Anda di halaman 1dari 45

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013

CSL2013

PEMAHAMAN KOMSAS SPM 2013
SOALAN 2(b) : CERPEN / DRAMA

1 IBU DAN CEPER (T4)

1. Pada pendapat anda, wajarkah ibu aku menjerit dan memarahi bapa aku?
Berikan tiga alasan anda.
o ya / wajar
o bapa aku tidak mengendahkan masalah besar yang menimpa tanaman padi mereka
o bapa aku tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga
o bapa aku lebih mengutamakan hobinya berdenak ketitir daripada menyelesaikan
masalah tanaman padi yang ditenggelami air

2. Sebagai seorang anak, jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan
hati seorang ibu yang berhadapan dengan situasi seperti yang digambarkan dalam petikan
cerpen di atas.
o berjaya dalam pelajaran
o memujuk ibu supaya bersabar menghadapi ujian Tuhan
o patuh kepada arahan dan nasihatnya
o membantunya ketika ada masa lapanh
o tidak mengabaikan ibu ketika usia tuanya

3. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan sungai
dapat mengekalkan fungsinya?
o setiap rakyat perlu bersama-sama menjaga kebersihan air sungai sebagai sumber air
pertanian dan tempat tinggal habitat ikan
o kempen `Sayangi Sungai Kita` hendaklah diteruskan sehingga masyarakat sedar akan
kepentingan sungai dalam kehidupan manusia
o pihak berkuasa hendaklah menjadikan sungai sebagai tempat riadah dengan
menyediakan kemudahan yang perlu

4. Pada pendapat anda, apakah keistimewaan yang ada pada ibu dibandingkan dengan Sungai
Ceper yang "memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas
dari busurnya?
o Keistimewaan ibu sangat istimewa kerana tulang empat kerat ibu bertenaga.
o Ibu sentiasa cergas dan cekap melakukan kerja-kerja seperti mengejar burung apabila
padi menguning dan menuai padi.
o Ibu juga pandai menganyam tikar mengkuang serta bergaul dengan masyarakat
semasa kenduri ataupun ada kematian.

5. Pada pendapat anda, mengapakah golongan petani sering dikaitkan dengan kemiskinan?
Berikan tiga pendapat.
o Kebanyakan petani mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan
o Menggunakan alatan tradisional untuk bercucuk tanam
o Ancaman musuh tanaman dan faktor alam sekitar selalu menjejaskan pendapatan
petani

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

6. Sekiranya rumah jiran anda dinaiki air, apakah usaha anda untuk membantu jiran anda itu?
Nyatakan tiga usaha anda.
o Menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan perkara itu
o Membantu jiran saya berpindah ke pusat pemindahan
o Memberikan bantuan sama ada makanan atau pakaian mengikut kemampuan

7. Pada pendapat anda, apakah kepentingan sungai kepada kehidupan manusia? Nyatakan
tiga kepentingannya.
o Sungai membekalkan sumber protein
o Sungai membekalkan sumber bekalan air untuk kegunaan manusia
o Sungai menjadi jalan pengangkutan, khususnya di kawasan pedalaman

8. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seseorang anak membalas jasa ibu bapanya?
Kemukakan tiga cadangan anda.
o Sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup ibu bapa
o Selalu menziarahi ibu bapa bagi anak yang tinggal berjauhan
o Menjaga ibu bapa apabila ibu bapa tua

9. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan unutk memastikan sungai
dapat mengekalkan fungsinya?
o Setiap rakyat perlu bersama-sama menjaga kebersihan air sungai sebagai sumber air
pertanina dan tempat tinggal habitat ikan
o Kempen Sayangi Sungai Kita hendaaklah diteruskan sehingga masyarakat sedar
akan kepentingan sungai dalam kehidupan manusia
o Pihak berkuasa hendaklah berusaha menjadikan sungai sebagai tempat riadah, dengan
menyediakan kemudahan yang perlu, yang menyebabkan masyarakat berusaha untuk
menjaganya

10. Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak pada zaman sekarang menghantar ibu
bapa mereka yang sudah tua ke rumah kebajikan?
o Mereka tidak mempunyai masa untuk menjaga ibu bapa mereka
o Mereka malu untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua
o Mereka beranggapan menjaga ibu bapa akan membebankan mereka
o Mereka beranggapan ibu bapa mereka akan dijaga dengan lebih baik di rumah
kebajikan

11. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat hari ini kurang menghargai sungai?
Nyatakan tiga sebab.
o Masyarakat kurang mempunyai kesedaran tentang kepentingan sungai
o Masyarakat mengambil jalan mudah dengan membuang kotoran dan sisa industri ke
dalam sungai
o Tiada penguatkuasaan undang-undang yang tegas

12. Penulis menyatakan bahawa dia amat mencintai ibu. Bagaimanakah sewajarnya
beliau menunjukkan rasa kecintaan itu?
o Membantu ibu bekerja di rumah seperti mengemas rumah untuk emlegakan hatinya
o Membantu ibu di sawah untuk meringankan tugasnya
o Menyediakan makanan atau minuman untuk ibu semasa bekerja di sawah bagi
memberikan semangat kepadanya
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013


2. DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG (T5)

1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan untuk memastikan remaja
tidak terpengaruh dengan gejala negatif yang datangnya dari negara Barat?
o kerajaan hendaklah mengawal kemasukan media Barat yang banyak memaparkan
unsur negatif
o ibu bapa hendaklah selalu menegur pelakuan anak, terutama fesyen pakaian anak-
anak
o guru hendaklah menekankan nilai barat yang boleh dicontohi dan yang perlu dihindari

2. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Man boleh mengeluarkan idea yang bernas
sedangkan dia hanyalah nelayan biasa?
o kerana hasil pergaulan dengan masyarakat kampung yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang kerjaya dan pendidikan
o Pak Man suka berfikir mengenangkan nasib nelayan yang tidak berubah walaupun
bekerja keras untuk meningkatkan pendapatan
o ramai anaknya sudah berjaya dalam pelajaran dan hidup, dan hasil perbincangan
dengan anak-anaknyalah pengetahuannya semakin luas

3. Wajarkah kakak dan abang Sani tidak pulang apabila keluarga mereka ditimpa musibah?
Berikan tiga alasan anda.
o tidak wajar
o bapa mereka bertarung nyawa mencari rezeki di lautan
o emak mereka bersusah payah membesarkan mereka
o menjadi tanggungjawab anak menjenguk keluarga apabila ditimpa musibah

4. Pada pendapat anda, wajarkah Shahrul meneruskan niatnya untuk pulang bekerja di
Kuala Lumpur ketika keluarganya berada dalam
musibah?
o Tidak wajar
o Ayahnya yang hilang di laut belum lagi ditemui
o Peristiwa kehilangan ayah kandungnya di laut bukanlah perkara yang boleh dibuat
main-main
o Sebagai seorang anak, Shahrul sepatutnya banyak memberi perangsang/semangat
kepada ibunya
o Shahrul tidak sepatutnya membebani ibunya dengan masalah baharu

5. Pada pendapat anda, apakah bentuk-bentuk bantuan yang sewajarnya dihulurkan kepada
mangsa-mangsa bencana alam seperti
banjir dan tsunami? Nyatakan tiga bentuk bantuan itu.
o Bantuan makanan seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya
o Bantuan pakaian kerana pakaian basah, kotor, hilang
o Bantuan ubat-ubatan dan alat kebersihan diri
o Bantuan kewangan untuk pembelian barang-barang keperluan yang rosak
o Bantuan sokongan psikologi/motivasi untuk memulihkan mangsa daripada trauma
sebagai akibat kesan bencana alam tersebut

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

6. Sebagai seorang anak, nyatakan tiga cara untuk membalas jasa ibu bapa.
o Saya akan menggembirakan hati ibu bapa saya
o Saya akan sentiasa menyayangi mereka
o Saya akan menjaga mereka semasa mereka tua nanti

7. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu masih sanggup menjadi nelayan
walaupun mengetahui malapetaka yang bakal
menimpa apabila berada di tengah-tengah laut?
o Kerana pekerjaan tersebut telah dilakukan sejak remaja, jadi sudah sebati dengan jiwa
mereka
o Golongan ini tiada kemahiran lain untuk bertukar bidang kerja
o Mereka yakin hidup dan mati telah ditentukan Allah, jadi masalah tempat bekerja
bukan menjadi halangan untuk terus mencari rezeki

8. Sekiranya anda sebagai anak Jimah, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda lakukan
untuk membahagiakan ibu bapa anda itu.
o Selalu menziarahi mereka di kampung
o Memberikan bantuan dari segi kewangan dan keperluan lain yang diperlukan oleh
mereka
o Membawa mereka ke rumah saya atau melancong ke tempat lain untuk
menggembirakan hati mereka

9. Sebagai pelajar, jelaskan tiga perkara yang dipertimbangkan untuk memenuhi keperluan
dan keinginan anda dalam kehidupan
seharian.
o Saya akan mengambil kira kemampuan diri.
o Sebagai contoh, saya membeli pakaian sekolah mengikut kemampuan dan bukan
keinginan untuk memiliki pakaian yang cantik dan berjenama
o Saya juga akan memenuhi keperluan dan keinginan saya berdasarkan kesan yang akan
saya terima
o Sebagai contoh, saya akan membahagikan masa untuk bermain atau menonton
televisyen dengan masa untuk belajar di rumah agar tidak terlalu membuang masa
o Saya juga akan memenuhi keperluan dan keinginan saya berdasarkan peraturan dan
undang-undang
o Sebagai contoh, saya akan memastikan pilihan dan tindakan saya itu tidak menyalahi
peraturan dan undang-undang negara

10. Punca yang menyebabkan berlakunya penggangguran dalam kalangan siswazah di
negara ini.
o Sikap memilih pekerjaan
o Berlaku lambakan siswazah dalam satu-satu jurusan pengajian di pasaran
o Banyak syarikat swasta mengutamakan pekerja yang berkemahiran dan sudah
berpengalaman bekerja
o Saingan daripada pekerja asing/upah tenaga kerja asing lebih rendah.




Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

3. CERPEN ISRAK (T4)

1. Kita selalu diingatkan bahawa malang itu tidak berbau.
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang patut kita lakukan untuk mengelakkan
daripada menerima nasib seperti Israk?
o mandi di kawasan cetek dan diakui tidak berbahaya
o mandi perlu berteman agar rakan dapat menolong kita jika kita lemas
o perlu mempunyai kemahiran berenang sebagai persiapan diri menghadapi sebarang
kemungkinan

2. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menyesuaikan diri ketika berada
di tempat orang?
o bercakap dengan lemah lembut dan bersopan santun
o berusaha memahami adat dan budaya di tempat tersebut
o menghormati orang yang lebih tua daripada kita

3. Sekiranya anda ialah mahasiswa dalam bidang pertanian, jelaskan usaha-usaha yang akan
anda lakukan untuk memajukan bidang
pertanian di kampung.
Berikan tiga cadangan anda.
o Bantuan nasihat agar petani dapat meningkatkan pengeluaran hasil pertanian
o Menggunakan teknologi terkini untuk memajukan bidang pertanian
o Mengurus pinjaman modal melalui bank

4. Pada pendapat anda, apakah langkah yang dapat dilakukan agar Israk berusaha untuk
menyesuaikan diri di rumah Wah?
o Pada peringkat awal Israk hendaklah diberi penjelasan berkaitan cara hidup dan
makanan penduduk kampung
o Mikraj perlulah bijak memujuk agar hati Israk lembut dan menurut katanya
o Mikraj seharusnya menasihati Israk agar bersopan santun dengan orang yang lebih tua
kerana itu adalah adat orang timur

5. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan
orang tua kita, selain melawati mereka? Berikan tiga tindakan.
o Menjaga kebajikannya dan membawa orang tua bersiar-siar
o Menjaga hati mereka
o Cuba memenuhi permintaan mereka

6. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang memungkinkan sesebuah kampung itu
mundur? Berikan tiga faktor.
o Letaknya jauh dari bandar
o Tiada kemudahan asas, terutama jalan raya
o Tiada sebarang hasil yang menguntungkan

7. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara melayan orang tua seperti Wah?
o Melayan beliau dengan penuh kasih dan sayang
o Membantu beliau dalam melakukan sesuatu kerja
o Melakukan sesuatu yang dapat menggembirakan hatinya
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

o Menghulurkan duit supaya beliau tidak terbeban untuk membuat kerja

8. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara terbaik untuk mendidik seseorang itu
menghormati orang tua? Kemukakan tiga cadangan anda.
o Ibu bapa memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak supaya anaknya itu
sedar akan kepentingan menghormati golongan tua
o Kempen kesedaran tentang kepentingan menghormati golongan tua digiatkan
o Sambutan Hari Warga Tua diadakan secara besar-besaran supaya masyarakat
menghormati golongan tua

9. Pada pendapat anda, mengapakah sesekali kita perlu menziarahi keluarga kita y ang
berada di kampung?
o Untuk mengeratkan tali silaturahim
o Kita belajar memahami masalah yang dihadapi oleh orang lain agar kita lebih
bersyukur akan nasib baik yang kita lalui
o Kita boleh memanfaatkan pengalaman tesebut unutk digunakan dalam pembelajaran
di kelas atau kehidupan kita seharian

10. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan
mata pelajaran Sastera di sekolah?
o Memperkenalkan mata pelajaran ini di peringkat sekolah rendah
o Membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran ini untuk menarik minat para pelajar
mempelajarinya
o Mewajibkan semua pelajar mempelajari mata pelajaran ini

11. Andaikan diri kamu Mikraj, nyatakan tiga kesan sekiranya kamu berbalah dengan
Israk.
o Keluarga akan berpecah-belah
o Menjatuhkan nama baik dan imej keluarga
o Memutuskan ikatan silaturahim
o Menjejaskan kesihatan dan emosi Wah


