Anda di halaman 1dari 34

1

Pentaksiran adalah proses atau kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat
tentang pelajar, program atau objek (Beattie, 1997), melibatkan proses mensistesis dan
mentafsir maklumat untuk membantu membuat keputusan bilik darjah termasuklah
pengurusan bilik darjah, pendidikan, pembelajaran dan rancangan pelajar (Airasian dan
Russell, 2008). Dalam konteks pentaksiran di Malaysia, pentaksiran ialah proses
mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta perkembangan pengajaran
dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan yang
berpengetahuan, berinovasi dan mempunyai nilai moral.
Untuk mencapai satu pentaksiran yang menyeluruh, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mewujudkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS adalah salah
satu kompenan pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan dilaksanakan oleh
guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
PBS dirancang, ditadbir, diperiksa, diskor dan dilapor secara terancang mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (Manual Penyelarasan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah, 2009). Dasar pelaksanaan PBS ditadbir mengikut kuasa
yang diberikan kepada Pengarah Peperiksaan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta
550), Seksyen 67 (penilaian murid), Seksyen 68 (peperiksaan) dan Seksyen 69 (Larangan
Tentang Pengendalian Peperiksaan dan Peraturan-peraturan Pendidikan).
2

PBS mula dilaksanakan di Malaysia sejak tahun 1993 di peringkat sekolah
menengah. Pengenalan ini berikutan pelaksanaan sistem Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) pada 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada
tahun 1988 (Tan, 2010). Walau bagaimanapun, pelaksanaan PBS tidak diberi perhatian
khusus dan masih menjadikan peperiksaan sebagai alat utama penilaian. Pelaksanaan
PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan
oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). Konsep PBS
yang diperkenalkan adalah untuk memperbaiki pentaksiran yang sedia ada dengan
merujuk kepada standard dan dokumentasi.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terdiri daripada kompenan pentaksiran
pusat, pentaksiran sekolah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum dan
pentaksiran psikometrik. Kajian ini akan mengkaji pelaksanaan PBS daripada kompenan
pentaksiran pusat yang dilaksanakan di sekolah Menengah dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual.
Pelaksanaan PBS Pendidikan Seni Visual telah dimulakan sejak tahun 2002 di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun sejauh manakah pelaksanaan PBS
Pendidikan Seni Visual dapat mencapai satu pentaksiran autentik? Pada pandangan
penyelidik, sekiranya proses pentaksiran yang berlaku dijalankan secara sebenarnya
berdasarkan aktiviti, latar belakang dan keupayaan pelajar, ia akan dapat meningkatkan
pembelajaran dan memberi makna kepada pelajar. Pelajar bukan sahaja belajar dalam
situasi yang menyeronokkan, malahan mereka dapat diterapkan dengan ilmu yang
bermanfaat sesuai dengan kebolehan dan situasi sebenar.
3

Pelaksanaan PBS menimbulkan banyak isu seperti isu kebolehpercayaan dan
praktikaliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga melibatkan pelbagai
faktor seperti faktor guru, pelajar, pentadbiran, pemantauan dan penyelarasan (Tan,
2010). Perkara yang dikemukakan di atas menjadi pemangkin kepada pelaksanaan PBS
dalam menentukan apakah PBS ini boleh mencapai satu pentaksiran yang autentik
(tulen). Justeru, kajian ini adalah untuk meneroka sejauh mana pelaksanaan PBS Seni
Visual di peringkat sekolah Menengah dapat dikaitkan dengan pentaksiran autentik
berdasarkan kepada matlamat pelaksanaan, proses pelaksanaan dan faktor-faktor yang
mempengaruhi pelaksanaannya. Kajian ini juga bertepatan dengan cadangan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hendak mengubah sistem pentaksiran negara
yang lebih berorientasikan peperiksaan kepada bentuk pentaksiran yang lebih diterima
umum agar dapat mengukur pencapaian sebenar pelajar secara menyeluruh.


1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah diperkenalkan bagi menilai pencapaian pelajar secara
menyeluruh berikutan terdapat kelemahan pentaksiran berpusat yang dijalankan secara
peperiksaan. Kelemahan sistem peperiksaan menyebabkan kesepaduan antara
pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah (Konvensyen Nasional Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) Kedua, 2008). Menurut Mohd Azhar (2007), pentaksiran yang hanya
berfokus kepada peperiksaan akan melibatkan pemberian gred dan mengabaikan tujuan
4

penilaian untuk pembelajaran. Ini akan mengakibatkan pelajar yang mendapat markah
tidak bermakna kepada mereka seterusnya tidak meninggalkan impak untuk
memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh berdasarkan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Namun begitu, apakah pelaksanaan PBS dapat mengatasi
kelemahan peperiksaan dan dapat menilai pencapaian pelajar secara sebenarnya?
Konsep PBS memberi fokus kepada prestasi pelajar dalam konteks pembelajaran.
Konteks pentaksiran bukan lagi berdasarkan kertas jawapan dalam bilik peperiksaan
sebaliknya berdasarkan prestasi sepanjang proses pembelajaran akan diambilkira.
Menurut Mokhtar (2009), dari segi konsep, inilah yang terbaik dilakukan, pelajar akan
dinilai dalam konteks sebenar disebut penilaian autentik. Sebaliknya, dari segi praktik,
inilah paling sukar diselaraskan diseluruh negara kerana keputusan akhir peperiksaan
bentuk ini mesti dipastikan wujudnya ketekalan.
Berdasarkan pembentangan Kertas Kerja Kolokium Penilaian Berasaskan Sekolah
(2009) pelaksanaan PBS perlu mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi iaitu cukup tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang ditaksirkan itu relevan
dan sesuai selaras dengan falsafah dan huraian sukatan pelajaran. Isu tersebut amat
berkaitan dengan konsep kebolehpercayaan yang menjadi perkara penting dalam
menjalankan pentaksiran (Cotton, 1995; Popham, 2000; Embert & Lines, 2000; Burke,
1992; Mcmillan, 2007 dan 2008). Sehubungan itu, faktor kebolehpercayaan menjadi
penentu kepada pelaksanaan PBS. Namun, terdapat juga faktor lain yang boleh
mempengaruhi pelaksanan PBS untuk mencapai satu pentaksiran yang autentik.
Kajian yang dijalankan oleh Tan (2010) jelas menunjukkan faktor kesediaan guru,
akauntabililti guru, dan peranan pentaksir kawasan sering menjadi isu dalam menjayakan
5

