Anda di halaman 1dari 18

1

GB6012
PENULISAN AKADEMIK 1
Semester 1 2010/2011
PROF. DATIN DR. JURIAH LONG
FAKULTI PENDIDIKAN
2
KULIAH 3
MEMBACA BAHAN AKADEMIK
SECARA KRITIS
3
Membaca merupakan kemahiran yang amat
berguna. Kemahiran membaca boleh
diperkembangkan dan diperbaiki bagi memenuhi
tujuan pembaca
Dalam penulisan akademik pelajar perlu
membaca pelbagai bahan: buku, makalah/artikel
jurnal/prosiding dll.
Masalahnya memilih bahan yang relevan untuk
dibaca bagi sesuatu tugas penulisan akademik.
Pembaca perlu menggunakan pelbagai strategi
membaca.
Kuliah ini akan membincangkan dua strategi:
Strategi memilih dan membaca bahan yang relevan
untuk mencari maklumat (strategi membaca secara
sekali imbas)
Strategi membaca secara kritis
4
Strategi Memilih dan Membaca Bahan yang
Relevan untuk Mencari Maklumat (Strategi
Membaca Secara Sekali Imbas)
Pembaca yang baik menggunakan pelbagai
strategi membaca. Pemilihan strategi
membaca mempunyai hubungan dengan
tujuan membaca.
Untuk membaca bagi memahami dan mencari
maklumat pembaca berpengalaman
menggunakan strategi berikut:
Cari petunjuk dalam teks sebelum mula membaca
Beri tindak balas/respons kepada petunjuk yang
diberi oleh penulis
Baca dengan menggunakan pensel. Tanda fakta
penting
Baca semula sekiranya perlu
5
Cari Petunjuk dalam Teks
Dalam pemilihan bahan yang relevan dengan
tugas penulisan akademik. Pembaca perlu
pastikan bahan yang dipilih berkaitan dengan
tajuk perbincangan.
Teliti bahagian-bahagian ini bagi mendapat
petunjuk:
Tajuk makalah/buku, teliti kata-kata kunci yang
relevan dengan tajuk sebelum membaca makalah.
Abstrak. Baca dan fahami abstrak bagi
menentukan makalah/buku dapat memenuhi tujuan
anda
6
Cari Petunjuk dalam Teks
Perenggan permulaan jika perenggan permulaan
makalah tidak relevan dengan kajian, anda tidak perlu
membacanya.
Ayat tesis dan topik/utama dalam perenggan jika
dibaca sekali imbas dapat memberi maklumat tentang
kerelevanan makalah/buku dengan tajuk kajian.
Perenggan penutup juga perlu dibaca sekali imbas
jika perenggan awal menunjukkan perkaitan makalah
dengan tajuk
Kredit/ketokohan penulis. Beri pertimbangan
kepada kebolehan pengarang menulis tentang
sesuatu bidang.
Aspek-aspek lain dalam sesebuah buku yang perlu
dilihat sekali imbas sebelum digunakan, termasuklah
kandungan buku, prakata, dan indeks
7
Strategi Membaca Secara Kritis
Membaca melibatkan kegiatan berfikir.
Apabila membaca, otak mentafsir
makluamt yang dibaca; memahaminya
dan membandingkan perkara-perkara
yang ditemui dengan perkara yang
diketahui berlaku penaakulan.
Penaakulan ialah proses memahami
secara logik sesuatu maklumat. Dua
aktiviti utama penaakulan ialah
menganalisis dan mentafsir.
8
Kemahiran Menganalisis Teks Yang Dibaca
Menganalisis bermaksud mengambil sesuatu
perkara secara keseluruhan dan kemudian
mencerai-ceraikan bahagian tersebut.
Tujuannya untuk memahami hubungan dan
perkaitan bahagian-bahagian tersebut bagi
menentukan peranan keseluruhannya.
Mensintesis bermaksud mencantum-cantumkan
pelbagai bahagian bagi membentuk suatu
keseluruhan. Merumus ialah satu kegiatan
mensintesis.
Menganalisis dan mensintesis adalah kegiatan
yang saling melengkapi. Kegiatan menganalisis
dilakukan sebelum mensintesis.
9
Beberapa perkara perlu dibezakan dalam
menganalisis
Membezakan isi utama daripada isi sampingan
Isi utama adalah idea fokus yang dikemukakan oleh penulis dan
menjadi asas dalam kesimpulan. Dibentangkan secara terus
terang dan dengan jelas
Biasanya isi utama dinyatakan dalam pengenalan dalam
perenggan pertama melalui ayat topik/utama
Isi utama ditegaskan semula dalam kesimpulan
Isi sampingan ialah alasan-alasan/contoh yang digunakan
untuk menyokong hujah

Membezakan fakta daripada pendapat
Fakta ialah sesuatu perkara yang kita ketahui dengan pasti,
kesahihannya boleh dibuktikan
Pendapat ialah tafsiran sesuatu fakta yang memberi makna
atau kepentingannya
10
Contoh Fakta:
Parasit ialah organisma yang menyesuaikan
cara hidupnya pada permukaan atau di dalam
organisma lain, iaitu perumah, yang biasanya
lebih besar daripadanya. Dalam keadaan-
keadaan tertentu hubungan antara parasit dan
perumah menguntungkan kedua-dua belah
pihak, dan keadaan ini disebut kesalingan.
Sebagai contoh ialah haiwan-haiwan protozoa
yang hidup dalam saluran pencernaan seperti
anai-anai atau lipas kayu.
11
Contoh Pendapat:
Kebanyakan orang mempunyai anggapan yang
salah tentang kekayaan. Mereka percaya
kekayaan adalah wang dan apa saja yang dapat
dimiliki dengan wang. Memang benar, wang
adalah penting dan baik tetapi wang tidak dapat
memberi apa yang diperlukan oleh rohani
manusia. Kekayaan rohani ialah kekayaan jiwa,
fikiran dan peribadi. Apabila kita memiliki
kekayaan rohani barulah kita mendapat rahmat
kehidupan iaitu ketenangan batin dan
kebahagian.
12
Membezakan Fakta dan Penafsiran
Fakta ialah sesuatu yang tidak boleh diubah-ubah, boleh
diuji benarnya dan boleh dibuktikan
Penafsiran ialah usaha untuk memberi makna terhadap
sesuatu.

