Anda di halaman 1dari 5

MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS

MODEL ILTENERAN

Model guru beredar.
Sasaran : semua murid berkeperluan khas
Cara pelaksanaan: khidmat bantu secara terus di bilik darjah
Penglibatan: murid dan guru
Skop: terhad
Lokasi: kelas, Tadika, Taman Asuhan, Sekolah integrasi dan PDK


MODEL KONSULTAN


Model perundingan.
Sasaran : kanak-kanak khas, ibu bapa, guru, dan semua pihak yang berkaitan
Cara pelaksanaan: khidmat bantu secara lebih terbuka
Penglibatan: murid dan guru, KPM, NGO,JKM,KKM, pasukan pelbagai disiplin, pakar berkaitan
Skop: lebih luas
Lokasi: bebas, dalam dan luar sekolah

MODEL BILIK RESOS

Bilik-bilik yang disediakan untuk menjayakan program pendidikan khas. Digunakan sebagai tempat
menjalankan bimbingan dan penyimpanan alatan yang dan tempat guru resos menjalankan tugasan.
Fungsi guru resos ialah menjalankan pengajaran dan pembelajaran , pengurusan kelas bimbingan,
aktiviti tambahan.


MODEL KELAS BIASA( INKLUSIF)

Melibatkan murid pendidikan khas yang belajar bersama dalam kelas biasa bersama murid aliran
perdana. Mereka akan mengikuti pelajaran bersama-sama dengan rakan sebaya. Inklusif
dijalankan scara separa dan sepenuhnya . Senarai daftar murid pendidikan khas kekal dalam kelas
pendidikan khas. Guru pendidikan khas berfungsi sebagai guru pendamping. Dilaksanakan di sekolah
rendah dan menengah bergantung kepada prestasi dan RPI.




MODEL KELAS INTEGRASI

Kelas-kelas pendidikan khas dijalankan dalam sekolah bersama dengan kelas-kelas aliran perdana yang
lain. Semua murid pendidikan khas akan belajar di kelas yang disediakan untuk murid-murid pendidikan
khas. Semua kemudahan-kemudahan dan infrastruktur di sekolah tersebut akan dikongsi
bersama. Semua murid pendidikan khas akan didaftarkan secara berasingan dan menjalankan aktiviti
pnp secara berasingan.


TEORI Z
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN TEORI Z?
Teori Z adalah satu falsafah pentadbiran hasil gabungan antara Pentadbiran Jepun dan Pentadbiran
Amerika Syarikat.
PENDEKATAN TEORI Z

Keselamatan semua kakitangan untuk jangka panjang.

Keputusan kepada satu-satu tindakan dibuat secara musyawarah dan persetujuan bersama.

Penilaian ke atas seseorang kakitangan dibuat secara perlahan hasil daripada kualiti yang
diperlihatkan .
Peningkatan taraf (naik pangkat)seseorang kakitangan dibuat secara perlahan berasaskan
kepada kecekapan,komitmen,kerjasama,kerajianan dan sumbangan idea-idea.

Sebab itulah tugas dan tanggungjawab dalam organisasi dilihat secara perseorangan.Hasil kerja
kumpulan tidak diberi keutamaan untuk menaikkan seseorang ke satu-satu jawatan.







MATLAMAT TEORI Z

Matlamat utama Teori Z ialah untuk mempertingkatkan hasil kerja seseorang kakitangan dalaman satu-
satu organisasi.

Contoh : PEMANDU BAS
Mempertingkatkan perkara-perkara berikut:

Keselamatan bas dan penumpang
Kebersihan kenderaan
Kesihatan diri sendiri
Kecermatan melaksanakan tugas
Pematuhan kepada undang-undang
Kemesraan perhubungan antara beliau dan pelanggan
Tidak terlibat dengan tingkah laku negatif
Bersedia untuk menghasilkan idea-idea yang baik untuk dicadangkan kepada pihak atasan


Kesemua hasil kerja ini hendaklah dijadikan amalan harian pemandu.
Idea-idea yang baik yang dikemukan oleh kakitangan ini akan direkod dan diukur untuk kenaikan gaji
dan pangkat kakitangan berkenaan.
Penambah baikan dalam bidang ini akan dilihat dan diambil kira untuk dijadikan ukuran kenaikan
pangkat seseorang.
Seseorang yang rajin patuh, kepada peraturan dan senioriti dalam jawatan tetapi tidak berlaku
penambah baikan dalam bidangnya dan organisasinya, tidak akan diambil kira untuk dinaikkan ke
jawatan yang lebih tinggi.
Sebab itulah penilaian untuk dinaikkan pangkat dibuat secara individu dari semasa ke semasa.
Jika berlaku sebarang kelemahan terhadap kakitangan, mereka akan dipanggil, diberi masihat atau
dihantar untuk menerima latihan sambil kerja.Peringkat prastasi kerja kakitangan ini akan dilihat sebaik-
baik sahaja mereka tamat latihan.
Semua latihan yang diterima oleh kakitangan adalah untuk diamalkan secara praktikal. Tidak ada latihan
yang diterima dan disimpan di bawah bantal. Jika ini berlaku,organisasi akan menanggung kerugian yang
besar.