PBS. Guru juga mempunyai tugas yang lebih berat dalam membuat pemarkahan
(Mokhtar, 2009). Hasil penilaian guru perlu diselaraskan oleh pusat untuk memastikan
wujudnya ketekalan keputusan peperiksaan. Menurut beliau lagi, masalah kawalan mutu
produk perlu diberi perhatian apakah benar dilakukan oleh pelajar dikelasnya atau
mengupah orang lain. Masalah ini perlu diberi perhatian agar pentaksiran yang berlaku
dapat menilai keupayaan dan kebolehan pelajar secara sebenarnya yang bersifat autentik.
Pada pandangan penyelidik, pelajar yang cerdik atau lemah perlu diberi pendidikan
mengikut kemampuan, kebolehan dan kesesuaian latar belakang pelajar. Kesediaan
mereka menjalankan akiviti pembelajaran berdasarkan perkembangan mental terutama
pelajar yang lemah perlu diambilkira.
Proses pentaksiran yang berlaku di bilik darjah perlu berdasarkan keperluan
pelajar, falsafah, matlamat dan objektif kurikulum pelajaran tersebut, mentaksir apa yang
telah diajar dan dipelajari oleh pelajar seterusnya menggunakan metod yang relavan
dalam proses pentaksiran. Menurut Al Hurwitz dan Day (1995), pentaksiran mesti
dilakukan sepadan dengan objektif dan dilaporkan secara jelas dan memberi makna
kepada pelajar. Bagi meningkatkan kesahihan penilaian, ia perlulah diuruskan secara
objektif, ujian diurus mengikut prinsip, mengambil kira kaedah, penggridan (scoring),
ada etika (ethics) dan equiti, bukan sekadar melakukannya secara sewenangnya. Secara
prinsipnya pentaksiran itu perlu dilakukan secara beretika, berkesan, boleh dipercayai,
rapi dan adil (Iberahim Hassan, 2006).
Kelemahan sesuatu pentaksiran dapat dilihat berdasarkan pelaksanaan dalam
pentaksiran itu sendiri yang tidak menggambarkan pengetahuan, kemahiran dan potensi
pelajar. Kajian oleh Chan dan Sindhu (2010) mengesahkan bahawa pentaksiran yang
6

dijalankan jarang digunakan sebagai suatu proses membawa keluar potensi yang ada
dalam diri pelajar. Sebaliknya, sebahagian besar pentaksiran hanya untuk mengesahkan
pembelajaran melalui pentaksiran. Menurut Howard Gardner dalam Mims (2003),
kebanyakan pelajar sekarang tidak faham apa yang mereka pelajari serta menganggap
pembelajaran sekadar latihan dan jawapan sahaja. Manakala Jean Piaget serta ahli
psikologi lain percaya pelajar akan menjadi aktif apabila dapat menghubungkan ilmu
pengetahuan baru yang mereka pelajari dengan dunia sebenar (Mims, 2003; McMillan,
2007).
Bidang Seni Visual bukan sahaja berbeza dengan mata pelajaran lain, malah
memerlukan aktiviti dan kaedah pentaksiran berbeza. Secara umumnya, penghasilan
produk dalam seni menjadi keperluan dalam pentaksiran, sebaliknya pentaksiran secara
proses kurang dititikberatkan. Portfolio menjadi kaedah utama melaksanakan pentaksiran
secara proses, kini digunakan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Namun begitu,
menurut Peter Rennert-Ariev (2005), portfolio mungkin hanya menjadi pameran, produk
akhir untuk tujuan dinilai dan pemberian gred semata-mata. Ia boleh berbentuk tidak
autentik kerana tidak meninggalkan kesan, tidak signifikan kepada guru, pelajar dan
hubungan antara guru dan pelajar. Kelemahan penghasilan portfolio juga dinyatakan
oleh Abu Bakar dan Bhashah (2008) seperti masalah pemilihan bahan, kaedah penskoran,
kesahan, dan kecekapan pengendaliannya. Jelas menunjukan PBS perlu dikendalikan
dengan kaedah yang betul bagi memastikan pelajar ditaksir secara telus dan memperoleh
manfaat sebagai satu proses yang dapat membantu perkembangan pelajar yang holistik.
Kita tidak mahu PBS yang dijalankan tidak berkesan kepada pelajar. PBS Seni Visual
diharapkan mampu melahirkan insan berkualiti bukan sahaja mempunyai daya intelek
7

yang tinggi tetapi juga berkeperibadian mulia, berkeupayaan, kreativiti dan inovasi,
mempunyai etika kerja dan nilai-nilai kerohanian dan minda kelas pertama.
Berdasarkan permasalahan yang dikemukakan, satu kajian perlu dilakukan untuk
meneroka sejauh mana Pentaksiran Berasaskan Sekolah Seni Visual dapat mencapai
satu pentaksiran yang autentik. Ini kerana pentaksiran autentik akan diperoleh daripada
matlamat, proses pentaksiran yang dijalankan, juga melibatkan pelbagai faktor yang
mempengaruhinya.

1.3 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam
mata pelajaran Seni Visual sebagai satu pentaksiran autentik.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini ialah untuk :
1.4.1 Mengkaji proses pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Seni Visual sekolah menengah.
1.4.2 meneroka strategi dan kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Seni
Visual yang dapat dikaitkan dengan pentaksiran autentik.
1.4.3 Menganalisi faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah Seni Visual dalam mencapai pentaksiran autentik.

8



1.5 PERSOALAN KAJIAN

1.5.1 Bagaimanakah proses pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Pendidikan Seni Visual sekolah menengah?
1.5.2 Apakah strategi dan kaedah yang digunakan dalam Pentaksiran Berasaskan
Sekolah Pendidikan Seni Visual dapat dikaitkan dengan pentaksiran autentik?
1.5.3 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah Pendidikan Seni Visual dapat mencapai pentaksiran autentik?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini merupakan satu usaha meneroka perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah dan hubungannya dengan
pentaksiran autentik. Kajian berkaitan pentaksiran yang berbentuk autentik perlu
dilaksanakan kerana tidak ada satu pendekatan atau pentaksiran yang boleh diterima
secara mutlak dewasa kini. Keadaan ini disebabkan terdapat pelbagai jenis pentaksiran
yang memberi kesan yang berbeza-beza bergantung kepada tujuan sesuatu pentaksiran
itu hendak dijalankan.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah satu bentuk pentaksiran yang bersifat
sumatif dan formatif. Ia dapat menilai penguasaan pelajar meliputi domain kognitif,
afektif dan psikomotor. Pendekatan ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan
9