Contoh:
Pernyataan kos menyelenggarakan kenderaan kita
selama 3 tahun yang lalu ialah Fakta.

Kos yang tinggi ini boleh ditafsirkan dengan berbagai-
bagai cara:
- Jumlah ini mungkin menggambarkan kereta tidak
dijaga dengan betul yang menyebabkan banyak
kerosakan atau kos barang ganti kereta tinggi atau
berlaku penipuan oleh mekanik.
13
Kemahiran Mentafsir Teks Yang Dibaca
Mentafsir adalah proses mental yang
berlaku bila kita membaca dan mentafsir
melibatkan kita:
Mengkaji bahan yang dibaca dan mereka
perkara-perkara yang dimaksudkan oleh
bahan tersebut
Membuat penafsiran kritis iaitu menyemak
semula kesahihan idea, kekuatan dan
kelemahan idea yang dikemukakan sebelum
membuat kesimpulan.
Membuat kritikan membina bagi
memperbaiki sesuatu idea yang
dikemukakan penulis.
14
Merumus Teks Yang Dibaca

Merumus teks berbeza dengan meringkas dari
aspek berikut:
Merumus Meringkas
1. Mengenal pasti isi utama
dan sampingan
2. Susunan teks boleh
diubah-ubah
3. Perlu penilaian kritis
terhadap bahan dibaca
dan kesimpulan
1. Menyenaraikan isi

2. Mengekalkan susunan
teks asal
3. Tidak perlu kesimpulan
15
samb
Merumus teks yang dibaca melibatkan aktiviti
menganalisis dan mensintesis serta penilaian teks yang
dibaca
Dalam penulisan akademik khususnya dalam bahagian
tinjauan literatur kemahiran membaca secara kritis
amat penting. Kemahiran ini perlu diperkembangkan dan
dimantapkan melalui latihan.
Pembaca yang baik dapat memilih strategi membaca
yang sesuai dengan tujuan membaca mereka
Langkah dalam penulisan tinjauan literatur melibatkan
membaca untuk menganalisis dan mensintesis.
Kedua-dua langkah perlu diambil untuk mengelakkan
plagiarisme
16
Contoh 1: (Seman 2005)
Kajian dan penulisan tentang interaksi lisan boleh
dibahagikan kepada dua kategori iaitu kajian yang
menyeluruh dan kajian tentang penggunaan struktur
interaksi lisan (Roselan Baki 2001). Kajian di barat pada
sekitar tahun 70-an, kebanyakannya memberi tumpuan
kepada proses pelaksanan, iaitu bagaimana guru
menggunakan struktur-struktur interaksi lisan dalam
pengajaran mereka dan bentuk interaksi lisan merupakan
hasil sampingan kajian sahaja (Flanders 1970; Sinclair &
Coulthard 1975, Mehan 1979). Penulisan dan kajian
tentang struktur interaksi lisan pada tahun 70-an dan 80-an
juga ditulis oleh ramai sarjana termasuklah Flanders
(1970), Gumperz dan Herasimchuk (1975), Wells (1981)
dan Rivers (1987).
17
Contoh 2: (Norliza 2007)
Dengan menggunakan strategi metakognitif seseorang
pelajar dapat mengawal proses berfikir secara kendiri dan
seterusnya menyumbang ke arah pembelajaran yang
berjaya. Pelajar juga berkeyakinan dan bermotivasi untuk
belajar (Ainon & Abdullah 1995; Baker & Brown 1984).
Pelajar yang menggunakan strategi metakognitif yang
canggih lebih berkemungkinan untuk menjalani perubahan
konsep apabila perubahan itu diperlukan (Wittrock 1999).
Mereka akan lebih berkeyakinan untuk melakukan tugasan
baru yang lebih mencabar (Borkowski et al. 2004).
Sementara itu, Fisher (1998) mencadangkan enam strategi
untuk pembelajaran yang berjaya iaitu menyoal,
merancang, memantau, menyemak, mengulang kaji dan
ujian kendiri.
18
Contoh 3: (Zawawi 2008)
Pelaksanaan kurikulum adalah apa sahaja yang
dilaksanakan oleh guru dan pelajar untuk
mencapai hasilan dalam persekitaran
pembelajaran yang kondusif (Mackay 1988).
Pelaksanaan kurikulum merupakan satu proses
(Fullan 1983) yang melibatkan penyertaan guru
dan pelajar secara berkesan dan bersifat
kompleks (Ornstein & Hunkin 1998). Sementara
itu, Berman dan Mc Laughlini (1977) berpendapat
bahawa guru dan pelajar yang terlibat dalam
pelaksanaan kurikulum di dalam bilik darjah
menempuhi tahap yang paling sukar kerana
proses ini melibatkan pembentukan dan
pengubahsuaian tingkah laku pelajar.