Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI (2014)


HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
TUTOR : EN AB MALEK

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN : PAHANG LEARNING CENTRE



ISI KANDUNGAN
Bil Isi kandungan Muka surat

1.

Pengenalan


2

2.
Konsep Bahasa Melayu selepas merdeka. 3
3. Laporan kajian lepas mengenai pendidikan dan
matlamat: BAHASA MELAYU DALAM SISTEM
PENDIDIKAN.
3.1 Laporan Kajian lepas yang telah ditulis oleh Nawi
Ismail, (Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 41,Bil 8, 8.Ogos
1997)
3.2 Kajian lepas yang telah dibuat oleh, Mior Khairul
Azrin bin Mior Jamaluddin, Pensyarah di Pusat
Pengajian Sains Kemasyarakatan USM (Universiti
Sains Malaysia)
3.3 Zulkifley. Ramli Md. Salleh & Rahim Aman.


6 - 10
4.

Pendapat tentang perkembangan bahasa melayu dalam
pencapaian matlamat pendidikan di Malaysia.
11 - 13

5. Rumusan 14
6. Rujukan 15

1.0 PENGENALAN
Perjuangan orang Melayu dalam memartabatkan identiti dan Bahasa Melayu tidak
boleh dipandang ringan. Atas kesedaran itu, mereka bertindak dengan memajukan
penggunaan Bahasa Melayu itu dan mengangkat martabatnya dalam masyarakat.
Beberapa golongan telah berusaha dalam memperjuangkan serta menjaga kedaulatan
Bahasa Melayu seiring dengan matlamat profesion masing-masing seperti yang telah
ditunjukkan oleh sejarah perkembangan Bahasa Melayu.
Para guru merupakan golongan yang paling kuat memperjuangkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar yang paling utama di negara kita. Mereka amat lantang
bersuara dan berani dalam menyuarakan pendapat. Mereka terdiri daripada golongan
masyarakat Melayu yang berpendidikan Arab dan sebahagiannya yang berpendidikan
Inggeris. Kedudukan mereka semakin utuh dengan adanya persatuan-persatuan guru
yang berperanan dalam mengangkat martabat Bahasa Melayu dan sokongan daripada
guru-guru lain turut menguatkan pendapat mereka bahawa betapa pentingnya
pengiktirafan perlu dilakukan terhadap keistimewaan Bahasa Melayu. Setelah sekian
lama mengharungi cabaran dan halangan, akhirnya Bahasa Bahasa Melayu dapat
diterima sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan yang paling utama di Tanah
Melayu.
Para pejuang bahasa mempunyai iltizam yang sangat tinggi demi meletakkan
Bahasa Melayu di tempat yang tinggi. Beberapa pendekatan yang berani dan kreatif,
sering diusahakan supaya Bahasa Melayu menjadi pemilik kepada semua orang
khasnya untuk orang Melayu dan penduduk di nusantara umumnya.
Walaupun begitu, pelbagai rintangan dan cabaran yang wujud sejak hampir enam
dekad ini dalam memartabatkan Bahasa Melayu, berjaya ditangani oleh para pejuang
bahasa. Penggunaan bahasa Melayu di kalangan penduduk di negara ini turut mula
menerima kesan hasil daripada proses globalisasi yang berlaku pada masa kini.

Pelbagai halangan yang dihadapi dalam usaha memartabatkan penggunaan Bahasa
Melayu. Cabaran tersebut meliputi di peringkat pendidikan iaitu bermula selepas
merdeka. Beberapa usaha perlu dilakukan dalam mencapai matlamat perjuangan
tersebut. Berikut adalah laporan yang disediakan mengenai perkembangan pendidikan
di negara kita.