Kebangsaan iaitu memastikan perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Oleh yang demikian adalah bersesuaian mengenalpasti satu kaedah
pembelajaran dan pentaksiran yang dapat digunakan oleh pelajar agar ilmu yang
diterima, diaplikasikan dalam situasi sebenar dan memberi makna kepada pelajar.
Kajian ini memberi tumpuan dalam bidang penilaian Pendidikan Seni Visual.
Disiplin ilmu ini dapat memberi kesedaran kepada guru bahawa betapa pentingnya
peranan guru untuk melaksanakan pentaksiran yang efektif dalam mengukur pencapaian
sebenar pelajar. Selain itu ia dapat memberi panduan kepada guru-guru dalam
melaksanakan proses pentaksiran yang berkesan dan sesuai agar kualiti mata pelajaran
Pendidikan Seni dapat ditingkatkan. Kajian ini juga diharapkan dapat menambahkan
pengetahuan guru-guru dalam memperbaiki proses pentaksiran Seni Visual dengan
adanya masalah yang telah dikenalpasti.
Selain itu, ia dapat memberi pendedahan di peringkat sekolah dan boleh
digunakan oleh Panitia Mata Pelajaran Pendidikan Seni untuk merancang aktiviti yang
berkesan berkaitan sistem penilaian di sekolah. Dapatan kajian diharapkan dapat menjadi
sumber rujukan bagi golongan penyelidik yang ingin membuat kajian mengenai bidang
berkaitan yang relevan dengan bidang kajian.
Kajian ini juga diharapkan dapat memberi input kepada pihak Jabatan Pelajaran
Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya dapat menyediakan kursus-kursus,
dasar-dasar serta program yang bersesuaian berkaitan sistem pentaksiran Seni Visual.
Kaedah pentaksiran yang berkesan di bilik darjah akan meningkatan lagi kecemerlangan
pelajar. Ia juga akan memberi kesan kepada pelajar agar mereka dapat memiliki dan
menggunakan pengetahuan yang bermakna di dunia nyata yang lebih kompetitif .
10



2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Di Luar Negara

Peyelidikan berhubung pentaksiran bilik darjah sedang berkembang memberi gambaran
jelas tentang tabiat, peraturan, kualiti dan kesannya pada pendidikan. Walau
bagaimanapun, peperiksaan pusat telah lama dilaksanakan berbanding pentaksiran yang
berfokus di bilik darjah. Menyedari keperluan dan kepentingan ilmu pengetahuan
terhadap pelajar di dunia global, pentaksiran alternatif mula diberi perhatian khususnya
pelaksanaan PBS.
Pada masa kini terdapat banyak negara di dunia yang menjalankan PBS sebagai
satu kaedah alternatif menilai pencapaian pelajar. Pelaksanaan PBS sudah menjadi
budaya di negara maju seperti Amerika, Britain, Australia dan Canada (Tan Ai Mei,
2010). Di Australia misalnya, Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah memulakan
inisiatif sejak akhir tahun1960-an dan awal 1970-an. Contohnya di Selatan Australia,
Pentaksiran Berasaskan Sekolah menduduki 25% daripada skim penilaian pada tahun
1978, dan 50% pada tahun 1983 (Mercurio, 2008).
Negara di Asia turut menjalankan PBS sebagai salah satu bentuk pentaksiran
berikutan desakan globalisasi terhadap penghasilan yang modal insan yang
berkompetensi dan berkapasiti pada alaf 2000 (Tan, 2010). Di Filipina, PBS dikenali
sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah (School Based Evaluation), diperkenalkan sebagai
11

satu kaedah yang dapat mengurangkan ancaman, boleh dipercayai dalam mentaksir,
berkembang daripada kecekapan guru dalam menilai, satu rancangan dapat membawa
keluar guru di bawah pimpinan pihak atasan dan tekanan staf yang lain (Barsaga, 2004).
Pengenalan PBS di Hong Kong bermula sejak bulan September 2000. PBS telah
dijadikan sebahagian daripada peperiksaan pusat berikutan terdapat kekurangan dalam
peperiksaan awam yang terbatas dalam menilai pelajar. Sebaliknya pengenalan PBS di
Bangladesh pula bermula pada Jun 2007 terhadap sekolah-sekolah seluruh negara
daripada kelas VI IX (Begum, 2006).

2.2 Kajian Berkaitan Pelaksanaan PBS di Malaysia.

Tidak banyak kajian yang dijalankan berkaitan pelaksanaan PBS di Malaysia. Antara
kajian berkaitan mengkaji pentaksiran di bilik darjah di Malaysia ialah kajian yang
dilakukan oleh Tan (2010), Abdul Zubir (2007), Mohamad Azhar (2007).
Kajian Tan (2010) dilakukan di tiga jenis sekolah iaitu sekolah kluster, sekolah
harapan dan sekolah biasa bagi mengenalpasti faktor penyumbang dan penghalang
pelaksanaan PBS secara berkesan. Faktor mikro seperti amalan profesionalisme guru dan
falsafah pegangan guru dan faktor makro seperti budaya, tradisi, kepimpinan dan realiti
di sekolah serta birokrasi dalam pelaksanaan PBS dibincangkan dengan jelas
berpandukan data empirikal. Dapatan kajian beliau menujukkan empat faktor yang
menghalang pelaksanaan PBS secara proses iaitu faktor pelaksanaan dasar, faktor
birokrasi, tanggapan guru dan faktor perbezaan murid.
12

Kajian oleh Abdul Zubir (2007) mengkaji pelaksanaan PBS dikalangan guru
tingkatan 3 juga menunjukkan bahawa faktor guru berkaitan kesediaan, penerimaan dan
peranan pemantau PBS mempengaruhi pelaksanaan PBS. Namun Kajian Azhar (2007)
berfokus kepada amalan pentaksiran di sekolah menengah berdasarkan konsep
pentaksiran terhadap pembelajaran dan pentaksiran untuk pembelajaran, mengkaji
pemboleh ubah yang memepengaruhi amalan pentaksiran guru dan mengenalpasti
masalah yang dihadapi guru. Kesimpulannya, ketiga-tiga kajian tersebut
membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pentaksiran terhadap
pendidikan sekolah menengah rendah namun, tidak membincangkan secara khusus
perkaitan PBS dengan pentaksiran autentik dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
di peringkat menengah atas.

