannya kepada hanya pada hal-hal bersifat
ritual dan peribadi sahaja. Perbincangan mengenai islam dan barat biasanya
tidak dapat lari dari konflik yang muncul di antara kedua-dua tamadun
tersebut.

9.0 PENUTUP

11
Tamadun islam dan barat boleh wujud bersama, jika barat berusaha
memahami islam dan umat islam. Namun hakikatnya, ini sangat sukar dicapai
kerana dari kajian yang dibuat, barat tidak pernah ikhlas untuk melakukannya.
Fenomena ini terjadi akibat dari persepsi barat bahawa islam telah menjadi
ancaman kepada mereka Oleh itu mereka sentiasa mengkritik dan
mencemuh tamadun islam dengan desakan supaya islam akan tunduk
kepada dasar dan cara berfikir barat.

Malah kemunculan kelompok islam liberal yang banyak dipengaruhi oleh


kelompok orienstalis yang menanggap islam sebagai kolot, dogmatic dan
literal telah membantu secara tidak langsung pihak barat menjayakan agenda
mensekularisasikan fahaman umat islam.
Yang paling membimbangkan sekiranya sekularisasi menjadi satu
proses sejarah yang mungkin tidak mampu berpatah balik!

Hakikatnya, Allah SWT telah menegaskan bahawa agama islam adalah jalan
yang terbaik untuk diikuti sekalian umatNya, seperti di dalam firmanNya:
“Dan bahawasa sesungguhnya inilah jalanKu (agama islam) yang betul lurus,
maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan
(yang lain dari islam) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan
Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
bertakwa”. (al-an’am:153).

Wallahualam.
Sekian.

RUJUKAN

1. NOTA KURSUS PERADABAN ISLAM - AHMAD MOHAMAD SAID,


KOLEJ DAR AL-HIKMAH, 2009
2. ISLAM DAN ISU-ISU KETAMADUNAN - GHAZALI BASRI,AHMAD
MOHAMAD SAID DAN KHALIF MU’AMMAR, KOLEJ DAR AL-HIKMAH

12
3. PERBINCANGAN MENGENAI TAMADUN - PROF MADYA DR NIK ROSDI
NIK AHMAD DAN NIK KAMALIAH BT NIK ABDULLAH, UITM, 2007
4. SIRI SERANGAN PEMIKIRAN-ISLAM LIBERAL DAN PLURALISME
AGAMA – RIDUAN MOHAMAD NOR & AHMAD ADNAN FADHIL, MHI

PUBLICATION,2006

13