Anda di halaman 1dari 14

Tenaga ?.....

Tenaga ialah sesuatu yang berkemampuan untuk


membuat kerja atau memberi haba.
Kegunaan : menggerakkan jentera, menyalakan lampu elektrik,
memasak makanan, menggerakkan kenderaan dan sebagainya
Jenis
tenaga
Tenaga
kimia
Tenaga
kinetik
Tenaga
keupayaan
Tenaga
haba
Tenaga
elektrik
Tenaga
cahaya
Tenaga
bunyi
Tenaga
nuklear
SIFAT TENAGA
Tenaga keupayaan
Tenaga kinetik
2 bentuk tenaga
dalam sistem
kimia
Tenaga yang disebabkan oleh kedudukan sesuatu objek.
Bergantung kepada komposisinya, jenis atom dalam bahan,
bilangan dan jenis ikatan yang menggabungkan atom dan
cara penyusunan atomnya.
Contoh: air tersimpan dalam empangan mempunyai
tenaga keupayaan graviti kerana berada tinggi dari paras.
Setiap molekul air juga mempunyai tenaga keupayaan
kimia yang disebabkan oleh daya tarikan dan penolakan
elektrostatik dalam setiap atom dan di antara atom.
Tenaga
keupayaan
Tenaga yang disebabkan oleh gerakan sesuatu objek.
Berkait rapat dengan gerak rawak dan tetap atom atau
molekulnya dan berkadar dengan suhunya.
Sebagai contoh, apabila air dari empangan dibiarkan terjun,
tenaga keupayaannya bertukar kepada tenaga kinetik
akibat dari pergerakan air tersebut.
Molekul air mempunyai tenaga terma disebabkan oleh
putaran, getaran dan gerak rawak molekul.
Tenaga kinetik
PERUBAHAN TENAGA
Semua bentuk tenaga adalah saling bertukaran antara satu
sama lain
HUKUM PERTAMA TERMODINAMIK
Hukum Pemuliharaan Tenaga = Hukum Pertama Termodinamik
Menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau
dimusnahkan tetapi boleh ditukarkan daripada satu bentuk
kepada bentuk yang lain.
Mari fahami tentang TERMODINAMIK melalui paparan VIDEO
ini..
1. 2.
Introduction to Thermodynamics First Law of Thermodynamics
TENAGA DALAM & PEMINDAHAN TENAGA

Termokimia : Kajian tentang perubahan haba semasa tindak balas kimia.
Sistem - Mana-mana bahagian/objek, gabungan objek TERTENTU yang
menjadi tumpuan kajian atau pemerhatian. Aset bagi mana-mana
sistem adalah JIRIM (diwakili dengan JISIM) dan TENAGA.
Persekitaran - bahagian luar sistem (kelalang, makmal)
Sistem & sekitar Semesta
PERUBAHAN TENAGA DALAM TINDAK BALAS KIMIA
Semua tindak balas kimia mengalami perubahan tenaga.
Hasil tindak balas dan bahan tindak balas mempunyai tenaga yang
berbeza.
Hampir semua perubahan tenaga yang berlaku dalam tindak balas kimia
berupa HABA. Haba adalah satu bentuk tenaga terma.
HABA adalah pemindahan tenaga terma daripada dua jasad yang
mempunyai suhu yang berlainan.
Ada 3 jenis SISTEM :
Sistem Terbuka
Sistem yang
berkebolehan
mengalami
pertukaran jisim dan
tenaga dengan
persekitaran.
Tenaga & jirim dapat
dipindahkan
daripada suatu
sistem kepada
sekitarnya
Sistem Tertutup
Sistem yang
berkebolehan
mengalami
pertukaran
tenaga, tetapi
tidak jisim, dengan
persekitaran.
Sistem Terasing /
Terpencil / Tersekat
Sistem yang
sama sekali tidak
boleh mengalami
pertukaran jisim
dan tenaga
dengan
persekitaran.
Tiada tenaga /
jirim yang dapat
dipindahkan (air
panas dalam
termos)
Sistem terasing sangat sukar untuk diadakan.
Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita
berhadapan kebanyakan sistem terbuka, dan
sistem tertutup sahaja.

(a) Sistem Terbuka
(b) Sistem Tertutup
(c) Sistem Terasing (Botol dibaluti dengan penebat)
TINDAK BALAS EKSOTERMIK
Ekso bermaksud luar manakala termik bermaksud haba.
Eksotermik bermaksud haba yang disalurkan/dibebaskan keluar ke persekitaran
dalam sistem.
Oleh itu suhu di persekitaran akan meningkat.

Tindak balas Eksotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan dicampur
atau direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan
mengeluarkan/membebaskan haba ke persekitaran seterusnya menjadikan suhu
persekitaran lebih tinggi daripada haba purata bahan-bahan kimia yang
ditindak-balaskan.
Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik ialah dari tenaga kimia kepada tenaga
haba.

Di antara contoh-contoh tindak balas
eksotermik :
Tindak balas pembakaran - Bahan bakar (bahan kimia
yang mudah atau boleh terbakar) bertindak balas
dengan gas oksigen
Tindak balas peneutralan - Tindak balas antara bahan
kimia yang bersifat asid dan alkali
Tindak balas pepejal dengan air - Tindak balas ini berlaku
terutama antara unsur kumpulan dalam jadual
berkala dengan air kerana lebih reaktif
Tindak balas logam reaktif dengan air - Tindak
balas redoks, terdapat tindak balas penurun dan tindak
balas pengoksidaan

Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik akan menunjukkan
nilai negatif, iaitu :

Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas

H = H
h
- H
b

Tindak balas endotermik
Endo bermaksud dalam manakala termik
bermaksud haba. Endotermik bermaksud haba yang diserap masuk
ke dalam dalam bahan hasil tindak balas. Oleh itu suhu bahan tindak
balas akan meningkat.
Tindak balas Endotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan
dicampur atau direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan
menyerap haba daripada persekitaran seterusnya suhu di
pesekitaran akan menjadi lebih rendah daripada haba purata
bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan.
Perubahan tenaga tindak balas Endotermik ialah dari tenaga
haba kepada tenaga kimia.

Di antara contoh-contoh tindak
balas endotermik ialah:

Tindak balas Penguraian garam karbonat secara
terma - Garam karbonat akan diuraikan
menjadi oksida logam dan gas karbon dioksida.
Tindak balas pembakaran pada penunu bunsen -
Apabila api dihidupkan pada radas penunu
bunsen, pemukaan penunu bunsen akan
terasa sejuk dan terdapat titisan stim/wap air.

Perubahan tenaga tindak balas endotermik akan
menunjukan nilai positif, iaitu
Perubahan Tenaga =
Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas
H = H
h
- H
b

Anda mungkin juga menyukai