2.3 TEORI PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN

Kajian lampau berkaitan pelaksanaan PBS sebelum ini telah dikaji oleh Abdul Zubir
(2007), Mohamad Azhar (2007) menggunakan teori kurikulum dan teori pembelajaran
sebagai kerangka teori kajian. Teori pembelajaran diklasifikasikan kepada mazhab
behaviorisme, kognitif, sosial, humanisme dan konstruktivisme. Dalam konteks kajian
ini, teori pembelajaran konstruktivis dan teori pembelajaran Masteri (Mastery Learning)
mempunyai perkaitan dengan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

2.3.1 Teori Konstruktivisme

13

Teori Konstruktivisme dibentuk berasaskan gabungan hasil kajian psikologi, ahli falsafah
dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu (Abdul Zubir, 2007).
Teori ini menerangkan tentang cara manusia belajar atau membina pemahaman
berdasarkan pengalaman yang dilalui dan menyusun pengetahuan dalam minda manusia
(Santrock ; 2008, Puckett dan Black; 2000). Maklumat yang diterima akan diubah dan
disusun semula melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain
yang sedia ada dalam ingatan. Seseorang itu harus memaksimumkan penggunaan minda
mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif.
Teori ini berpusatkan pelajar. Pelajar akan membina pengetahuan mereka sendiri
melalui penglibatan dalam dunia sebenar berbanding memperoleh pengetahuan daripada
guru atau sumber lain (Sheppard, 2010). Ilmu pengetahuan akan berkembang sekiranya
melibatkan pengurusan kendiri dalam sebahagian diri pelajar ( Fasnot, 2005).
Construktivist percaya yang pengetahuan secara individu dan dari segi sosial dibina oleh
pelajar-pelajar berdasarkan tafsiran-tafsiran mereka di dunia. Proses pembelajaran mesti
berkaitan dengan pengalaman-pengalaman dan konteks membuat pelajar bersedia dan
berupaya mempelajari ilmu yang disampaikan.
Teori ini amat penting dalam memastikan ilmu pengetahuan yang diperoleh
pelajar bermanfaat kerana ia melibatkan proses berfikir, memahami, mengingati dan
menaakul. Dalam proses membina pengetahuan baru, murid berfikir untuk
menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan. Penglibatan secara
langsung di bilik darjah menjadikan pelajar lebih aktif dalam membina pengetahuan baru
dan boleh mengapliksikannya dalam semua situasi. Pelajar akan menjadi lebih yakin
14

untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru berdasarkan aktiviti
pembelajaran sebenar.
Dalam bidang Seni Visual, aplikasi teori konstruktivisme semasa proses
pentaksiran perlu mengutamakan latar belakang pelajar, perubahan pernyataan artistik
dan bahasa seni pelajar. Pembelajaran seni akan menjadi lebih memberansangkan
dengan adanya hubungan dan interaksi antara rakan sekelas, guru dan pelajar.
Persekitaran pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar dapat meningkatkan
kebolehan intelek pelajar. Menurut McMillan (2007), pentaksiran bilik darjah
berdasarkan pandangan konstruktivis memerlukan tugasan mencabar untuk mencungkil
pemikiran tinggi, antaranya menggunakan unsur formatif dalam proses ilmu, proses
pembelajaran sebagai hasil pembelajaran, jangkaan jelas untuk pelajar dan pelajar aktif
dalam menilai kerja mereka sendiri.

2.3.2 Teori pembelajaran Masteri

Teori Pembelajaran Masteri telah diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun
1968. Ia adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada
penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.
PBS adalah satu proses pentaksiran yang bersifat berterusan dijalankan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep tersebut mengaplikasikan prinsip
penguasaan pelajar berdasarkan kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri.
Aplikasi teori ini dapat dikaitkan dengan tujuan pentaksiran iaitu:
i. Mengesan pencapaian murid.
15

ii. Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana da lemah.
iv. Mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran sudah atau belum dikuasai.
v. Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran.
vi. Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan.
vi. Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.3.3 Teori pentaksiran

Kajian ini adalah berdasarkan teori pentaksiran. Pentaksiran termasuk semua aktiviti
guru dan pelajar untuk mendapatkan maklumat yang boleh digunakan untuk mengubah
pengajaran dan pembelajaran (Black & William, 1998). Terdapat perbezaan antara
pentaksiran kepada pembelajaran dan pentaksiran untuk pembelajaran (Elwood dan
Klenowski, 2002; Azizi,2010). Tujuan pentaksiran kepada pembelajaran ialah untuk
penggredan dan melaporkan sementara pentaksiran untuk pembelajaran adalah
membolehkan pelajar-pelajar melalui maklum balas yang efektif, memahami sepenuhnya
pembelajaran mereka sendiri dan menunjukkan matlamat mereka sendiri (Elwood dan
Klenowski, 2002). Pentaksiran kepada pembelajaran juga adalah strategi yang dibina
untuk memastikan apa yang diketahui oleh pelajar dan mampu menunjukkan sama ada
mereka berjaya memenuhi matlamat dan ketetapan hasil kurikulum, matlamat program
individu, mengesahkan kebolehan dan pencapaian murid, membuat dan menghasilkan
keputusan terhadap program masa depan atau penempatan pelajar (Azizi,2010).
Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan proses pembelajaran berterusan dan
dijalankan untuk memastikan setiap pelajar memahami dan menterjemahkan kehendak
16

tugasan agar pendidik dan guru boleh menentukan bantuan yang boleh dilaksanakan
dalam meningkatkan prestasi pelajar (Azizi, 2010). Pentaksiran untuk pembelajaran
meletakkan pentaksiran sebagai satu amalan pendidikan. Fokus pelajar terhadap
pentaksiran menggalakkan interaksi yang bermakna, meningkatkan kerjasama,
menggalakkan pentaksiran kendiri dan rakan sebaya dan menyediakan hubungan erat
antara komuniti. Konsep pentaksiran yang menekankan kepada proses berbanding
pentaksiran untuk mencapai produk akhir adalah selaras dengan pentaksiran autentik.
Kajian oleh Tan (2010) menggunakan kerangka teori pentaksiran iaitu
pentaksiran sebagai proses pembelajaran dan pentaksiran sebagai produk. Sebenarnya,
konsep tersebut di atas telah dijelaskan oleh Adi Badiozaman (2007) dalam simposium
Pendidikan di Kuala Lumpur. Dua tanggapan mengenai pentaksiran iaitu Assessment
of Learning lawan Assessment for Learning yang bermaksud pentaksiran demi tujuan
penggredan lawan pentaksiran demi pembelajaran berterusan. Konsep tersebut juga
menjadi trend terkini dalam pentaksiran di negara maju seperti di Britain, Australia dan
Amerika yang menekankan pentaksiran sebagai satu proses berbanding pentaksiran
sebagai produk.
Konsep pentaksiran untuk pembelajaran mempunyai hubungan rapat dengan PBS
yang dilaksanakan untuk tujuan formatif. Penulisan Jahja Umar (2005), Brown dan
Hatie (2005) Dunlope-Robertson (2005) dalam persidangan yang diadakan di Kuala
lumpur membuat perbincangan secara mendalam hubungkait antara PBS dan pentaksiran
untuk pembelajaran.
Penulisan Rush dan Hynes dalam buku Boughton, Eisner dan Ligtvoet (1996)
memberi pandangan yang berbeza antara pentaksiran untuk tujuan produk dan
17