PEMBANGUNAN TEORI Z
Teori Z adalah berciri sosiologi dan wujud dalam organisasi kemanusiaan.
Organisasi pendidikan adalah organisasi kemanusiaan pentadbiran,guru,murid dan ibu-bapa.
Teori Z diperkenalkan oleh William Ouchi. Ianya diasaskan daripada Teori X dan Teori Y yang
diperkenalkan oleh Donglas McGregor.
Ouchi cuba mencadangkan konsep pengurusan yang lebih baik berbanding dengan pengurusan yang
berkonsepkan Teori X dan Teori Y.
Dalam tahun 1970 an dan 1980 an banyak industri di Amerika jatuh dalam persaingan dengan industri-
industri lain di peringkat antarabangsa ,terutama Jepun. Untuk mengatasi masalah-masalah ini industri
besar di Amerika bergerak ke arah Jepun untuk belajar . Atas sinario inilah maka Teori Z diwujudkan.
TEORI X
Arahan dari atas ke bawah
kakitangan bawah perlu patuhi arahan
TEORI Z
Semangat kerjasama, idea dua hala,
mencari kecemerlangan
Prof.Ouchi mengubahsuai pendekatan pengurusan insdustri-industri di Amerika melalui Teori Z dan
ianya bersandar kepada kecermelangan yang dilaksanakan oleh Jepun.Sebelum ini pendekatan yang
dilakukan oleh Amerika lebih kepada pergerakan dari atas ke bawah,kepatuhan kepada arahan dan
bermatlamat mencari seberapa banyak keuntungan material.
Pendekatan ala Amerika itu tidak bertahan lama,kerana hasil produknya berlaku dalam bentuk kuantiti
dan tidak kualiti. Ianya dapat bertahan dalam jangka pendek.
Pada Ouchi ,Teori Z dapat melahirkan kepuasan kerja kakitangan,dapat mengurangkan ketidak hadiran
pekerja,daripadameninggalkan organisasi (ternover),boleh mempertingkatkan kualiti output dan
mampu merangsangkan perbelanjaan secara lebih berhemah.


PENDEKATAN TEORI Z DIKAITKAN DENGAN PENTADBIRAN
Teori Z mementingkan pentadbiran kemanusiaan.Bila Teori Z sampai ke Amerika ianya digabungkan
antara falsafah pendekatan Jepun dengan budaya Amerika.
Pada Ouchi Teori Z harus mempamerkan secara kukuh nilai-nilai budaya suku kaum . Budaya ini dilihat
dari aspek nilai-nilai homogenous,kepercayaan mereka dan objektif yang hendak dicapai.Dengan lain
perkataan,budaya suku kaum menitikberatkan sepenuhnya aspek-aspek sosialisasi yang wujud di dalam
kaum tersebut dan ianya disepadukan dengan keinginan individu di dalamnya dan matlamat yang
hendak dicapai oleh organisasi.

ELEMAN BOROKRASI
Walaupun Teori Z menitikberatkan budaya berkerja secara kumpulan tetapi ianya masih mengekalkan
eleman-eleman birokrasi seperti haraki kedudukan berasakan jawatan yang dipegang,kuasa yang
berasakan kepada tugas-tugas yang diberi,penilaian hasil kerja dan tugas-tugas yang dikaitkan dengan
kepakaran.
Yang menyokong pendekatan Teori Z ini ialah adanya nilai-nilai yang saksama (common)yang mudah
mempertingkatkan komitmen di kalangan kakitangan.


AMBIL PEKERJA UNTUK JANGKA PANJANG

Secara tradisinya,organisasi Amerika disemaikan dengan komitmen-komitmen jangka pendek dalam
mengejar keuntungan material. Sebab itulah selalu berlakunya kerengganan perhubungan antara
pengurus dengan pekerja di bawahnya.
Dalam sistem Teori Z,ianya mengutamakan komitmen jangka panjang melalui perhubungan yang erat
dan mengharapkan kepatuhan daripada kakitangan. Teori Z merangsang pemantapan dalam organisasi
dan keselamatan semua kakitangan.
Keputusan kepada satu-satu isu,perlaksanaan atau masalah diambil secara bermusyarah .
Walaupun keputusan persetujuan dibuat secara bersama tetapi Teori Z memberi penilaian ke atas
seseorang berpandu kepada sumbangan individu tersebut kepada organisasi.
Teori Z melihat kebolehan,kecekapan,kerajinan dan komitmen individu untuk menghasilkan output
sesuatu produk atau perkhidmatan. Sebab itulah peningkatan seseorang dalam organisasi yang
mengamal Teori Z adalah perlahan dan mengambil masa.