2.0 KONSEP BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA
2.1 Perkembangan sistem pendidikan.
Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas era merdeka adalah bermula
bermula pada tahun 1963 hingga 1975. Perkembangan sistem pendidikan di
Malaysia selepas merdeka boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu tahap pertama
(1963-1965) , menekankan dari aspek perlaksanaan Akta Pelajaran 1961. Antara
pelaksanaan yang telah dilakukan adalah pemansuhan Peperiksaan Masuk Sekolah
Menengah(1964), penubuhan sistem Pendidikan Aneka Jurusan(1965) dan penubuhan
Pusat Latihan Daerah.
Tahap kedua (1966-1970), pelaksanaan yang dilakukan di bawah Rancangan
Malaysia Pertama yang digubal itu adalah untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan
sosial yang wujud pada masa itu. Antara usaha yang dilaksanakan dalam tempoh ini
adalah menubuhkan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, penyelarasan sistem
pendidikan menerusi Polisi Pendidikan Kebangsaan serta penubuhan Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
Tahap ketiga (1971-1975) pula, merupakan tempoh masa kepada
pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan-keperluan
perkembangan ekonomi serta menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang terlatih bagi
menggerakkan usaha ke arah perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Antara yang
ditekankan ialah fungsi pendidikan dalam perpaduan (Rancangan Malaysia Kedua),
penubuhan Rukun Negara dan Pusat Pengajian Sains.
Sepanjang tempoh masa ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun
Negara dan sasarannnya adalah seiring dengan pembangunan negara. Aspek yang
sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan prinsip-prinsip moral turut
ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Kepentingan
aspek ini amat ketara sekali apabila selalu diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran
yang diajar di sekolah-sekolah seperti dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik, Kajian
Tempatan dan Sejarah ke arah menghasilkan pelajar- pelajar yang tinggi moralnya,
akhlak dan etika.
Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada bulan
September 1974 adalah bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran
kebangsaan bagi:

Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk
kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk
memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari
segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan
bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan
masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
(Sumber: Education In Malaysia, 1980)





Berdasarkan Laporan Kabinet pada tahun 1979, bagi peringkat sekolah rendah iaitu
kurikulum, kemahiran adalah bertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar,
perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat. Selain itu,
ianya turut menolong pelajar yang lemah dengan kaedah pengajaran pemulihan yang
akan sentiasa dipertingkatkan dan mengadakan program pengayaan serta
mencadangkan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KSSR).
Banyak juga pelaksanaan yang akan dilakukan bagi peringkat sekolah menengah.
Antaranya pelaksanaan sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan
dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa. Di
samping itu, penekanan juga akan diberikan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan,
menubuhkan unit kaunseling di sekolah dan mencadangkan pelaksanaan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Pada tahun 1990-an, bermulanya sistem peperiksaan yang lebih tersusun iaitu dengan
memperkenalkan Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM). Seterusnya, beberapa akta telah digubal untuk memantapkan
sistem pendidikan di negara ini. Antaranya ialah :-
i. Akta Pelajaran 1995
ii. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995
iii. Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996
iv. Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej (Pindaan 1996)
v. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996
vi. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996

Kemajuan berterusan yang dicapai dalam sistem pendidikan di negara ini boleh
dilihat dengan penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia 1999,
Ujian Bahasa Inggeris (MUET), PSMI 2003, Sekolah Wawasan dan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006. Pelbagai program telah diwujudkan ke arah
perkembangan sistem pendidikan dan diharapkan berterusan pada masa-masa yang
akan datang. Pendaftaran para pelajar ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di
seluruh Malaysia telah meningkat saban tahun disebabkan kepentingan menuntut ilmu.
Perkara yang paling penting dititikberatkan bagi setiap negara yang sudah
mencapai kemerdekaan ialah menggerakkan usaha untuk menuju ke arah negara yang
maju dan membangun dalam aspek politik, ekonomi, mahupun sosial yang ditekankan
terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Di Malaysia, dasar pendidikan
berperanan penting dalam menentukan matlamat sistem pendidikan dan dikenali
sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan . Perkara ini jelas menunjukkan bahawa
perkembangan sistem pendidikan yang progresif akan menjadikan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama.
Zaman selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957
hinggalah tahun 1967. Melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa bahasa
kebangsaan ialah Bahasa Melayu dengan mengiktirafnya sebagai bahasa kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan mestilah
ditulis dalam apa jua tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang
oleh Parlimen.