pentaksiran sebagai proses. Mereka telah mengkategorikan keduanya berdasarkan fungsi
dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan Seni. Rush dalam artikel beliau Conceptual
consistency and problem solving: Tools to evaluate learning in studio art telah
mengemukakan bahawa bukti pembelajaran seni dalam studio seni dijumpai dalam kerja
pelajar. Rush melihat kerja studio sebagai bukti proses kognitif yang istimewa. Beliau
menyatakan pegangan konsep khusus dalam kerja studio pelajar boleh memberi bukti
terbaik kefahaman pelajar. Pentaksiran perlu berfokus kepada konsep yang ditentukan
terlebih dahulu berbanding kualiti estetik yang umum.
Walau bagaimanapun, pandangan Hynes dalam artikel beliau Zero plus one:
Evaluation and assessment in the visual arts (Boughton, Eisner dan Ligtvoet, 1996)
lebih menyokong kepada model pentaksiran luaran yang mana pentaksiran adalah sistem
yang lebar untuk tujuan sumatif dan memerlukan autoriti luaran seperti pemberian gred
dan markah. Beliau berpendapat motivasi pelaksanaan pentaksiran keseluruhannya lebih
bersifat politik, memerlukan keseimbangan antara pelajar dan keluarga, bertujuan
membandingkan antara sekolah dan guru dan menentukan kerjaya masa depan pelajar
pada masa akan datang. Hynes lebih membincangkan kewajaran tujuan pentaksiran di
peringkat akhir (produk) berbanding nilai yang diperoleh daripada sesuatu pentaksiran
itu (secara proses).

2.3 Konsep Penilaian dan pentaksiran

Penilaian ditafsirkan sebagai satu proses memberikan pertimbangan nilai pada sesuatu
berdasarkan pengukuran terhadapnya dan juga berdasarkan pengalaman penilai
18

(Mokhtar, 2009). Dari sudut pengajaran, penilaian ditafsirkan sebagai satu proses
sistematik untuk menentukan sejauh mana pelajar boleh mencapai objektif pengajaran.
Penilaian menjadi sebahagian besar daripada akiviti pengajaran yang dilakukan oleh
guru-guru. Penilaian dalam pendidikan merupakan pertimbangan profesional iaitu
proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan yang sistematik. Ia melibatkan
pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi
pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
Pentaksiran membawa maksud yang berbeza daripada penilaian. Skop
pentaksiran lebih luas daripada penilaian. Dalam pentaksiran, sudah termasuk elemen
formal dan tidak formal. Pentaksiran adalah satu proses mengumpul maklumat untuk
membuat keputusan bagi sesuatu program pembelajaran bertujuan untuk mengetahui apa
yang murid tahu, boleh buat dan boleh amalkan (LPM, 2011). Secara lebih jelas
pentaksiran digunakan untuk pengukuran kepada pengetahuan dan kemahiran
pembelajaran individu, di sekolah atau di bilik darjah untuk memperoleh maklumat di
atas apa yang dipelajari sebagai keputusan pendidikan.
Konsep pentaksiran sebagai satu proses membuat keputusan mempunyai
persamaan dengan pandangan Airasian (2000). namun, beliau melihat pentaksiran adalah
satu proses yang mendalam melibatkan proses mengumpul, mensisntesis dan
menterjemahkan (interpreting) maklumat. Berdasarkan konsep tersebut, pentaksiran
adalah istilah umum yang meliputi semua kaedah yang digunakan oleh guru untuk
mengumpul dan menggunakan maklumat di dalam bilik darjah. Maklumat tersebut boleh
membantu guru memahami pelajar, merancang dan memantau pengajaran, mewujudkan
suasana pembelajaran yang bersesuaian, sebagai tambahan kepada tujuan untuk
19

pengujian dan penggredan. Ujian merupakan salah satu cara mengumpul maklumat
bisanya melibatkan prosedur kertas dan pensel. Cara lain ialah melalui pemerhatian,
soalan lisan, projek dan portfolio.

2.4 Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik diperkenalkan oleh Arcbald dan Newmann dalam tahun 1988.
Arcbald dan Newmann telah mencadangkan pentaksiran autentik (tulen) apabila ia
mengukur produk-produk atau persembahan yang mempunyai makna atau kejayaan yang
berada di sekolah. Mereka percaya sebelum pendidik cuba menaksir secara autentik,
pembelajaran juga harus bersifat autentik. Pencapaian pembelajaran autentik adalah
diwajibkan kepada pentaksiran autentik berdasarkan tiga kriteria iaitu disiplin inkuiri,
hubungan pengetahuan dan nilai penilaian masa hadapan (Burke, 2005). Konsep autentik
selanjutnya dibangunkan oleh Wiggins (1993). Beliau membantah ujian kepada
kebolehan intelektual atau kemampuan kefahaman pelajar semata-mata yang dianggap
sebagai pentaksiran antentik. Sebaliknya pelajar perlu menggunakan pengetahuan
dengan bijaksana, dengan lancar dan fleksibel khususnya dalam konteks pelbagai
menjadikan mereka lebih faham (Wiggins, 1993).
Pentaksiran autentik adalah pengukuran secara langsung terhadap pengetahuan
dan kemahiran pelajar melalui pendidikan formal yang dipersembahkan melalui tugas
realistik. Konteks realistik menjadikan sesuatu masalah menarik bagi pelajar dan ia
membantu guru menilai apakah pelajar boleh menyelesaikan masalah dalam konteks dan
situasi yang sama di dunia sebenar (Mueller, 2011).
20

Menurut Puckett dan Black (2000) pentaksiran autentik bukan sekadar
melibatkan kognitif dan akademik, tetapi termasuk juga perkembangan dalam domain
lain iaitu fizikal, bahasa, sosial, emosi, dan moral. Pentaksiran autentik adalah satu
proses memerhati, merekod, termasuk juga dokumen yang sesuai, bermakna, melibatkan
kerja pelajar sebagai asas pembelajaran yang berkesan dan berkait rapat dengan
kehidupan nyata dan pengalaman belajar.

