Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI SEMASA PERNIAGAAN

a. Keberuntungan
Daripada tokokan iaitu 75.39% menunjukkan untung kasar atas kos jualan adalah tinggi.
Namun margin untung bersih hanya 35.58% daripada jualan. Ini menunjukkan bahawa saya
perlu mengawal dan mengurus perbelanjaan dengan cara yang paling efektif. Ini boleh
dilakukan dengan mengambil pekerja yang terlatih, menggunakan teknologi ICT dan
penggunaan mesin dan peralatan yang dapat memaksimumkan output. Kadar pulangan atas
modal juga agak rendah iaitu 14.23%, ini menunjukkan saya tidak mempergunakan sepenuhnya
sumber modal, justeru itu saya bercadang untuk membesarkan perniagaan dan membuka
beberapa cawangan baru.
b. Nisbah kecairan
Nisbah semasa menunjukkan perniagaan saya mempunyai terlalu lebihan aset semasa
berbanding dengan liabiliti semasa iaitu 38 :1. Lebihan aset semasa itu tidak memberikan
keuntungan kepada perniagaan saya. Justeru itu saya akan memastikan aset semasa digunakan
untuk membantu perniagaan menjana keuntungan. Lebihan tunai di tangan dan di bank akan saya
gunakan untuk pelaburan dan membiayai perbelanjaan dan pembayaran hutang.
c. Nisbah Kecekapan.
Kadar pusing ganti stok adalah 22 kali menunjukkan perniagaan saya melakukan pembelian
stok kurang 1 kali dalam sebulan. Ini menunjukkan pembelian stok saya adalah besar, maka
modal pusingan yang perlu saya gunakan itu tinggi. Pembelian stok yang besar mudah terdedah
kepada barang lapuk dan rosak. Ini akan mengurang minat kepada pelanggan kerana
kebanyakan barang adalah barang lama. Maka untuk mengatasi masalah ini, saya akan
melakukan pembelian stok sekurang-kurang 2 kali sebulan. Dengan cara ini modal pusingan
dapat diminimakan dan risiko barang lapuk dan rosak dapat dielakkan dan pelanggan akan lebih
berminat untuk membeli kerana kebanyakan barang adalah baru. Tempoh kutipan hutang kini 11
hari perlu dipendekkan supaya wang tersebut boleh dilabur semula untuk meningkatkan untung.
Tempoh bayaran balik juga perlu disingkatkan kepada 5 hari kerana pembayaran segera hutang
memboleh perniagaan mendapat diskaun daripada pemiutang.

Selain daripada itu saya juga akan mempertingkatkan lagi strategi pemasaran, memberikan
khidmat yang memuaskan kepada pelanggan, mencari strategi yang lebih berkesan untuk
menghadapi persaing-pesaing dan akan cuba mempelbagaikan bentuk perniagaan pada masa
hadapan.






CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI JANGKA PANJANG
PERNIAGAAN

Syarikat perlu cekap mengendalikan wang untuk memastikan perniagaan mempunyai tunai yang
cukup agar perniagaan dapat beroperasi dengan lancar dan terkawal.Perniagaan perlu
memastikan modal tidak terlalu terikat pada stok atau aset bukan semasa yang sukar ditukar
kepada bentuk tunai.Perancangan jangka panjang perlu dalam memastikan penerimaan tunai
yang maksimum dan pembayaran tunai yang minimum agar memperoleh tunai ditangan
mencukupi. Antara cadangan perniagaan ini untuk meningkatkan prestasi jangka panjang ialah :

1. Meningkatkan hasil jualan dengan melunjur kenaikan 10% jualan setiap bulan
2. Memperoleh tunai tambahan untuk melancarkan operasi perniagaan dengan membuat
pinjaman sebanyak RM 50000
3. Meningkatkan kutipan hutang daripada penghutang dengan memberi hanya sebulan
kredit sahaja.
4. Mengembangkan perniagaan dengan cara meningkatkan belanja pengiklanan setiap bulan
sebanyak RM 600 Dengan cara ini, perniagaan dapat mengukuhkan nama perniagaan
dan memperkenalkan dan melariskan produk kepada lebih ramai bakal pengguna.