3.0 LAPORAN KAJIAN LEPAS MENGENAI PENDIDIKAN DAN
MATALAMAT BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Banyak perubahan yang berlaku selepas negara mencapai kemerdekaan terutamanya
pada tahun 1980 an dalam sistem pendidikan di Malaysia. Berdasarkan laporan kajian
Jawatan Kuasa Kabinet, perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979) dan
Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dijalankankan pada semua
sekolah rendah seluruh negara mulai tahun 1983. Mengikut penekanan dalam
perancangan KBSR ini menumpukan terus kepada aspek penguasaan kemahiran asas
3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu, fokus kepada perkembangan
individu secara menyeluruh turut diberi keutamaan iaitu dari segi aspek jasmani, emosi,
rohani , intelek dan social (JERIS). Pada tahun 1989, Rancangan kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan, sebagai langkah memperkembangkan
potensi individu daripada aspek JERIS bagi menghasilkan pelajar yang berilmu,
berakhlak mulia serta berkemampuan memberi sumbangan kepada kemajuan,
kesejahteraan serta pembangunan negara umumnya.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British pada tahun 1957.
Unsur utama yang menjadi asas ke arah pembentukan sistem pendidikan Negara selepas
mencapai kemerdekaan ialah perpaduan. Antara tugas tersebut ialah menyatukan
semula rakyat yang berbilang kaum agar dapat membina sebuah Negara yang aman dan
makmur serta bebas daripada pergeseran antara kaum.
3.1 Laporan Rahman Talib
Sebuah jawatan kuasa Penyemak akta Pelajaran telah dibentuk pada tahun 1959
dan dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Ketua bagi Jawatan Kuasa ini ialah
Rahman Talib sendiri yang merupakan Menteri Pelajaran ketika itu. Matlamatnya
adalah untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah
dicadangkan oleh Laporan Razak pada tahun 1956.
Antara cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialah
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua sekolah
termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Manakala semua murid
diwajibkan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada semua peperiksaan awam
dan kertas peperiksaan mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu.
Antara cadangan Jawatankuasa ini ialah menyarankan agar bahasa kebangsaan
diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama
ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan
agar Bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya sebagai bahasa pengantar
utama pada semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan. Kementerian
Pelajaran juga telah mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa
kebangsaan menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus
Pengajian) Sekolah 1956. Seterusnyanya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu
dijadikan mata pelajaran wajib untuk memperolehi Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil
Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1963 semua mata kursus jurusan sastera di Tingkatan
Satu diajar dalam Bahasa Melayu dengan menjadikannya sebagai bahasa pengantar di
sekolah menengah. Pada tahun 1962, bermulanya dasar pendemokrasian pendidikan
dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar.
Semua pihak tidak boleh menyanggah tentang peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan juga kedudukannya yang tinggi dalam pendidikan.
Pengisytiharannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua urusan
pentadbiran tidak mengganggu gugat penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa
lain dalam urusan bukan rasmi. Pada dasarnya, pengiktirafan dan penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal selia oleh dasar bahasa kebangsaan. Dari
segi undang-undang, dasar ini telah termaktub melalui perlembagaan dan Akta Pada 7
Mac 1957. Pada masa itu, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat
suara meluluskan Penyata Razak.
Penyata ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional
bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan dapat diterima oleh seluruh rakyat
di samping memenuhi kehendak apa jua urusan mereka. Juga, ia dapat menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa yang bermatlamat
untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan pada
masa yang sama berkeupayaan memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-
orang bukan Melayu yang menetap di negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957,
2008). Undang-undang Pelajaran 1957 yang telah diwartakan, dibacakan bagi kali
yang ketiga adalah digubal berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Pada
dasarnya, laporan jawatankuasa ini telah diluluskan semasa pembentangan dalam
perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956. Berikut, disertakan
beberapa hasil kajian lepas yang telah dibuat oleh beberapa orang pengkaji bagi
mengukuhkan lagi kenyataan mengenai matlamat Bahasa Melayu dalam pendidikan.
3.2 Laporan Nawi Ismail, (Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 41,Bil 8, 8.Ogos 1997)
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, beliau berpendapat yang bahawa
matlamat utama pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk memberikan penghargaan
dan kebanggaan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara. Seterusnya, Bahasa Melayu berkeupayaan menjadi wahana dalam
menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan. Ini dibuktikan dengan pelbagai inisiatif
dari pihak kerajaan yang mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu pada semua sekolah
dan institusi pengajian tinggi. Sememangnya kemampuan Bahasa Melayu di bidang
pendidikan terserlah dalam menyampaikan ilmu yang meliputi pelbagai bidang.
Sejak dari dulu lagi, Bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pengantar di
sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Kejayaannya boleh dilihat dengan
penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu
sepenuhnya sebagai bahasa penghantar ilmu pengetahuan. Keadaan ini berterusan
hingga universiti tersebut mampu melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima
pendidikan dalam Bahasa Melayu. Keunggulannya dibuktikan dengan ratusan tesis
dapat dihasilkan pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa
Melayu. Juga, penyertaan dari ratusan profesor yang telah menyampaikan syarahan
perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu. Kejayaan ini membuktikan
bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu dan wahana ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang.
3.3 Laporan Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin, Pensyarah di Pusat
Pengajian Sains Kemasyarakatan USM (Universiti Sains Malaysia), Pulau
Pinang, Malaysia:
Melalui sistem pendidikan, sekolah merupakan elemen terpenting bagi
sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah pembangunan masyarakat dari segi
ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berfungsi untuk
memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran
untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan
negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum
demi mencapai perpaduan. Malaysia terkenal dengan pelbagai masyarakat majmuk
yang berbilang kaum, agama dan amalan adat resam yang unik. Menurut pandangan
beliau, matlamat kerajaan untuk melaksanaan sistem pendidikan melalui penggunaan
bahasa melayu berjaya dijalankan mengikut kehendak dan keperluan serta kesesuaian
masyarakat Malaysia.