4. CERPEN BIARKAN SAMUDERA (T4)

1. Jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk membela nasib kaum nelayan.
o memberikan bantuan peralatan dan perkakasan perikanan
o mewujudkan perkampungan nelayan yang bersih, selesa, dan lengkap dengan
kemudahan-kemudahan asas
o menubuhkan koperasi nelayan

2. Sekiranya anda ialah Hakimah, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk
memulihkan semanngat Mir?
o mengajak dia melancong
o selalu menemaninya berbual
o mengajak dia balik kampung untuk bertemu dengan keluarga
o membawanya berjumpa dengan pakar

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

3. Jika anda daripada keluarga kurang berada, apakah yang akan anda lakukan jika
berhadapan dengan rakan-rakan daripada anak orang berada?
o saya tetap mengutamakan sikap berbudi bahasa kerana masyarakat menghargai sikap
budi bahasa
o bersaing dengan rakan itu daripada aspek kecemerlangan dalam akademik supaya
rakan lebih menghormati saya
o mencungkil rahsia kejayaan keluarga rakan saya itu untuk dijadikan motivasi

4. Pada pendapat anda, adakah tindakan Hakimah yang selalu mendampingi Amirah itu
betul? Berikan alasan anda.
o Tindakan Hakimah itu betul dan memberikan faedah kepada Amirah
o Kerana sekurang-kurangnya Amirah ada tempat untuk mengadu masalahnya atau
berbual-bual
o Puan Kaunselor telah mengklasifikasikan kes Amirah sebagai pneyakit skizofrenia
awal yang bosan untuk hidup
o Jikalau Hakimah membiarkan Amirah keseorangan dan menurut perasaan kecewanya,
tidak mustahil Amirah akan membunuh diri

5. Jika anda sahabat baik Mir, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk
menggembirakan sahabat anda itu? Nyatakan tiga tindakan.
o Saya akan mengajaknya bersiar-siar untuk menenangkan fikiran
o Saya juga akan menasihatnya agar bersabar menghadapi cabaran
o Saya akan selalu menemaninya agar dia tidak keseorangan

6. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat berbakti kepada
samudera? Kemukakan tiga cara anda berbakti kepada samudera.
o Saya akan berbakti kepada samudera dengan cara menulis makalah tentang keburukan
mencemari samudera
o Saya juga akan menyokong dan menyertai aktiviti membersihakn samudera
o Saya akan membantah pembangunan yang boleh menjejaskan keaslian samudera

7. Pada pendapat anda, apakah perbuatan manusia yang boleh mencemari laut dan
hidupannya?
o Membuang sampah sarap ke laut
o Mengambil batu karang
o Membuang sisa toksik dan minyak ke laut
o Menyalurkan air kumbahan ke laut
o Menambak laut untuk membangunkan sesuatu projek

8. Sekiranya anda Hakimah, apakah tindakan yang anda ambil untuk membantu Mir
mengatasi tekanan perasaan yang dialaminya? Kemukakan tiga cadangan anda.
o Meminta Mir meluahkan masalahnya untuk mendapatkan pandangan
o Membawa Mir berjumpa dengan kaunselor di kolej
o Membawa Mir melancong ke tempat-tempat yang menarik

9. Jika anda daripada keluarga kurang berada, apakah yang akan anda lakukan jika
berhadapan dengan rakan-rakan daripada anak orang berada?
o Saya tetap mengutamakan sikap berbudi bahasa kerana masyarakat menghargai sikap
budi bahasa
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

o Saya berlawan dengan rakan saya itu daripada aspek kecemerlangan dalam
akademik supaya rakan saya itu lebih menghormati saya
o Saya mengorek rahsia akan kejayaan keluarga rakan saya itu unutk dijadikan motivasi


10. Sekiranya anda ialah Hakimah, mengapakah anda bersungguh-sungguh mahu
membantu Mir? Berikan tiga sebab anda mahu membantu Mir.
o Hakimah sangat kasihan akan diri Mir
o Mir ialah sahabat rapat Hakimah
o Hakimah telah dididik menjadi orang yang berbudi oleh ibunya

11. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri sahabat yang baik?
o Menegur kesilapan yang dilakukan oleh rakannya
o Bersama-sama dengan rakannya semawsa senang dan susah
o Tidak memburuk-burukkan nama rakannya di hadapan orang laiin
o Sentiasa mengajak rakannya melakkukan perkara y ang berfaedah


5. CERPEN MELLISA (T4)

1. Sekiranya anda berada dalam keadaan Jamilah, nyatakan tindakan-tindakan yang patut
anda ambil.
o memohon bantuan pihak keselamatan
o berlindung di balai polis atau di kem tentera
o berdoa kepada Tuhan agar diberikan suasana segera aman

2. Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut kita lakukan untuk memastikan rusuhan
kaum tidak berlaku lagi?
o kita perlu bersikap baik dan berkawan dengan rakan daripada pelbagai kaum
o kita jangan sesekali terpengaruh atau menimbulkan isu sensitif yang menyinggung
perasaan kaum lain
o kita bersama-sama membantu kerajaan mengekalkan keamanan tanpa ada perasaan
prejudis terhadap kaum lain

3. Jelaskan kesan polarisasi perkauman yang digambarkan dalam petikan tersebut.
o Kesan polarisasi perkauman menyebabkan pengenalan kaum semakin jelas
o Hal ini terbukti apabila Inggeris menjalankan dasar devide et empera, setiap kaum
akan mementingkan kaum masing-masing
o Contohnya, kaum baba peranakan yang mempunyai identiti sendiri dan sudah
berasimilasi dengan masyarakat setempat, telah berubah secara mendadak
o Kalau dahulu gadis mereka memakai baju panjang dan jaket dalam serta berkainarung
dan bersanggul siput, tetapi sekarang tidak lagi
o Apabila mereka berpakaian begitu, mereka kelihatan seperti orang Melayu dan
identiti tersebut tidak melambangkan identiti kaum



Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

4. Rusuhan kaum mendatangkan berbagai-bagai masalah kepada rakyat dan negara.
Nyatakan tiga masalah.
o Menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat
o Membantutkan usaha kerajaan untuk membangunkan negara
o Imej negara juga akan terjejas

5. Sekiranya anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui
Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda.
o Tidak akan mencari perempuan lain kerana
o Mellisa memang mencintai saya dan saya juga demikian
o Mellisa meninggalkan saya semata-mata untuk kepentingan negara
o Saya tidak mahu dianggap sebagai orang yang mementingkan diri sendiri

6. Pada pendapat anda, mengapakah dia merasakan cintanya kepada Hisyam adalah cinta
yang benar? Berikan tiga alasan anda.
o Hisyam terlalu menyayanginya
o Hisyam tidak pernah melukai hatinya
o Hisyam terlalu baik orangnya
o Hisyam tidak pernah melepaskannya

7. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk daripada peristiwa rusuhan kaum terhadap
negara kita? Nyatakan tiga kesan.
o Banyak nyawa terkorban
o Keadaan politik menjadi tidak stabil kerana rakyat bersengketa
o Aktiviti ekonomi lumpuh kerana urus niaga tidak dapat dijalankan dengan lancar

8. Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut kita lakukan untuk memastikan rusuhan
kaum tidak berlaku lagi?
o Kita perlu bersikap baik dan berkawan dengan rakan daripada pelbagai kaum
o Kita jangan sesekali terpengaruh atau menimbulkan isu sensitif yang menyinggung
perasaan kaum lain
o Kita bersama-sama membantu kerajaan mengekalkan keamanan tanpa ada perasaan
prejudis terhadap kaum lain

9. Pada pendapat anda, siapakah penjajah yang dimaksudkan pengarang dan mengapakah
penjajah itu mengamalkan sistem devide ae empera (pecah dan perintah)?
o Penjajah yang dimaksudkan pengarang ialah Inggeris
o Kerana hendak memastikan rakyat yang dijajah mereka hidup berasingan dan tidak
bersatu padu
o Dengan cara ini, kaum yang berbeza tidak akan bersatu untuk menentang penjajahan
mereka

10. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan
negara dalam kalangan remaja?
o Kempen kesedaran
o Pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah
o Didikan daripada ibu bapa
o Penglibatan diri dalam Program Latihan Khidmat Negara

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

11. Perpaduan sangat penting dalam usaha memajukan negara kita. Huraikan tiga usaha
yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara kita.
o Melalui sistem pendidikan yang sama
o Kerajaan mengadakan kempen kesedaran berkaitan kepentingan perpaduan
o Melalui sambutan perayaan secara bersama
o Peranan media massa yang selalu memaparkan kepentingan perpaduan

12. Pada pendapat anda, apakah perasaan Farid apabila rakannya itu tertarik pada
Syahid? Berikan tiga alasan anda berpendapat sedemikian.
o Farid berasa cemburu
o Kerana dia mempunyai perasaan terhadap rakannya itu
o Rakannya itu telah lama dikenali
o Rakannya itu selalu bersama-sama dengannya
o Rakannya itu anak gadis dan dia pula masih bujang

13. Cadangkan tiga langkah untuk memajukan kampung tersebut.
o Bina jalan raya berturap yang lebar untuk memudahkan perhubungan kampung
tersebut dengan masyarakat luar
o Tanah sawah di kampung tersebut dinaikkan taraf menjadi tanah sawah moden yang
diusahakan dengan jentera dan teknik pertanian moden
o Pihak berkuasa juga perlu memajukan tanah terbiar untuk dijadikan kilang atau
tempat industri desa bagi memberikan peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan

14. Cadangkan usaha-usaha untuk menarik minat remaja menyertai pasukan keselamatan?
o Pihak polis/tentera menyampaikan penerangan terperinci kepada remaja
o Membuat promosi/kempen di media massa
o Pihak sekolah mewajibkan penyertaan pelajar dalam badan beruniform seperti
polis/tentera/JPA
o Dorongan daripada ibu bapa
o Kerajaan menyediakan gaji/elaun/kemudahan yang lebih baik

6. CERPEN MEMORI SEORANG TUA (T4)

1. Pada pendapat anda, mengapakah tokoh yang berjasa kepada negara patut kita kenang
dan hargai?
o kerana daripada perjuangan merekalah negara memperoleh kemerdekaan dan kini
terus maju
o dapat membalas jasa mereka walaupun tidak dalam bentuk wang ringgit
o sekiranya mereka masih hidup, kita akan memperoleh ganbaran yang sebenar tentang
sejarah perjuangan pahlawan tanah air satu ketika dahulu

2. Sekiranya anda Pak Mat, apakah yang akan anda lakukan untuk memujuk dan
menenangkan hati Pak Itam?
o bercerita tentang kemeriahan sambutan hari lahirnya
o berbual-bual dengan Pak Itam tentang perjuangannya sewaktu menuntut kemerdekaan
tanah air
o memberikan alasan kukuh tentang kesibukan tugas seorang wartawan

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

3. Sekiranya anda ialah Pak Itam, nyatakan tiga tindakan yang akan anda lakukan untuk
mengisi kemerdekaan sebagai sumbangan kepada kemajuan negara.
o menyahut seruan kerajaan untuk mengisi kemerdekaan
o membimbing anak muda agar mampu merealisasikan hasrat kerajaan
o menyokong rancangan kerajaan mengadakan pembangunan di kampung

4. Pada pendapat anda, mengapakan Pak Itam berasa sedih apabila mengenangkan nasib
anak-anaknya?
o kerana dia tidak berpeluang membesarkan anak-anaknya
o dia tidak mengetahui nasib anak-anaknya kini, sama dalam keadaan sihat atau
sebaliknya
o naluri seorang ayah akan berasa sedih apabila lama tidak bertemu dengan anak-anak

5. Jelaskan matlamat dan perjuangan Pak Itam.
o Pak Itam ingin menyedarkan orang Melayu tentang hak mereka, menjaga maruah, dan
mentadbirkan negara mereka sendiri
o Segala kekayaan di tanah air perlu dinikmati oleh orang Melayu bukannya penjajah

6. Jelaskan tiga kesan sekiranya undang-undang negara tidak dihormati. Berikan tiga kesan.
o Kesejahteraan hidup akan terjejas
o Perasaan tidak puas hati sesetengah pihak akan timbul
o Imej negara pasti terjejas

7. Sekiranya di kampung anda terdapat seorang orang tua yang tinggal bersendirian seperti
Pak Itam, apakah pertolongan yang dapat anda berikan? Nyatakan tiga jenis pertolongan.
o Menziarahinya pada masa lapang untuk berbual-bual bagi menghilangkan
kesunyiannya
o Memberinya makana dan minuman mengikut kemampuan
o Membawanya ke hospital sekiranya orang tua itu uzur

8. Pada pendapat anda, apakah sikap Tuk Mat yang wajar dicontohi?
o Sikap prihatin Tuk Mat menjaga kebajikan Pak Itam
o Kesungguhan Tuk Mat mengetuai penduduk kampung membuat persediaan untuk
menyambut ulang tahun hari lahir Pak Itam.