2.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam Pendidikan Seni Visual (PSV)

Pentaksiran Pendidikan Seni Visual dilaksanakan berpaksikan kepada Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Satu pentaksiran menyeluruh perlu melibatkan kefahaman
kognitif (kefahaman asas seni reka, alat, teknologi bahan, bentuk gubahan serta kemasan
dan pemahaman dan penghargaan), psikomotor (penilaian proses dalam penghasilan
bahan) dan afektif (sikap dan perlakuan murid) (Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Visual, 2002).
Untuk memastikan penguasaan pelajar secara optimum, kebolehan pelajar perlu
dinilai secara konsisten dan berterusan. Pelajar perlu dinilai berdasarkan tiga domain
utama agar pembelajaran itu menjadi lebih bermakna dan berguna kepada mereka.
Pentaksiran itu boleh dibuat sama ada secara analitik dan holistik, diberikan gred
pencapaian mengikut kriteria dan skala yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
Dalam bidang Seni Visual, terdapat pebagai kaedah pentaksiran yang boleh
digunakan oleh guru untuk menilai pelajar iaitu kaedah pemerhatian, lisan dan interaksi
21

dan penulisan (Sukatan pelajaran Seni Visual, 2002). Kaedah pemerhatian adalah proses
penilaian yang melibatkan guru secara aktif. Guru memerhati, membuat inerpretasi dan
menilai aspek-aspek yang diperhatikan. Melalui kaedah ini, penilaian dapat dijalankan ke
atas proses dan hasil kerja murid. Pemerhatian proses adalah penilaian yang
menitikberatkan proses penghasilan bahan. Guru perlu memerhati cara murid mentafsir,
mengelola idea, pewujudan idea dan cara mereka menggunakan alat. Sekiranya proses
tidak dilakukan dengan betul, guru perlu memberi bimbingan yang sewajarnya. Perkara-
perkara yang perlu dititikberatkan adalah pewujudan idea di mana proses murid
menentukan tema dan peningkatan idea mereka perlu diambil kira. Selain daripada itu,
pemilihan dan penyediaan alat dan bahan, proses dan teknik yang dipilih dan kemasan
adalah beberapa elemen yang perlu diperhatikan.
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran
murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan adalah aspek
afektif antaranya nilai-nilai kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,
bekerjasama, ketelitian dan kesempurnaan.
Pentaksiran secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah pentaksiran yang mana
guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek
seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menaksir potensi murid dalam
kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta
minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-
perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman
konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial,
22

perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan
sikap murid.
Pentaksiran secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan
dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam
bentuk folio. Kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran murid secara logikal,
kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta
membuat perancangan. Melalui penulisan, guru dapat menilai tahap penguasan
pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan
kemahiran berfikir.
Salah satu kaedah pentaksiran secara penulisan adalah penghasilan folio. Murid
dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman seni mereka, memperlihatkan tahap
pengetahuan, penguasan kemahiran, perkembangan minat dan daya kreatif serta sikap
mereka dalam penghasilan folio. Folio-folio dinilai mengikut kriteria seperti kajian yang
dijalankan oleh murid, perkembangan idea melalui lakaran, rangka sebenar yang
dihasilkan dan persembahan. Murid di sekolah menengah berupaya membuat pentaksiran
kendiri.







23







2.6 Kerangka Konsep Kajian
















Jasmani Emosi
Rohani Intelek
Pentaksiran
Autentik
Faktor-Faktor
Pelajar Guru
Ibu
Bapa
Pentaksir
PBS
masa Persekitaran

Pendekatan
Berpusatkan
Pelajar
Holistik
Mengajar

Teori Masteri
Teori
Konstruktivis
Belajar
Kaedah
pentaksiran
rujukan
kriteria
proses dan
produk



Menilai
Rajah 1: Kerangka Konsep Hubungkait antara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
dan Pentaksiran Autentik.
PBS
PROSESS
24


Rajah 1 menunjukkan kerangka konsep hubungkait antara Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Autentik. Kajian ini melibatkan tiga perkara penting iaitu
melihat proses perlaksanaan pentaksiran Berasaskan sekolah, faktor-faktor yang
mempengaruhi pelaksanaan PBS dan kaedah pelaksanaan PBS yang dikaitkan dengan
pentaksiran autentik. Pentaksiran Berasaskan Sekolah perlu melibatkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara
serentak dan tidak boleh dipisahkan dengan aktiviti penilaian. Hubungan ini dapat dilihat
melalui pandangan Puckett dan Black (2000); Kay Burke (1992), proses pentaksiran
autentik melibatkan proses belajar, mengajar dan menilai dilakukan secara serentak dan
tidak mengasingkan pentaksiran dengan pembelajaran.
Dalam menjalankan proses pengajaran, pendekatan berpusatkan pelajar dan
kaedah pengajaran secara holistik dijadikan asas kepada proses ini. Kaedah ini akan
meningkatkan motivasi pelajar selain menjadikan pelajar benar-benar mendalami ilmu
pengetahuan dalam konteks sebenar melalui penerokaan dan penyelesaian masalah.
Manakala pendekatan teori konstruktivis, teori pembelajaran Masteri merupakan teori
yang dapat dikaitkan dalam proses pembelajaran.
Proses penilaian menjadi perkara penting dalam memastikan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah mencapai matlamat autentik. Dalam proses ini, kajian akan
memfokuskan bagaimana guru menggunakan kaedah yang bersesuaian untuk menaksir
pelajar sama ada secara holistik atau analitik, kaedah pemerhatian, penulisan dan lisan.
Guru perlu memahami dan menaksir kebolehan pelajar berdasarkan kriteria penilaian
iaitu pengetahuan dan kefahaman, imaginatif, idea, penggunaan alat dan bahan, proses
25

dan teknik, produk, dan nilai sepertimana yang ditetapkan oleh LPM. Kefahaman
terhadap kaedah pentaksiran yang sesuai dapat memastikan PBS dilakukan secara
autentik.
Kajian ini juga akan mengkaji faktor-faktor yang boleh mempengaruhi
keberkesanan PBS. Antara faktor yang dijangkakan boleh mempengaruhi PBS ialah
seperti faktor pelajar, guru, ibu-bapa, pentaksir kawasan dan negeri, faktor masa dan
persekitaran. Selain itu, kajian ini akan melihat kesan PBS terhadap pelajar yang
akhirnya akan dapat mempamerkan matlamat pentaksiran autentik berfokus kepada aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).