3.4 Laporan Zulkifley. Ramli Md. Salleh & Rahim Aman, 2007, dalam kajiannya
bertajuk: Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam sistem
pendidikan kebangsaan.
Bahasa Melayu hingga kini tetap berfungsi sebagai bahasa ilmu kerana
kesediaan pengamalnya untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu dari
peringkat akar umbi hinggalah ke menara gading. Kemampuan Bahasa Melayu juga
terbukti dengan keupayaannya menjadi medium menyampaikan ilmu pengetahuan
moden. Iaitu ia berperanan sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras
bahasa untuk membahaskan pelbagai hal baharu yang mencakupi aneka bidang ilmu
terkini.


Selain itu, Bahasa Melayu kaya dengan perbendaharaan kata, istilah dan bahasa
yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak.
Ia juga mempunyai ciri-ciri keilmiahan iaitu berkemampuan menyampaikan buah
fikiran dan hujah dengan tepat serta berkesan secara mudah bagi penggunaan laras
bahas yang saintifik. Keintelektualan bahasa dapat dicapai menerusi perkembangan
perbendaharaan kata. Kesempurnaan bahasa Melayu juga terbukti dengan adanya ciri-
ciri kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan bahasanya
sebagai medium penyebaran ilmu.
Beberapa langkah yang drastik harus disegerakan dalam memartabatkan fungsi
bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Antaranya ialah pelaksanaan Dasar Bahasa
Kebangsaan yang lebih tegas agar nilai ekonomi Bahasa Melayu akan lebih terjamin.
Intitusi Pengajian Tinggi Swasta mesti menyediakan satu rancangan rasmi yang
mengetengahkan usahanya untuk meMalaysiakan Institusi berkenaan sebelum
pengiktirafan sesebuah Intitusi Pengajian Tinggi Swasta dijalankan. Di samping itu,
kerajaan mesti memperbaiki mutu kaedah pengajaran Bahasa Inggeris daripada
menerapkan terus Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan
Matematik. Kerajaan juga perlu menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat
dengan negara Indonesia dan Brunei untuk memperkembangkan Bahasa Melayu, serta
beberapa langkah lain yang efektif yang boleh digagaskan secara bersepadu. (Zainal
Abidin Abdul Wahid, 2002).
4.0 PENDAPAT TENTANG PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DALAM
PENCAPAIAN MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
Pada pandangan saya, perkembangan pendidikan di Malaysia banyak mengalami
perubahan iaitu sejak zaman penjajahan hingga selepas kemerdekaan. Keadaan ini
sejajar dengan perkembangan dasar-dasar negara yang sentiasa diberi perhatian oleh
pihak kerajaan agar memenuhi keperluan rakyat. Ini untuk memastikan agar segala
keperluan masyarakat terbela dan tidak terbelakang berbanding dengan nasib bangsa-
bangsa lain. Perubahan yang besar dalam sektor pendidikan menjadi isu penting
dalam mengukuhkan perpaduan antara rakyat kepada yang situasi lebih baik kerana
pendidikan mempunyai kuasa paling besar ke arah pembentukan masyarakat.
Banyak cabaran dan halangan yang ditempuhi oleh Bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan negara sejak 47 lalu selepas kemerdekaan. Contohnya penggunaannya
dalam pencetusan teknologi maklumat. Iaitu bahasa yang sering digunakan dalam ICT
ialah Bahasa Inggeris berbanding dengan Bahasa Melayu, persaingan Bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris dan cabaran peranan yang digalas oleh Bahasa Melayu dalam
era globalisasi menjelang abad ke-21 dan lain-lain lagi. Hasil daripada proses
asimilasi terhadap bahasa, Bahasa Melayu turut menerima kesan negatifnya seperti
ragam dan gaya penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan Bahasa
Melayu dengan Bahasa Inggeris, penggunaan kata-kata asing secara sewenang-
wenangnya, dan sebagainya. (Farid M.Onn, 1992) dan kalimat yang tidak gramatis.
Juga, keadaan ini diakibatkan oleh penggunaan bahasa rojak dalam Sistem Maklumat
Ringkas (SMS) menyebabkan perkataan yang dipendekkan menjadi tidak tepat
ejaannya. Misalnya dengan-dgn, tetapi-ttp, saya-sy dan sebagainya. Kecelaruan