9. Pada pandangan anda, bagaimanakah semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan
generasi muda?
o Kempen Patriotisme dalam kalangan pelajar dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum

10. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Itam ingin membela bangsanya? Nyatakan
empat alasan anda.
o Bangsa Pak Itam telah ditindas oleh Orang Putih
o Bangsa Pak Itam hidup melarat dengan kemiskinan
o Bangsa Pak Itam tidak maju seperti bangsa lain
o Penjajah orang putih tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap bangsa Pak Itam
o Pak Itam mahu bangsanya menerajui tanah airnya sendiri

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

11. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat melupakan jasa seseorang pejuang?
Kemukakan tiga sebab.
o Masyarakat selesa akan keadaan sekarang yang aman
o Masyarakat leka oleh kemewahan yang dinikmati pada masa ini
o Masyarakat tidak mengenalinya sebagai pejuang

12. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Itam berasa sedih apabila mengenangkan nasib
anak-anaknya?
o Mengenangkan anak-anaknya kerana dia tidak berpeluang membesarkan anak-
anaknya
o Dia tidak mengetahui akan nasib anaknya kini, sama ada dalam keadaan sihat atau
sebaliknya
o Naluri seorang ayah akan berasa sedih apabila lama tidak bertemu dengan anak-anak

13. Berikan pendapat anda tentang sebab-musabab Pak Itam berjuang untuk
memelayukan orang Melayu?
o Pada waktu itu sudah ada orang Melayu yang meniru cara kehidupan orang Inggeris
yang menjajah Tanah Melayu
o Ada orang Melayu pada ketika itu yang bersekongkol dengan orang Inggeris untuk
menentang pejuang kemerdekaan
o Pada ketika itu, sudah ada orang Melayu yang berpendidikan Inggeris enggan
membantu bangsa Melayu, malah memandang jijik terhadap bangsa sendiri

14. Sekiranya anda ialah Tuk Mat, jelaskan tiga tindakan untuk mententeramkan Pak
Itam yang kerisauan kerana tetamu tidak datang ke majlisnya.
o Saya akan mendampingi Pak Itam dan berbual-bual dengannya
o Saya akan memberitahu Pak Itam bahawa tetamu akan tiba sebentar lagi
o Saya akan menasihati Pak Itam supaya bersabar

15. Pada pendapat anda, mengapakah Tuk Mat ingin membela dirinya apabila melihat
keredupan wajah Pak Itam? Nyatakan empat sebab.
o Tuk Mat berasa bersalah kerana tidak dapat membantu menunaikan hajat Pak Itam
o Tuk Mat tidak mahu dianggap gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
diberikan oleh Pak Itam dengan baik
o Tuk Mat mendapati Pak Itam bersedih pada hari lahirnya
o Tuk Mat mendapati rancangan yang telah diatur tidak berjalan lancar


7. CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG (T5)

1. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Husain terkejut apabila mendapati ayah Khalid
sudah meninggal dunia?
o kerana sudah terlalu lama tidak bertemu dan harapannya untuk bertemu tidak
kesampaian
o dia terasa baru sahaja menemui ayah Khalid, sedangkan hakikatnya sudah berpuluh-
puluh tahun tidak bertemu
o dia masih mengingati kenangan manis bersama ayah Khalid dan berharap kenangan
itu dapat dikongsi dengan anak cucu

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

2. Sekiranya anda ialah penulis, nyatakan tiga tindakan yang mungkin anda ambil untuk
membalas jasa Pak Husain.
o membawa Pak Husain tinggal bersama
o menjaga kebajikan Pak Husain
o berusaha mendapatkan pengiktirafan atas keberanian Pak Husain

3. Sekiranya anda ialah pakar psikologi, nyatakan tiga tindakan yang mungkin anda lakukan
untuk memulihkan semangat Pak Husain
kembali.
o Menemani Pak Husain sepanjang masa dengen cerita yang menggembirakan
o Menasihati Pak Husain agar tabah dan tenang menghadapi peristiwa lalu
o Mengajak Pak Husain mendekati diri dengan perintah Allah/ suruhan agama
o Meminta kerjasama daripada ahli keluarganya untuk sama-sama memulihkannya

4. Pada pendapat anda, mengapakah mereka takut akan peperangan?
o Kerana peperangan boleh memisahkan mereka sekeluarga
o Peperangan boleh menyebabkan kalangan mereka ada yang terbunuh
o Peperangan menyusahkan pergerakan mereka untuk ke sesuatu tempat

5. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh generasi kini
untuk mengisi kemerdekaan negara?
o Belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencurahkan bakti kepada negara
o Menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat
o Tidak melakukan perbuatan jenayah yang mengancam kemakmuran dan keselamatan
rakyat serta negara


8. CERPEN PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONG (T5)

1. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sekarang tidak suka memelihara anak
angkat?
o kerana bimbang apabila dewasa kelak, anak angkat tersebut akan kembali kepada ibu
kandungnya
o proses mendapatkan anak angkat melalui karenah birokrasi menyebabkan masyarakat
menjadi bosan
o masyarakat kurang yakin dapat memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya
terhadap anak yang baru dipelihara

2. Sekiranya anda ialah Mak Timah, apakah usaha-usaha yang akan anda lakukan untuk
memastikan Pungut mendapat kehidupan yang
lebih baik? Kemukakan empat tindakan tersebut.
o menghantarnya ke sekolah khas
o mendaftarkan Pungut dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar nasibnya terbela
o mengajar Pungut berdikari
o meminta bantuan pakar perubatan untuk membantu Pungut

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

3. Sekiranya anda ialah Mak Timah, adakah anda akan menjaga dan memelihara Pungut
hingga ke akhir usia anda?
Nyatakan tiga alasan anda.
o Ya
o Pungut merupakan amanah Allah/Tuhan yang harus dijaga
o Saya telah menganggap Pungut sebagai anak kandung
o Saya telah memelihara dan mengasuh Pungut dari bayi hingga sekarang
o Nasib Pungut pasti tidak terbela sekiranya dia dihantar ke rumah jagaan orang
kelainan upaya

4. Sekiranya anda Mak Timah, nyatakan tiga nasihat yang akan anda berikan kepada Bibik
agar Bibik dapat menerima kelahiran anak Siew
Lan yang cacat.
o Saya akan meminta Bibik agar bersabar dengan dugaan Tuhan.
o Saya juga akan menasihati Bibik agar menjaga anak itu dengan sebaik yang mungkin
o Saya akan memberitahu Bibik mungkin terselit rahmat di sebalik kelahiran anak cacat
itu

5. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sekarang tidak suka memelihara anak
angkat?
o Kerana bimbang apabila besar kelak, anak angkat tersebut akan kembali kepada ibu
kandungnya
o Seterusnya proses mendapatkan anak angkat melalui kerenah birokrasi menyebabkan
masyarakat menjadi bosan
o Masyarakat kurang yakin dapat memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya
terhadap anak yang baru dipelihara

6. Sekiranya anda Bibik, jelaskan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk memastikan
Siew Lan tidak membuang bayinya itu.
o Saya akan memujuk Siew Lan dengan mengatakan bahawa bayi itu ialah anak
kandungnya sendiri dan dia perlu memeliharanya sendiri walaupun cacat
o Jika Siew Lan menghadapi masalah kewangan, saya akan cuba membantunya dengan
mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
o Sekiranya Siew Lan masih berdegil dan mahu membuangnya, saya akan mencari
orang yang benar-benar mahukan anak atau menyerahkan bayi itu kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat

7. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk membantu orang-orang yang kurang
upaya seperti Pungut agar kebajikan mereka
terjamin?
o Mendaftarkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan
bulanan
o Pungut boleh didaftar di sekolah khas yang mengajar murid-murid yangkurang upaya
sepertinya
o Pungut juga hendaklah dirujuk kepada pakar untuk mengetahui masalahmya dan
mencari jalan untuk membantunya berdikari

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

8. Pada pendapat anda, adakah Siew Lan wajar dikenakan tindakan sekiranya dia membuang
anaknya? Kemukakan tiga alasan anda.
o Wajar
o Kerana dia tidak bertanggungjawab terhadap anak sendiri/mengabaikan anak sendiri
o Kerana dia mendiskriminasi anak sendiri
o Kerana dia menafikan hak anak itu untuk hidup


9. DRAMA DATO ONN (T5)

1. Pada pendapat anda, apakah yang patut masyarakat lakukan untuk membantu keluarga
yang tiada tempat bergantung, contohnya ibu tunggal?
o membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meminta bantuan yang
sewajarnya
o ketua kampung atau ketua taman perumahan perlu mengenal pasti golongan ini dan
berbincang bersama-sama dengan penduduk yang lain untuk meringankan beban yang
dihadapi
o bagi mereka yang berkemampuan, hendaklah terus membantu dalam bentuk makanan,
tempat tinggal, dan kewangan

2. Pada pendapat anda, mengapakah cadangan Dato Onn tidak diterima oleh ahli-ahli
UMNO?
o ilmu dan pengetahuan ahli-ahli masih rendah
o Dato Onn tidak menjelaskan matlamat cadangan itu kepada semua ahl dengan
sebaik-baiknya
o Dato Onn tidak mengambil kira faktor kesesuaian masa untuk memberikan cadangan
o Dato Onn tidak memberikan peluang kepada ahli-ahli untuk membahaskan
cadangannya itu sebelum dibuat keputusan
o ahli-ahli takut UMNO menjadi tidak stabil

3. Pada pendapat anda, wajarkah Onn mempertahankan tanah miliknya daripada dirampas
oleh pihak Inggeris?
o Wajar
o Tanah itu ialah tanah pusaka milik ayahnya
o Tanah itu dikurniai Sultan Johor kepada ayah Dato Onn sebagai menghargai jasa
ayahnya sebagai Menteri Besar Johor
o Tanah itu juga merupakan tanah anak negeri
o Lagipun, pihak Inggeris tiada kena-mengena dengan pemilikan tanah anak negeri
tersebut yang kuasanya sepenuhnya terletak di tangan Sultan

4. Sebagai seorang pelajar, nyatakan tiga cara untuk memastikan negara kita dapat
mempertahankan kemerdekaan.
o Pelajar perlu menghargai kemerdekaan negara
o Para pelajar perlu belajar dengan bersungguh-sungguh kerana para pelajarlah yang
akan menerajui pemerintahan negara pada suatu masa nanti
o Para pelajar juga mesti sanggup berkorban nyawa demi negara

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

5. Sebagai seorang rakyat Malaysia, bagaimanakah cara anda membantu negara ini untuk
maju setanding dengan negara-negara maju
yang lain?
o Bekerja dengan rajin dan tekun untuk meningkatkan produktiviti negara
o Tidak membazirkan masa dan tenaga dengan melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah
o Sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dengan banyak membaca buku dalam
pelbagai bidang


10. DRAMA FORUM REMAJA 2020 (T4)

1. Jelaskan tiga usaha lain yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan bahawa rakyat
negara ini hidup bersatu padu dan harmoni.
o mewujudkan sekolah satu aliran
o mewujudkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
o merealisasikan slogan 1Malaysia dalam pelbagai lapangan kehidupan

2. Mewujudkan bahasa kebangsaan merupakan salah satu usaha memperkasakan integrasi
nasional. Cadangkan empat usaha lain yang dapat dilakukan untuk memperkasakan
integrasi nasional dalam kalangan rakyat negara ini.
o melalui PLKN yang dapat mengukuhkan jati diri remaja
o melalui sukan
o melalui sistem pendidikan satu aliran
o melalui aktiviti kemasyarakatan dan sambutan perayaan

3. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia berusaha mewujudkan
pembangunan fizikal?
o untuk kemudahan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian
o pembangunan fizikal penting untuk merancakkan perkembangan ekonomi negara
sekali gus mempercepat usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju
o sebagai tanggungjawab sosial untuk memastikan terus mendapat sokongan rakyat
yang sentiasa dahagakan pembangunan

4. Pada pendapat anda, mengapakah, Salmah, Chandran dan Chong begitu yakin bahawa
Malaysia mampu menjadi sebuah negara model?
o Rakyat Malaysia yang berlainan bangsa dan budaya dapat hidup bersama-sama dalam
suasana yang aman damai, menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan
sebagai bahasa perantaraan, dan mengamalkan satu budaya nasional
o Walaupun negara Malaysia mempunyai satu agama rasmi, teatapi agama-agama lain
boleh diamalkan juga

5. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang berwibawa?
o Berilmu dalam bidang akademik dan berpendidikan agama
o Berfikiran terbuka, bertoleransi dan adil
o Mentadbir negara secara demokrasi


Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

6. Nyatakan langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja.
o Mewajibkan murid-murid mempelajari mata pelajaran sejarah di sekolah
o Menyiarkan lagu patriotik melalui media elektronik dan media cetak
o Memulihara tempat-tempat bersejarah

7. Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh generasi kini untuk memastikan
pencapaian negara terus terjamin?
o Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama
o Menguasai ilmu dan teknologi terkini untuk membangunkan negara
o Menghayati aspirasi negara untuk mencapai Wawasan 2020
o Menjauhkan diri daripada najis dadah dan gejala sosial
o Mengukuhkan semangat jati diri dan patriotik

8. Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja harus bersedia menerima kritikan?
Kemukakan tiga sebab.
o Supaya mereka dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan
o Supaya mereka dapat membaiki segala kelemahan mereka
o Supaya fikiran mereka matang dan tajam

9. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia berusaha mengujudkan pembangunan
fizikal?
o Untuk kemudahan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian
o Pembangunan fizikal penting untuk merancakkan perkembangan ekonomi negara,
sekali gus mempercepat usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju
o Sebagai tanggungjawab sosial untuk memastikan terus mendapat sokongan rakyat
yang sentiasa dahagakan pembangunan

10. Pada pendapat anda, bagaimanakah peranan ibu bapa dalam menangani gejala
keruntuhan moral dalam kalangan remaja?
o Memberikan didikan agama yang sempurna
o Memberikan kasih sayang yang secukupnya
o Menasihati anak-anak ke arah kebaikan
o Memantau segala akitiviti anak-anak

11. Berdasarkan hemat anda, kemukakan empat contoh usaha yang diambil oleh kerajaan
dalam menangani masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja.
o Mengadakan Kempen Budi Bahasa
o Mewujudkan mata pelajaran Sivik di sekolah
o Menekankan aspek nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran
o Mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara untuk membentuk jati diri remaja

12. Anda sebagai anak muda, bagaimanakah tindakan anda apabila melihat rakan anda
berkelakuan tidak bermoral?
o Menegur dan menasihati mereka agar tidak berkelakuan demikian
o Mengajak mereka untuk membuat perkara yang berfaedah dan mengamalkan nilai-
nilai murni untuk diri, keluarga, masyarakat, dan negara
o Memberitahu ibu bapa mereka atau pihak berkuasa sekiranya perbuatan anak-anak
muda itu boleh menjejaskan keamanan dan ketenteraman orang ramai.