3.0 PENDEKATAN KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes bagi
menjelaskan permasalahan kajian secara menyeluruh terhadap fenomena yang benar-
benar berlaku. Reka bentuk kajian merupakan satu kajian kes deskriptif di mana data
dikumpul melalui pendekatan kualitatif dan ia mengambil kira kerangka konsep yang
digunakan dalam kajian. Pengkaji memilih kajian kes berbentuk deskriptif adalah kerana
merujuk kepada hasil kajian kes yang kaya, mendalam dan terperinci serta dapat
menjelaskan fenomena PBS yang berlaku berdasarkan situasi sebenar. Menurut Othman
Lebar (2009), kajian kes dapat menyediakan maklumat yang kaya dan mendalam yang
biasanya tidak terdapat pada lain-lain metod. Dengan cuba merangkumkan sebanyak
mana pemboleh ubah, kajian kes boleh mengenalpasti bagaimana keadaan yang
26

kompleks boleh digabung untuk manghasilkan manifestasi tertentu. Ia merupakan satu
metod yang versatile dan fleksibel dan menggunakan pelbagai metod pengumpulan data.




3.1 SAMPEL KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan di dua buah sekolah menengah yang menawarkan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lokasi
kajian yang dipilih ialah di Daerah Larut Matang dan Selama iaitu SMK Taman Tasik
Taiping dan SMK Kamunting. Pemilihan dua buah sekolah bertujuan membuat
perbandingan skor yang diberi, faktor persekitaran serta kaitannya dengan pentaksir
kawasan. Kedua-dua sekolah yang dipilih adalah atas dasar faktor kerjasama guru,
pelajar, dan pihak pentadbiran. Dari aspek fasiliti, kedua-dua buah sekolah menyediakan
bilik seni yang lengkap dengan peralatan bahan bantu mengajar terutama semasa
pelaksanaan kerja kursus yang dijalankan.
Informan yang dipilih terdiri daripada dua orang guru dan lapan orang pelajar di
dua buah sekolah, dua orang pentaksir kawasan, seorang guru pakar dan seorang
pentaksir negeri di negeri Perak. Pemilihan subjek kajian adalah berbentuk persampelan
bertujuan, dijangka dapat menjawab persoalan kajian berkaitan kaedah, proses
Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PBS
dalam mencapai pentaksiran autentik.
27


3.2 CARA PENGUMPULAN DATA

Kajian ini merupakan kajian kes kualitatif. Justeru, instrumen yang digunakan dalam
kajian ini berbentuk pemerhatian, temubual dan kajian dokumen.

i. Kaedah Pemerhatian

Pengkaji menggunakan pemerhatian berstruktur terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran melibatkan informen guru dan pelajar semasa proses perlaksanaan PBS
dan semasa proses pentaksiran dijalankan oleh guru. Tujuan pemerhatian dilakukan
adalah untuk mengkaji interaksi yang kompleks dalam proses pengajaran, pembelajaran
dan kaedah penilaian yang sebenar melibatkan guru dan pelajar. Semasa pemerhatian,
pengkaji akan menggunakan rekod pemerhatian yang dirujuk sebagai nota lapangan iaitu
deskripsi yang terperinci tentang apa yang diperhatikan. Pengaji akan mencatat
bagaimana guru menjalankan kaedah pentaksiran, kemahiran pelajar menyelesaikan
masalah dalam tugas yang diberikan, kebolehan pelajar dari aspek psikomotor, minat dan
sikap yang ditunjukkan oleh pelajar semasa menjalankan kerja kursus. Melalui
pemerhatian pengkaji dapat mendokumen dan menjelaskan tingkah laku guru, tingkah
laku pelajar dan melihat hubungan dan interaksi yang kompleks antara guru dan pelajar,
pelajar dan rakan sebaya semasa perlaksanaan PBS.

ii. Kaedah Temu Bual
28


Temu bual digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk memperoleh maklumat
tentang fakta, perasaan, kepercayaan dan aspek-aspek lain yang ingin dikaji dalam
sesuatu kajian atau penyelidikan (Sidek, 2002). Terdapat tiga jenis temubual iaitu temu
bual berstruktur, temu bual semi berstruktur dan temu bual tidak berstruktur (Othman
Lebar, 2009; Noraini Idris, 2010). Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan temu bual
semi berstruktur kerana soalan-soalan temu bual semi berstruktur ditentukan terlebih
dahulu tetapi jawapan kepada persoalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan
mengikut budi bicara pememubual dan partisipan. Dengan cara ini, informan dapat
memberi maklum balas dengan caranya sendiri dan masa untuk informen memberi
respon tidak ditetapkan.
Informan yang terlibat dalam kaedah temubual ialah dua orang guru, lapan orang
pelajar, dua orang pentaksir kawasan, seorang guru pakar, dan seorang pentaksir negeri.
Kesemua informan dijangka dapat menjawab keempat-empat persoalan kajian yang
diutarakan. Dalam kajian ini, pengkaji mengambil masa lebih kurang 40 minit hingga 60
minit bagi setiap informan. Semasa proses temu bual, pengkaji menggunakan perakam
suara digital bagi memudahkan proses transkripsi kerana rakaman boleh diulang semula
dengan amat cepat. Selain itu, rakaman secara digital dapat dipindahkan kepada
komputer dan kemudiannya diarkibkan ke cakera padat yang lebih tahan lasak. Keadaan
ini amat perlu untuk memastikan maklumat yang diperoleh sah dan boleh dipercayai.

iii. Sumber Dokumen.
29

Dokumen boleh dikategorikan kepada tiga kategori utama iaitu rekod awam, dokumen
peribadi, dan bahan fisikal (Meriam, 2001). Walau bagaimanapun, pengkaji
menggunakan rekod awam dan dokumen peribadi sebagai kaedah kajian dokumen.
i. Rekod awam yang digunakan ialah buku panduan Kajian Rekaan Seni Visual
(KRSV), prosedur pelaksanaan KRSV, rekod markah akhir pelajar, borang
pentaksiran yang disediakan sama ada di peringkat sekolah, daerah dan negeri
yang diperoleh daripada pihak sekolah (tempat kajian)
ii. Dokumen peribadi adalah dokumen lukisan, artifak (produk), folio pelajar dan
apa- apa catatan yang digunakan oleh guru dalam PBS. Othman Lebar (2009)
menyatakan sumber peribadi sebagai sumber yang boleh dipercayai tentang sikap,
kepercayaan dan pandangan seseorang. Ia mungkin boleh menceritakan tentang
makna tersirat atau peristiwa penting yang berlaku dalan kejadian manusia.
Dokumen ini dapat digunakan oleh pengkaji untuk mengkaji penguasaan pelajar
terutama dari aspek jasmani (kebolehan psikomotor), intelek (cara pelajar
berkarya, nilai kreatif dan membuat penyelesaian masalah). Daripada dokumen
tersebut, penyelidik menghubungkait dapatan kajian (konteks realiti) dan
persoalan kajian yng diutarakan.
Selain itu, dokumen yang dijana oleh penyelidik sendiri merujuk kepada gambar foto
dan video yang digunakan semasa proses pemerhatian dan temubual.