penggunaan perkataan tersebut mengakibatkan Bahasa Melayu tidak lagi dipandang
tinggi oleh penuturnya.
Sejajar dengan pengiktirafan yang diterima iaitu Bahasa Melayu sebagai
sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara Malaysia, pada awalnya
mempunyai sejarahnya yang tersendiri, alat komunikasi rakyat dan berkuasa autonomi
dalam kelompok masyarakatnya. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah
berkembang dengan pesatnya selaras dengan kepesatan pembangunan negara
khususnya dalam bidang pendidikan. Kepentingannnya sebagai bahasa pengantar
utama dalam sistem pendidikan negara dapat dikekalkankan dan dipertingkatkan
berdasarkan pelbagai akta dan laporan bermula daripada Penyata Razak (1959),
Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan
(1963 serta pindaan 1967) dan (1990), Laporan Jawatan Kuasa Kabinet Mengkaji
Dasar Pelajaran (1979), dan Akta Pendidikan (1966). (Zainal Abidin Abdul
Wahid, 2002).
Di negara kita, menerusi bidang pendidikan Bahasa Melayu berupaya
menangani segala halangan untuk dicanangkan sebagai bahasa yang dapat diterima dan
digunakan dalam era globalisasi. Namun begitu, sebelum bahasa Melayu berupaya
dicanngkan sebagai bahasa yang diterima dan dipraktik oleh masyarakat maka,
pelaksanaan Aspirasi Bahasa Melayu mestilah bermula di peringkat ASEAN terlebih
dahulu. Bagi mencapai kehendak dan tujuan ini, pelbagai ikhtiar ke arah
menglobalisasikan Bahasa Melayu perlu dipertingkatkan lagi. Pada waktu inilah, masa
yang paling tepat kerana seluruh dunia sedang diambang gelombang menjelang abad
ke-21. Alaf baru adalah masa bermulanya kebangkitan Bahasa Melayu dalam
mengharungi globalisasi dan modenisasi.
Atas rasa tanggungjawab kita bagi memartabatkan fungsi Bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan, beberapa langkah yang agresif harus dilakukan dengan segera. Misalnya
pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan haruslah lebih tegas dilaksanakan agar nilai
ekonomi Bahasa Melayu akan lebih terpelihara. Di samping itu, Intitusi Pengajian
Tinggi Swasta harus menyediakan satu rancangan rasmi yang mengambarkan
usahanya untuk meMalaysiakan Institusi tersebut sebelum pengiktirafan sesebuah
Intitusi Pengajian Tinggi Swasta dijalankan. Seterusnya, kerajaan mestilah
memperbaiki mutu kaedah pengajaran Bahasa Inggeris daripada menerapkan terus
Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dengan
sewenang-wenangnya. Kerajaan juga perlu menjalinkan hubungan kerjasama yang
lebih rapat dengan negara dari kelompok rumpun bahasa yang sama seperti Brunei dan
Indonesia bagi memperkembangkan lagi Bahasa Melayu, serta beberapa usaha lain
dalam gagasan yang berkesan secara bersepadu.(Zainal Abidin Abdul Wahid, 2002).
Dalam pendidikan, pelbagai aspek nilai murni amat ditekankan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Ini kerana dalam membentuk sebuah
masyarakat majmuk, nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam diri setiap individu.
Namun begitu, sungguhpun banyak perubahan yang telah dijalankan, banyak
kelemahan masih lagi timbul dan perlu diambil tindakan yang lebih drastik oleh pihak
kerajaan untuk menanganinya dengan kadar yang segerasegera. Situasi yang wujud ini
seolah-olah menjadi barah yang akan merebak hingga menjadi semakin teruk.
Dikhuatiri nanti boleh mengakibatkan pergolakan dalam masyarakat. Masalah-masalah
yang melibatkan isu-isu antara kaum perlu ditangani dengan cepat, bukan dibiarkan
begitu sahaja. Oleh yang demikian, bagi mencapai matlamat perpaduan negara yang
teguh, segenap masyarakat haruslah menggemblengkan tenaga, selaras dengan usaha
murni kerajaan menerusi pelbagai rancangan baru dan dasar-dasar kerajaan. Kualiti
pendidikan yang tersusun dan sempurna serta hubungan masyarakat yang aman dan
harmonis menjadi pemangkin kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara
makmur dan maju, seterusnya dapat memenuhi aspirasi negara iaitu menjadikan
Malaysia sebuah negara yang maju pada abad ke-21 serta merealisasikan Wawasan
2020.