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

13. Pada pendapat anda, apakah akibat-akibat yang akan berlaku jika masalah sosial
dalam kalangan remaja tidak diambil perhatian.
o Negara dan masyarakat akan kehilangan bakal pemimpin yang berkualiti
o Imej negara tercemar
o Negara akan kekurangan sumber tenaga untuk membangunkan ekonomi
o Akan lahir masyarakat yang tidak bermoral


11. DRAMA TUK WALI (T4)

1. Pada pendapat anda, apakah kelebihan khazanah hutan khususnya pokok dipelihara?
o untuk mengekalkan ekosistem yang melibatkan interaksi suatu komuniti haiwan dan
tumbuhan dengan alam sekitar yang tidak bernyawa
o pokok dapat dimanfaatkan untuk generasi akan datang sebagai sumber perubatan dan
kajian
o dapat membantu menyimpan air di dalam tanah untuk mengelakkan banjir dan
hakisan

2. Adakan anda bersetuju dengan tindakan Siak yang mengajak Tuk Wali berusul?
o setuju
o berbincang dapat menyelesaikan pelbagai masalah
o berbincang dapat mengelakkan sebarang pertelingkahan
o berbincang dapat meredakan kemarahan seseorang
o berbincang dapat mengenal pasti pihak yang melakukan kesilapan

3. Jelaskan empat usaha yang dapat anda lakukan untuk memelihara khazanah budaya
bangsa.
o menjadikannya sebagai ilmu untuk dipelajari
o membimbing generasi baru untuk menghargai khazanah budaya bangsa
o mempromosikan/mengiklankan dalam internet
o menjadikannya hobi pada waktu lapang

4. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat masih lagi menggunakan perubatan
tradisional walaupun perubatan moden mampu mengubati pelbagai penyakit?
o kerana perubatan tradisional diakui masih mampu mengubati sesetengah penyakit
o harga ubat-ubatan tradisional masih murah
o diakui perubatan tradisional tidak meninggalkan kesan sampingan kepada pengguna

5. Pada pandangan anda, wajarkah Mak Umi menjauhkan diri daripada dua orang yang
bergaduh itu? Berikan alasan anda.
o Mak Umi sewajarnya menjauhkan diri daripada dua orang yang bergaduh itu kerana
mereka sudah lama memusuhi antara satu dengan yang lain, iaitu sejak Tuk Wali
berkahwin dengan Mak Umi
o Sekiranya Mak Umi terus berada di situ, hal ini boleh menambah kemarahan dalam
diri Tuk Wali dan Siak kerana kedua-duanya terlalu menurut perasaan yang boleh
mencetuskan pergaduhan
o Hal yang demikian kerana Tuk Wali dan Siak tidak mahu mengalah sebaliknya tetap
mahu menegak pendirian masing-masing
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013


6. Nyatakan langkah-langkah untuk menyemai semula minat mempelajari ilmu persilatan
dalam kalangan generasi muda.
o Mewajibkan pelajar mempelajari ilmu pertahanan diri dalam aktiviti kokurikuklum di
sekolah
o Kementerian Kebudayaan membayar gaji yang tinggi kepada guru silat yang
mengajar para belia
o Mengadakan persembahan persilatan kepada masyarakat umum

7. Pada pendapat anda, mengapakah Imam dan Siak menuduh Ripin membunuh Tuk Wali?
o Ripin yang berdiri bersebelahan mayat Tuk Wali
o Ripin sedang memegang keris yang berlumuran darah
o Ripin yang kononnya sangat memerlukan keris itu untuk menjadi guru silat

8. Sekiranya anda ialah Ripin, adakah anda akan meninggalkan Tuk Wali dan Siak dalam
keadaan begitu? Berikan empat alasan anda.
JAWAPAN : Ya
o Untuk mengelakkan diri daripada terbabit dalam pergaduhan tersebut
o Tidak mahu dituduh orang sebagai penghasut
o Percaya pergaduhan tersebut akan diselesaikan oleh Tuk Wali dan Siak dengan baik
o Mengelakkan diri daripada menjadi saksi jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak
diingini

JAWAPAN : Tidak
o Tuk Wali ialah guru saya
o Ingin meleraikan pergaduhan itu
o Ingin menjadi saksi jika berlaku apa-apa kejadian yang tideak diingini
o Ingin membantu Tuk Wali, jika beliau mengalami masalah dalam pergaduhan itu

9. Pada pendapat anda, adakah wajar Ripin dan Mariam menolak cadangan Tuk Wali hendak
menyerahkan tugas mengajar silat kepada mereka? Kemukakan tiga sebab.
o Wajar:
o Ripin dan Mariam belum mahir sangat tentang ilmu silat
o Tugas itu sangat berat untuk dipikul oleh mereka yang masih muda
o Mereka sukar untuk mendapatkan kepercayaan daripada murid-murid silat
Tuk Wali yang lain
o Tidak wajar:
o Ripin dan Mariam anak murid Tuk Wali yang paling hebat
o Mereka mempunyai kemahiran silat yang tinggi
o Dapat menimba pengalaman untuk memperkasakan seni warisan melalui
peluang tersebut

10. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat masih lagi menggunakan perubatan
tradisional, walaupun pelbagai penyakit perubatan moden mampu mengubatinya?
o Diakui perubatan tradisional masih mampu mengubati penyakit
o Harga ubat-ubatan tradisional masih murah
o Diakui perubatan tradisional tidak meninggalkan kesan sampingan kepada pengguna


Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

11. Pada pendapat anda, apakah kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri?
o Dapat digunakan untuk mempertahankan diri semasa berada dalam keadaan
kecemasan
o Satu cara mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
o Dapat mewarisi seni mempertahankan diri nenek moyang seperti seni silat

12. Sekiranya anda ialah Siak, adakah anda akan mengajak Tuk Wali beradu tenaga di
gelanggang berikan empat alasan anda.
o Ya:
o Tuk Wali telah menampar cucu saya
o Bertindak bersendirian
o Tidak mempunyai belas kasihan kepada remaja
o Sudah takbur dan bongkak dengan kehebatannya
o Tidak:
o Tindakan Tuk Wali adalah betul
o Masalah itu boleh diselesaikan menerusi muafakat
o Perbuatan cucu adalah salah dan perlu diberikan pengajaran
o Dia tidak melakukan perbuatan yang melulu

13. Pada pendapat anda, mengapakah Mak Umi menyindir Imam dan Siak?
o Tindakan yang dilakukan itu tidak kena pada masanya. Pada waktu itu, sembahyang
asar hampir masuk waktu, Imam sepatutnya sudah berada di masjid
o Tidak berani bersemuka dengan Tuk Wali sendiri untuk menyampaikan nasihat itu.

14. Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan yang diperoleh apabila seseorang
mempelajari seni silat?
o Dapat mempertahankan diri daripada serangan musuh/ orang yang tidak dikenali
o Menyihatkan badan kerana melakukan pelbagai aktiviti kecergasan
o Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah


SOALAN 2(c) : PROSA TRADISIONAL

1. HIKAYAT LANGLANG BUANA (T5)

1. Pada pandangan anda, mengapakan tuan puteri terlalu ingin bertemu Raja Indera
Bumaya?
o Tuan puteri membayangkan raja itu seorang yang kacak
o Tuan puteri memperoleh gambaran bahawa raja itu seorang yang penuh kesaktian
o Tuan puteri sudah lama tidak menemui lelaki sejak dia tinggal di mahligainya

2. Pada pendapat anda, mengapakan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berpantun di hadapan
Raja Indera Bumaya?
o untuk memikat baginda agar menyukainya
o sebagai mukadimah sebelum dia dapat meluahkan hajat di hatinya
o sebagai cara memujuk baginda dengan bahasa yang lembut agar baginda tergerak hati
untuk memenuhi hasrat hatinya makan bersama-sama

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

3. Pada pendapat anda, mengapakah watak Raja Indera Bumaya digambarkan memiliki
kuasa sakti?
Kemukakan empat alasan anda.
o untuk menunjukkan kehebatan golongan bangsawan
o untuk menunjukkan kehebatan ilmu yang dimiliki oleh anak raja itu
o untuk membezakan golongan bangsawan dengan rakyat biasa
o sudah menjadi kebiasaan watak bangsawan memiliki kuasa sakti

4. Pada pendapat anda, wajarkah menteri yang mengawal mahligai itu mengadu perilaku
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi kepada Raja
Bahrum Dewa? Berikan empat alasan anda.
o wajar
o perbuatan tuan puteri itu menyalahi hukum agama
o perbuatan tuan puteri membenarkan lelaki berada di mahligainya boleh mengundang
fitnah
o perbuatan tuan puteri itu mencemar maruah RBD
o menteri-menteri itu menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka

5. Pada pendapat anda, wajarkah Raja Indera Bumaya memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna
Dewi yang sedang menangis?
o Wajar
o Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi ialah kekasih hatinya
o Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi memerlukan seseorang untuk mententeramkan
hatinya yang sedang gundah dan bimbang
o Raja Indera Bumaya mesti bertanggungjawab atas perbuatannya
o Menceroboh ke kediaman Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi hingga membawa
kemurkaan kepada Raja Bahrum Dewa

6. Sekiranya anda sebagai Raja Bahrum Dewa, apakah tindakan anda setelah mengetahui
bahawa Tuan Puteri membenarkan lelaki
memasuki mahligainya?
o Saya akan menyiasatkan perkara itu, iaitu dengan memanggil saksi-saksi yang melihat
perkara itu sendiri
o Saya akan menjatuhkan hukuman yang sepatutnya diterima oleh Tuan Puteri
berdasarkan undang-undang yang ada

7. Raja Indera Bumaya tidak mahu bertemu secara berdepan dengan Tuan Puteri Mandu
Ratna Dewi. Pada pendapat anda, mengapakah
Raja Indera Bumaya bersikap sedemikian?
o Kerana dia bimbang puteri itu tidak mahu berkomunikasi dengannya sebab dia
berpakaian seperti orang kebanyakan.
o Dia tidak dapat mengetahui kedudukan yang sebenar tentang hati puteri berkenaan
o Dia bimbang misinya untuk mengetahui keadaan negeri yang dinaungi ayahanda
puteri tersebut bakal menemui kegagalan

8. Pada pendapat anda, apakah kelebihan burung bayan pada zaman dahulu?
o Boleh dijadikan sebagai teman
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

o Dapat menghiburkan hati dengan cerita yang menarik
o Memberikan nasihat

9. Sekiranya anda Raja Bahrum Dewa, bagaimanakah cara yang berkesan untuk
menewaskan Raja Indera Bumaya itu?
o Mengkaji kelemahan sendiri dan mengatur strategi peperangan, iaitu mengkaji
kelemahan dan kekuatan lawan serta persiapan yang rapi terlebih dahulu
o Saya akan meminta bantuan daripada tentera dari negara lain dan menggunakan
senjata atua peralatan ketenteraan yang lebih canggih

10. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan pertempuran seperti dalam
petikan di atas?
o Kedua-dua pembesar, iaitu Raja Indera Bumaya dan Raja Bahrum Dewa perlu
bersemuka dan membuat perbincangan bagi menyelesaikan masalah mereka
o kedua-dua pihak menghantar wakil untuk mengadakan perundinga.
o Jika Raja Indera Bumaya meninggalkan tempat tersebut
o Baginda seharusnya tidak menyuruh jin itu menyerang Raja Bahrum Dewa,
sebaliknya menghantar utusan untuk membuat perundingan


2. PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA (T4)

1. Pada pendapat anda, mengapakan kedatangan rombongan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
(TPDSJ) disambut dengan penuh meriah?
o kerana TPDSJ daripada keturunan raja yang berpengaruh
o untuk menunjukkan negeri mereka negeri berdaulat dan tahu adat
o sudah menjadi kebiasaan negeri-negeri pada zaman itu, tetamu daripada keturunan
raja perlu disambut meriah

2. Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika seseorang pemerintah mempercayai kata-kata
orang bawahannya tanpa usul periksa?
o timbul rasa kurang senang dalam kalangan pihak yang dianiayai atau ditindas
o hilangnya rasa hormat orang bawahan kepada pemerintah
o berlaku perkara yang tidak diingini seperti persengketaan, perpecahan, pergaduhan,
dan sebagainya

3. Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun begitu menghormati Awang Sulung?
Berikan tiga sebab.
o kerana Awang Sulung mempunyai sifat yang mulia
o seorang yang sangat bijaksana
o seorang pahlawan yang handal
o suka memaafkan kesalahan orang lain
o seorang yang sangat merendah diri

4. Pantang larang dalam sesuatu pertandingan perlu kita patuhi.
Pada pendapat anda, mengapakah kita ditegah melanggar pantang larang ketika
bertanding?
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

o untuk mengelakkan pihak musuh mudah mengalahkan kita
o untuk membina keyakinan kita berhadapan dengan lawan, seterusnya berusaha untuk
memenangi pertandingan
o untuk mengelakkan langkah kita dalam persilatan menjadi janggal, lalu musuh mudah
untuk mengalahkan kita

5. Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Si Kembang Cina, dan
Awang Sulung Merah Muda tidak mengalami nasib yang sama dengan isi geliung yang
lain?
o mereka memiliki ilmu sakti
o ketiga-tiga mereka sudah biasa berlayar dengan kelajuan begitu
o mereka bertiga mengamalkan petua tertentu untuk mengelakkan diri daripada mabuk
atau muntah

6. Berdasarkan petikan di atas, ramalkan kesudahan dan masa depan kehidupan Awang
Sulung Merah Muda dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
o Selepas Tuanku Nakhoda Tua mengakui kesilapannya, Awang Sulung Merah Muda
pun dinikahkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
o Selepas itu kapal tersebut pun meneruskan pelayaran ke Tanah Jawa
o Awang Sulung Merah Muda dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa hidup bahagia dan
aman sentosa kerana kedua-duanya saling mengasihi antara satu sama lain.