3.3 CARA MENGANALISIS DATA

30

Analisis merupakan proses penelitian yang menyeluruh dan bersepadu dalam keseluruhan
bahagian pengumpulan data. Proses analisis data kualitatif pada asasnya adalah
merupakan proses yang berterusan dan non-linear. Ia merupakan prosedur analitik yang
melibatkan pemeriksaan makna ke atas kata-kata dan tindakan manusia (Othman Lebar,
2009). Merriam (2001) merujuk analisis data sebagai proses kompleks yang melibatkan
pertimbangan antara data yang konkrit dengan konsep abstrak, antara penaakulan
indukti dan deduktif, antara deskripsi dan interpretasi.
Berdasarkan pandangan tersebut, analisis data dalam kajian ini akan berlaku
serentak dengan proses pengumpulan data. Penyelidik akan memahami dan menganalisis
apa sahaja tingkah laku guru dan pelajar. Hasil dapatan akan dikemukakan secara benar
berlandaskan teori dan kajian pustaka.
Dalam kajian ini, analisis data akan dilakukan secara deskriptif iaitu dihuraikan
dalam bentuk penceritaan atau kualitatif. Segala data-data yang diperoleh melalui temu
bual dan pemerhatian, dianalisis menurut kaedah pemikiran logik dialektik dan logik
induktif iaitu proses membuat kesimpulan secara umum dan kemudiannya kesimpulan
secara lebih khusus. Proses ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menjawab persoalan
kajian.
Kajian ini dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu peringkat pengumpulan
data, peringkat penguncupan data, pengolahan dan akhirnya peringkat membuat
kesimpulan kajian. Keempat- peringkat ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
Secara keseluruhan, penulisan kajian ini dilaksanakan mengikut struktur kajian melalui
model interaktif yang digambarkan pada rajah di bawah.

31








Rajah 4: Model Interakrif kompenan analisis data (Sumber Miles & Huberman,1994: 12)









Model interaktif yang digambarkan berlaku melalui empat peringkat iaitu peringkat
pertama pengumpulan data di lapangan. Peringkat kedua adalah peringkat penguncupan
data, peringkat ketiga ialah pengolahan atau pembentangan data dan peringkat keempat
ialah membuat kesimpulan kajian.
Pada peringkat awal kajian iaitu di peringkat pengumpulan data, semua data-data
yang dikenal pasti dan mempunyai kaitan dengan kajian akan dikumpulkan.
Pengumpulan data
Pengolahan atau
pembentangan data
Kesimpulan: pengesahan
p
Penguncupan data
32

Pengumpulan data ini berlaku dalam bentuk pengumpulan dokumen termasuklah
matlamat, objektif dan prosedur PBS, temu bual dengan pentaksir kawasan, pentaksir
negeri, guru pakar, pelajar dan guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual. Semua
data-data ini akan dianalisis bagi mendapatkan kesimpulan atau hipotesis awal.
Selain itu, data dikumpulkan semasa kajian lapangan bagi mendapatkan data-data
yang relevan dengan persoalan kajian. Pada peringkat ini akan dilaksanakan proses temu
bual mendalam dengan informen guru dan pelajar, pemerhatian di bilik darjah terhadap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses pentaksiran dengan
menggunakan rakaman audio dan visual. Semua data-data yang diperoleh akan
dianalisis melalui peringkat penguncupan data. Data yang sama melalui temu bual,
kajian dokumen rakaman visual atau audio dan data pemerhatian akan digabungkan
berdasarkan kod yang telah dikenalpasti. Pada peringkat ketiga, data yang diolah
diorganisasikan semula untuk menjawab persoalan kajian yang telah ditentukan.
Peringkat keempat merupakan peringkat membuat kesimpulan kajian. Data yang
mempunyai hubungan atau signifikan dengan persoalan kajian sahaja akan digunakan,
manakala data yang agak lemah dan tiada kaitan dengan permasalahan kajian akan
diabaikan. Sekiranya didapati data yang diperolehi masih tidak lengkap dan diragui untuk
menjawab persoalan kajian, maka kajian lapangan akan diulang semula bagi memenuhi
lompang-lompang yang masih tertinggal. Secara keseluruhan empat peringkat yang
dilalui dalam kajian ini adalah untuk memastikan proses perjalanan kajian berjalan
lancar serta melalui proses penapisan dan pemilihan yang teliti. Proses perjalanan
peringkat-peringkat kajian ini akan berjalan sehingga ke tahap penyediaan laporan akhir
kajian.
33

Dalam usaha pengumpulan data, satu matriks telah digunakan sebagai panduan
seperti jadual di bawah:


Matriks pengumpulan data

BIL

DATA
TEKNIK PENGUMPULAN DATA
Catatan/
sumberdata
Pemer-
hatian
Temu
bual
Kajian
doku-
men
Raka-
man
audio
/visual

1 Pelaksanaan PBS dalam
pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual
permulaan P&P
pernyataan objektif P&P, induksi
perkembangan
jenis aktiviti dan kesesuaian
kebolehan pelajar, teknik penyoalan,
interaksi, penerapan nilai, proses
kerja, pengggunaan alat dan bahan,
kemahiran berfikir,
penutup
pentaksiran kendiri/ refleksi








/









/


















/



Guru dan pelajar
2. Strategi dan Kaedah PBS
Pentaksiran secara lisan,
tulisan,pemerhatian.
Bagaimana kaedah tersebut
digunakan?
Rujukan kriteria (rubrik
penskoran), senarai semak,
borang pentaksiran dan
lain-lain






/


/


/

Guru, pentaksir
kawasan
3. Faktor faktor mempengaruhi
Faktor guru tujuan
pentaksiran, komitmen,
pengetahuan dan
kemahiran.
Faktor pelajar-Latar
belakang, komitmen, minat
dan sikap dalam p.seni,


/



/



/



/


















Guru, Pelajar,
Pentadbir
sekolah,
Pemantau
kawasan, dan
34

penguasaan pelajar dari
segi JERI
Persekitaran pelajar
pentadbiran
faktor pemantau/ pentaksir
(kesahan dan
kebolehpercayaan)
ibu bapa



/


/
/
/

/
pentaksir negeri.

Anda mungkin juga menyukai