KESIMPULAN
Pada zaman kini, isu pergolakan bahasa yang sedang berlaku dan
kebanyakannya tertanya-tanya akan kedudukan Bahasa Melayu pada masa akan
datang. Sebenarnya, persoalan utamanya ialah mengenai fungsi Bahasa Melayu pada
abad ke-21 kerana zaman itu ialah abad kemajuan sains dan teknologi, abad kejayaan
teknologi maklumat dan abad Globalisasi. Sejak dahulu lagi Bahasa Melayu telah lama
berperanan sebagai bahasa lingua-franca. Ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu
sudah mampu memainkan peranannya sebelum zaman kemajuan dan pemodenan lagi.
Maka dengan itu, adalah tidak mungkin sekiranya kemampuan dan kewibawaan
Bahasa Melayu dan kemajuannya dibimbingi dalam zaman Globalisasi ini.
Fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap
bertahan sungguhpun tidak dinafikan bahawa, Bahasa Inggeris turut sama berperanan
sebagai bahasa untuk menimba ilmu di negara ini. Situasi ini tidak bertentangan
kerana sudah menjadi matlamat dasar pendidikan negara untuk melahirkan pelajar
yang bersifat dwibahasa. Contohnya, seorang guru yang bertugas di luar bandar, lebih
mudah mengajar anak muridnya dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris
kerana budaya orang-orang kampung yang lebih selesa bertutur dalam Bahasa Melayu.
Namun begitu, penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan tidak boleh terus
dipinggirkan.
Akhir sekali, dapatlah diterangkan bahawa bahasa Melayu tetap berperanan
sebagai bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. Walaupun begitu, kejayaan Bahasa
Melayu dalam tugas ini amat bergantung kepada faktor kesediaan pengamal Bahasa
Melayu itu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu. Sekiranya tiada
lagi kebanggaan kita terhadap Bahasa Melayu, dikhuatiri kelak peranan Bahasa
Melayu akan mulai merosot disebabkan kemegahan kita menggunakan Bahasa
Inggeris yang dikatakan bahasa yang lebih kelas berbanding dengan Bahasa Melayu.

Walau apa pun jua cabaran yang dihadapi, orang Melayu tetap kekal optimistik
sifatnya. Ini dibuktikan dengan kejayaan Bahasa Melayu dalam tempoh masa 30 tahun
yang lalu menjadi petunjuk kepada harapan bahawa kecemerlangan Bahasa Melayu
untuk bertahan sebagai bahasa ilmu adalah amat baik sekali.






Rujukan:
Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong,
Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.
Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As
Noordeen.
Nawi Ismail ( 1997). Jurnal Dewan Bahasa, 41 Bil 8, Matlamat Pendidikan Bahasa
Melayu.
Abd Ghani Awang (1996). Usaha bersepadu Bagi Menggalakkan Penggunaan Bahasa
Kebangsaan, Pelita Bahasa 8:9 September, halaman10-11.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.

Anda mungkin juga menyukai