7. Pada pendapat anda, mengapakah baginda raja menitahkan agar negeri dihiasi dan orang
besar-besar menjemput anak-anak geliung naik ke istana? Kemukakan empat pendapat
anda.
o Tindakan itu dapat menjaga imej negeri dan pemerintah
o Meningkatkan rasa hormat tetamu kepada ketua negeri
o Menunjukkan adat istiadat negeri dalam menyambut teatamu kehormat
o Mengelakkan tetamu rasa tersinggung

8. Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun itu sangat takut kepada Awang Sulung?
Kemukakan tiga sebab.
o Awang Sulung ialah anak Tuanku Si Helang Laut dan cucu Tuanku Si helang Mawai,
iaitu raja mereka
o Baginda pahlawan yang gagah dan berani

9. Pantang larang dalam sesuatu pertandingan perlu kita patuhi. Pada pendapat anda,
mengapakah kita ditegah melanggar pantang larang ketika bertanding?
o Untuk mengelakkan pihak musuh mudah mengalahkan kita
o Untuk membina keyakinan kita berhadapan dengan lawan, seterusnya bermati-matian
memenangi pertandignan yang dijalankan
o Untuk mengelakkan langkah kita dalam persilatan menjadi janggal, lalu mudah
musuh untuk mengalahkan kita

10. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengetahui adat di negeri orang apabila
kita merantau di tempat orang?
o Kita tidak akan dipandang serong
o Orang lain akan menghormati kita
o Kita mudah mendapat kawan
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013


11. Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa pengsan apabila
Awang Sulung menyatakan hasratnya hendak pulang ke Bandar Mengkalih?
o Terkejut apabila mendengar hasrat Awang Sulung itu
o Kecewa/sedih kerana Awang Sulung akan meninggalkannya
o Terlalu sayang akan Awang Sulung sehingga tidak sanggup berpisah

12. Wajarkah tindakan Tuanku Nakhoda Tua menitahkan puterinya bernikah dengan
jurumudi?
Wajar
o Jurumudi dianggap lelaki yang hebat kerana dialah yang menyelamatkan geliung itu.
o Jurumudi ialah orang pertama yang menemuinya dan mengaku menyelamatkan
geliung itu.
o Tuanku Nakhoda Tua percaya akan jurumudi apabila melihat keris jurumudi yang
berlumuran darah.

Tidak wajar
o Tuanku Nakhoda Tua mengambil keputusan tanpa usul periksa kebenaran kata-kata
jurumudi.
o Tuanku Nakhoda Tua langsung tidak menanyakan pendapat orang lain/puterinya
dalam membuat keputusan.
o Tuanku Nakhoda Tua terus mempercayai jurumudi hanya dengan bukti keris yang
berdarah.


3. MERAH SILU (T4)

1. Kematian Raja Ahmad dan Raja Muhammad akibat dendam.
Jika anda ditempat Raja Ahmad, apakah tindakan yang sepatutnya anda lakukan untuk
menyelesaikan masalah tersebut?
o membawa diri bertenang kerana yang mati tidak akan kembali lagi
o memanggil Raja Muhammad untuk mengetahui kedudukan perkara yang sebenar
o jika Raja Muhammad didapati bersalah, saya mahu dia membayar denda mengikut
kemampuan dan darjatnya

2. Jika anda diberi peluang untuk menyelesaikan masalah antara Merah Silu dengan Merah
Hasum, apakah yang akan anda lakukan?
o bersemuka dengan Merah Silu untuk mendengar penjelasannya
o menasihati Merah Silu agar mengubah tabiatnya yang suka bermain kerbau liar
o memberikan cadangan kepada Merah Silu, iaitu membina kandang kerbau supaya
tidak mengganggu orang kampung

3. Pada pendapat anda, wajarkan Merah Silu dijadikan raja di Rimba Jerun?
Berikan tiga alasan.
Wajar:
o Merah Silu mempunyai sifat seorang pemimpin
o Berketurunan raja/hartawan
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

o Seorang yang baik hati/dermawan
Tidak wajar:
o meminggirkan bangsawan di Rimba Jerun
o rakyat belum mengenali peribadi sebenar Merah Silu
o menutup peluang orang tempatan untuk dilantik sebagai raja

4. Sekiranya anda ialah Raja Ahmad, apakah tindakan yang mungkin anda ambil setelah
mendapat tahu tentang kematian anakanda Merah Gajah?
Kemukakan tiga tindakan tersebut.
o menyiasat terlebih dahulu kejadian tersebut
o berunding dengan Raja Muhammad
o melaksanakan hukuman secara adil

5. Merah Silu mahu membunuh Sultan Malikul-Nasar dan rakyatnya.
Pada pendapat anda, mengapakah Merah Silu mengambil tindakan sedemikian?
o jika dibiarkan tentera raja itu akan bertambah kukuh lalu menyerangnya semula
o Merah Silu mahu membuktikan bahawa dirinya bakal raja yang hebat
o Merah Silu mengajar kepada orang lainjangan ada sesiapa yang berani menentangnya,
kelak dibunuh seperti yang dilakukan terhadap Sultan Malikul-Nasar

6. Pada pendapat anda, wajarkah Megat Iskandar mempelawa Merah Silu tinggal bersama-
samanya? Berikan alasan anda.
o Wajar
o Dia haruslah menghormati tetamu
o Merah Silu pula tidak mempunyai tempat untuk tinggal
o Megat Iskandar juga mempunyai kawasan yang luas untuk kerbau-kerbau Merah Silu
mencari makan dan hal tersebut tidak mendatangkan masalah kepadanya dan
penduduk kampung

7. Pada pendapat anda, mengapakah Merah Hasum mendiamkan diri setelah mendengar
khabar tentang saudaranya?
o Hairan bagaimana cacing boleh bertukar menjadi emas dan perak
o Berasa dengki kerana Merah Silu menjadi kaya-raya dengan sekelip mata
o Bimbang pada suatu hari nanti Merah Silu lebih kaya daripada dirinya

8. Pada pendapat anda, siapakah yang bersalah, Puteri Betong atau Merah Gajah dalam isu
rambut Puter Betong dibantun oleh suaminya? Berikan tiga alasan anda.
o Merah Gajah yang bersalah:
o Beliau tidak mendengar kata isterinya
o Tidak bertanya secara terperinci tentang rambut tersebbut
o Tidak mendapatkan nasihat daripada ayahanda Puteri Betong
o Puteri Betong yang bersalah:
o Baginda tidak menjelaskan secara terperinci tentang rambutnya
o Tidak menyembunyikan rambutnya dengan baik
o Tidak membuat perjanjian dengan suaminya sebelum mereka berkahwin
berhubung rambutnya itu

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

9. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Merah Hasum menghalau Merah Silu dari
kawasan itu? Berikan tiga alasan anda.
o Tidak wajar
o Kerana tindakan Merah Hasum itu memalukan abangnya
o Kerana akan memutuskan hubungan kekeluargaan kerana dapat menimbulkan
kemarahan abangnya
o Tindakannya itu dapat menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan penduduk

10. Merah Silu mahu membunuh Sultan Malikul-Nasar dan rakyatnya. Pada pendapat
anda, mengapakah Merah Silu mengambil tindakan sedemikian?
o Jika dibiarkan tentera raja itu akan bertambah kukuh lalu menyerangnya semula
o Merah Silu mahu membuktikan bahawa dirinya bakal raja yang hebat
o Merah Silu mengajar kepada orang lain jangan ada sesiapa yang berani
menentangnya, kelak dibunuh seperti yang dilakukan terhadap Sultan Malikul-Nasar

11. Selain menggunakan bubu, nyatakan tiga cara untuk menangkap ikan secara
tradisional?
o Dengan menggunakan pukat
o Menggunakan jala
o Memancing dengan mata kail

12. Megat Iskandar bercadang untuk menjadikan Merah Silu sebagai raja. Sejauh
manakah anda bersetuju dengan cadangan Megat Iskandar itu. Berikan alasan anda.
o Setuju:
o Merah Silu seorang raja yang baik hati.
o Baginda dikasihi oleh semua golongan lapisan rakyat
o Merah Silu juga menjadi tempat rakyat menumpang kebahagiaan
o Tidak bersetuju:
o Merah Silu suka bersabung ayam yang dianggap perbuatan tidak
berperkemanusiaan
o Suka membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah
o Beliau juga suka membazir harta membiayai permainan laga ayam

13. Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan yang diperoleh oleh Merah Silu dan
Merah Hasum dengan berpindah ke tempat lain?
o Dapat memperbaiki dan mengubah nasib diri dan keadaan hidup mereka
o Dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman
o Dapat membina kekuatan diri dalam menghadapi cabaran hidup


4. DUA GELIGA HIKMAT (T5)

1. Pada pandangan anda, mengapakan Inderaputera mahu bertemu tuan puteri?
o kerana ingin mengetahui akan kebenaran cerita tentang kecantikan tuan puteri
o ingin menambahkan kenalan daripada orang yang mempunyai latar belakang yang
berbeza
o ingin membuktikan bahawa dirinya masih mampu memikat puteri yang cantik


Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

2. Keadaan di dalam kota digambarkan terlalu indah.
Pada pendapat anda, mengapakah pengarang memberi gambaran yang begitu istimewa?
o kerana kota tersebut merupakan pusat pentadbiran raja yang berdaulat
o digambarkan raja yang memerintah kota tersebut bukan sembarangan raja
o untuk memberi bayangan kepada Inderaputera bahawa beliau bakal berhadapan
dengan seorang raja yang mempunyai kehebatan luar biasa

3. Pada pendapat anda, apakah kebaikan geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera?
Berikan tiga kebaikan.
o geliga Mayan Bedi banyak memberikan kebaikan kepada Inderaputera dalam
pengembaraannya
o membolehkan dia pergi ke sesuatu tempat dengan cepat
o membantunya menghapuskan musuh
o melindunginya daripada bahaya

4. Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran (TPRGN)
menyediakan pelbagai kelengkapan bagi menyambut kedatangan Inderaputera?
Berikan tiga alasan anda.
o wajar
o sebagai tetamu sewajarnya kedatangan Inderaputera disambut dengan baik
o Inderaputera telah berjaya mengalahkan tujuh raksasa yang disediakan untuk
mengawal tujuh pintu ke istana TP
o Inderaputera bukan sahaja gagah malah seorang yang bijaksana, kedatangannya patut
dilayan dengan baik

5. Pada pendapat anda, mengapa mayat memberitahu Inderaputera tentang perilaku raksasa
yang menjadi penunggu tasik itu?
o Untuk menyelamatkan Inderaputera daripada menjadi mangsa kekejaman raksasa
o Untuk mengingatkan Inderaputera supaya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi
menangani perilaku raksasa tersebut
o Untuk memastikan Inderaputera tidak terperanjat apabila berdepan dengan perilaku
raksasa yang kejam itu

6. Pada pendapat anda, wajarkah tuan puteri menyerahkan gemala hikmat miliknya kepada
Inderaputera? Beri tiga alasan anda.
o Wajar
o Untuk menunaikan janji yang telah dibuat oleh Tuan Puteri terhadap Inderaputera
o Untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan kehebatan gemala hikmat tersebut
o Inderaputera sememangnya seorang anak raja yang mempunyai pelbagai
kesaktian/kuasa luar biasa
o Inderaputera telah berjaya melepasi pelbagai halangan sebelum berjaya memasuki
mahligai Tuan Puteri tersebut

7. Sekiranya anda Inderaputera, apakah permintaan anda kepada geliga itu? Nyatakan tiga
permintaan anda itu.
o Untuk bertemu dengan Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
o Seterusnya, memperkenankan permintaan saya untuk mengahwininya
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

o Beroleh kebahagian selepas berkahwin nanti

8. Sekiranya anda Inderaputera, sanggupkah anda mengambil baju Tuan puteri?
o Tidak sanggup
o Kerana perbuatan mengambil barang orang tanpa kebenarannya adalah satu kesalahan
atau dosa
o Perkara itu akan menyusahkan hati tuan puteri dan seterusnya saya tidak sampai hati
dan berasa belas kasihan kepada tuan puteri

9. Pada pendapat anda, adakah Inderaputera akan membunuh Tuan Puteri Seri Ratna
Gemala Nehran apabila Inderaputera meminta
gemala hikmat miliknya?
o Tidak
o Kerana Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dianggap sebagai saudaranya
o Kerana Inderaputera telah terpikat kepada Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
o Kerana Inderaputera masih berpeluang mendapatkan gemala hikmat setelah
berkahwin dengagn Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran

10. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat tidak digalakkan untuk mempercayai
mimpi?
o Kerana mimpi itu tidak mengandungi kebenaran mutlak
o Supaya masyarakat berfikir secara rasional
o Supaya akidah/kepercayaan masyarakat tidak terpesong

11. Berdasarkan petikan, mereka membuat penyelesaian dalam situasi menang-menang.
Berikan ulasan anda.
o Inderaputera akan memperoleh gemala hikmat yang berada di puncak mahligai tuan
puteri dan tuan puteri akan mendapat bajunya semula
o Pertukaran tersebut memberikan manfaat atau faedah kepada kedua-dua belah pihak
tanpa pergaduhan atau permusuhan


5. HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN (T5)

1. Pada pendapat anda, mengapakah Raja Sulaiman mengahwinkan Opu Daeng Chelak
dengan adiknya?
o kerana baginda (RS) menyakini akan sikap yang ditunjukkan ODC sebagai seorang
lelaki yang bertanggungjawab
o baginda (RS) mahu ikatan persaudaraannya dengan ODC akan lebih kukuh
o baginda (RS) mahu menjadikan adiknya sebagai `perisik` andainya ODC
menyeleweng daripada tanggungjawabnya sebagai Yang Amtuan Muda

