Anda di halaman 1dari 1

MTE3123

TUGASAN 2

Nama: MOHD AMIRUL HAKIM BIN ISAHAK
TAHUN: 5 CM

Peringkat 4: Kemahiran Proses
Kesilapan berlaku bila murid tidak dapat melaksanakan langkah-langkah algoritma dengan betul atau
silap dalam langkah-langkah mengira.

Soalan temu bual:
Mengapakah anda melakukan kesilapan hasil darab 2 nombor sedangkan anda memahami konsep
pecahan?

Rumusan:
Murid ini memahami konsep pecahan tetapi melakukan kesilapan ketika mendarab. Jadi dia perlu
menguasai sifir dengan baik dan lancar supaya boleh menjawab dengan lebih baik. Selain dari itu, dia
juga cuai dalam memberikan jawapan sedangkan dia mungkin menguasai sifir 3 atau 4.


Nama: HAFIZAH BINTI MOHAMAD ALI
Tahun: 5 CM

Peringkat 3: Transformasi
Kesilapan berlaku bila murid tidak dapat mengubah maklumat dari bahasa biasa kepada bahasa
matematik.

Soalan temu bual:
Mengapakah anda tidak menguasai maksud atau konsep luas sedangkan anda telah mempelajari tajuk
ruang yang terdapat formula mencari luas iaitu panjang x lebar / (length x breadth) sebelum ini.

Rumusan:
Murid ini ada pengetahuan mengenai tajuk ruang iaitu mencari perimeter, luas dan isipadu. Namun
dalam hal ini, dia terlupa akan formula luas tetapi mencari isipadu. Selain dari itu, dia kurang teliti ketika
membaca soalan yang mengkehendakinya mencari luas rajah yang diberi. Walau bagaimanapun murid
ini akan mampu menguasai tajuk ruang nanti.

Nama: NOR SYARIFAH ATIKAH
Tahun : 5 CM

Peringkat 2: Pemahaman
Kesilapan berlaku bila murid tidak memahami istilah, rangkai perkataan atau soalan

Soalan temu bual:
Beritahu saya apakah maklumat yang diberi untuk anda mencari jawapannya.

Rumusan:
Murid ini masih tidak memahami maksud soalan yang diberi. Dia tidak boleh menghuraikan maksud nilai
tempat bagi satu digit yang diberi sedangkan dia telah mempelajari tajuk ini sejak tahun 3. Selain itu
sikap malas murid juga akan mempengaruhi jawapannya. Murid ini perlu rajin membaca dan memahami
maksud rangkai kata didalam soalan yang diberi. Harapan semoga murid ini akan mula menguasai tajuk-
tajuk yang lebih mudah.

Anda mungkin juga menyukai