2. Pada pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian?
Berikan tiga sebab.
o supaya kedua-dua belah pihak maklum tentang janji yang telah dibuat
o memperoleh ganjaran/pulangan sebagaimana yang ditetapkan
o tidak mendatangkan perasaan tidak puas hati pada kemudian hari

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

3. Pada pendapat anda, apakah bentuk penghargaan lain yang boleh dibuat untuk
menghargai jasa seseorang selain memberikan
anugerah gelaran kepadanya?
o Mengundang ke majlis makan malam/ membuat kenduri/ jamuan
o Memberikan bantuan kewangan dalam bentuk elaun bulanan secara tetap/ gaji
o Memberikan ganjaran dalam bentuk harta seperti pemberian tanah
o Untuk tapak rumah/tapak pertanian
o Melantik seseorang itu memegang jawatan penting dalam organisasi
o Membina sebuah memorial/galeri yang memuatkan kisah/ peristiwa bersejarah
tentang tokah tersebut

4. Pada pendapat anda, mengapakah orang Bugis menyerang Negeri Siak? Berikan tiga
alasan anda.
o Untuk meluaskan jajahan takluk/ wilayah
o Untuk membuktikan kehebatan/keberanian bangsa Bugis berbanding dengan Orang
Siak
o Supaya pemerintah Siak mengiktiraf kesultanan Bugis di Kepulauan Nusantara
o Untuk menunjukkan bahawa bangsa Bugis merupakan bangsa yang perlu digeruni di
Kepulauan Nusantara

5. Sekiranya anda Opu Daeng Perani, sanggupkah anda membantu Raja Kedah untuk
merampas takhta kerajaan negeri Kedah?
Berikan tiga alasan.
o Sanggup
o Hendak membantu baginda untuk mempertahankan haknya daripada dirampas oleh
orang lain
o Selain itu, saya perlu membantu orang yang memerlukan bantuan berdasarkan
kemampuan saya.
o Di samping itu, saya juga akan menerima upah seperti yang dijanjikan sekiranya
Berjaya menewaskan musuh baginda

6. Dikatakan Sebukit merupakan negeri lama. Pada pendapat anda, mengapakah negeri itu
ditinggalkan oleh penghuninya?
o Kerana yang memerintah negeri itu telah mengarahkan rakyat jelata meninggalkan
tempat itu untuk mengelakkan ditawan oleh musuh
o Kemungkinan juga, negeri tersebut tidak sumbur untuk bercucuk tanam menyebabkan
penghuninya mencari tempat lain
o Kemungkinan negeri itu diserang malapetaka seperti penyakit atau banjir
menyebabkan ramai penghuninya meninggal dunia, lalu mereka yang hidup mencari
tempat baru untuk meneruskan kehidupan

7. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan peperangan berlaku antara
negara di dunia ini?
o Mewujudkan persefahaman antara Negara
o Setiap Negara perlulah mematuhi undang-undang atau piagam yang ditetapkan oleh
PBB serta menyelesaikan persengketaan melalui meja rundingan



Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

8. Sekiranya anda Opu Daeng Menambun, bagaimanakah anda menyesuaikan diri sepanjang
menetap di negeri Sambas?
o Bergaul dengan rakyat jelata di negeri itu
o Menghormati adat resam dan budaya masyarakat setempat
o Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan

9. Pada pandangan anda, mengapakah Sultan Muhammad Zainuddin mahu menjodohkan
anak-anaknya dengan Daeng Opu bersaudara?
o Kerana baginda mengetahui keturunan Daeng Opu daripada golongan yang baik-baik
untuk menjadi pemerintah di negeri tersebut
o Perkahwinan itu dapat menghalang Daeng Opu terus berlayar dan meninggalkan
negeri yang baru dibuka oleh Sultan Muhammad Zainuddin
o Hal ini demikian kerana baginda mahu Daeng Opu melindungi negeri yang baru
dibuka itu
o Baginda mengetahui Daeng Opu bersaudara mampu meneruskan pemerintahan
baginda di tempat baru tersebut kerana kebijaksanaan mereka


6. HIKAYAT SIAK (T5)

1. Pada pendapat anda, mengapakah Bendahara mencadangkan Yamtuan Muda dihukum
bunuh kerana membunuh anak dan isterinya?
o untuk membuktikan Raja Kecil tidak memilih bulu dalam menjalankan tindakan
o untuk dijadikan pengajaran kepada rakyat jelata supaya jangan mengambil sesuatu
tindakan tanpa mendengar titah daripada baginda
o dia tidak mahu Yamtuan Muda akan melakukan perbuatan yang sama terhadap orang
lain yang tidak disukai

2. Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Bujang tidak menolak anugerah yang diberikan
kepadanya?
o kerana dia tidak mahu mengecilkan hati orang yang memberi kurnia kepadanya
o dia berasakan memang dia layak menerima anugerah tersebut
o Tuan Bujang menganggap anugerah tersebut merupakan penghormatan pembesar
kepadanya

3. Pada pendapat anda, mengapakah perjanjian yang dibawa oleh Puteri Jilan itu penting
kepada Yang Dipertuan Raja Kecik?
Berikan tiga sebab.
o sebagai bukti kekuasaan/daulat Raja Kecik
o untuk memaklumkan kepada orang Minangkabau tentang gerangan Raja Kecik
o memerihalkan pantang larang tertentu

4. Pada pendapat anda, mengapakah Puteri Jilan memberikan cadangan agar Tuan Bujang
pergi ke Negeri Johor?
o Tuan Bujang perlu menuntut bela atas kematian ayahandanya, Sultan Mahmud
o Untuk merampas kembali takhta kerajaan Negeri Johor yang sepatutnya diperintah
oleh Tuan Bujang
o Dapat melihat tanah kelahirannya
o Dapat mengetahui salasilah keturunannya di Johor

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

5. Pada pendapat anda, mengapakah suatu ketika dahulu rakyat jelata amat taat dan setia
terhadap golongan pemerintah?
Berikan tiga sebab.
o Berdasarkan sistem kepercayaan, rakyat akan ditimpa musibah sekiranya menderhaka
kepada golongan pemerintah seperti Sultan
o Golongan pemerintah mempunyai kuasa, iaitu berhak menjatuhi hukuman kepada
rakyat yang ingkar perintah
o Nasib rakyat jelata terletak di tangan golongan pemerintah

6. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang berkesan untuk mengalahkan musuh
dalam peperangan?
o Dengan mengkaji kelemahan musuh, kemudian merangka strategi atau membuat
perancangan yang berkesan, dan seterusnya membuat persiapan yang rapi dan
menyediakan keperluan yang mencukupi untuk menyerang lawan

7. Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Bujang tidak menolak anugerah yang diberikan
kepadanya?
o Kerana dia tidak mahu mengecilkan hati orang yang memberi kurnia kepadanya
o Dia merasakan memang dia layak menerima anugerah tersebut
o Tuan Bujang menganggap anugerah tersebut merupakan penghormatan pembesar
kepadanya

8. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat pada zaman dahulu patuh akan adat istiadat
istana?
o Mereka hormat atau taat kepada raja, mereka tidak boleh menderhaka kepada raja,
dan adat istiadat itu merupakan peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap orang serta
sudah menjadi satu amalan atau budaya

9. Pada pandangan anda, mengapakah seseorang ketua perlu memiliki kehebatan atau
keistimewaan?
o Untuk memudahkannya menundukkan/menewaskan musuh
o Dapat mengumpulkan pengaruh
o Supaya dihormati oleh orang bawahan

10. Andai kata anda sahabat Yamtuan Muda, bagaimanakah tindakan anda untuk
menghalang beliau daripada mengamuk?
o Saya akan mengajak beliau melarikan diri dari tempat tersebut untuk menjauhkan diri
daripada ahli keluarganya
o Saya akan memberitahu bahawa keluarga merupakan orang yang penting dalam hidup
kita dan tidak wajar dibunuh atau dimusuhi
o Saya akan menasihati beliau agar bertindak secara rasional , iaitu menyerahkan
kuasanya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya
o Saya juga akan menasihatinya agar memohon maaf kepada pihak berkuasa agar tiada
permusuhan atau dendam kemudian hari

11. Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Bujang menuntut bela atas kematian ayahandanya?
Wajar
o Ayahandanya mati dibunuh
o Mendapatkan negeri Johor kembali
o Mengangkat martabat Tuan Bujang sebagai pemerintah Johor sebenar.
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

o Merapatkan/menyatukan hubungan keluarga


SOALAN 2(d) : PUISI TRADISIONAL / SAJAK

1. SAJAK HARGA REMAJA (T4)

1. Remaja selalu dikaitkan dengan gejala sosial.
Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu remaja lakukan untuk mengatasi masalah
gejala sosial daripada terus berleluasa?
o remaja perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan kerana ilmu sahaja yang
dapat menilai sesuatu itu baik atau buruk
o remaja perlu memilih kawan yang berwawasan dan berakhlak mulia
o remaja perlu mendengar nasihat ibu bapa yang terlebih dahulu memahami percaturan
hidup

2. Pada pendapat anda, mengapakan zaman remaja amat penting?
Berikan empat alasan anda.
o remaja mencorakkan hidup mereka pada usia ini
o remaja memperoleh pendidikan awal sebelum melangkah ke menara gading
o mudah untuk membentuk keperibadian seseorang pada usia remaja
o zaman remaja ialah zaman transisi/peralihan sebelum melangkah ke alam dewasa

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah remaja dapat menyumbang untuk kemajuan negara?
Cadangkan tiga sumbangan yang boleh diberikan oleh remaja.
o menuntut ilmu agar dapat membangunkan negara
o menjaga tatasusila agar imej negara tidak tercalar
o mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang

4. Sajak Harga Remaja menggambarkan akan perlunya remaja mempertahankan maruah
diri.
Berikan pendapat anda, mengapakan renaja perlu memelihara maruah diri?
o untuk membendung gejala sosial seperti hubungan tanpa nikah
o remaja dapat menjaga nama keluarga dan agama
o remaja dapat dididik menjaga tatasusila orang Timur yang mengutamakan kesucian
diri

5. Nyatakan tiga mesej penting yang dinyatakan dalam sajak ini.
o Golongan remaja perlulah mengisi zaman remaja dengan perkara yang berfaedah
o Remaja juga perlu mempunyai pendirian untuk menentukan hala tuju masa depan
mereka
o Mereka juga perlu berani menghadapi pelbagai cabaran hidup dalam menuntut ilmu
pengetahuan

6. Nyatakan cara-cara menanam semangat patriotisme dalam jiwa remaja. Berikan tiga
cadangan anda.
o Mata pelajaran Sejarah diajar semenjak sekolah rendah
o Mata pelajaran Sejarah wajib lulus pada peringkat SPM
o Menyiarkan rancangan-rancangan berunsur patriotik dalam televisyen dan radio
o Menggalakkan pelajar menyertai perbarisan menyambut Hari Kemerde
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

7. Pada pendapat anda, mengapakah remaja terlibat dalam gejala sosial pada hari ini?
o Tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kerana ibu bapa sibuk mengejar
kemewahan
o Ibu bapa mengabaikan pendidikan agama kerana lebih mementingkan bidang
akademik
o Remaja terdedah pada media massa yang bersifat negatif
o Terpengaruh oleh rakan sebaya

8. Pada pandangan anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh remaja pada zaman sekarang?
Nyatakan empat cabaran tersebut.
o Cabaran untuk memperoleh ilmu pengetahuan
o Cabaran untuk emningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang
o Cabaran dalam percintaan
o Cabaran kehidupan yang penuh dengan pancaroba
o Cabaran untuk mencapai cita-cita

9. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang sering dihadapi oleh golongan remaja pada
masa ini untuk mencapai impian hidup mereka? Berikan tiga cabaran.
o Remaja terdedah kepada banyak gejala sosial
o Remaja terpengaruh oleh keadaan persekitaran yang kurang sihat
o Remaja menerima pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dapat
mencemarkan fikiran mereka

10. Sajak Harga Remaja menggambarkan akan perlunya remaja mempertahankan
maruah diri. Berikan pendapat anda, mengapakah remaja perlu memelihara maruah diri?
o Untuk membendung gejala sosial seperti hubungan tanpa nikah
o Menjaga nama keluarga dan agama
o Menjaga tatasusila orang Timur yang mengutamakan kesucian diri

11. Pada pandangan anda, apakah tanggungjawab seorang remaja terhadap tanah air?
o Bertanggungjawab mempertahankan kemerdekaan tanah air
o Belajar bersungguh-sungguh untuk membangunkan tanah air
o Sanggup menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi pada tanah air

12. Jelaskan tiga perkara yang perlu diamalkan oleh remaja untuk menghargai usianya.
o Belajar dengan bersungguh-sungguh ketika remaja untuk mencari ilmu dan
pengalaman supaya mampu bersaing untuk mengejar kejayaan
o Menjaga maruah diri agar tidak mudah terpengaruh dengan keruntuhan moral serta
jenayah yang boleh menjatuhkan maruah diri
o Berpegang kepada agama agar tidak tersesat dengan fahaman yang tidak benar

13. Pada pendapat anda, bagaimanakah pendirian dapat mengangkat martabat remaja?
o Pendirian yang teguh dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir negatif yang akan
menjadi penggerak kejayaan remaja
o Pendirian teguh yang teguh untuk mencapai cita-cita juga akan memastikan kejayaan
sehingga dapat mengangkat martabat remaja



2. SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU (T5)
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013


1. Pada pendapat anda, apakah yang menjadi faktor penting bahasa Melayu boleh diterima
oleh segenap lapisan masyarakat?
o kerana mudah dipelajari, apatah lagi menggunakan huruf rumi sama seperti bahasa
Inggeris
o timbul kesedaran dalam kalangan masyarakat akan pentingnya Melayu sebagai bahasa
perpaduan kaum
o dasar kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang wajib dipelajari
sejak sekolah rendah mendorong masyarakat untuk mempelajarinya dengan lebih
mendalam

2. Pada pendapat anda, apakah sikap negatif segelintir masyarakat yang menyebabkan
bahasa Melayu sukar untuk dimartabatkan?
Berikan tiga sikap negatif tersebut?
o lebih mengagung-agungkan bahasa Inggeris
o tidak percaya akan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
o tidak mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
o menganggap bahasa Melayu tidak sesuai dijadikan bahasa pertuturan utama pada
peringkat antarabangsa

3. Pada pandangan anda, apakah kesan yang akan berlaku sekiranya rakyat tempatan sendiri
meminggirkan penggunaan bahasa
Melayu?
o Bahasa Melayu hilang identiti
o Bahasa Melayu dianggap bahasa murahan
o Bahasa Melayu akan hanya dikenali berdasarkan fakta sejarah

4. Pada pendapat anda, mengapakah remaja sekarang kurang menghargai bahasa Melayu,
berbanding bahasa asing?
o Bahasa Melayu kurang dihargai oleh golongan remaja kerana menganggap bahasa
Melayu tidak mampu membawa diri memperoleh kejayaan lebih gemilang
o Selain itu, pengaruh media yang lebih banyak menonjolkan bahasa asing berbanding
bahasa Melayu
o Akhir sekali, remaja tidak mempunyai ikon daripada kalangan orang dewasa yang
lebih menghargai bahasa Melayu berbanding bahasa-bahasa lain

5. Rangkap ketiga sajak ini menyatakan bahawa rakyat negara ini berhak untuk
mendaulatkannya. Sebagai rakyat yang cinta akan bahasa kebangsaan, bagaimanakah anda
memainkan peranan untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan?
o Dengan cara menggunakan bahasa ini sebagai bahasa komunikasi seharian semasa
bertutur dengan orang lain
o Menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi dengan agensi kerajaan
o Menasihatkan rakan-rakan dan orang lain agar menggunakan bahasa kebangsaan
dalam kehidupan seharian

6. Pada pandangan anda, mengapakah terdapat segelintir rakyat yang tidak gemar bertutur
dalam bahasa kebangsaan?
o Mereka mempunyai jati diri yang rendah
o Mereka dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan asing
o Mereka bersikap ego dan sombong terhadap bangsa dan bahasa sendiri
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

o Tidak memahami erti bahasa kebangsaan dalam pembinaan negara bangsa

7. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dijalankan untuk mengembalikan
kegemilangan bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi?
o Individu sendiri bersedia untuk bersama-sama menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi.
o Menjalankan pelbagai aktiviti kebahasaan (forum/seminar/kolokium) berkaitan usaha
memartabatkan bahasa Melayu.
o Media massa menyiarkan bahan artikel/rencara yang ditulis dalam bahasa Melayu.
o Kempen Cintai Bahasa Melayu dilaksanakan secara menyeluruh kepada masyarakat.
o Kerajaan mewajibkan semua murid sekolah mempelajari bahasa Melayu.


3. SAJAK ADAT SEZAMAN (T4)

1. Pada pandangan anda, mengapakan masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan
budaya Barat.
Nyatakan tiga alasan anda.
o masyarakat meniru budaya Barat melalui media massa
o masyarakat memisahkan nilai dan hukum agama daripada kehidupan sehari-hari
o budaya Barat sudah menular dalam kehidupan sehari-hari sejak sekian lama

2. Bagaimanakah caranya untuk mengekalkan peradaban zaman dahulu dalam kalangan
remaja hari ini?
Berikan tiga cadangan anda.
o memberikan didikan agama/moral kepada remaja
o mengukuhkan institusi keluarga
o menyekat pengaruh budaya luar/budaya kuning

3. Pada pendapat anda, mengapakah anak muda sekarang gagal mempertahankan nilai-nilai
ketimuran?
o terpengaruh dengan nilai-nilai negatif kerana unsur tersebut sering dilihat di media
massa dan media elektronik
o sudah berasa jemu dengan peraturan masyarakat Timur yang dianggap mengongkong
kebebasan mereka
o tidak mempunyai jati diri untuk melawan sebarang unsur yang berada di hadapan
mereka

4. Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan berlakunya perubahan dan persepsi
masyarakat sekarang terhadap adat dan budaya masyarakat lama?
o Peredaran zaman
o Apabila zaman sudah berubah, maka banyak unsur negatif atau budaya kuning
menjadi ikutan anggota masyarakat khususnya golongan remaja
o Hal yang demikian menyebabkan adat dan budaya masyarakat yang memandang
tinggi terhadap ketaatan ajaran agama serta kesopanan budi bahasa telah menjadi
luntur sedikit demi sekikit
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

o Pengaruh media massa juga menyebabkan amalan ini terhakis kerana sering
memaparkan perkara atau perbuatan yang berunsurkan negatif

5. Apakah yang akan berlaku jika amalan berbudi bahasa semakin luntur dalam masyarakat.
Berikan tiga pendapat anda.
o Kurang rasa hormat golongan muda terhadap golongan tua
o Lahir masyarakat yang mementingkan diri sendiri
o Runtuhnya institusi keluarga dalam masyarakat
o Berlaku pelbagai kemungkaran dalam masyarakat

6. Nyatakan langkah-langkah untuk melahirkan remaja berakhlak mulia. Berikan tiga
pendapat anda.
o Remaja berazam mahu menjadi warganegara yang baik
o Masyarakat menegur remaja yang berkelakuan buruk
o Komuniti membanyakkan aktiviti dalam masyarakat supaya remaja dapat membuat
kerja-kerja kebajikan
o Kerajaan melancarkan kempen Budi Bahasa Amalan Mulia untuk menerap nilai
murni dalam kalangan remaja

7. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan hilangnya santun si dara dan
warak si teruna? Kemukakan empat punca.
o Remaja kurang didikan moral dan agama
o Kesibukan ibu bapa pada urusan kerja
o Remaja terpengaruh oleh budaya kuning
o Masyarakat tidak proaktif untuk menegur dan membimbing remaja

8. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengekalkan adat warisan budaya nenek
moyang kita? Kemukakan tiga cara.
o Pihak berkuasa mengadakan kempen kesedaran untuk memupuk nilai menyayangi
warisan budaya nenek moyang dalam kalangan generasi muda
o Media massa menyiarkan dan mempersembahkan jenis-jenis adat warisan
o Pihak sekolah menjadikan adat warisan ini sebagai kurkulum wajib di sekolah

9. Pada pendapat anda, mengapakah anak muda sekarang gagal mempertahankan nilai-nilai
ketimuran?
o Terpengaruh dengan nilai-nilai negatif kerana unsur tersebut sering dilihat di media
massa dan media elektronik
o Berasa jemu dengan peraturan masyarakat Timur yang dianggap mengongkong
kebebasan mereka
o Tidak mempunyai jati diri untuk melawan sebarang unsur yang berada di depan
mereka

10. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah gejala sosial dalam
kalangan remaja? Nyatakan tiga cadangan anda.
o Memberikan panduan tentang kehidupan yang baik kepada golongan remaja
o Golongan dewasa perlu menegur remaja yang terlibat dalam gejala negatif
o Orang dewasa perlu menjadi contoh kepada remaja
o Mengadakan kempen kesedaran tentang keburukan gejala sosial dalam kehidupan

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

11. Pada pendapat anda, bagaimanakah peranan sekolah dalam mendidik pelajar agar
menjauhi kegiatan yang tidak bermoral? Nyatakan tiga peranan tersebut.
o Memberikan pendidikan agama dan moral yang secukupnya
o Mengadakan ceramah tentang keburukan dan kesan negatif penglibatan pelajar dalam
kegiatan yang tidak bermoral
o Mengadakan sesi kaunseling kepada pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini
o Mengambil tindakan kepada pelajar yang terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral

12. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengekang
generasi muda kini daripada terpengaruh dengan budaya kuning?
o Ibu bapa memberikan didikan agama kepada anak-anak di rumah
o Pihak berkuasa menapis filem dan muzik Barat sebelum dipertontonkan kepada
masyarakat, terutama generasi muda
o Pihak berkuasa mengawal laman sesawang yang tidak bernilai dan tidak bermoral
daripada diakses oleh masyarakat, terutama generasi muda

13. Mengapakah gejala sosial dalam kalangan remaja semakin meruncing sejak akhir-
akhir ini?
o Remaja kurang menerima pendidikan agama
o Remaja kurang menerima kasih sayang daripada keluarga
o Remaja terpengaruh oleh kata-kata dan perlakuan rakan-rakan


4. SAJAK KECEK (T5)

1. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah pengarah syarikat terjebak dalam pecah
amanah?
o peluang untuk berbuat demikian ada di depan mata, beedasarkan arahan yang patut
dipatuhi oleh orang-orang bawahannya
o keinginan cepat kaya ketika masih memegang kuasa dengan tanggapan jika tidak
memegang jawatan lagi sukar untuk mengumpul kekayaan
o pengarah syarikat ingin menjaga imej dan status menyebabkan keinginan memperoleh
wang yang banyak walaupun terpaksa dengan jalan yang salah

2. Pada pendapat anda, mengapakah ramai orang sanggup menipu orang lain untuk
mendapatkan kesenangan?
o terlalu menurut hawa nafsu
o kurang pengetahuan agama sehingga gagal membezakan antara yang baik dengan
yang buruk
o tidak mahu dipandang hina oleh masyarakat
o menganggap bahawa kemewahan lebih penting daripada segala-galanya

3. Pada pendapat anda, apakah usaha yang dapat dijalankan bagi menangani perbuatan
pecah amanah dalam kalangan masyarakat?
o Menerapkan didikan agama/moral secara intensif dan berterusan
o Memberikan pendidikan secara komprehensif bahawa perbuatan pecah amanah
menghancurkan bangsa, agama, dan negara
o Memasukkan topik berkaitan dengan pecah amanah dalam mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan/ penubuhan Kelab Anti Rasuah di Sekolah
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

o Mengenakan tindakan undang-undang yang lebih tegas ke atas pesalah yang terlibat
dalam amalan pecah amanah
o Peranan media massa melalui hebahan maklumat secara berterusan tentang keburukan
amalan pecah amanah

4. Pada pendapat anda, mengapakah petani dan nelayan tidak suka mengambil kesempatan
daripada orang lain untuk mencari kejayaan?
o Mereka sudah terdidik sejak kecil agar tidak menipu orang lain
o Mereka juga tidak terpengaruh oleh nafsu dan mementingkan harta benda atau
kekayaan dunia
o Mereka mempunyai pendidikan agama yang kukuh dan takut akan balasan Tuhan di
akhirat nanti

5. Pada pendapat anda, mengapakah para petani yang hidup dalam kemiskinan tidak pernah
merungut akan nasib yang dialami?
o Para petani tidak pernah merungut kerana baginya, rezeki banyak atau sedikit telah
ditentukan oleh Tuhan.
o Selain itu, hidup mereka amat mudah memperoleh makan, pakaian, dan tempat
tinggal sudah mencukupi
o Akhirsekali, mereka sudah berasa bahagia terhadap rezeki yang diperoleh.

6. Bagaimanakah cara untuk menangani masalah rasuah atau pecah amanah dalam kalangan
masyarakat?
o Mengadakan kempen media massa secara besar-besaran
o Guru-guru perlu mendidik murid-murid agar tidak melakukan pecah amanah apabila
bekerja nanti
o Ibu bapa perlu memberikan didikan agama kepada anak-anak dan menekankan sikap
jujur dan tidak melakukan pecah amanah

7. Cadangkan tiga langkah untuk meningkatkan taraf hidup petani.
o Memberikan pengetahuan dan kemahiran cara-cara mengusahakan pertanian moden
untuk meningkatkan hasil pertanian mereka
o Memberikan bantuan modal kepada petani untuk membeli peralatan moden serta
membekalkan benih yang bermutu
o Pihak berkenaan membantu petani untuk memasarkan hasil pertanian mereka agar
tidak dieksploitasi oleh orang tengah


5. SAJAK DI PERPUSTAKAAN (T4)

1. Remaja hari ini lebih cenderung menghabiskan masa melepak di pusat beli-belah.
Nyatakan empat pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk menarik minat mereka
mengunjungi perpustakaan.
o mengadakan kempen bergerak untuk mengajak remaja yang berpeleseran
mengunjungi perpustakaan
o mengadakan pertandingan atau aktiviti yang dapat menarik remaja ke perpustakaan
o menjadikan hukuman menelaah pelajaran sebagai salah satu hukuman bagi pelajar
yang gemar ponteng kelas
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

o mempelbagaikan kemudahan di perpustakaan misalnya menyediakan kemudahan
internet dan sebagainya

2. Apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang ketika berada di perpustakaan?
Kemukakan tiga pandangan anda.
o membuat rujukan pelbagai bahan bacaan/bahan ilmu
o mengulang kaji pelajaran atau ilmu yang telah dipelajari
o membuat kajian tentang pelbagai perkara

3. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah pelajar kurang berminat untuk mengunjungi
perpustakaan sekolah?
o buku-buku keluaran lama yang tidak sesuai untuk dijadikan bahan rujukan
o kesibukan mengikuti kelas dan aktiviti kokurikulum menyebabkan masa pelajar
menjadi terhad
o suasana di perpustakaan kurang kondusif menyebabkan tidak selesa untuk mengulang
kaji pelajaran



4. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan sesetengah anggota masyarakat tidak
memanfaatkan perpustakaan?
o Mereka tidak memiliki budaya membaca
o Mereka tidak ada masa untuk berkunjung ke perpustakaan kerana sibuk dengan
kerjaya dan mencari kekayaan berbanding dengan mencari ilmu pengetahuan
o Mereka juga beranggapan bahawa pergi ke perpustakaan hanya membuang masa
kerana mereka lebih gemar membuang masa dengan berfoya-foya atau melepak

5. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang diperoleh menerusi aktiviti membaca?
o Merangsang minda untuk berfikir
o Mengetahui hal-hal semasa
o Meningkatkan penguasaan dalam sesuatu bahasa
o Mengisi masa yang terluang dengan kegiatan yang berfaedah

6. Pada pendapat anda, apakah faedah membaca akhbar pada setiap hari?
o Mengetahui perkara yang sedang berlaku di dalam dan di luar negeri
o Tidak malu untuk bercampur gaul dengan masyarakat kerana mengetahui peristiwa
semasa
o Menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang misalnya, agama, kesihatan,
politik, teknologi dan budaya menambah keyakinan diri
o Dapat berhibur dan mengisi masa lapang - mengelakkan daripada membuang masa

7. Mengapakah generasi kini kurang berkunjung ke perpustakaan untuk membaca buku?
Kemukakan tiga pendapat anda.
o Generasi kini lebih gemar membaca menerusi internet
o Bahan bacaan mudah diperoleh di pasaran
o Perpustakaan hanya terdapat di lokasi-lokasi tertentu sahaja
o Suasana di perpustakaaan seolah-seolah mengongkong mereka

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

8. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk mewujudkan suasana perpustakaan
yang kondusif di sekolah anda supaya menarik minat pelajar membaca buku di tempat
tersebut? Kemukakan tiga langkah.
o Pihak pengurusan perpustakaan sering menambahkan koleksi bahan bacaan yang
baharu
o Pihak pengurusan perpustakaan melengkapkan kemudahan di dalam perpustakaan
seperti internet, komputer, dan pendingin hawa
o Pihak kerajaan dan swasta mengadakan pertandingan membuat ulasan buku atau
novel yang terdapat di perpustakaan

9. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah pelajar kurang berminat untuk mengunjungi
perpustakaan sekolah?
o Buku-buku keluaran lama, yang tidak sesuai untuk dijadikan bahan rujukan
o Kesibukan mengikuti kelas dan aktiviti kokurikulum menyebabkan masa pelajar
menjadi terhad
o Suasana di perpustakaan kurang kondusif menyebabkan tidak selesa untk mengulang
kaji pelajaran

10. Mengapakah para pelajar tidak suka mengunjungi perpustakaan. Nyatakan tiga alasan
anda.
o Mereka leka dengan aktiviti lain
o Mereka tidak minat membaca
o Keadaan perpustakaan yang tidak kondusif
o Mereka tidak mempunyai kesedaran

11. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang dihadapi oleh seseorang pelajar yang
kurang berminat untuk menimba ilmu?
o Sukar membezakan perkara yang salah dengan yang benar
o Sukar memperoleh pekerjaan yang baik pada masa depan
o Menjadi insan yang cetek pengetahuan


6. SAJAK BANGKITLAH (T5)

1. Sajak ini mengingatkan agar remaja merebut peluang yang ada di depan mata.
Pada pendapat anda, apakah peluang yang patut direbut oleh golongan remaja?
o mendapatkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan untuk dimanfaatkan dalam kerjaya
o golongan remaja perlu melibatkan diri dalam dunia perniagaan tanpa bergantung
dengan sektor awam
o remaja perlu melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan sebagai satu cara
membantu orang lain yang hidup dalam kesusahan

2. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang pelajar itu perlu bangun pada awal pagi?
o supaya mereka dapat melatih diri menjadi orang yang berdisiplin
o supaya mereka sedar tentang kepentingan menghargai masa
o supaya mereka tidak terlewat masuk ke kelas dan ketinggalan dalam pelajaran
o supaya badan mereka berasa segar untuk menuntut ilmu

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

3. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang pelajar patut menghindari sikap malas dan
suka bertangguh ketika mengulang kaji
pelajaran?
o Supaya pelajaran tidak terjejas
o Sikap malas dan suka bertangguh merupakan senjata paling berkesan untuk gagal
o Supaya cita-cita dan impian seseorang pelajar yang menginginkan kejayaan dan
kecemerlangan dalam akademik tidak terkubur
o Tanggungjawab menjaga keharmonian negara
o Ekonomi negara terjejas kerana daya pengeluaran negara merosot akibat daripada
produktiviti penduduk yang berkurang

4. Bagaimanakah cara untuk menggalakkan belia menjadi usahawan dan tidak bergantung
pada kerja makan gaji?
o Pihak yang bertanggungjawab perlu mengadakan kempen kesedaran tentang
kepentingan menjalankan perusahaan sendiri
o Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak mereka agar mengusahakan tanah atau
perusahaan sendiri kepada mereka

5. Generasi muda sekarang hidup dalam kemewahan ekoran kejayaan ayah mereka dalam
kerjaya. Pada pendapat anda, mengapakah
generasi muda sekarang mudah leka dengan persekitaran yang dilalui?
o Generasi muda sekarang dididik dengan kemewahan, menyebabkan tidak sanggup
melakukan sesuatu pekerjaan yang banyak menggunakan tenaga.
o Selain itu, apa-apa sahaja yang diminta akan diperoleh, menyebabkan merasakan
tidak perlu bersusah payah seperti ibu bapa mereka dahulu.
o Akhir sekali, sikap ibu bapa mereka yang terlalu memanjakan anak masing-masing
menyebabkan anak mereka terus leka dibuai keseronokan

6. Apakah faktor yang menyebabkan anak-anak muda zaman ini kurang bersemangat untuk
berusaha?
o Disebabkan oleh sikap malas berusaha untuk memajukan tanah yang banyak terbiar
o Mereka lebih suka bekerja makan gaji dan bekerja di tempat yang selesa seperti di
dalam pejabat yang berhawa dingin

7. Mengapakah remaja hari ini sering dikatakan kurang bersemangat dan berdaya asing
untuk mecapai kejayaan?
o Kerana mereka sudah biasa dengan kehidupan yang mewah dan tidak merasai
kehidupan yang susah
o Mereka juga menjadi leka oleh pengaruh budaya hedonisme dan suka berhibur seperti
yang dicanangkan oleh media Barat
o Mereka tiada kesedaran yang mendalam tentang pentingnKerana mereka sudah biasa
dengan kehidupan yang mewah dan tidak merasai kehidupan yang susah
o Mereka juga menjadi leka oleh pengaruh budaya hedonisme dan suka berhibur seperti
yang dicanangkan oleh media Barat
o Mereka tiada kesedaran yang mendalam tentang pentingnya berusaha dengan gigih
untuk mencapai kejayaan


Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

7. GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM (T4)

1. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bijak memilih kawan?
Nyatakan empat alasan anda.
o kerana kawan mempengaruhi perbuata kita
o kerana kawan mempengaruhi kecemerlangan kita dalam pelajaran
o kerana kawan yang baik dapat memberikan nasihat dalam sesuatu hal
o kerana kawan yang baik dapat membantu kita dalam kesusahan

2. Apakah ciri-ciri seseorang yang layak menjadi kawan kita? Kemukakan tiga ciri
tersebut.
o membantu kita semasa susah
o seorang yang sentiasa memberi nasihat yang jujur
o setia kepada kita


3. Pada pendapat anda, bilakah sahabat kita itu boleh dianggap sebagai ubat?
o apabila sanggup menyelesaikan masalah yang kita hadapi
o sentiasa memberi kata-kata positif untuk memberi motivasi kepada kita
o sanggup bersama-sama menghadapi saat suka dan senang

4. Apakah kesan sekiranya kawan yang kita pilih itu tidak setia dan berlaku curang kepada
kita?
o Kawan yang tidak setia atau berlaku curang kepada kita akan menimbulkan kesusahan
dalam hidup kita
o Sekiranya menjadi kawan dalam perniagaan, tidak mustahil dia akan membocorkan
rahsia syarikat ataupun pecah amanah yang menyebabkan syarikat bankrup.
o Kawan sedemikian juga tidakmampu untuk menyimpan rahsia peribadi kita serta
tidak mungkin akan menolong apabila kita berada dalam kesusahan

5. Pada pendapat anda, apakah kebaikan jika kita menurut pesanan yang terdapat dalam
Gurindam 12 Fasal yang Keenam?
o Tidak keseorangan apabila menghadapi masalah kerana sahabat boleh menasihati kita
o Cepat belajar sesuatu perkara kerana guru yang mahir dalam bidang yang diajar dapat
menerangkan dengan lebih jelas
o Terbentuk keluarga bahagia kerana isteri sering membantu suami

6. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri isteri yang baik? Kemukakakn tiga ciri tersebut.
o Isteri yang menghormati dan taat akan suami
o Menjaga makan dan pakai suami
o Sentiasa membantu suami dalam sesuatu kerja
o Menjaga maruah atau nama baik suami
o Meminta izin suami apabila ingin keluar rumah

7. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk jika seseorang itu memilih sahabat yang tidak
berakhlak? Berikan tiga kesan buruk.
o Mungkin berlaku perbalahan dan permusuhan dengan sahabat itu
o Mudah ditipu dan dikhianati
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

o Mudah terpengaruh oleh akhlak buruk sahabat

8. Pada pendapat anda, bilakah sahabat kita itu boleh dianggap sebagai ubat?
o Sanggup menyelesaikan masalah yang kita hadapi, seperti dalam soal kewangan
o Memberi kata-kata positif untuk memberi motivasi kepada kita
o Sanggup bersama-sama menghadapi saat susah dan senang

9. Pada pendapat anda, apakah yang sewajarnya dilakukan oleh seorang murid untuk
membalas jasa gurunya?
o Sentiasa menghormati guru
o Belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan
o Sentiasa mendengar nasihat guru

7. PANTUN LAPAN KERAT (T5)

1. Berikan tiga pendapat anda untuk memastikan bahasa ibunda kita terus dimartabatkan?
o para pemimpin sering bertutur dengan bahasa Melayu yang baku
o mengadakan Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan di sekolah dengan pengisisn
pelbagai aktiviti yang menarik
o menggunakan bahasa Melayu secara meluas di bank, hotel, pasar raya dan mahkamah

2. Nyatakan tiga pendapat anda tentang cara untuk kita mengelakkan anak muda
terpengaruh dengan budaya Barat yang negatif.
o dedahkan mereka dengan budaya masyarakat tempatan yang kaya dengan nilai-nilai
murni
o kerajaan perlu memastikan pengaruh filem lucah menerusi video atau internet
hendaklah disekat
o masyarakat hendaklah menjadikan asas agama sebagai pegangan hidup

3. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah
terpengaruh dengan budaya Barat?
o longgarnya pegangan agama dan leburnya jati diri sebagai orang Timur
o suka meniru/terikut-ikut dengan budaya asing, seterusnya menyebabkan keutan
budaya mudah berlaku dalam diri mereka
o pengaruh media dan teknologi maklumat yang banyak memaparkan rancangan dari
negara Barat
o gemar akan budaya berhibur yang melampau yang dibawa dari Barat

4. Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab yang memungkinkan manusia diutuskan oleh
Tuhan untuk menjadikan pemimpin di bumi?
o Manusia mempunyai akal dan pemikiran yang sempurna
o Manusia mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi
o Manusia mempunyai keisitmewaan/ kelebihan berbanding dengan para jin




Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013

5. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelak diri daripada godaan syaitan?
Berikan tiga cadangan anda
o Kita hendaklah sentiasa mengamalkan ajaran agama
o Tindakan kita janganlah terlalu mengikut nafsu
o Kita hendaklah berfikiran secara rasional sebelum melakukan sesuatu perkara

8. SAJAK DI BAWAH LANGIT YANG SAMA (T5)

1. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan sikap berbaik-baik dengan
bangsa-bangsa lain di seluruh dunia?
o kita memerlukan kedatangan mereka untuk merancakkan sektor pelancongan negara
o ramai rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di negara mereka untuk mendalami
sesuatu kemahiran
o kita saling memerlukan mereka dalam pemindahan teknologi, makanan, dan
pertahanan negara

2. Apakah yang wajar dilakukan oleh Malaysia untuk memelihara keamanan sejagat?
Kemukakan tiga pandangan anda.
o tidak mencampuri urusan negara lain
o tidak membangkitkan isu-isu provokasi yang dapat mengundang persengketaan
o menjalin kerjasama yang baik dengan negara jiran dalam pelbagai bidang
o mengutamakan perbincangan dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul
o memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di negara-negara yang ditimpa
musibah

3. Pada pendapat anda, mengapakah keamanan dunia sejagat wajar kita pupuk dan
pelihara?
o Supaya hubungan diplomatik dapat terjalin dengan erat antara semua negara di dunia
o Supaya masyarakat dunia dapat hidup dengan harmoni tanpa sebarang kekacauan
o Supaya masyarakat dapat bertukar-tukar idea dan maklumat melalui program
pendidikian dan program pertukaran kebudayaan pelbagai negara
o Supaya kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi, sains, dan teknologi
berkembang dengan pesatnya


4. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan sikap berbaik-baik dengan
bangsa-bangsa lain di seluruh dunia?
o Kerana kita memerlukan kedatangan mereka untuk merancakkan sekto pelancongan
negara.
o Selain itu, rakyat Malaysia ramai melanjutkan pelajarandi negara mereka untuk
mendalami sesuatu kemahiran
o Akhir sekali, kita saling memerlukan mereka dalam pemindahan teknolgi, makanan,
dan pertahanan negara

5. Pada pendapat anda, apakah faedah mengamalkan konsep kesamarataan hidup tanpa
membezakan warna kulit dan fahaman?
o Dunia kan aman/ tiada peperangan
o Masyarakat hidup saling membantu /saling menghormati
o Rakyat bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing
o Tidak wujud golongan yang teraniaya
Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013
CSL2013